edyesdotcom |
Jangan Terpedaya Helah Mereka Menjelang 8 Hari #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis Posted: 22 Dec 2013 07:47 AM PST Tulisan santai 23 Disember 2013 Jangan Terpedaya Helah Mereka Menjelang 8 Hari #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis Percayalah cakap aku, dalam sehari dua ini akan keluar berita-berita kononnya Kerajaan Malaysia akan pertimbang itu dan ini, akan mengkaji itu dan ini, menangguhkan beberapa kenaikkan, demi untuk kesenangan rakyat, kononnya lah. Mereka akhirnya akan umum bahawa merekalah kerajaan yang prihatin kerana tangguh itu dan ini, kononnya lah. Sedangkan mereka lupa betapa rakyat semua sudah fahami mantik ini - kerajaan sendiri yang umum kenaikan dan kerajaan sendiri yang umum batal kenaikan tersebut (atau kaji, atau pertimbang). Ini mantik yang lapuk dan mudah difahami. Maka aku ingin menasihat semua termasuk diri sendiri, janganlah terperangkap lagi. Bacaan umum memperlihatkan Gerakan 31 Disember (atau Gerakan31D) telah mula diterima pelbagai pihak. Satu demi satu NGO dan NGI telah mula menyatakan hasrat menyertai gerakan ini yang juga dikenali sebagai #RPDM31D. Lebih istimewa, sehingga kini masih belum ada penganjur, ianya anonymous - gerakan dari rakyat untuk rakyat. Beberapa laporan polis telah mula dibuat terhadap gerakan ini juga menunjukkan ada ancaman keselamatan berlaku, tetapi bukan ancam keselamatan negara, hanya mengancam keselamatan pemimpin-pemimpin rasuah yang berada di tampuk kuasa. Kerana kerajaan pemerintah ini sedar bahawa kuasa rakyat itu tidak harus dipandang enteng, maka mereka mula mengendurkan tali jerutan agar kita dapat sedikit nafas, dan pengharapan. Namun, apakah mereka (pemerintah) ini masih boleh diharapkan? Buktinya, lewat minggu lalu, seorang pemimpin Umno yang selalu mengambil peluang untuk menjadi hero telah ke depan dengan idea 'Makmal' untuk mengkaji peningkatan kos sara hidup berbanding pendapatan rakyat. Namun aku tetap bertegas bahawa kami ini rakyat, bukan tikus makmal untuk dikaji, dan kamu sudah hampir 60 tahun memerintah negara ini. Apakah hasrat untuk menyenangkan rakyat dan mendahulukan rakyat itu masih di peringkat kajian? Atau ia memang sentiasa di peringkat kajian? Kerajaan hanya peka apabila rakyat marah dan ingin mengamuk. Kerajaan sedar bahawa mereka tidak mampu menyekat kemaraan rakyat yang bersatu. Jika rakyat bertelagah, itu kerja mudah buat mereka kerana ini yang mereka belajar dari penjajah ketika mewarisi legasi atas nama Merdeka. Tidak susah bila berjaya 'pecah-perintah'. Ya benar, kerajaan sedar kekuatan rakyat yang bersatu, hanya kita sahaja yang belum sedar kebanyakkannya, termasuklah sebilangan besar pengamal kepartian di pihak pembangkang. Masing-masing menjadi tidak sedar dan tidak sedar diri kerana asyik merebut kawasan - ini hakikat. Oleh kerana itu mereka mula perlahan-lahan memperbaiki tempo pencopetan wang rakyat. Mereka memperlahankan permainan, bila kita leka, mereka akan melajukan semula rentak yang telah diadun. Khususnya selepas mereka berjaya kekang himpunan 31Disember nanti. Apakah kita harus reda dengan berita-berita pertimbang dan kaji ini? Dengan kata mudah, tujuannya 'timbang dan kaji' ini hanya meredakan kemarahan! Akhirnya mereka akan kata, kenaikan tidak dapat dielakkan. Justeru itu, sebagai manusia biasa yang punya akal dan maruah, bisa berfikir dan menilai, janganlah begitu mudah ditipu. Teruskan hasrat anda untuk protes secara aman di Dataran Merdeka pada 31 Disember nanti. Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan! Edy Noor Reduan Aktivis Blogger Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan