Ahad, 22 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


GST Akan Sebabkan Harga Barang Turun kata Ahmad Maslan..

Posted: 22 Dec 2013 07:05 AM PST


Nak perbodohkan rakyatpun agak-agak la Ahmad Maslan.. Katanya harga barangan akan turun bila kerajaan Barisan Nasional melaksanakan GST..

Bagaimana agaknya harga barangan akan turun sedangkan bermula dari tahun hadapan selaras dengan kenaikkan tarif elektrik kita akan menyaksikan kebanyakkan harga barang akan melonjak secara automatik.

Walaupun barangan tersebut dikeluarkan oleh syarikat yang dikuasai oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan kroni mereka sendiri.

Ini kerana tiada kapitalis yang sanggup mengorbankan keuntungan mereka demi rakyat dan negara yang ditadbir oleh pemimpin yang boros.

Menjelang tahun 2015 pula lagi tambahan 6 peratus akan dikenakan kepada kebanyakkan barang keperluan..

Adakah pertambahan sebanyak 6 peratus itu akan menjadikan harga barangan akan menurun?..

Hanya macai yang telah selamat menjalani proses pembodohan percaya akan teori bengap Ahmad Maslan ini..
Pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.
"Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini.
"Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.
"Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan 'Barang Naik' tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun," katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST ~ The Malaysian Insider

Jika benar GST akan menyebabkan harga barangan turun kenapa tak laksanakannya dengan kadar segera bagi mengelakkan rakyat terus dihimpit dengan kenaikkan harga barang?

Dah menjadi kebiasaan pemimpin UMNO untuk mempertahankan tindakan mereka yang menyusahkan rakyat kerana gagalnya UMNO dan Barisan Nasional mentadbir ekonomi negara hingga menyebabkan defisit negara meningkat tanpa sebarang hujah.

Mereka masih menganggap kebanyakkan rakyat masih bodoh dan boleh diperbodohkan oleh mereka.. oleh itu mereka bercakap tanpa sebarang fakta untuk mempertahankan tindakan mereka itu..

Oleh kerana masih ada lagi yang bertanya pada aku tentang GST ni.. di bawah ini sikit info tentang GST..

Apa itu GST

GST adalah "goods and services tax" atau cukai barangan dan perkhidmatan. Di negara lain cukai ini turut dikenali sebagai cukai nilai tambahan atau "value added tax" (VAT)

Skop pelaksanaan GST

GST adalah cukai yang dikenakan bagi setiap urusniaga. Urusniaga adalah sebarang pertukaran barang atau perkhidmatan di antara dua pihak atau lebih, sama ada melibatkan pertukaran wang atau pun tidak

Kadar GST yang ditetapkan oleh kerajaan menentukan berapa banyak cukai yang ditanggung oleh pengguna

Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecualilah urusniaga itu diberi pengecualian dari skop GST

Apa yang dikecualikan dari GST

".. Barang makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan.."

".. Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.."

"..Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan...

"..Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih…"

Itu antara apa yang diucapkan dalam belanjawan oleh Menteri Kewangan yang namanya Najib.

Oleh itu.. YANG LAIN SEMUA KENA GST Kereta,sabun, buku, pensil, topi, baju bayi biskut telefon kotak mekanik kerusi tayar gunting rambut cincin barang elektrik baju sekolah ubatan kontraktor CD barang kemas selipar topup kedai mamak percutian lembu tukang paip KFC tiket bola...

Untuk memahami apa itu GST dan Implikasinya sila muatturun risalah mengenainya yang telah disediakan oleh Rafizi Ramli di ( SINI )

Ibrahim Ali buat lawak ke ni?

Posted: 22 Dec 2013 04:20 AM PST


Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan "tidak bertaring" dalam mempertahankan hak Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.

"Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu," kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.

Perkasa juga mengumumkan penubuhan mekanisme untuk mengukur prestasi perdana menteri dan jemaah menteri dalam mentadbir negara dan membela kepentingan orang Melayu

Ibrahim berkata, indeks berkenaan akan memberi petunjuk kepada masyarakat sekiranya tindakan pemimpin tersebut merugikan orang Melayu.

"Saya nak tanya siapa hendak menentukan KPI perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet?

"Saya hendak akhbar laporkan, KPI PM, TPM dan menteri-menteri Kabinet akan ditentukan Perkasa!

"Kita akan laporkan kepada rakyat dasar-dasar yang merugikan orang Melayu dan kenapa tiada tindakan terhadap orang yang menghina Islam," katanya.

Beliau berkata, Perkasa juga akan menegur tindak-tanduk dan polisi Umno dan BN secara terbuka apabila mengambil kira situasi ekonomi negara yang disifatkkanya "berada dalam keadaan yang membimbangkan".

"Macam-macam naik dan keadaan ekonomi negara kalau kita baca statistik berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan.

"Dulu kita tak tegur secara terbuka kerana kita takut jadi tarik rambut dalam tepung, tepuk berselerak.

"Sekarang kita akan tegur secara terbuka tak ada segan silu - sama ada Umno sensitif atau tidak - sebaik sahaja selesai perhimpunan agung kali ini.

"Dulu saya kawal mulut saya, sebab kita tak mahu tepung berkecai, tetapi kali ini kita akan bersuara," katanya.

Perkasa turut mengingatkan, BN menang dalam Pilihan Raya Umum 2013 dengan bantuan pertubuhan hak Melayu itu ~ The Malaysian Insider

Najib Sahkan Kadar Tol Akan Dinaikkan...

Posted: 21 Dec 2013 04:30 PM PST


Akhirnya Najib akui juga bahawa Tol akan dinaikkan harganya walaupun tak tahu lagi berapa yang naik.. dan akan dinaikkan dengan memberikan kesan minima kepada pengguna.

Kononnya juga dalam masa yang sama kerajaan akan memikrkan agar kenaikkan ini tidak akan memberikan keuntungan yang munasabah kepada pemegang konsesi tol..

Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.
Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan.
"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.
"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menyindir pembangkang dari Pakatan Rakyat yang hanya tahu mengkritik sedangkan mereka hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri, dan bukannya negara.
"Pembangkang di negeri sahaja. Ingat mereka kalau di tempat sama tidak buat tindakan sama?" tegas Najib dalam ucapannya di hadapan perwakilan MCA dari seluruh negara.
Najib turut menegaskan, kerajaan Barisan Nasional pimpinannya masih bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup yang disebabkan program rasionalisasi subsidi.
"Saya tak kata kerajaan sempurna, tapi kerajaan ini sedia mendengar suara rakyat. Supaya tak terlalu berat bebannya kepada rakyat.
"Inilah langkah kehadapan, yakinlah ekonomi kita berada di landasan yang betul," kata Najib ~ The Malaysian Insider

Errr... Najib ni faham atau tidak apa yang dia katakan ni?

Kalau kadar Tol dinaikkan.. takkanlah operator to akan mengekalkan harga tol yang sedia ada sekarang ni buat yang menggunakan season pass tu.. sudah tentu dinaikkan juga.

Sebabnya kalau tak dinaikkan maka berlumba-lumbalah pengguna lebuh raya menggunakan season pass..

Lagi satu.. kalau Najib tak mahu operator tol mengaut keuntungan munasabah, untuk apa kerajaan membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol setiap beberapa tahun sekali?

Tak perlu dibayar.. lagipun sudah menjadi adat dalam perniagaan kadang kala untung kadang kala rugi.. tapi pemegang konsesi tol ni pulak nak berniaga tapi tak mahu rugi..

Dalam lain ayat, untung depa sapu.. rugi Kerajaan tangung...

Tiada ulasan: