Kelab Greenboc |
- [PANAS] "1Malaysia" Pada Kalimah ALLAH?
- [VIDEO] Touch n' Go Kena Godam Guna Telefon Pintar
- Tampal Pelekat TG Nik Aziz Di Cermin Kereta Kena Saman
- [VIDEO] Ada Puting Beliung Berlaku Di Johor Bahru?
[PANAS] "1Malaysia" Pada Kalimah ALLAH? Posted: 20 Dec 2013 12:45 AM PST ALLAH UMNO ALLAH 1 MALAYSIA? UMNGOK Pejuang kalimah Allah..? Perjuangkan kalimah jer ke? hukum2 Allah buang dalam tong sampah? Alahai Amran PEKIDA.. Alif pun diganti dengan no 1.. patol bari, zamihan, noh gadut dan zim zim ala kazim x pernah ajar umngok eja kalimah Allah ke? Cuba eja "Satu(Malaysia) Lam Lam Ha.." apa bunyinya? Bunyinya... "umno memang bangang...!!" Sekian terima kasih.. -fb Iman Shauqah ULASAN GB Demikian berjalannya hukum kebenaran dan keadilan - ia mendedahkan kejahilan kumpulan yang kononnya nak perjuangkan Allah dan yang kononnya nak perjuang akidah Islam. Sedang dirinya sendiri tak tahu yang dia sendiri jahil terhadap perkara basic terhadap akidah, tentang kalimah Allah dan ajaran agamanya sendiri. Pergilah kemana-mana blog macai UMNO dan FB mereka... anda akan dapat mengesan kejahilan mereka terhadap Islam tetapi berhiruk pikuk nak perjuangkan akidah Islam. Dengan bermodalkan fitnah-fitnah, dengan berbahasa lucah dan makian-makian dan dengan grafik porno memenuhi ruang blog dan fb mereka - ia amat mendedahkan kemunafikan dan kejahilan yang sangat ketara. Camkanlah, semakin banyak mereka berbiacara tentang Islam, tentang akidah, tentang kalimah... aakan semakin banyak terdedah pekung mereka... itulah hukum kebenaran dan ekadilan yang tidak dapat ditolak dan dinafi. JAKIM sepatutnya mensekolahkan blogger-blogger dan facebooker macai UMNO ini di kelas pemulihan akidah ... ia lebih besar manafaat dan pahalanya daripada menggegarkan negara dengan menuduh pemimpin PAS dengan isu Syiah yang sehingga kini tiada buktinya. |
[VIDEO] Touch n' Go Kena Godam Guna Telefon Pintar Posted: 19 Dec 2013 08:01 PM PST Petaling Jaya: Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini. Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui. Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka. Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n' Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol. Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di plaza tol tersebut. Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n' Go. Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan. Dalam respon segera, wakil Touch n' Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu. "Buat masa ini, Touch n' Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan," kata wakil tersebut. -mstar |
Tampal Pelekat TG Nik Aziz Di Cermin Kereta Kena Saman Posted: 19 Dec 2013 04:15 PM PST Petaling Jaya: Gara-gara meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di cermin depan, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti berkenaan. Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak. Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis. Rata-rata pengguna Facebook mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti tersebut kerana dikatakan menyekat kebebasan untuk berpolitik. Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'. Menurut sumber di institut pengajian awam berkenaan, sebelum kejadian itu berlaku, satu risalah dikatakan telah diedarkan bagi melarang pelajar-pelajarnya membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus. Bagaimanapun, pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen. -mstar |
[VIDEO] Ada Puting Beliung Berlaku Di Johor Bahru? Posted: 19 Dec 2013 04:15 AM PST Johor Bahru: Imej dan klip video yang mendakwa berlakunya kejadian 'puting beliung' di Johor tersebar di Internet pada petang Rabu. Facebook dan Twitter kecoh, apabila ramai yang melahirkan rasa bimbang mereka dengan kejadian puting beliung berkenaan. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu kejadian tersebut dimaklumkan sebagai belalai air dan dilaporkan berlaku di kawasan pesisir pantai Lido pada pukul 4 petang. Seorang pelajar, Mohd Aqil Mohd Faiz, 17, berkata ini merupakan kali pertama dia menyaksikan suasana seperti itu. Kejadian itu berlaku ketika dia sedang memandu di sepanjang Jalan Skudai dekat sini pada pukul 4 petang. "Ia muncul tidak tahu dari mana dan saya dapat melihatnya dengan jelas daripada dalam kereta saya," katanya sambil menambah dia sangat teruja dan agak takut ketika menyaksikan fenomena berkenaan. Hasliana Mohamed, 33, berkata dia melihat kejadian berkenaan daripada pejabatnya di Hospital Sultanah Aminah pada pukul 4.40 petang. "Saya nampak ia membentuk angin yang sangat kuat. Saya sangat takut dan bergegas ke arah kereta dan segera memandu pulang ke rumah," katanya. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meterologi mengesahkan fenomena yang berlaku ialah belalai air. "Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika. "Ia sering terjadi ketika ribut petir berlaku. Kekutan angin yang dibawa tidak sekuat puting beliung," katanya. Beliau menambah jabatan berkenaan menerima beberapa panggilan telefon berkaitan dengan kejadian tersebut, namun tidak ada yang dicatatkan berlaku pada satelit mereka. "Kami kemudiannya menganalisis gambar dan video berkaitan dengan insiden itu dan mengesahkan ia bukan fenomena puting beliung sebaliknya belalai air. Jurucakap itu menambah belalai air hanya muncul dalam tempoh masa yang singkat dan beliau menggesa penduduk supaya bertenang. -mstar |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan