Khamis, 19 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERKINI : Skandal Adi Putra : Amiruddin Ceraikan Isteri Talak Satu

Posted: 19 Dec 2013 09:24 PM PST

Amiruddin bersama isterinya, Noraida pada sidang media mereka 13 Disember lalu.
PUTRAJAYA: Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra membuat pengakuan telah menceraikan isterinya secara lisan pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.
Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain ia untuk kebaikan mereka bersama.
"Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis lalu pukul 4.30 pagi di kediaman kami.
"Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama," katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.
Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Adi Putra (dua dari kanan) bersama isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof dan peguam mereka melakukan sidang media pada 12 Disember lalu.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.
"Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan u tu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan.
"Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.
"Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami," ujarnya.
Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Othman.
Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. - mStar

Pengurus Liverpool kutuk Vincent Tan jahil urus bola sepak

Posted: 19 Dec 2013 08:37 PM PST

Pengurus Liverpool, Brendan Rogers melancarkan serangan mulut semalam kepada pemegang saham terbesar Cardiff City, ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan (gambar) dan menuduh Tan tidak tahu apa-apa dalam menguruskan pasukan bola sepak.
Susulan khabar angin pemecatan pengurus Cardiff City, Malky Mackay, Rogers mempertahankan rakan setugasnya dan berkata, beliau tidak faham mengapa ia sering diperkatakan.
"Apa yang dapat saya katakan dari luar pasukan itu, ialah mereka diuruskan oleh seorang ahli perniagaan yang tidak tahu apa-apa tentang bola sepak. Dia memanglah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan kehidupan dan tahniah diucapkan, tetapi perniagaan bola sepak bukan seperti perniagaan yang lain.
"Mackay menyertai sebuah pasukan dengan 10 pemain baru dan beliau harus melatih pasukan yang baru. Tetapi beliau tetap mengambil cabaran itu dan mengubah mentaliti serta budaya di Cardiff City, lantas membawa mereka ke pusingan akhir Carling Cup dan mendapat tempat di musim playoff.
"Musim yang seterusnya, dia berjaya menjadikan Cardiff City sebagai pasukan kedua di Wales untuk bermain di pusingan tertinggi. Saya amat terkejut akan adanya khabar angin tentang pemecatan beliau," katanya kepada Guardian.
Rogers turut mempertahankan ketua bahagian sumber manusia Cardiff City, Iain Moody, yang dipecat dan berkata, beliau pernah bekerja dengannya di Watford.
Katanya, Moody adalah antara individy yang ikhlas pernah ditemuinya.
Sementara itu, Daily Mail melaporkan Mackay berada di ambang pemecatan selepas Tan menghantar emel agresif, memerintahkan beliau untuk berhenti atau beliau akan diberhentikan. Tan enggan untuk melepaskan Mackay disebabkan wang pampasan yang harus dibayarnya sebanyak £3 juta (RM16 juta).
Dalam emel beliau yang panjang itu, jutawan Malaysia itu mengkritik cara Mackay menguruskan pasukan itu termasuk cara mengendalikan bajet dan berbelanja secara berlebihan sehingga mencecah £15 juta (RM79 juta) pada musim lalu.
The Daily Mail juga melaporkan bahawa prospek Mackay meninggalkan pasukan itu sangat rendah, dengan lebihan provokasi yang beliau hadapi. Namun, The Daily Mail melaporkan sumber yang dekat dengan Mackay berkata, episod buruk ini bakal berakhir minggu depan.
Bekas penyerang pasukan bola sepak Manchester United dan pengurus Molde, Ole Gunnar Solskjaer adalah antara nama yang muncul sebagai kemungkinan pengganti Mackay.
Pasukan Solskjaer dari Norway turut mendedahkan bahawa beliau didekati sebuah pasukan dari Britain namun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut.
Selain pengambilan pengurus baru, jika Mackay dipaksa meninggalkan pasukan itu, Cardiff City juga sedang mencari pangarah bola sepak.
Pasukan itu mengaku bahawa mereka memerlukan seorang profesional dalam industri bola sepak untuk berunding tentang isu pengurusan dan isu umum.
Huru-hara di Cardiff City yang dimulakan dengan pemecatan Moody berakhir kebelakangan ini, tetapi pasukan itu kembali bermasalah apabila Mackay menyarankan pengambilan tiga pemain baru untuk Januari depan.
Tan mengkritik Mackay secara agresif pada Isnin lalu dan berkata tiada sesen pun akan diberikan. – 20 Disember, 2013. - TMI

FB gambar gadis ghairah

Posted: 19 Dec 2013 06:10 PM PST

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu.  

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.


"Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut. Sinar Harian

Touch n" Go digodam

Posted: 19 Dec 2013 12:09 PM PST

Rakaman skrin yang diambil daripada video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon pintarnya untuk menggodam pengimbas Touch n' Go.
PETALING JAYA: Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.
Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.
Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.
Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n' Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.
Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di plaza tol tersebut.
Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n' Go.
Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.
Dalam respon segera, wakil Touch n' Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.
"Buat masa ini, Touch n' Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan," kata wakil tersebut. - mStar

Review Filem : 47 Ronin Sarat Dengan Emosi

Posted: 19 Dec 2013 05:36 AM PST


Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Setelah lama menantikan kemunculan filem epik yang diinspirasikan dari hikayat sebenar ini, akhirnya 47 Ronin bakal muncul di pawagam-pawagam berhampiran anda pada 19 Disember 2013.
Bagi yang pernah melihat trailer 47 Ronin sebelum ini, pasti hati kecil anda terdorong untuk mengetahui kisah sebenar yang menjadi punca samurai-samurai Jepun menyimpan dendam kesumat selama bertahun lamanya.
Untuk pengetahuan anda, 47 Ronin merupakan sebuah kisah lagenda terkenal Jepun mengenai pengorbanan dan kesetiaan samurai kepada ketua mereka.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Menerusi filem arahan Carl Rinsch terbitan United International Pictures ini, peminat genre aksi pastinya mengagumi ketangkasan Keanu Reeves berlawan menggunakan pedang samurai menerusi watak Kai.
Kisah penuh emosi ini bermula apabila seorang pemerintah dari kerajaan lain dikenali sebagai Lord Kira telah menggunakan ilmu sihir untuk menjatuhkan ketua 47 Ronin.
Sejak daripada itu, kerajaan Ako telah kehilangan pemerintah sekaligus menyebabkan kesemua samurainya dibuang daerah.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Lebih menyedihkan, Kai telah dijual sebagai hamba dan ketua samurai iaitu Oishi telah dikurung di dalam lubang bawah tanah. Manakala puteri Ako, Mika pula telah dilarikan oleh Lord Kira untuk dikahwini selepas tamat tempoh perkabungan.
Setelah setahun menderita, Oishi akhirnya kembali ke kampung halaman dan mengumpulkan semula samurai yang lain bagi membalas dendam ke atas kematian ketua mereka.
Kai yang selama ini tidak diterima oleh samurai-samurai kerana berdarah kacukan telah dipanggil untuk membantu mereka menewaskan Lord Kira dan menyelamatkan Mika.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Persoalannya kini, mengapa kami katakan 47 Ronin sebuah filem yang penuh emosi? Walaupun ianya adalah filem aksi, namun terdapat beberapa adegan menyayat hati yang diselitkan.
Sebagai contoh, penonton ditayangkan dengan babak pemerintah Ako yang juga ketua 47 Ronin menamatkan riwayatnya sendiri sambil disaksikan oleh anaknya dan seluruh rakyat jelata akibat muslihat Lord Kira.
Tidak hanya disulami dengan elemen kasih sayang antara Kai dan Mika, 47 Ronin turut menerapkan keutuhan semangat juang samurai-samurai bagi mengembalikan maruah mereka walaupun mengetahui maut menanti mereka di kemudian hari.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Selain itu, penonton juga didedahkan dengan budaya masyarakat dahulukala di Jepun yang mengamalkan hukuman bunuh sekiranya melanggar arahan ketua pemerintah dan undang-undang kerajaan.
Bagi yang sudah lama tidak menonton filem-filem berkualiti, jangan lupa saksikan 47 Ronin merungkai sejarah lama bermula esok di pawagam berdekatan dalam versi 3D.
Sebelum itu, apa kata anda tonton dulu trailer filem ini di bawah supaya dapat memberi sedikit gambaran mengenai jalan ceritanya. Semoga terhibur!

Pasangan baru kahwin pun tidak mungkir janji secepat Ini! –

Posted: 19 Dec 2013 03:56 AM PST

DECEMBER 19, 2013
Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihan raya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya antara sebelum dengan selepas pilihan raya.
Jika sebelum pilihan raya 5 Mei lalu dan dalam manifesto pilihan raya atau rayuannya meminta sokongan, begitu banyak janji-janji indah yang dihamburkan, kini semuanya bagai tinggal kata-kata saja. Hanya setelah enam bulan memperolehi kuasa yang membolehkannya terus kekal di puncak kuasa dan mendiami lagi Seri Perdana, bukan saja pembaziran dan kemewahan terus diamalkan tetapi juga menunjukkan sudah begitu banyak janjinya sendiri mulai dimungkiri.
Terlalu banyak janji yang dibuatnya barang kali menyebabkan beliau lupa apa yang pernah diucapkannya. Lantaran itu, tanpa rasa berdosa, selepas mengumumkan kenaikan harga minyak sebaik saja pilihan raya umum lalu berakhir, satu demi satu kenaikan terus berlaku. Harga gula, tarif elektrik, cukai pintu, pengenalan cukai GST, kenaikan kadar tol adalah antara kenaikan yang mula meresahkan kehidupan rakyat sekarang ini.
Tidak cukup dengan itu, isterinya Rosmah Mansor juga terus bergentayangan terbang ke serata dunia dengan jet eksekutif kerajaan serta berbelanja mewah menggunakan wang pembayar cukai tanpa rasa bersalah atau ada sedikit pun perasaan belas kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang kian terhimpit kehidupannya.
Walaupun Ahmad Maslan berhujah bahawa kenaikan elektrik tidak membebankan kehidupan rakyat bawahan berikutan mereka yang mempunyai bil RM70 ke bawah didakwanya tidak mengalami sebarang perubahan, sebaliknya lebih memberi kesan kepada kelompok industri tetapi sedarkah beliau bahawa sekiranya kos industri meningkat, ia juga akan menyebabkan harga barangan meningkat.
Apabila harga barangan meningkat, siapakah yang menerima kesannya?
Tindakan Najib dan kerajaan begitu cepat mengumumkan pelbagai kenaikan sekarang ini telah mengundang kegelisahan yang tiada taranya kepada rakyat. Di mana-mana juga suara resah dan bimbang itu boleh didengari. Tidak saja golongan kritikal dan mereka yang memang dikenali sebagai penyokong pembangkang yang bersuara, bahkan sekarang ini suara yang dulunya menyokong juga sudah berubah nadanya.
Bagi mereka yang dulunya menyokong segala usaha Umno dan kerajaan, pelbagai kenaikan ini menyebabkan mereka tidak berupaya lagi mencari kata-kata untuk mempertahankan janji-janji yang pernah dibuat dulu. Janji yang dilakukan kerajaan nampaknya bukan lagi untuk ditepati, tetapi lebih untuk dimungkiri dengan pelbagai hujah yang direka-reka.
Kajian Merdeka Center mengenai prestasi Najib jelas menunjukkan hakikat ini. Menurunnya kedudukan beliau daripada 62% kepada 52% setelah pelbagai kenaikan sejak kebelakangan ini, adalah gambaran sebenar suara keluh-kesah rakyat terhadap Najib dan kerajaan sekarang ini.
Ia juga adalah bukti penolakan terhadap janji-janji yang dimungkiri sendiri oleh Najib. Dalam tempoh hanya enam bulan setelah memperolehi kuasa, sudah begitu banyak janji yang dimungkiri, menunjukkan bahawa Najib memang tidak mahu berpegang kepada kata-katanya sendiri.
Janji-janjinya kelihatan lebih teruk daripada janji seorang lelaki ketika memikat seorang wanita yang ingin dikahwininya. Tetapi setelah berkahwin, kebanyakan janji itu tetap cuba dipenuhi dengan sedaya-upaya dan kalau ada pun yang hendak dimungkiri, ia mungkin hanya telah memperolehi dua atau tiga orang anak. Selebihnya mungkin janji itu hanya lewat untuk ditunaikan saja.
Namun Najib nampaknya telah memungkiri janjinya lebih pantas daripada itu. Hanya setelah enam bulan dan mungkin ketika seorang isteri sedang mengandung anak sulung, beliau sudah pun memungkiri banyak janjinya.
Kalau dalam kehidupan berumahtangga, lelaki seumpama itu boleh dianggap lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sesetengah orang mungkin memanggilnya "lelaki haprak" atau "kasanova cinta" tetapi oleh kerana janji-janji Najib dilontarkan kepada rakyat yang berjuta-juta jumlahnya, label dan kategori beliau mungkin lebih buruk daripada itu.
Apa saja boleh gelaran boleh dilemparkan kepada Najib dah kerajaan yang sedang dipimpinnya.
Tetapi apa pun label, kategori atau gelaran yang mahu mahu tujukan kepadanya, rakyat kini dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana Najib memungkiri janji-janjinya. Rakyat tidak seharusnya lagi berfikir lebih daripada sekali untuk menolak pemimpin seperti ini. – shahbudindotcom.blogspot.com, 19 Disember, 2013.-TMI

Adi Putra Dipantau Polis

Posted: 19 Dec 2013 02:27 AM PST

Pelakon Adi Putra memberitahu dia dipantau oleh beberapa anggota polis sepanjang menjalani penggambaran filem Balistik yang dijalankan sekitar Julai tahun lalu.
Namun pemantauan tersebut dibuat bukan kerana Adi Putra melakukan apa-apa kesalahan berat tetapi ia untuk memastikan pelakon itu menjiwai watak seorang inspektor polis dengan cara dan yang betul dan perwatakan sebagai seorang pegawai polis.
"Sepanjang di set saya dipantau oleh beberapa anggota polis Bukit Aman supaya watak polis yang saya bawakan tidak menimbulkan sebarang isu dan menyentuh sensitiviti. Sebab ini melibatkan nama baik anggota PDRM", katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Balistik, di e@Curve, malam tadi.
Dalam filem arahan Silver Chung itu Adi memegang watak sebagai Inspektor Nizam yang ditugaskan menangkap pembunuh upahan paing dikehendaki pihak polis.
Selain Adi, dua lagi tonggak utama filem yang menelan kos RM2.5 juta ialah Datuk Rosyam Nor yang memengang watak Saga, seorang pembunuh upahan dan Rita Rudaini sebagai Salina.
Barisan pelakon 'Balistik' bersama pengarah, Silver Chung (tiga dari kanan, berdiri). Kredit foto Faisol Mustafa.Barisan pelakon 'Balistik' bersama pengarah, Silver Chung (tiga dari kanan, berdiri). Kredit foto Faisol Mustafa.
Balistik (Kelajuan Peluru) terbitan RK Screen Sdn Bhd dengan usaha sama Asia Tropical Film Sdn Bhd ini bakal ditayangkan pada 9 Januari depan.
- mD

Surat Terbuka Kepada Najib Razak - Kemana duit kami pergi?

Posted: 19 Dec 2013 12:45 AM PST

YAB Datuk Seri,
Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin YAB kini berhadapan masalah ekonomi.
Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur malar, defisit kian melebar, hutang makin mengakar, inflasi terus menjalar dan tabungan semakin sukar.
Walaupun transformasi dijana dan janji dijaja, barah rasuah dan disiplin integriti masih kekal di tahap lama.
Kerajaan YAB dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, integriti dipersoalkan.
YAB pasti mengerti, pelbagai perbelanjaan, subsidi dan bantuan yang diberi kerajaan, semuanya dipungut daripada rakyat.
Pendapatan rakyat dicukai, keuntungan rakyat dicukai, perbelanjaan rakyat dicukai, manakala simpanan rakyat dipinjam untuk membiayai hutang kerajaan.
Jika demokrasi adalah pemerintahan "dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat", ekonomi yang sihat juga begitulah sifatnya.
Untuk pengetahuan YAB, kami anak muda juga cakna memikirkan hal ekonomi negara. Saban hari kami hadapi – harga makan minum mahal, harga rumah mahal, sewa rumah mahal, harga kereta mahal, tambang bas dan teksi mahal.
Hendak belajar perlu berhutang, hendak berniaga tiada modal, hendak bekerja peluang terhad, hatta hendak berkahwin terpaksa meminjam.
Tidak cukup dengan itu, YAB mengumumkan kenaikan 20 sen harga petrol selepas empat bulan pilihanraya, harga gula diumum naik 34 sen selepas lima bulan pilihanraya, tarif elektrik diumum naik 15% selepas enam bulan pilihanraya dan terkini tol lebuhraya pula mahu dinaikkan, yang semuanya tidak pernah dijanjikan.
Semua ini adalah senarai rasionalisasi (baca: pengurangan) subsidi yang telah diumumkan, belum dikira dengan yang bakal diumumkan, ditambah pula dengan peniaga yang menaikkan harga barangan.
YAB pasti tahu, harga barangan menjadi mahal (baca: inflasi) disebabkan dua faktor, tolakan-kos dan tarikan-permintaan.
Dengan kenaikan kos bahan ini, sifir mudahnya, harga akhir yang perlu dibayar pengguna akan turut meningkat.
Natijah kenaikan harga barangan ini, kos sara hidup kian menghimpit, kuasa beli makin menyusut, dan hutang isi rumah dijangka terus meningkat.
Siapa akan pulihkan ekonomi Malaysia? Rakyat tiada akses pada perjanjian pembelian tenaga (PPA) oleh Tenaga Nasional Berhad terhadap penjanakuasa bebas (IPP) yang mengaut untung besar, yang kami kira wajar dikaji-semula.
Rakyat tiada akses pada keuntungan dan royalti minyak dan gas Petronas, yang kami hitung, wajar diagih rata.
Rakyat tiada akses pada perjanjian konsesi tol yang telah mendapat pulangan atas pelaburan (ROI), yang kami darab, wajar dirunding-semula.
Rakyat tiada akses pada tender dan kontrak kerajaan, yang kami bahagi, wajar diberi secara telus dan terbuka.
Rakyat tiada akses pada subsidi untuk monopoli beras dan gula, yang kami anggar, wajar diagih saksama.
Rakyat tiada akses pada aliran perbelanjaan menteri, yang kami perincikan, wajar dijimat dalam berbelanja.
Benar, rakyat tiada akses, tetapi rakyat punyai azam dan cita untuk berubah demi hidup sejahtera.
Akhir dari saya, ingatlah, ketika YAB (dan isteri) berfikir ke mana mahu pergi, kami anak muda berfikir ke mana duit kami pergi. Teringat saya akan konsep wasatiyyah yang sering dizikirkan. Jika ikhlas diamalkan, pasti masalah mampu diselesaikan. – oleh  Syahir Sulaiman 19 Disember, 2013. - TMI

HIBURAN TEMPATAN - Saleem [Iklim] masih berbisa

Posted: 18 Dec 2013 11:13 PM PST

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Foto
Kelunakan vokal tersendiri dan memukau ternyata membezakan Saleem dengan penyanyi lain. Tidak dinafikan dia mempunyai kelompok peminat yang setia menyokong perjuangan seninya.
Justeru, tidak hairanlah penyanyi yang mencipta fenomena menerusi lagu Suci Dalam Debu ketika bersama Iklim dulu ini tidak tenggelam dengan saingan penyanyi generasi muda.
Buktinya Saleem yang kini sudah berusia 52 tahun mampu menghasil–kan album setiap tahun. Terbaru dia hadir menerusi album Cinta Kita Berbeza terbitan Music Valley sekali gus membuktikan dia masih ada nilai dalam industri muzik tanah air.

"Syukur saya masih diberi peluang menghasilkan album dan sering tampil dengan karya terbaru. Peminat saya tak suka saya nyanyikan lagu-lagu lama dan lebih suka saya tampil dengan album baru.
SALEEM masih mampu bersaing dengan penyanyi generasi baru.

"Bagi memastikan mereka puas hati, saya pilih bekerjasama dengan barisan komposer dan penulis lirik hebat yang sudah serasi dengan saya antara–nya Bong, Azam Dungun dan Edrie Hashim," katanya.

Sebagai strategi, Saleem memilih lagu Bila Orang Dah Benci sebagai single pertama dan disusuli lagu Cinta Kita Berbeza yang kini semakin menjadi siulan peminat.

"Konsep lagu yang dipilih sememangnya memenuhi cita rasa peminat dan bukannya syok sendiri. Saya juga nyanyikan lagu Berakhir Cinta Kita yang disambung daripada lagu Trilogik Cinta.

"Boleh dikatakan album ini sebuah 'killer' album kerana semua lagu di dalamnya disukai ramai. Alhamdulillah setiap tahun saya akan ada album kerana memenuhi permintaan peminat," katanya yang setia ditemani isteri merangkap pengurusnya, Juriah Bachok atau Julia.

Saleem berkata, resipi yang digunakan sangat mudah iaitu jaga disiplin serta komitmen.

"Boleh dikatakan saya tak duduk diam kerana sering menjayakan persembahan pentas di seluruh negara untuk apa saja majlis. Inilah rezeki saya," katanya.


Nafi dikongkong isteri

Biarpun masih aktif menyanyi, publisiti mengenai Saleem seakan berkurangan di media massa.

Saleem yang mengakui perkara ini berkata, dia sememangnya memilih mendiamkan diri dan hanya tampil apabila ada cerita terbaru.

"Kalau setakat cerita murahan tak payahlah. Lainlah kalau ada cerita yang bagus. Saya malas nak tampil dengan cerita yang remeh-temeh dan lebih suka publisiti berkenaan karier," katanya.

Dia juga menafikan sikap isterinya yang tidak mesra media dan garang membuatkan dirinya kurang mendapat publisiti.

"Julia tak garang seperti yang dijangka ramai. Sebagai pengurus, sudah tentulah dia kena tegas dalam urusan membabitkan karier saya. Ini perlu agar saya tak nampak murahan dalam industri.

"Bagaimanapun ini tak bermakna dia tak boleh dibawa berunding. Memang sudah kelaziman dia akan serius waktu bekerja tapi selepas selesai dia akan mesra seperti mana orang lain," katanya mempertahankan isteri tercinta.

Perjuangan Saleem dalam dunia seni tidak akan terhenti kerana dia sentiasa mencari idea baru untuk mengembangkan kariernya.

Antara yang dirancang ialah mengembangkan pengaruh ke Indonesia kerana namanya bersama Iklim pernah menjadi sebutan peminat di sana suatu ketika dulu.

"Saya merancang nak berduet dengan Firman dan mendapat tahu peminat di sana sememangnya menunggu gandingan ini.

"Saya nak cuba pecah–kan benteng di sana yang selama ini dikatakan kebal dan sukar ditembusi artis kita.

"Firman sendiri meluah–kan perasaan kagumnya kepada saya dan sangat gembira untuk buat projek ini. Jika tiada aral ia akan jadi kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat.

"Selain itu saya juga bercadang nak hasilkan lagu dengan kolaborasi bersama penyanyi rap sebagaimana trend sekarang. Saya sedang mencari dan berfikir untuk cari artis yang sesuai untuk projek ini," katanya.- myMetro

Tiada ulasan: