. |
Penggantungan permit The Heat sudah diduga Posted: 19 Dec 2013 06:05 AM PST SIMPULAN MALAM Dalam posting pada 13 Disember 2013 saya membayangkan ada tanda-tanda zaman gelap media massa di negara ini akan dijelmakan semula dibawah menteri yang baru. Tindakan KDN mememanggil editor akhbar The Heat dan mengarah web Astro Awani menarik balik catatan atau rencana mengkritik Rosmah Mansor oleh A Kadir Jasin dilihat sebagai tanda-tanda zaman gelap itu akan bermula semula. Ternyata apa yang saya bayangkan itu menjadi kenyatan hari ini apabila permit akhbar minggun The Heat digantung serta merta. Tidak ada penjelasan kenapa akhbar itu digantung oleh pihak berkuasa tetapi ia jelas kerana laporan yang dibuat berhubung kritikan kepada perbelanjaan Rosmah dan Najib yang disiarkan pada muka depannya dalam satu terbitan. Penggantungan itu tidak hairan kerana menteri yang menjaga atau mengawal penerbitan dikenal pasti siapa dia dan tugasan sampingannya selama ini. Menteri itu seorang yang senantiasa menjunjung Rosmah sebagai mahkota hidupnya. Mana boleh mahkotanya diusik? Penggantungan itu membuktikan bagaimana dia mengawal dan menjaga mahkota itu dari dipersendakan oleh umum. Soal apakah kritikan dan teguran itu berpatutan dan kena pada tepatnya, ia bukan menjadi ukuran yang penting Rosmah jangan diganggu. Berhati-hatilah pihak mengusaha apa-apa bahan terbitan yang mempunyai permit atau pun memerukan kelulusan agensi kementerian berkenaan kalau anda juga tidak mahu dikenakan tindakan sama. Anda tidak boleh bebas sebagai sebuah media massa rakyat dalam sebuah negara dikatakan demokrasi dan mempunyai kebebasan bersuara seperti Utusan Malaysia atau TV3 atau Berita Harian, kerana ada sikap double strandard ke atas anda kelak. Baik anda berhati-hati dan jangan membuat apa-apa kritikan kepada Rosmah dan suaminya Najib. Kalau mereka ada melakukan kemungkaran dan mudarat kepada negara, tengok dan biarkan sahaja seperti anda menyaksikan anjing mengawan, lima lawan satu dengan penuh kepandiran. Jangan cuba tegur dan kritik nanti permit anda akan ditarik balik. Apa lagi dalam keadaan menteri itu sakit kepala dan malu dengan isu mengSyiahkan Mohamad Sabu tidak selesai seperti diharapkan, akan muda tindakan beremosi dilakukan ke atas anda. Jangan.. kalau anda tidak mahu diapa-apakan pujilah Rosmah Mansor seperti mana menteri itu sering kali lakukan walaupun selepas itu anda akan muntah. [wm.kl.9:57 pm 19/12/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan