Kelab Greenboc |
- [PANAS] JPM Arah Astro Awani Buang Artikel Mengenai Rosmah
- Khalid Samad Menang Kes Saman Terhadap Hamidah Osman
- Zahid Yang Terlondeh Sebelum Sempat Dedah Hal Mat Sabu
[PANAS] JPM Arah Astro Awani Buang Artikel Mengenai Rosmah Posted: 11 Dec 2013 01:01 AM PST Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri. Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini. Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri. Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini. Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut. Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan. "Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab. "Bagaimanapun artikel adalah berdasarkan atas hak saya sebagai wartawan dan rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan dalam perlembagaan," katanya. Beliau juga turut menjelaskan catatannya dalam blog boleh digunakan oleh mana-mana media untuk diubah menjadi berita asalkan pihak tersebut memetik sumber artikel yang diperolehi. Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara. Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak). Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa. Susulan dari itu Kadir dalam tulisan diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri. Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa. -TMI ULASAN GB Selepas tersiarnya tulisan A.Kadir Jasin di balam blognya The Scribe, beberapa portal telah meyiarkan semula tulisan tersebut diantaranya The Malaysian Insider dan astro awani. Lazimnya artikel The Malaysian Insider akan menjadi perhatian untuk GB ulas semula, namun pada hari berkenaan, tergerak hati GB untuk memilih menyiarkan tulisan di astro awani. Boleh baca di SINI. Apa sebabnya GB memilih tulisan di astro awani dan bukan The Malaysian Insider mengenai isu ini? Kerana sukar sekali untuk melihat astro awani menyiarkan tulisan yang kritikal berbanding The Malaysian Insider atau malaysiakini atau harakahdaily. Apabila astro awani berani menyiarkan semula tulisan A.Kadir Jasin tersebut, GB mendapati wujudnya fenomena suara dari silent majority yang mengesahkan rakyat telah meluat dengan sikap Najib yang membela perlakuan melampau isterinya Rosmah Mansor. Jika tidak masakan astro awani sendiri turut sama di dalam penyiaran semula tulisan wartawan terbilang itu. Kini JPM pula kelam kabut memandai-mandai arahkan astro awani buang artikel berkenaan. Ya, astro awani terpaksa patuh, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak akan dapat ditolak lantarannya. Bahawa sememangnya semakin hari semakin ramai yang menyedari perbuatan melampau Rosmah Mansor. Ingat, yang menulis artikel itu bukan calang orang. A.Kadir Jasin, bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times. Bukan Sakmongkol, MSO, Aspan, Shahbudin atau tukartiub yang sememangnya telah diketahui sentiasa melemparkan pandangan yang kritikal terhadap isu semasa. Yang menyiarkan semula ialah astro awani. Bukan juga oleh KiniTV atau TVPAS! Apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai JPM yang memaksa astro awani keluarkan tulisan itu tidak akan sekali-kali memadam rasa meluat rakyat terhadap isteri PM tersebut. Dan apa yang GB katakan dulu, Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah semakin hampir menjadi kenyataan. p/s Sekalipun artikel itu telah dibuang dari portal astoawani ia tetap boleh diakses di google cache. Itu kebebalan pegawai di JPM tentang sistem dan teknologi maklumat. Sama juga dengan kes dengan Hamidah Osman yang disaman Khalid Samad. Mahkamah Rayuan memutuskan memang sah Hamidah telah memfitnah Khalid. Sekalipun Hamidah telah membuang artikel berkaan ia tetap boleh diakses siap dengan gambar fitnah itu melalui webarchive. |
Khalid Samad Menang Kes Saman Terhadap Hamidah Osman Posted: 10 Dec 2013 08:01 PM PST Kuala Lumpur- Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman Khalid Abdul Samad terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib. Dalam keputusannya itu, mahkamah mengarahkan Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid. "Mahkamah mendapati tulisan dan gambar yang disiarkan adalah fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap dan diketepikan," kata Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim. Dua lagi hakim adalah Mah Weng Kwai and Abang Iskandar Abang Hashim. Pada 12 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah. Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah. Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan Khalid yang mengatakan artikel yang diterbitkan oleh Hamidah adalah fitnah merupakan satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan. Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember, 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar yang disiarkan melalui blog Hamidah pada Januari 2010. Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad.
|
Zahid Yang Terlondeh Sebelum Sempat Dedah Hal Mat Sabu Posted: 10 Dec 2013 04:15 PM PST Syiah: Mat Sabu tidak gentar pendedahan Zahid Hamidi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak gentar dengan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan fahaman Syiah. Mohamad Sabu tidak gentar dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah. Timbalan Presiden PAS itu berkata, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu termasuk ketika pemilihan parti Islam itu baru-baru ini. "Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi," katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu ketika ditemui The Malaysian Insider, malam tadi. Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987. "Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia," katanya merujuk kepada Ahmad Zahid. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada Ahmad Zahid memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu. "Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya. Semalam, Ahmad Zahid berkata, beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat dengan fahaman Syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat. Katanya, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya. Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah. "Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? "Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya, semalam. Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab berbeza. Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah. "Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. "Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama. Jamil Khir berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah. Katanya, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan. Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah ada bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis. "Elok tanya Zahid. Elok tanya polis," katanya. -TMI
ULASAN GB Dulu tuduh Mat Sabu agen komunis, sekarang Syiah... apa ada heran Mat Sabu pada itu semua? Nak dedah dedahlah... kita nak tengok juga apa yang Zahid nak dedahkan. Nak tengok kot-kot jika ada video tunjuk Mat Sabu tenyeh dahinya di batu sewaktu sujud... atau ada rakaman pernikahan mut'ah dengan perempuan lain... Yang di bawah ini ajaran Islam jenis apa pulak yang mengizinkan sentuhan dengan bukan-muhrim wahai Zahid? Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Belum sempat kamu rencanakan pendedahan terhadap tuduhan palsu kamu, Tuhan mendedahkan dahulu untuk menunjukkan siapa sebenarnya kamu! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan