Anak Sungai Derhaka |
- Jasa-jasa Rosmah kepada negara didedahkan oleh Najib.
- Aku bukan Syiah - Mat Sabu
- Terbaik dari Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said...
Jasa-jasa Rosmah kepada negara didedahkan oleh Najib. Posted: 07 Dec 2013 07:27 AM PST Jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa UMNO sudah menjadi parti orang bangsawan, parti 'warlods' dan parti laki-bini." Tindakan Najib menceritakan tentang jasa dan sumbangan isterinya di pentas Perhimpunan Agung Umno ini adalah dipercayai untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya itu berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, baru-baru ini. Ia sekurang-kurangnya untuk memperbodohkan perwakilan Umno bahawa di sebalik pelbagai dakwaan tentang pembaziran, pemborosan dan kehidupan mewah yang dijalani oleh isterinya, Rosmah juga sebenarnya ada melakukan sumbangan kepada negara yang mungkin tidak diketahui sebelum ini. Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya itu bagi membolehkan Rosmah dibiarkan menggunakan harta negara seperti harta mak bapak dia.. Inilah dua jasa besar Rosmah yang dijadikan rahsia oleh Najib selama ini. Jasa pertama Rosmah baik dengan isteri diktator Hosni Mubarak dan dapat membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu. "Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung. "Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya. Jasa kedua Rosmah juga baik dengan keluarga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa. "Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita. "Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," terang Najib lagi tentang rahsianya. Dan seperti biasa, perwakilan Umno memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka seolah-olah menghargai dan mengkagumi peranan yang dimainkannya itu. Nak perbodohkan macai bolehlah Najib... Apa yang dikatakan telah dilakukan oleh Rosmah oleh Najib ialah tugas-tugas Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Aman.. Jadi adakah Hanifah Aman tidak mampu untuk melakukan semua itu?.. Kalau macam tu pecat sajalah dia, lantik Rosmah jadi Menteri Luar.. tantu macai suka.. Lagi satu apa yang tersirat dari kenyataan Najib ini.. kalau yang ada dalam penjara di luar negara boleh dikeluarkan melalui satu panggilan talipon.. apalah sangat dalam negara ni... Tapi kenyataan Najib tu.. aku nampak lebih dari satu kenyataan dari orang yang takut bini... Cuba tengok gambar di bawah ni.. kenapa agaknya Rosmah turut menyibuk untuk memotong kek sempena ulang tahun Umno ke-67, sedangkan dia hanya isteri kedua seorang Perdana Menteri? |
Posted: 07 Dec 2013 05:23 AM PST Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini. "Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI. Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah. Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini. Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut. PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah. Sebelum ini... Astro Awani telah melaporkan .. Zahid dedah Mat Sabu pengikut Syiah, minta JAKIM ambil tindakan Ahli Sunnah Wal Jama'ah dituduhnya Syiah.. yang aku hairannya yang mengaku dirinya sebagai Ketua Syiah Kedah ni, kenapa tiada tindakan? |
Terbaik dari Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said... Posted: 06 Dec 2013 09:50 PM PST Walaupun tindakannya dari satu sudut kelihatan agak 'gedebe' namun dalam situasi yang terdesak sebegini ianya adalah wajar dilakukan demi rakyat.. Ianya dikatakan bermula bilamana sekumpulan pengguna jalan raya terkandas di laluan Kuala Lipis dan kelaparan kerana tiada bekalan makanan yang dibawa. Secara kebetulan pula sebuah lori membawa roti turut berada di tempat kejadian. Kerana kelaparan para pemandu yang terkandas itu telah merayu kepada pemandu lori tersebut agar roti yang dibawa diagih-agihkan kepada semua yang terkandas di situ. Mereka sanggup membayarnya walau berapa harganya sekalipun. Namun pemandu yang menjalankan tugas menghantar roti enggan melakukan demikian, kerana amanah yang dipikulnya mahukan beliau menghantar ke destinasi yang telah ditentukan. Secara kebetulan juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut berada di tempat kejadian. Demi kepentingan rakyat beliau telah bertindak membuka pintu belakang lori tersebut dan mengagihkannya kepada para pemandu yang terkandas disitu. Beliau tidak berucap berapi-api beretorik di PWTC kononnya mahu membantu rakyat. Beliau tidak perlu mengherdik GLC dan Persatuan untuk menjadi popular. Beliau tidak perlu sidang media untuk membangsatkan rakyat, sepertimana yang dilakukan oleh Ketua Wanita UMNO.. sila baca di SINI Ahmad Said juga tidak perlu sidang akhbar untuk membantu rakyat. Bravo Mat Said!!! Kalaulah benar Malaysia adalah negara terbaik dalam menguruskan banjir macam si Shahidan kata tu.. adakah ini akan berlaku? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan