edyesdotcom |
- Catatan SAMM Kedah Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-5
- Catatan SAMM Johor Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-4
- Catatan SAMM N.Sembilan, Selangor dan Wilayah - Misi #Save4PantaiTimur Trip ke 3
Catatan SAMM Kedah Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-5 Posted: 11 Dec 2013 12:43 AM PST Catatan SAMM Kedah Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-5 Misi SAMM Kedah ke Pantai Timur adalah merupakan trip ke-5 selepas beberapa trip SAMM dari seluruh negara ke Pantai Timur, Kini tiba giliran kami membuat aksi kemanusiaan meringankan beban mangsa banjir. Trip kali ini hadir dengan pakej #OpsBERSIH menurut kemampuan dan kesempatan yang ada. Telah dimaklumkan SAMM Kebangsaan juga akan melancar #OpsBERSIH besar-besaran pada 13-15 Disember ini, SAMM Kedah mengorak langkah awal. Sejak Jumaat lalu, pengumpulan barangan bantuan telah dimulakan dan kini tiba masanya untuk bergerak ke Pantai Timur. Sasaran kami daerah kuantan, terus dari rumah ke rumah, tidak melalui pusat penempatan mangsa banjir. 9 Disember 11pm: Tiba di Seremban untuk ambil water jet dan sedikit barangan sumbangan serta tukar kereta dari Avanza ke Hilux 10 Disember 6am: Konvoi bantuan SAMM Kedah tiba di Kuantan dan berehat sebentar 10 Disember 10am: Konvoi SAMM Kedah bertemu dengan komrad Arm, Zamri dan Hafiz dari SAMM Pahang untuk menyusun gerakan membantu mangsa banjir dari rumah ke rumah. 10 Disember 1pm: Selepas aksi mencuci, agihan pakaian terpakai pula dilakukan di sebuah surau di kawasan Sungai Isap sebelum menunaikan solat Zohor. 10 Disember 4pm: SAMM Kedah memulakan aksi mengagih barang makanan dan keperluan asas dari rumah ke rumah menggunakan Hilux dan berjalan kaki. 10 Disember 6pm: Agihan selesai sepenuhnya. SAMM Kedah kemudian dijemput oleh salah seorang mangsa banjir telah yang kami bantu untuk makan bersama dan berehat di kediaman tersebut. 10 Disember 9pm : SAMM Kedah bertolak dari Kuantan ke Seremban untuk menukar kereta dan pulang ke Sungai Petani. 11 Disember 8.30am: Kami selamat sampai di Sg Petani. Maka selesailah misi #Save4PantaiTimur Trip ke-5 dan #OpsBERSIH dari SAMM Kedah InsyaAllah, SAMM Kedah akan menghantar wakil untuk aksi besar-besaran #OpsBERSIH SAMM Kebangsaan. SAMM turut menyeru orang ramai yang prihatin untuk membantu dengan menyumbangkan barang keperluan yang masih diperlukan seperti
Untuk sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus salurkan ke akaun Maybank Solidariti Anak Muda Malaysia (555041113224) sekiranya transaksi telah dibuat sila sahkan transaksi ke number 012-6937908 Sekian Ahmad Miqhdad ShukriPenyelaras Misi #Save4PantaiTimur Zon Kedah Penyelaras SAMM Kedah Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM Kelantan di sini Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM N.Sembilan, Selangor dan Wilayah di sini Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM Johor di sini |
Catatan SAMM Johor Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-4 Posted: 10 Dec 2013 08:02 PM PST Catatan SAMM Johor Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-4 Selesai sudah tiga trip SAMM ke Pantai Timur merangkumi Kuantan-Kemaman-Maran-Temerloh, kini tiba giliran SAMM Johor menyambung bakti memastikan warga Johor juga tidak terlepas memberi bantuan dan sumbangan. Bermula pagi ahad, SAMM Johor membuka pusat pengumpulan barangan bantuan mangsa banjir. Di atas maklumat yang disebar melalui page SAMM Kebangsaan dan page SAMM Johor, orang ramai mula berpusu-pusu menghantar bantuan keperluan untuk mangsa banjir pantai timur. 8 Disember 11am: SAMM Johor membuka kaunter sumbangan di perkarangan menara Aqabah, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. 8 Disember 7.45pm: Barang bantuan dinaikkan ke atas lori 1 tan. Konvoi SAMM Johor dengan kekuatan 14 org komrad, 2 pacuan 4 roda bergerak dari menara Aqabah menuju ke kuantan bermula 9 Disember 5.45am: Konvoi SAMM Johor sampai di padang MPK Kuatan, berehat dan menunaikan solat subuh Selesai rehat dan solat Subuh, Konvoi SAMM Johor bergerak ke Madrasah Fathul Ulum, Batu 5 Jalan Gambang pada jam 8 pagi tersebut. 9 Disember 9am: Barang mula dipunggah keluar, disusun untuk diagihkan. Ketika yang sama, Jemaah madrasah membantu memangil penduduk berdekatan untuk datang ke perkarangan madrasah untuk mengambil bantuan. 9 Disember 10am: Barang-barang keperluan mangsa banjir mula diagihkan oleh SAMM Johor. Suasana meriah dan terpancar wajah-wajah kegembiraan. Wajah kegembiraan ini menjadikan setiap komrad SAMM Johor terharu dan turut merasai betapa bebanan yang besar dihadapi itu sedikit terubat. SAMM Johor adalah penggerak anak muda, menjadi nadi rakyat dalam memastikan golongan rakyat yang susah ditimpa bencana terus dibantu tanpa apa-apa protokol dan juga tanpa mengira warna kulit serta fahaman. Bezanya gerakan anak muda ini ialah, kami menyampaikan sumbangan secara terus kepada orang ramai, tanpa menunggu kehadiran pemimpin VIP. Malah, kami juga tidak perlu menunggu untuk bahan bantuan ini di'cop' dengan apa-apa lambang termasuk lambang dacing. Pada dasarnya, kita dalam misi kemanusiaan, bukan misi berkempen. 9 Disember 12tghari: Sumbangan selesai diagihkan kepada orang ramai dan Konvoi SAMM Johor memulakan perjalanan pulang. InshaAllah SAMM Johor akan turut menyertai #OpsBersih SAMM Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 13-15 Disember ini. SAMM turut menyeru orang ramai yang prihatin untuk membantu dengan menyumbangkan barang keperluan yang masih diperlukan seperti
Untuk sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus salurkan ke akaun Maybank Solidariti Anak Muda Malaysia ( 555041113224) sekiranya transaksi telah dibuat sila sahkan transaksi ke number 012-6937908 Sekian Mohd Azrol Ab Rahani Penyelaras #Save4PantaiTimur Zon Johor Penyelaras Bersama SAMM Johor |
Catatan SAMM N.Sembilan, Selangor dan Wilayah - Misi #Save4PantaiTimur Trip ke 3 Posted: 10 Dec 2013 07:17 PM PST Catatan SAMM N.Sembilan, Selangor dan Wilayah - Misi #Save4PantaiTimur Trip ke 3 Berikut adalah catatan Misi SAMM ketiga untuk Bantuan Kemanusiaan #Save4PantaiTimur. Beberapa pusat pengumpulan bantuan bencana banjir dibuka selama beberapa jam di Senawang, Cheras dan Wangsa Maju pada 6-7 Disember. Selesai mengisi barangan terkumpul di Senawang, konvoi SAMM N9 bergerak ke Kuala Lumpur bertemu SAMM Wilayah diketuai oleh Azmir Mustafa dan SAMM Selangor yang diketuai sdr Azif. Lokasi seterusnya di tapak pengumpulan barangan bantuan di Cheras Baru Kuala Lumpur dan singgah di Petron Taman Melati untuk mengisi barangan yang dikumpul oleh SAMM Selangor dan Wilayah. 7 Disember 10pm: Sesi bergambar sebelum memulakan perjalanan. Ketika bergambar, lori 3 tan sudah sarat dengan barang bantuan telah di'seal' Perjalanan dimulakan dengan kekuatan 7 komrad diketuai oleh Sani Md Shah bersama Sheikh Yaser dan Niedzam Adzmi, sasaran awal untuk sampai di lokasi paling jauh dalam jadual iaitu Kemaman. Komrad SAMM Pahang dan SAMM Kemaman memberi kerjasama dalam soal memastikan jalan yang dilalui tiada halangan banjir dan boleh dilalui oleh lori dan pacuan 4 roda. 8 Disember 5.30am: Tiba di Kemaman dan menunggu kelibat SAMM Kemaman untuk bawa barangan ehsan orang ramai ke pusat pemindahan banjir Separuh dari barangan bantuan diturunkan di Kemaman. Ini kerana dilihat perkembangan bantuan di Kemaman amat menyedihkan. Difahamkan, bantuan sudah ada, namun barangan tersebut tidak boleh diagih sebelum ketibaan menteri dan VVIP. Ketika ini juga, berita masuk mengatakan keadaan di Maran dan Temerloh agak membimbangkan. Ini kerana segala tumpuan bantuan dituju ke Kuantan dan selebihnya Kemaman, maka belum ada bantuan di Temerloh dan Maran yang merupakan kawasan banjir yang baru. Justeru itu, Konvoi bantuan SAMM akan menyusur terus ke Maran. Mengikut jadual asal, sepatutnya kehadiran komrad SAMM dalam trip ketiga ini disusuli dengan operasi pembersihan. Namun keadaan banjir masih belum surut sepenuhnya di kebanyakkan tempat dan masih lebih 30 ribu mangsa banjir masih ditempatkan di Pusat Bantuan Mangsa Banjir. SAMM merancang untuk satu konvoi lebih besar di mana satu operasi besar–besaran menggerakkan sukarelawan SAMM seluruh semenanjung Malaysia memberi bantuan kepada SAMM Terengganu dan SAMM Pahang pada 13 – 15 Disember ini bagi membantu kerja – kerja membersihkan rumah mangsa. Sila klik di sini untuk berita dan perkembangan #OpsBersih. SAMM kini telah mempunyai 3 water jet, namun jumlah ini tidak mencukupi. SAMM menyeru orang ramai yang prihatin untuk membantu dengan menyumbangkan barang keperluan yang masih diperlukan seperti
Untuk pakaian terpakai pihak kami mengucapkan terima kasih kerana kami telah banyak dan berlaku lambakan. Untuk sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus salurkan ke akaun Maybank Solidariti Anak Muda Malaysia (555041113224) sekiranya transaksi telah dibuat sila sahkan transaksi ke number 012-6937908 Di akhir laporan ini, diselitkan ucapan salah seorang penyelaras operasi iaitu saudara Sheikh Yaser Al-Masri;
Sekian Penyelaras Misi Bantuan #Save4PantaiTimur Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan