Anak Sungai Derhaka |
- A Kadir Jasin belasah Shahrizat pula..
- Sempena dengan kenaikkan tarif elekritk, Tambang LRT dan Monorail akan dinaikkan..
- Kerana satu panggilan telefon, Astro Awani tarik balik berita Rosmah wajar jadi Menteri?
A Kadir Jasin belasah Shahrizat pula.. Posted: 11 Dec 2013 06:22 AM PST Datuk A Kadir Jasin menempelak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) yang masih mengagungkan Datuk Seri Najib Razak dengan menggelar 'mahaguru'meskipun kesalahan demi kesalahan dilakukan Perdana Menteri itu. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP) itu berkata, antara kelemahan Najib adalah kegagalannya menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang disifatkannya rekod lebih buruk berbanding mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan di Selangor. Inilah 'mahaguru' Shahrizat," katanya melalui kiriman di blog bertajuk "Ketua Wanita dan Mahaguru". Beliau berkata krisis moral juga turut membayangi Umno dan BN setelah bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada parti atas isu tersebut. Katanya, mujur Najib tidak meluluskan usul Shahrizat semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) lalu untuk menubuhkan Bank Wanita yang turut menyarankan agar akaun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan teratur. "Shahrizat tinggal serumah dan tidur bersama suami Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail tetapi beliau mendakwa tidak tahu-menahu suami dan anaknya terlibat dengan National Feedlot Corporation (NFC)," katanya yang menyifatkan rakyat tidak mudah diperbodohkan. Kadir turut menyelar Najib atas cubaannya melantik bekas ahli PAS Mohammad Kazim Elias ke dalam ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada hujung bulan lalu namun ditolak oleh pendakwah bebas itu. "Adakah Najib tidak mempelawa Mohammad Kazim menyertai MT? Mujur PAS tidak segeliga mana menyerang Mohammad Kazim. Mereka sepatutnya tidak bersuara dan biarkan beliau menjadi pengintip parti lawan. "Mengapa mengadu negara lain mengintip kita? Najib sendiri menjemput pengintip menyertai MT. Jangan terkejut jika beliau suatu hari nanti menjemput ahli DAP dan PKR juga," katanya yang menyangka prinsip itu diambil berdasarkan Umno yang dilabel parti rakyat," katanya ~ The Malaysian Insider |
Sempena dengan kenaikkan tarif elekritk, Tambang LRT dan Monorail akan dinaikkan.. Posted: 10 Dec 2013 07:40 PM PST Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu. Beliau juga berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan. "Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," katanya. Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat. "Ia akan menjadi satu keadaan menang-menang antara kemampuan orang ramai dan kemampanan industri kereta api. Macam biasa jugak laa.. Dia kata kenaikkan ini adalah paling rendah dalam dunia... Bacalah.. LRT and Monorail fares to go up KUALA LUMPUR, Dec 11 — LRT and Monorail fares are expected to go up next year. The Land Public Transport Commission (SPAD) is reviewing the fare structure, its chairman, Tan Sri Syed Hamid Albar, said. "There have not been any increase in the past 10 years or so in the LRT rates and it is due to increase next year," he said. With electricity tariffs also to go up on Jan 1, it remains to be seen what the quantum of increase will be. It is understood that fares for the KTM services will be also be reviewed. Syed Hamid Albar said the review would be comprehensive and take into account several factors to ensure the increase will not burden the people. "It has to be a win-win situation between the affordability to the people and the sustainability of the rail industry," he said. He said the commission will also monitor the operation and maintenance cost of all rail operators, including cost components and harmonising the industry's operation and maintenance cost. "We are aware the increase of fuel and energy cost could cause a negative impact with low ridership and reduced public transport market share," he said. "The rail operators would be affected as there could be a reduction in quality and service performance which will affect punctuality, reliability and maintainability." Syed Hamid said any decision made will ensure a long-term rail industry sustainability where rail operators will be less reliant on government financial support. Currently the LRT fares range from 70 sen and RM5.90. Unlike Malaysia, countries such as Singapore and London experience yearly rail price increases. Singapore increased its fares by up to 6.6 per cent and had adjusted the fares gradually seven times since 2003. In India, the rates have gone up twice this year. There was a 20 per cent increase in January and a further two per cent increase in October. Bangkok's Skytrain fare is set go up by 25 per cent this year and it would be the first time the price is being reviewed in eight years. The rail fare in London had increased by 3.9 per cent this year and is expected to increase by another 0.4 per cent next year. It was reported that rail industry players had requested for an urgent meeting with SPAD in anticipation of the electricity tariffs hike. The new tariffs would affect the operations of Syarikat Prasarana Negara Berhad — which operates the LRT systems and KL Monorail service — KTM Berhad and Express Rail Link Sdn Bhd. - See more at: The Malaymail Oline |
Kerana satu panggilan telefon, Astro Awani tarik balik berita Rosmah wajar jadi Menteri? Posted: 10 Dec 2013 07:00 PM PST Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri. Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini. Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri. Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini. Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut. Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan. "Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab. "Bagaimanapun artikel adalah berdasarkan atas hak saya sebagai wartawan dan rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan dalam perlembagaan," katanya. Beliau juga turut menjelaskan catatannya dalam blog boleh digunakan oleh mana-mana media untuk diubah menjadi berita asalkan pihak tersebut memetik sumber artikel yang diperolehi. Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara. Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak. (err.. macam tipu saja ni.. cuba baca kat SINI ) Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa. Susulan dari itu Kadir dalam tulisan diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri. Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan