DUNIACACAMARBA |
- [TERKINI] Demo TURUN: Tiada Keganasan, Tiada Letupan, Belasan Ribu Peserta TURUN Mula Beredar dengan Aman
- [Gambar & Video] Program Ambang Tahun Baharu 2014 di Negeri DAP
- Ingat Kes Lelaki Bosnia Dakwa Teman Wanita Perguna Dirinya untuk Dapatkan Spermanya?
- Lim Guan Eng Jawab Isu Kereta Rasmi Mercedes-Benz
- Takziah, Tambang Bas Sekolah Tetap NAIK!
- Lelaki Menangis Dijatuhi Hukuman 18 Tahun Penjara, Sebat 8 Kali Kerana Merogol, Meliwat Budak Bawah Umur
- [PANAS] Selangor Sedia Bas Percuma, Kekal Cukai Kediaman Ringankan Bebanan Kos Hidup 2014
- GEMPAR, Bahan Letupan Ditemukan oleh Pihak Polis...
- Pelajar Ketagih Seks dengan Mayat Dihukum Mati
Posted: 31 Dec 2013 08:47 AM PST [MK] Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka. Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek. Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru. Pihak berkuasa menganggap perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan dan polis melabelnya sebagai perhimpunan haram. Polis juga mendakwa terdapat senjata berbahaya dan bom akan dibawa dalam perhimpunan itu tetapi penganjur menafikannya. Pengerusi TURUN Mohd Azan Safar sebaliknya menyifatkan isu itu ditimbulkan untuk mengalih perhatian terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang diketengahkan mereka. LAPORAN LANGSUNG [HD] 12.15 AM: Himpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Fadhli Saari. Penganjur kemudian mengumumkan himpunan bersurai. 12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku. Pertama kali dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini. 11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran. Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal. 11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran. 11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahgian peserta sudah memasuki kawasan Dataran. [MK] 12:00 Dataran Merdeka – Pengarah Strategi PKR memberi ucapan di tepi pentas, atas jalan di Dataran Merdeka. Katanya, mereka harus turun ke jalan raya kerana perdana menteri hanya kenal suara demonstrasi seperti itu. "Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib," kata beliau. Tepat jam 12 waktu di telefon, percikan bunga api dilepaskan ke udara tetapi jam di bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan pukul 12.05 malam. 11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam. Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata "baliklah" dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan. 11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup. Pentas kemudian dipenuhi dengan wartawan yang mahu mengambil gambar peserta himpunan dengan lebih jelas. 11pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi. Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya. 10.55pm, Persimpangan Jalan Raja-Jalan Raja Laut - Pemuda PAS membuat satu bulatan dan mula berucap mengenai kempen anti kenaikan tarif elektrik mereka. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan beberapa pimpinan peringkat negeri dan kebangsaan memberi ucapan mengenai apa yang didakwanya kezaliman kerajaan BN. Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula menggesa para hadirin agar tidak terpedaya dengan keputusan PM menurunkan beberapa kos kerajaan. "Kenapa Najib terpaksa menaikkan harga barang walau tahu beza Rakyat? Sebab keborosan dia, sebab ketirisan, sebab PKFZ, sebab beli kondo anak dia. "Hari ini dia kata nak melakukan perkara betul tak mahu populis, Jadi selama ini dia tak lakukan perkara betul," kata beliau sebelum menambah bahawa BN bermaksud "Bankrap Negara". 10.45pm, Dataran Merdeka – Peserta himpunan TURUN cuba melepasi barisan kedua polis. Pegawai DBKL membantu menolak kembali peserta menyebabkan orang ramai terhimpit. OCPD Dang Wangi kemudian tampil menenangkan keadaan. "Bertenang, sabar. Bunga api di sebelah kamu, bukan sebelah sini, kita tunggu sama-sama," katanya berseloroh. "Jangan ganggu polis. Kami hanya menjalankan tugas menjada kedua-dua belah (peserta himpunan dan hadirin konsert). Saya minta kerjasama," katanya. 103.0pm, Dataran Merdeka – Kira-kira 7,000 orang berkumpul di hadangan berdekatan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja. 10:15pm Menara DBKL - Lebih 3,000 peserta diketuai SMM dan pemimpin mahasiswa tiba di Menara DBKL yang diawasi puluhan pegawai keselamatan. Mereka kemudiannya terus ke persimpangan jalan Tun Perak untuk bergabung dengan peserta di dataran merdeka. Mereka melepasi benteng polis di hadapan dataran merdeka tanpa halangan. Persimpangan Jalan Raja Laut-Jalan Tun Perak - Pengerusi TURUN Azan Safar berarak ke Dataran Merdeka dari arah Jalan Raja Laut. Beliau yang berjalan, dengan kawalan beberapa orang peserta himpunan berbaju-T 'TURUN', memegang mikrofon sambil melaungkan 'Turun harga barang'. 10.05pm, Dataran Merdeka - Sekumpulan peserta yang berkumpul di tengah-tengah jalan menyanyi "Turunkan harga barang, berhenti tekan rakyat" sambil bertepuk tangan. Mereka kini mula duduk di tengah-tengah jalan persimpangan Jalan Tun Perak dan Raja Laut. Jumlah peserta sekurang-kurangnya mencecah 2,000 orang. 10.00pm, Dataran Merdeka – Polis membuat barisan hadangan kedua. Peserta dibenarkan melepasi hadangan pertama tetapi ditahan di hadangan kedua. Hanya yang meraikan sambutan tahun batu dibenarkan melaluinya. "Di dalam ini siapa yang mahu menyambut tahun baru, jika kamu mahu protes di sebelah sana," kata OCPD Dang Wangi. 10pm, Jalan Raja Laut – Lebih 3,000 peserta kini berarak ke arah menara DBKL di Jalan Raja Laut dengan pelbagai laungan menuntut penurunan kos sara hidup. Jalan ditutup berikutan ramainya peserta yang memenuhi keseluruhan jalan. Peserta himpunan terdiri daripada pelbagai bangsa. 9.52pm SOGO - Peserta mula bergerak ke arah jalan Raja Laut. Kompleks beli belah SOGO telah pun ditutup dan kehadiran demonstran melebihi 1,000 orang. - 31/12/13 Laporan langsung HD di sini.
| ||||
[Gambar & Video] Program Ambang Tahun Baharu 2014 di Negeri DAP Posted: 31 Dec 2013 07:28 AM PST
LOKASI:- Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang. TARIKH:- 31hb Disember 2013 jam 7.30 malam ACARA:- Sembang Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus. Biar gambar berbicara. Semasa Gerakan yang dikatakan macai mesra Islam memerintah Pulau Pinang dahulu, pernahkan mereka menganjurkan program seumpama ini untuk menyambut tahun baharu atau untuk apa-apa tujuan? | ||||
Ingat Kes Lelaki Bosnia Dakwa Teman Wanita Perguna Dirinya untuk Dapatkan Spermanya? Posted: 31 Dec 2013 06:50 AM PST Mahkamah Batal Saman Lelaki Bosnia Isu Sperma [Bernama] Seorang ahli perniagaan wanita berjaya membatalkan saman yang difail bekas teman lelakinya, yang merupakan warga Bosnia, berhubung dakwaan penggunaan sperma bagi menghasilkan anak baka Eropah. Hakim Mahkamah Sesyen Timothy Finlayson Joel membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Chung Shun Yee untuk membatalkan saman Ervin Ahbabovic. Chung diwakili peguam James Ee Kah manakala peguam Nasser Yusof mewakili Ahbabovic. Mahkamah turut memerintahkan Ahbabovic membayar kos RM6,500 kepada bekas teman wanitanya itu selain menolak tuntutan balas yang difail Chung. Dalam penghakiman bertulis, Timothy berkata tuntutan Ahbabovic tidak berasas dan tiada kenyataan persetujuan yang nyata bahawa bekas teman wanitanya terikat untuk membayar atau membeli sperma plaintif atau bersetuju membayar sperma itu apabila mereka melakukan persetubuhan. "Tiada pembelian sperma ataupun kontrak dinyatakan dalam afidavit dan kenyataan tuntutan itu adalah tidak berasas kerana apa yang berlaku di sini adalah mereka cuma bersekedudukan sebagai pasangan dan menikmati perhubungan seksual atas persetujuan bersama," katanya. Beliau berkata kenyataan Ahbabovic berkaitan nafsu seksual Chung adalah keterlaluan kerana tiada asas untuk plaintif mendedahkannya kerana perhubungan mereka adalah bersifat peribadi. "Jika tuntutan sebegini diterima mahkamah, keadaan kebanjiran kes seumpamanya akan wujud dan ia adalah satu kes yang bertentangan dengan polisi awam," katanya. Menyentuh isu agar nama Ahbabovic diletak sebagai nama bapa dalam sijil lahir, Timothy berkata mahkamah mendapati tiada perkahwinan dalam kes ini dan anak yang dilahirkan adalah di luar nikah. Pada 3 Sept lepas, Ahbabovic, 41, memfailkan saman terhadap Chung, 29, menuntut ganti rugi RM600,000 kerana mendakwa diperguna bagi mendapatkan spermanya untuk menghasilkan anak baka Eropah. Dalam penyataan tuntutannya, Ahbabovic, pengarah komersial dalam industri pembangunan perniagaan di sebuah syarikat, mendakwa beliau mula menjalin hubungan dengan Chung pada 2008 dan hasil perhubungan itu, mereka memperoleh seorang anak lelaki yang kini berumur tiga tahun lebih. Lelaki itu mendakwa Chung telah menghalaunya keluar dari rumah serta menghalang beliau daripada melihat anaknya, dan selepas itu, dia ada menghubungi wanita berkenaan untuk berbaik semula demi kepentingan anak mereka. Beliau mendakwa niatnya itu dibalas dengan kata-kata yang mengejutkan apabila Chung menyatakan bahawa plaintif sebenarnya diperguna sebagai alat pemuas seks selain bagi mendapatkan sperma miliknya yang membolehkan defendan memperoleh anak genetik orang Eropah. Ahbabovic menuntut ganti rugi itu kerana penggunaan spermanya dalam usaha mendapatkan anak dengan cara yang salah, dan memohon agar beliau disah dan didaftar sebagai bapa di dalam sijil kelahiran anak lelakinya, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Chung dalam penyataan pembelaan yang difailkan 30 Sept lepas, mendakwa Ahbabovic beberapa kali mengugut mahu membunuhnya jika dia tidak mengikut arahan lelaki itu. Chung mendakwa Ahbabovic turut mengugut untuk mendedahkan gambar serta video peribadi yang diambil tanpa disedarinya kepada rakan dan memusnahkan kerjaya beliau sebagai ahli perniagaan. Wanita itu menfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi kehilangan perniagaan sebanyak RM200,000, wang pampasan RM120,000, ganti rugi am, teladan dan ganti rugi lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Sementara itu, Nasser memaklumkan pemberita anak guamnya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi. -31/12/13 Berita awal di sini. | ||||
Lim Guan Eng Jawab Isu Kereta Rasmi Mercedes-Benz Posted: 31 Dec 2013 06:41 AM PST
Lim Pertahan Beli Kereta Baru, Belian untuk Jangka Panjang [TMI] Ketua Menteri Lim Guan Eng menerangkan, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak yang dibeli oleh kerajaan negeri bukan untuk kegunaannya saja bahkan bakal ketua menteri akan datang. "Lagipun, kereta baru itu bukan milik saya. Ianya milik kerajaan negeri dan bakal berkhidmat untuk ketua menteri yang akan datang," katanya dalam sidang media hari ini. Guan Eng memberikan penjelasan kenapa beliau menggantikan kereta Toyota Camry yang baru berusia dua bulan itu kepada Mercedes-Benz sebagai kereta rasmi kerajaan negeri. Lim berkata, Mercedes yang dibelinya adalah mengikut keputusan Majlis Eksekutif Negeri pada 20 November lalu yang mengambil kira keselamatan ketua negeri. Dia menambah, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak itu dibeli dengan harga diskaun RM298, 263.75 tanpa insuran dan cukai. "Dengan harga diskaun tersebut, kerajaan negeri merasakan bahawa pembelian itu adalah lumayan. Kita mahu melihat ini sebagai pembelian jangka panjang. Kereta Mercedes milik ketua minister bertahan selama 18 tahun lantas membuktikan jangka tahan kereta jenis itu," katanya. Berita Lim yang membeli Mercedes baru itu dengan terlalu awal berikutan peembelian 15 kereta Toyota Camry sampai kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober lalu turut menjadi kemusykilan kepada ahli majlis eksekutif negeri. Kereta itu baru dihantar semalam. Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait (gambar) yang turut hadir berkata harga asal kereta itu adalah RM657, 218 dengan menambah diskaun cukai bagi kereta itu telah membuat pembelian ini berpatutan. Apabila kereta Mercedes Benz S320L dibeli 18 tahun lalu, kerajaan negeri membayar RM271, 331.22, jadi harga kereta sekarang tidak banyak bezanya. "Selepas pengecualian cukai, pembekal kereta memberikan diskaun RM100,000. Kereta ini adalah model tahun lepas. Model baru akan keluar tidak lama lagi." Mokhtar menambah, "Sebagai Ketua Menteri, Lim berhak menggunakan Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300. Namun beliau hanya menggunakan satu sahaja daripada kedua itu." Kereta lama kerajaan Pulau Pinang merupakan enam Mercedes-Benz dan sembilan Proton Perdana V6 berusia diantara 12 sehingga 21 tahun. - 31 Disember, 2013. | ||||
Takziah, Tambang Bas Sekolah Tetap NAIK! Posted: 31 Dec 2013 06:36 AM PST
SPAD Umum atau Tidak, Tambang Tetap Naik, Kata Pengusaha Bas Sekolah [TMI] Pengusaha bas sekolah bertekad mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40% mulai esok. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013.Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sehingga 40% walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah. Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September. "Surcaj tambang bas sekolah akan dinaikkan sehingga 40% tetapi ia tertakluk kepada rundingan di antara pengusaha dan ibu bapa. Ada juga pengusaha yang hanya mahu menaikkan sekitar RM5 ke RM10 buat permulaan sehingga SPAD mengumumkan kadar tambang bas sekolah baru. "Kerajaan mengurangkan subsidi diesel sebanyak 20 sen iaitu peningkatan kos sebanyak 13.5%. Apabila kos sara hidup semakin tinggi, pemandu bas sekolah juga mahu pendapatan mereka meningkat. Mereka mahu pendapatan dinaikkan kepada 10%. Jika kedua-dua kos itu dijumlahkan, ia meningkat kepada 23.5%," katanya kepada The Malaysian Insider. September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan petrol RON95 dinaikkan 20 sen seliter sebagai langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Katanya, pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, menjadikan kedua-dua harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.10 seliter bagi RON95 dan RM2.00 seliter bagi diesel. Amali berkata surcaj 40% yang dicadangkan oleh PPBSM itu sebenarnya tidak membebankan ibu bapa kerana pada hakikatnya pihak penjaga hanya menanggung kenaikan sebanyak 90 sen sehari sepanjang sebulan hari persekolahan. Katanya, pengusaha bas ekspres masih menikmati surcaj tambang 10% sejak diumumkan kerajaan pada musim perayaan beberapa tahun lalu, sebaliknya pengusaha tambang sekolah tidak diberikan insentif sama. "40% surcaj tambang bas sekolah dibahagikan kepada 44 kali murid menaiki bas dalam tempoh 22 hari persekolahan setiap bulan. Jika dibahagikan, kenaikan itu hanya 0.8% atau 90 sen sehari. Perkhidmatan kami untuk satu bulan dan bukannya sehala. "Sekarang surcaj 10% kepada bas ekspres. Kenapa beri kepada mereka, tidak kepada bas sekolah? Sebab pemiliknya orang kaya? 10% surcaj bas ekspres dikenakan setiap kali mereka manaiki bas," katanya. Pengurus SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata SPAD telah mengadakan pertemuan bersama persatuan pengusaha bas sekolah pada minggu lalu tetapi maklumbalas daripada hasil perbincangan itu masih belum diperoleh. Katanya, berdasarkan rundingan bersama pihak ibu bapa, mereka menggesa SPAD memperkenalkan harga lantai agar satu rundingan kadar tambang dapat dilakukan bersama pihak pengusaha. Amali mengakui pihaknya ada berbincang dengan pihak SPAD dan suruhanjaya itu mahu memperkenalkan kadar tambang fleksibel berdasarkan garis panduan yang akan diumumkan kelak. "Minggu lalu, satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Operasi SPAD Azhar Ahmad telah diadakan dan mereka mengemukakan cadangan kadar tambang fleksibel. Kita tidak ada masalah. Mereka ada garis panduan yang akan diumumkan nanti berdasarkan persetujuan ibu bapa," katanya. Beliau berkata SPAD sendiri pernah menyatakan pada Ogos tahun lalu bahawa pengusaha bas sekolah mengalami kerugian sebanyak 40% tetapi tiada insentif yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah itu. Katanya, skim insurans kepada murid sekolah tidak harus diperkenalkan kerajaan kerana peruntukan yang diumumkan lebih sesuai digunakan bagi menggantikan bas sekolah baru. "Kita telah menghantar memorandum kepada SPAD sejak 2011 bagi memperkenalkan insentif mengurangkan kos operasi tetapi tiada tindakan yang diambil. Apa usaha mereka untuk bantu pengusaha bas sekolah? Insurans kepada murid tidak perlu kerana pengusaha bas sekolah telah membiayai insurans pelajar. "Kadar kemalangan bas sekolah juga kurang dari 2%. Jika peruntukan RM40 juta yang diumukan kerajaan semasa Bajet 2013 digunakan bagi menggantikan bas sekolah, sebanyak 125 buah bas sekolah dapat digantikan. Pada masa ini, sebanyak 3,000 buah bas yang patut diganti setelah usia melebihi 30 tahun," katanya. Amali tidak menafikan bahawa ada pengusaha bas sekolah yang menaikkan tambang lebih tinggi daripada apa yang ditetapkan kerajaan, tetapi ia satu perkhimatan tambahan yang dipersetujui ibu bapa. "Sebagai contoh bas di sekolah antarabangsa, tambang basnya RM800 setiap bulan dan dikutip oleh pihak sekolah. Bas sekolah dilengkapi tali pinggang keledar, pembantu, sistem kamera litar tertutup (CCTV) bas di sambung ke sekolah dan menggunakan kad akses," katanya. Syed Hamid dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini berkata terdapat pengendali bas sekolah yang tidak mengikut tambang ditetapkan SPAD, malah ada yang mengadakan perjanjian bersama ibu bapa bagi menetapkan kadar tambang sendiri. Beliau berkata kenaikan tambang bas sekolah mesti selaras dengan perkhidmatan dan bas sekolah yang melebihi 30 tahun perlu ditukar setelah kerajaan menyediakan insentif bagi berbuat demikian. Katanya, persatuan bas sekolah perlu berhenti mengeluarkan kenyataan di akhbar bagi meminta kenaikan tambang sebaliknya perlu memikirkan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan bas sekolah semasa kepada pengguna. Awal bulan ini, PPBSM sebulat suara mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40% berkuatkuasa Januari 2014 jika SPAD tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini. Amali berkata kadar baru itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kos yang perlu ditampung pengusaha bas di bawah naungan PPBSM. Katanya, jika SPAD tidak meluluskan kenaikan itu, ia dikhuatiri menjejaskan operasi PPBSM terhadap lebih sejuta murid yang menggunakan perkhidmatan mereka. - Hasbullah Awang Chik -31 Disember, 2013. | ||||
Posted: 31 Dec 2013 06:32 AM PST
Subkontraktor Dipenjara 18 Tahun, Disebat Lapan Kali Kerana Rogol, Liwat Budak Bawah Umur [Mstar] KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan sebatan sebanyak lapan kali terhadap seorang subkontraktor kerana merogol dan meliwat anak perempuan bekas teman wanitanya yang masih di bawah umur pada tahun lepas. Hakim Mahkamah Sesyen, Manira Mohd Nor pada Selasa berkata bahawa pendakwaan telah membutikan kes terhadap tertuduh Nazarul Rizman Mohd Tartip, 31. Nazarul menangis ketika mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya. Dia didapati bersalah kerana merogol dan meliwat kanak-kanak perempuan yang ketika itu berumur tujuh tahun di sebuah unit pangsapuri di Taman Bukit Indah antara 3 dan 16 September pada tahun lepas. - M. Mageswari - 31/12/13 | ||||
[PANAS] Selangor Sedia Bas Percuma, Kekal Cukai Kediaman Ringankan Bebanan Kos Hidup 2014 Posted: 30 Dec 2013 10:56 PM PST [TMI] Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma, mengekalkan cukai premis kediaman selain menyediakan rumah mampu milik dan menambah peruntukan beberapa program dan skim yang sedia ada, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menghadapi tahun 2014. Beliau berkata, biarpun Selangor mempunyai kuasa terhad dalam menentukan harga barangan keperluan dan perkhidmatan, itu tidak bermakna kerajaan negeri hanya membiarkan keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tambahnya, peluang sama rata juga diberikan kepada seluruh rakyat yang menetap di Selangor bagi menikmati hasil negeri tanpa mengambil kira keturunan atau kedudukan . "Saya memberi jaminan bahawa sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008, kita tidak mengamalkan fahaman populis, sosialis dan sebagainya. "Sebaliknya program-program kebajikan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor adalah berterusan dan diterima baik oleh majoriti rakyat negeri ini," kata Khalid dalam satu kenyataan sempena Tahun Baru. Selain itu, Khalid berkata kerajaan Selangor memahami bebanan rakyatnya yang khuatir kenaikan barang dan perkhidmatan seperti tol dan kadar elektrik boleh menyebabkan harga kediaman rumah mampu milik menjadi mahal. Katanya lagi, di atas kepercayaan rakyat yang memilih PR pada pilihan raya lalu, telah mendorong kerajaan negeri meneruskan kecemerlangan apabila dalam Belanjawan Negeri Selangor 2014, sebanyak RM2.28 bilion diperuntukkan bagi pembangunan negeri dan rakyatnnya. Menurut Khalid, rakyat Selangor bakal menyaksikan kerajaan negeri menyediakan beberapa langkah mengurangkan beban rakyat. "Lebih dari itu kerajaan negeri juga mahu keupayaan rakyat ditingkatkan bukan sekadar menerima pelbagai bantuan kebajikan, antaranya menerusi pembangunan desa yang dijangka dilaksanakan di kesemua daerah Selangor pada tahun depan," katanya. Beliau pada masa turut menegur rakyatnya untuk menghormati kebebasan hak beragama seperti titah Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. "Demi keharmonian yang berkekalan, saya percaya rakyat berbilang kaum dan agama serta budaya di Selangor sedia mengambil maklum akan titah Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Setiap rakyat perlulah menghormati kebebasan beragama dan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang perasaan marah atau berlakunya perkara tidak diingini," katanya. - 31 Disember, 2013. P/s: SYABAS! | ||||
GEMPAR, Bahan Letupan Ditemukan oleh Pihak Polis... Posted: 30 Dec 2013 08:43 PM PST Laporan Kait Suspek Kes Bom, Himpunan TURUN [MK] Akhbar Utusan Malaysia mendakwa polis menahan seorang suspek berusia 51 tahun bersama sejumlah bahan letupan semasa individu berkenaan sedang menunggang motosikal dalam satu kejadian semalam. Tanpa menamakan "sumber polis" itu dengan jelas, laporan bertarikh 30 Disember itu seterusnya mengaitkan suspek tersebut dengan penganjuran satu perhimpunan di ibu negara pada malam ini. "Menurut sumber, polis masih menyiasat motif bom itu dihasilkan suspek berusia 51 tahun itu, termasuk kemungkinan dingunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka esok," laporan itu dipetik. Laporan itu seterusnya menyebut, "sumber polis" itu berkata bahan letupan berkenaan mungkin digunakan sebagai senjata untuk urusniaga dadah atau menuntut hutang. "Kita masih siasat (tujuan) bom itu dibuat. Berdasarkan maklumat awal, suspek membuat bom itu di sebuah tokong yang menjadi tempat tinggalnya, sejak sebulan lalu. "Suspek mengaku membawa bom itu bertujuan untuk membeli dadah. Justeru itu, kami juga sedang siasat kemiungkinan dia menggunakannya sebagai senjata ketika urusniaga dadah atau untuk tujuan menuntut hutang," kata sumber tersebut, seperti dipetik akhbar berkenaan. Laporan tersebut menjadi bahan utama siaran di muka hadapan akhbar milik Umno itu, yang dihimpun bersama laporan lain di halaman enam dalam seksyen 'Bantah Himpunan Guling Kerajaan'. Ia merujuk kepada perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup anjuran NGO Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan tiga yang lain, semasa sambutan ambang tahun baru malam di Dataran Merdeka malam ini. - 31/12/13 P/s: Maaflah, gimik seperti ini pernah berlaku semasa BERSIH dahulu. Sehingga kini, cerita molotov cocktail, parang, dan baju BERSIH itu senyap sunyi. Pada waktu itu, majoriti rakyat tidak mempercayai dakwaan penemuan bahan letupan itu yang dikaitkan dengan BERSIH. Sekarang, timbul pula cerita yang hampir sama dan cuba dikaitkan dengan Himpunan TURUN? Hakikatnya, rakyat TURUN kerana mahu memprotes kos hidup yang semakin menggila bukannya mahu berperang atau menghuru-harakan Malaysia tercinta ini. Rakyat memprotes kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik, ketirisan dan keborosan melampau sehingga menyebabkan negara berhutang dengan banyak. Situasi kewangan yang meruncing itu menyebabkan semua rakyat terpaksa menanggung beban melalui pelaksanaan cukai, pemansuhan subsidi, dan kenaikan harga barang dan bil utiliti.
Berita fasal molotov cocktail yang dikaitkan dengan BERSIH boleh dibaca di sini. | ||||
Pelajar Ketagih Seks dengan Mayat Dihukum Mati Posted: 30 Dec 2013 04:57 PM PST [HM] Beijing: Seorang pelajar Universiti Jilin yang hanya dikenali sebagai Lee, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah membunuh dan memperkosa mayat dua mangsanya. Lee, pelajar senior universiti berkenaan mengaku sudah sekian lama teringin mengadakan seks dengan mayat. Menurut sumber, beberapa bulan lalu, selepas gagal banyak mata pelajaran dalam peperiksaan, dia melanggan seorang pelacur sebagai cara untuk menghilangkan tekanan. Katanya, dia mengadakan seks dengan mangsa sebelum membunuh wanita berkenaan dengan menggantung pelacur itu keesokan harinya. Lee kemudian membungkus mayat mangsa dan membawanya pulang ke kediamannya di Changping. Dia mengadakan seks dengan mayat itu sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian dan menanamnya di belakang rumah. Beberapa minggu kemudian, dia melakukan jenayah serupa dengan seorang lagi pelacur. Mahkamah semalam mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Dia juga diarah membayar denda sebanyak 80,000 yuan sebagai pampasan kepada keluarga mangsa. - Agensi - 31/12/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan