DIALOG RAKYAT |
- Cadangan penjimatan Putrajaya terlalu sedikit dan terlalu lewat
- Himpunan 31 Disember simbol rakyat ditindas
- Pemikiran pelik pemimpin Umno
- Rakyat Jangan Takut TURUN Malam Ini!
- Emel Ancaman Bom: Rafizi Lapor Polis Terhadap Blogger UMNO
- Pejabat Mahkamah Syariah Kelantan dipecah masuk
- Wahai pemimpin, dengarlah suara kami!
- Batal sambutan tahun baharu
- Hari terakhir tebus rebat Touch n Go
- Turun jamin himpunan aman
- Pas sokong ubah cara sambut tahun baharu
- 300 Pegawai Penguatkuasa DBKL Dikerah Bertugas Di Dataran Merdeka
- Tiada Sekatan Jalan Raya, Orang Ramai Boleh Sambut Ambang Tahun Baru - Polis
Cadangan penjimatan Putrajaya terlalu sedikit dan terlalu lewat Posted: 30 Dec 2013 09:30 PM PST Setelah berminggu-minggu menerima aduan dari rakyat tentang kenaikan kos sara hidup demi menanggung kehidupan mewah kerajaan, akhirnya Putrajaya memutuskan untuk mengurangkan elaun menteri dan pegawai kerajaan, selain mengetepikan pengubahsuaian pejabat kerajaan. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah membendung pembelanjaan kerajaan, bermula esok. Antara langkah tersebut termasuk mengurangkan elaun hiburan kerajaan, penerbangan, penyediaan makanan serta pengurangan bajet elektrik Putrajaya. Setakat itu sahaja. Tindakan Putrajaya akhir-akhir ini menunjukkan mereka hanya ingin mengejutkan rakyat yang semakin marah seperti yang dapat dilihat di lelaman Facebook dan Twitter PM, serta rencana di portal berita online. Ketika kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997 dahulu, kerajaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah penjimatan dan merancang keseimbangan subsidi barangan dengan perbelanjaan kerajaan. Mesejnya sangat jelas: menteri dan pekerja kerajaan haruslah menunjukkan teladan dalam mengurangkan perbelanjaan dan menjadi contoh kepada semua rakyat untuk berkongsi beban. Tiada seruan supaya rakyat harus bekerja lebih dan kurangkan kos sementara pemimpin kerajaan berarak dalam konvoi dan terbang ke luar negara di samping terus menganjurkan acara yang mewah. Tiada andaian bahawasanya kekurangan aduan di saluran rasmi bermakna rakyat menyokong serta bersetuju dengan kenaikan harga barang yang sengaja dilambatkan sehingga selepas pilihan raya. Seperkara lagi, manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang telah berjanji mengurangkan tol lebuhraya antara bandar, turut sama hilang dan dibuang ke dalam tong sampah dengan slogan "Janji Ditepati". Tindakan kerajaan Najib memotong perbelanjaan keraian hanyalah keputusan saat akhir, sedangkan rakyat Malaysia telah disuruh untuk menerima kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi, di waktu sama menteri dilindungi daripada segala macam kesusahan. Amat mengejutkan apabila kerajaan langsung tidak memikirkan langkah pertama yang harus diambil bagi mengurangkan kos iaitu dengan menunjukkan teladan kepada rakyat, tetapi yang sebaliknya berlaku. Malah Dr Mahathir sendiri telah memberi kritikan yang sama. Putrajaya harus membuat perincian penjimatan untuk menunjukkan berapa banyak boleh dikurangkan, barulah mengajak rakyat untuk berkongsi beban dan sama-sama melalui ribut ekonomi yang tidak sedikit pun disebutkan ketika pilihan raya dulu. Walau bagaimanapun, rakyat tidak seharusnya terkejut dengan tindakan kerajaan yang bodoh itu. Kerajaan tampak sudah lama tidak berkomunikasi dengan rakyat apabila mereka berfikir bahawa mengurangkan masa minum teh dan karipap lebih utama dari berbelanja tinggi untuk tiket penerbangan. | |||
Himpunan 31 Disember simbol rakyat ditindas Posted: 30 Dec 2013 09:28 PM PST Pemimpin bersifat ultra kiasu kini semakin jelas takut kepada anak suara anak muda kerana mereka yakin anak muda mahu satu perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi negara yang lebih telus dan efisien. Oleh sebab itu, media massa pro kerajaan memainkan watak utama memutar-belit isu himpunan perhimpunan rakyat selepas tindakan kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13. Himpunan aman membantah peningkatan kos sara hidup 31 Disember ini sudah jelas dengan matlamatnya menuntut supaya tidak berlaku kenaikan harga barang. Tidak ada sama sekali istilah mahu mengulingkan kerajaan. Golongan muda masih menghormati keputusan PRU13. Saban tahun kerajaan menyatakan jumlah pelaburan yang masuk ke negara ini tetapi rakyat tidak merasai makna di sebalik pelaburan masuk yang didakwa melimpah-ruah itu. Ini menyebabkan rakyat tidak yakin dengan pentadbiran ekonomi negara. Lebih menyedihkan apabila kerajaan tidak pernah memberi jawapan dan harapan kepada rakyat. Rakyat sudah sedia maklum apabila harga barangan asas dan harian mulai naik, barangan dan perkhidmatan lain juga tetap naik atau pun harga sama tetapi kuantiti berbeza. Hal ini cukup membebankan rakyat terutama golangan berpendapatan rendah dan kelas pertengahan. Ini cukup jelas pendapatan isi rumah tidak seimbang dengan kenaikan harga barang walaupun kenaikan itu satu persatu tetapi dalam tempoh yang singkat ia menjadi kenaikan yang drastik dan radikal kepada rakyat. Himpunan menuntut kerajaan menurunkan harga barangan ini sebenarnya simbol rakyat terbeban dan tertindas kerana kenaikan harga barang dan sifat boros dan tiris pemimpin. Jom anak muda, kita bantah kenaikan harga barang. (*) Penulis ialah bekas Pengerusi Transformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (TMUUM). | |||
Posted: 30 Dec 2013 09:26 PM PST Oleh Abd Shukur Harun Pelik juga memikirkan kata-kata Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan Datuk Zaiton Mat yang mencadangkan agar pihak yang tidak suka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya meninggalkan negara ini. Kata-katanya ini menimbulkan kemarahan dan kritikan pelbagai pihak, termasuklah di kalangan sesetengah tokoh Umno sendiri yang tidak bersetuju dengan kata-kata tersdebut, yang sedar akan situasi yang ada sekarang. Bayangkan, bagaimanakah rakyat Malaysia yang sah sebagai warganegara tiba-tiba mahu disuruh meninggalkan negara ini, hanya kerana rakyat prihatin ini tidak bersetuju dengan dasar dan langkah kerajaan terutamanya mengenai kenaikan harga barang, menyebabkan mereka mahu berhimpun membantah kenaikan tersebut. Ini bukan pertam kali kata-kata karut marut dikeluarkan oleh orang Umno/BN, malah ada yang lebih dahsyat dari itu. Umpamanya ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang berkata, "Jika Umno tiada, bagaimanakah nasib orang Melayu, di mana mereka hendak mengadu." Ucapannya ini menyebabkan ramai orang bertanya, bagaimana dengan kuasa Rububiyah Allah yang menentukan nasib manusia, qada' dan qadar, rezeki, umur, ajal dan maut hamba-Nya. Adakah nasib Melayu ditentukan oleh Umno, bukan kuasa Allah s.w.t.? Maka itu kenyataan pemimpin Wanita Umno Kuantan ini yang menyuruh penentang Umno/BN supaya meninggalkan negara ini adalah analoji yang dangkal dan kuno. Inilah akibat mudahnya bercakap tanpa memikirkan lojik akal rasional. Oleh itu, jika analogi dangkal ini hendak dipakai, maka kita bertanya bagaimana dengan mereka yang menentang Pakatan Rakyat yang mendiami negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Adakah mereka disuruh berpindah ke negeri lain yang diperintah oleh Umno? Oleh itu apalah yang boleh kita harapkan dari kebanyakan orang Umno/BN yang berfikiran serupa ini, walaupun tidak semua. Pendapat dangkal dan pelik serupa ini menimbulkan kritikan pelbagai pihak, baik pemimpin Pakatan Rakyat, penganalisis dan ahli politik, NGO dan rakyat prihatin yang lain, malah dari kalangan beberapa tokoh Umno sendiri. Pendapat tokoh Wanita Umno ini malah menjadi bahan tertawaan ramai orang, bukan saja kerana ia tidak memahami rialiti masyarakat yang ada, tetapi juga kedangkalannya berpolitik. Di sini nyatalah pemikiran kebanyakan orang Umno/BN benar-benar ketinggalan zaman pada ketika dunia moden dengan pelbagai kemajuan teknologi dan dunia intelek begitu pesat. Malangnya kebanyakan orang Umno berfikiran seperti 50 tahun dulu. Iaitu zaman belum begitu ramai orang celek huruf, zaman orang luar bandar menonton filem menerusi tayangan wayang pacak hitam putih di tepi jalan oleh Jabatan Penerangan. Zaman itu telah berlalu lima puluh tahun lalu atau lebih, zaman selepas Perang Jepun, zaman ramai orang Melayu yang percaya pada khurafat. Malangnya pemikiran zaman itu tidak banyak berubah dikebanyakan orang Umno. Sebab itu jika kita mendengar beberapa perwakilan yang berucap di Perhimpunan Agung Umno di PWTC beberapa bulan lalu, kita mendapati ucapan mereka itu benar-benar ketinggalan zaman dengan cetusan faham perkauman yang sempit. Ia menggambarkan Umno seperti berada di alam fantasi, zaman nenek kebayan – wanita tua bongkok, bertongkat, terketar-ketar - bercakap dengan Tun Mamat, wakil Sultan Melaka untuk meminang puteri Gunung Ledang. Sedangkan alam realiti, ialah suasana di luar PWTC itu sendiri, dengan simpang siur lalu lintas, pusat membeli belah yang riuh rendah, orang ramai hilir mudik siang dan malam dengan keperluan masing-masing, syarikat dan bank-bank yang bergelut dengan urusan perniagaan dan kewangan dan pelbagai lagi. Oleh itu, tentunya seruan tokoh Wanita Umno Kuantan itu adalah 'lanjutan alam fantasi' yang dibawa dari PWRC itu. Di sinilah, menurut saya, sudah sampai masanya dan memang sangat perlu pelbagai pihak, terutamanya golongan intelektual dan agamawan serta kalangan tokoh NGO yang sangat prihatin terhadap nasib rakyat supaya mengadakan dialog, malah pendidikan kepada orang Umno supaya berfikir sesuai dengan keadaan masa kini. Islam yang kita pegang secara kukuh, dengan konsep mulia wasatiyyahnya – seimbang, pertengahan, menegakkan keadilan dan kesaksamaan dan sebagainya - boleh menjadi asas wahana yang penting untuk memberikan kesedaran kepada orang Umno. Bahawa Islam itu ialah agama yang berasaskan pemikiran, hujjah, bukan paksaan, bukan diasaskan kepada emosi dan pemikiran yang sempit. Lebih dari itu, Islam menentang pemikiran dan sikap perkauman, justru hadis Nabi s.a.w. yang sangat kuat, mengungkapkan: "Bukan dari umatku mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman)." Para agamawan yang berceramah baik di masjid, surau mahupun di kaca TV dan sebagainya, justeru boleh menghuraikan secara jelas akan maksud hadis ini, bukan saja kepada orang Umno, bahkan kepada siapa saja yang keliru dengan keluasan tawawuur Islam ini. Sudah sampailah masanya segenap anggota masyarakat prihatin, khususnyan para agamawan, pemimpin NGO yang tidak menjadi pengampu, para pemimpin golongan muda, siswa-siswi yang prihatin dan rakyat yang merasa bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan sejelas-jelasnya - dalam bahasa yang mudah difahami - mengenai tekanan hidup yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat sekarang ini. Masalahnya terutama berpunca dari kenaikan harga barang yang benar-benar menghimpit kehidupan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah. Kita percaya, ada di kalangan penyokong biasa Umno sendiri yang merasakan kehidupan mereka sendiri tertekan dengan kenaikan harga barang ini. Maknanya tiadak ada golongan yang terlepas dari hempetan kehidupan ini diakibatkan kenaikan tersebut, kecuali para pemimpin dan orang-orang besar, para tokoh korporat ternama, suku sakat kroni dan saudara mara yang hidup kaya raya, malah super kaya, bercuti dan shooping di luar negara dan membeli barangan berjenama. Golongan elit yang hidup berwah-mewah ini tidak tersentuhpun dengan phenomena kenaikan harga barang ini. Tetapi yang amat tertekan ialah rakyat biasa, buruh dan nelayan dan rakyat berpendapatan rendah seluruhnya. Inilah yang dibela dan diperjuankan oleh para NGO yang prihatin dan pendukung Pakatan Rakyat. Malangnya mereka inilah yang dicabar supaya 'berambus' keluar Malaysia jika tidak setuju dengan BN. Inilah wajah politik yang memulakan tahun 2014.http://bm.harakahdaily.net | |||
Rakyat Jangan Takut TURUN Malam Ini! Posted: 30 Dec 2013 09:21 PM PST KELAB GREENBOC Pemimpin bersifat ultra kiasu kini semakin jelas takut kepada anak suara anak muda kerana mereka yakin anak muda mahu satu perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi negara yang lebih telus dan efisien. Oleh sebab itu, media massa pro kerajaan memainkan watak utama memutar-belit isu himpunan perhimpunan rakyat selepas tindakan kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13. ? Himpunan aman membantah peningkatan kos sara hidup 31 Disember ini sudah jelas dengan matlamatnya menuntut supaya tidak berlaku kenaikan harga barang. Tidak ada sama sekali istilah mahu mengulingkan kerajaan. Golongan muda masih menghormati keputusan PRU13. Saban tahun kerajaan menyatakan jumlah pelaburan yang masuk ke negara ini tetapi rakyat tidak merasai makna di sebalik pelaburan masuk yang didakwa melimpah-ruah itu. Ini menyebabkan rakyat tidak yakin dengan pentadbiran ekonomi negara. Lebih menyedihkan apabila kerajaan tidak pernah memberi jawapan dan harapan kepada rakyat. Rakyat sudah sedia maklum apabila harga barangan asas dan harian mulai naik, barangan dan perkhidmatan lain juga tetap naik atau pun harga sama tetapi kuantiti berbeza. Hal ini cukup membebankan rakyat terutama golangan berpendapatan rendah dan kelas pertengahan. Ini cukup jelas pendapatan isi rumah tidak seimbang dengan kenaikan harga barang walaupun kenaikan itu satu persatu tetapi dalam tempoh yang singkat ia menjadi kenaikan yang drastik dan radikal kepada rakyat. Himpunan menuntut kerajaan menurunkan harga barangan ini sebenarnya simbol rakyat terbeban dan tertindas kerana kenaikan harga barang dan sifat boros dan tiris pemimpin. Jom anak muda, kita bantah kenaikan harga barang. Penulis ialah bekas Pengerusi Transformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (TMUUM).-HD
ULASAN GB Sperti yang GB pernah katakan sebelum ini, Polis Tak Boleh Sembarangan Larang & Tangkap Peserta Himpunan. Petikan: Negara kita ada undang-undang. Polis tidak boleh sembarangan melarang dan menangkap peserta perhimpunan kerana semasa perhimpunan BERSIH 2.0 mahkamah pernah memutuskan polis bersalah menahan dan menangkap beberapa aktivis. Precedent mahkamah sudah ada. Iaitu jika pihak polis menangkap anda malam ini, pihak polis boleh didakwa di mahkamah dan anda berkemUngkinan memperolehi RM50,000 berdasarkan penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes Salahuddin Ayub & Mahfuz Omar vs PDRM & Kerajaan Malaysia.
| |||
Emel Ancaman Bom: Rafizi Lapor Polis Terhadap Blogger UMNO Posted: 30 Dec 2013 09:19 PM PST Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, hari ini membuat satu laporan polis terhadap pengendali blog Umno yang menyebarkan e-mel palsu hingga mampu mengugat ketenteraman dan keselamatan negara. Laporan polis itu dibuat antaranya terhadap pengendali blog The Unspinners dan The Flying Kick di Balai Polis Tropicana di sini, sejurus Rafizi mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi. Laporan itu juga dibuat bagi menguji keikhlasan dan keadilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan negara seperti mana tindakan pantas dan tegas yang diambil polis terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan komen orang ramai yang tidak disenangi kerajaan di laman sosial Facebook. Sebelum itu, ketika mengulas isu sama Rafizi dalam sidang medianya berkata, beliau juga akan membawa kes berkenaan pada setiap persidangan Dewan Rakyat begi memberi tekanan kepada pihak berkuasa sehingga pengendali blog Umno terbabit disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang. "Saya syak ini satu perencanaan terancang untuk membina persepsi kononnya ada plot menggulingkan kerajaan menjelang 31 Disember ini. "Rencana di blog yang memaparkan e-mel palsu yang direka itu menuduh kononnya saya terbabit dalam plot untuk menanam bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur dengan bertujuan mencetuskan suasana huru-hara. "Penyebaran berita palsu itu boleh menjejaskan ketenteraman awam dan mewujudkan panik di kalangan orang ramai dan ia adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Ia jelas melanggar undang-undang dan merbahaya," katanya. Rafizi berkata, soalan yang bakal dikemukan di Dewan Rakyat nanti akan terus ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara selagi pengendali blog pro-Umno, The Unspinners dan The Flying Kick tidak diheret ke muka pengadilan. Katanya, sebelum ini PDRM dilihat begitu tegas terhadap perkara kecil seperti komen anak muda yang tidak berpengaruh di Facebook, sebaliknya sehingga kini tidak memanggil pengendali blog Umno yang secara terang melanggar undang-undang negara dengan menyebarkan berita palsu dengan tujuan mewujudkan suasana huru-hara. "Jika PDRM hanya menyiasat saya dan bukan dalang di belakang e-mel palsu dan blogger yang menyebarkan berita palsu itu, jelas menunjukkan PDRM hanya menjadi alat kepada Umno bagi tujuan politik Umno," katanya. Rafizi mendakwa, propaganda menggulingkan kerajaan itu adalah satu taktik untuk mengalihkan perhatian daripada pelbagai kegagalan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam isu kenaikan kos sara hidup rakyat. -selangorku ULASAN GB Kita doakan kejayaan Rafizi dan semuga blogger UMNO yang memfitnah itu akan dihukum.. Hukum kebenaran dan keadialan akan tetap berjalan sekalipun jika polis enggan bertindak ke atas blogger berkenaan. | |||
Pejabat Mahkamah Syariah Kelantan dipecah masuk Posted: 30 Dec 2013 09:17 PM PST Pejabat di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Jalan Pasir Mas-Salor di Kota Bharu dipecah masuk dipercayai untuk mencari maklumat sulit, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Idris Abd Rafar. Beliau berkata kejadian itu disedari seorang pembantu tadbir yang berkhidmat di bangunan berkenaan kira-kira 7.30 pagi semalam ketika mahu memulakan tugas. "Ketika pengadu masuk kerja di Mahkamah Syariah tersebut mendapati pejabat di aras dua, lima dan enam telah dipecah masuk dengan beberapa bilik dan almari fail di aras berkenaan turut diselongkar. "Selain itu, kamar Ketua Hakim dan Bilik Pegawai Penyelidik di aras enam turut diselongkar," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu, hari ini. Idris berkata siasatan awal mendapati, suspek dipercayai masuk melalui tingkap di aras dua dengan menggunakan tangga yang ditinggalkan kontraktor di tempat kejadian. "Terdapat kesan umpilan di beberapa pintu di aras dua, lima dan enam dan suspek dipercayai menyelongkar almari yang mengandungi fail, bagaimanapun tidak mengambil barang berharga. "Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak membantu kerana hanya menampakkan kelibat sahaja berikutan pencahayaan yang kurang. Siasatan juga tidak dapat menimbulkan cap jari yang sempurna di tempat kejadian," katanya. Beliau berkata pada hari kejadian pengawal keselamatan ada membuat rondaan setiap dua jam sekali bermula pukul 12 malam dengan rondaan terakhir adalah pada pukul 5 pagi.- Bernama | |||
Wahai pemimpin, dengarlah suara kami! Posted: 30 Dec 2013 09:11 PM PST Oleh Muhammad Firdaus Abu Bakar Gerakan Turun merupakan NGO yang diketuai oleh sahabat saya, Azan Safar, yang mempunyai objektif yang tersendiri. Terdapat 3 objektif Gerakan Turun. Pertama, sebagai jentera penerangan kesedaran kepada rakyat untuk turut sama bangkit sebagai tindak balas kepada kegagalan kerajaan dalam menguruskan kebajikan rakyat. Kedua, sebagai kumpulan pendesak yang membawa suara anak muda Malaysia terhadap tindakan kerajaan hari ini. Ketiga, sebagai pusat pengumpulan anak muda yang tertindas dan tertekan untuk memperjuangkan nasib kehidupan mereka. Ketiga-tiga objektif ini akan membuka mata pihak kerajaan bahawa isu kos sara hidup yang semakin tinggi adalah isu yang sangat besar di mata rakyat khususnya mahasiswa. Mahasiswa sebagai golongan intelektual tidak akan membuat tindakan semborono malah hanya memikirkan kepentingan rakyat dan memperjuangkan isu ini demi rakyat, dan kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebagai pemimpin negara, hendaklah mereka bersifat terbuka dalam menerima segala pandangan dan suara rakyat walaupun berbeza parti politik. Isu kenaikan kos sara hidup ini melibatkan semua orang tidak kira parti politik. Gerakan Turun ditubuhkan dengan niat supaya kerajaan mengambil tindakan yang progresif untuk menyelesaikan masalah ini, dan bukanlah dengan memfitnah bahawa himpunan Turun pada 31 Disember 2013 adalah himpunan gulingkan kerajaan. Ini adalah tuduhan tidak berasas. Contohilah sikap Khulafa' ar-Rasyidin kita Saidina Umar al-Khattab yang bersikap terbuka dengan pandangan rakyatnya. Umar pernah memberi satu pandangan berkenaan dengan mahar supaya dikurangkan nilainya supaya tidak membebankan pihak lelaki. Bangkit seorang wanita menegur beliau atas isu tersebut dan Umar mengatakan bahawa wanita itu benar. Jelas sekali di sini bahawa sikap yang ditunjukkan oleh Umar bersifat positif, terbuka dalam menerima kritikan daripada rakyat. Seharusnya kerajaan perlu bersikap seperti Saidina Umar. Kerajaan adalah berperanan menjaga kebajikan rakyat daripada ditimpa kesusahan. Itu merupakan tanggungjawab sebuah kerajaan. Mereka perlu menjaga semua rakyatnya walaupun tidak sehaluan dengannya. Adalah tidak benar sama sekali kerajaan perlu menjaga rakyat yang memilihnya sahaja semasa pilihanraya. Ini suatu pemikiran yang dangkal yang harus kita tolak. Apabila ini berlaku, rakyat melihat kerajaan tidak memainkan peranan menjaga hal kebajikan rakyat. Melihat akan semakin banyak harga barang keperluan naik membuatkan rakyat terbeban dalam menguruskan kehidupan mereka. Walaupun ade sebahagian menteri memberi memberi respon isu kenaikan harga barang, tetapi respon yang diberikan sangat tidak logik malah menunjukkan ketidakcerdikan menteri dalam menangani isu ini. Melihat kepada isu ini juga, maka rakyat khususnya mahasiswa ingin menegur kerajaan atas tindakan yang tidak tepat menaikkan kos sara hidup ini sehingga membebankan rakyat. Kerajaan perlu sedar bahawa salah satu peranan mereka ialah menguruskan kewangan negara dengan baik. Allah berfirman dalam surah al-Furqan, ayat 67, yang bermaksud: "Dan mereka yang apabila berbelanja mereka tidak boros dan tidak kedekut dan adalah perbelanjaannya pertengahan antara keduanya." Hal ini bermaksud kerajaan perlu membelanjakan duit negara dengan berhemah. Melihat kepada isu yang berlaku sekarang ini, tindakan sewajarnya dilakukan adalah membuat penilaian kembali apa yang telah dibelanjakan sehingga boleh menyebabkan kewangan negara menghadapi masalah. Laporan Audit Negara telah memainkan peranan ini untuk menegur kerajaan mengenai perbelanjaan sepanjang tahun 2012 yang ternyata merugikan negara. Sebagai contoh, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM1.6 juta untuk menaja kumpulan K-Pop. Menariknya sebelum ini kementerian melaporkan konsert tersebut ditaja oleh syarikat swasta. Ertinya pemborosan berlaku disulami dengan penipuan untuk menutup pemborosan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan telah membelanjakan duit negara ke arah aktiviti yang tidak bermanfaat. Oleh itu, kerajaan perlu memainkan peranan mengatasi kekurangan dalam mengurus perbelanjaan negara dan menyelesaikan masalah pengurusan kewangan negara, bukan mensasarkan kepada rakyat dengan cara menaikkan kos sara hidup. Tindakan itu tidak wajar sama sekali. Teguran yang dibawa Turun adalah jelas, supaya kerajaan membelanjakan harta negara dengan baik dan tidak berlaku ketirisan, supaya masalah kewangan negara dapat di atasi dan rakyat tidak mendapat kesan dengan dinaikkan kos sara hidup. Oleh yang demikian, kerajaan perlu mendengar suara rakyat terhadap isu ini. Benarkan himpunan Turun ini dan jangan kenakan sebarang tindakan kepada rakyat dan mahasiswa yang turun ke himpunan tersebut, kerana objektif mereka adalah untuk mendesak kerajaan mengambil inisiatif menyelesaikan isu ini. Isu kos sara hidup ini cukup-cukup membebankan rakyat. Adakah kerajaan tidak mahu mendengar rintihan suara akar umbi mengenai isu ini, malah mengenakan tindakan kepada peserta Turun ini? Ini bukan Himpunan Gulingkan Kerajaan! Ini adalah rintihan suara rakyat atas bebanan yang mereka hadapi sekarang ini. Wahai pemimpin, dengarlah suara kami! – * Penulis merupakan pelajar jurusan Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa. | |||
Posted: 30 Dec 2013 08:59 PM PST KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan serta merta sambutan ambang tahun baharu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Rekreasi Balok malam ini memandangkan ia tidak sesuai diteruskan pada masa sekarang. Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, program menyambut kedatangan tahun baharu 2014 dibatalkan kerana sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), MPK perlu peka terhadap pandangan rakyat atau orang ramai. Menurutnya, pembatalan secara mengejut yang diambil itu tidak menimbulkan rasa marah atau perasaan tidak puas hati daripada orang ramai walaupun sebelum ini acara berkenaan sudah diuar-uarkan. "Mungkin masalah banjir atau situasi selepas bencana ini hanya salah satu faktor dan kita juga masih berwaspada tentang gelombang kedua," katanya kepada Sinar Harian sempena majlis perasmian Wisma baru Koperasi Majlis Perbandaran Kuantan Berhad (Kospek) di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam. Sementara itu, di Kelantan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan, malam ini. Katanya, kerajaan negeri tidak pernah merancang untuk menyambutnya sebagaimana yang mungkin pernah dilakukan beberapa pihak sebelum ini. Mohd Amar berkata, Kelatan hanya mengadakan sambutan tahun Hijrah dan meraikan kedatangan bulan Islam sahaja. "Tak ada sambutan tahun baharu di Kelantan. Kita tak pernah sambut tahun baharu, kecuali tahun baharu Hijrah ,"katanya. | |||
Hari terakhir tebus rebat Touch n Go Posted: 30 Dec 2013 08:54 PM PST SHAH ALAM – Pengguna Touch n Go diingatkan untuk menebus rebat sebanyak 20 peratus bagi penggunaan lebuh raya esok (31 Disember), iaitu hari terakhir tahun 2013. Sinar Harian difahamkan, mulai 1 Januari 2014, pemberian rebat tersebut akan dimansuhkan. Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, syarikat pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n Go Sdn Bhd tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada tawaran rebat sebanyak 20 peratus bagi pengguna lebuh raya diterus atau dimansuhkan. Menurut sumber, semua keputusan hanya akan diputuskan kerajaan dan Touch n Go tidak menerima sebarang arahan berhubung perkara itu. Katanya, jika kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan rebat tersebut, ia boleh dilakukan terus tanpa notis. "Memandangkan ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat, jadi itu hak mereka untuk terus atau sebaliknya. "Pengurusan Touch n Go tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini," katanya. Rebat Touch n Go termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009. | |||
Posted: 30 Dec 2013 08:52 PM PST SHAH ALAM - Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) memberi jaminan perhimpunan yang akan diadakan malam esok ( 31 Disember ) bakal berlangsung aman. Pengerusinya, Muhamad Azan Safar berkata, himpunan yang berkonsepkan duduk dan bantah ini bertujuan untuk rakyat memberi mesej jelas berhubung isu protes kos sara hidup yang semakin tinggi. "Himpunan ini juga bebas dari sebarang provokasi dan ancaman yang menggugat kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. "Peserta himpunan juga diseru untuk membawa bendera Malaysia tanda patriotik dan cinta kita kepada negara selain memakai pakaian tema yang berwarna hitam," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini. Katanya lagi, peserta dilarang membawa poster atau sepanduk yang mengandungi unsur provokasi dan ancaman. Menurut beliau lagi, mana-mana ahli politik yang ingin turut serta diminta tidak membawa ideologi politik dalam perhimpunan itu. "Himpunan ini adalah himpunan rakyat, yang akan diraikan dan disambut juga oleh rakyat. "Mana-mana kumpulan termasuk ahli politik sewajarnya turun sebagai rakyat tanpa bendera yang melambangkan parti masing-masing," katanya. Menurut Azan, waktu berkumpul adalah pada jam 9 malam dan peserta dijangka bersurai secara aman setelah meraikan tahun baharu 2014. | |||
Pas sokong ubah cara sambut tahun baharu Posted: 30 Dec 2013 08:50 PM PST SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas menyokong sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan untuk mengubah cara sambutan tahun baharu yang lebih kepada program keagamaan. Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, bagus jika mahu mengadakan solat hajat, doa selamat dan sebagainya tapi jangan hanya sekadar berdoa kerana perlu seiring dengan amalan seharian. "Tiada gunanya jika hanya tahu berdoa, tapi sebaliknya tetap lakukan keburukan kepada negara dengan menaikkan kos taraf hidup rakyat dan sebagainya," katanya, semalam. Menurutnya, sekalipun jika kerajaan bersetuju dengan cadangan itu, ia patut dilaksanakan semua negeri supaya dapat diselaraskan. "Jika setuju boleh bincang dengan menteri besar atau ketua menteri supaya dapat selaraskan sambutannya yang berbentuk keagamaan. "Seeloknya kalau boleh dibuat perkara sama untuk apa-apa sambutan supaya dapat mendidik rakyat dekat dengan agama Islam," ujarnya. Dalam pada itu, kata beliau jika seseorang faham dengan sambutan tahun baharu mengikut Islam, pastinya kemeriahan yang disambut adalah berlandaskan ajaran agama. "Kalau kita lihat daripada sudut agama, jika kita masih boleh sambut tahun baharu bermakna ALLAH bagi kita panjang umur dan pastinya cara bersyukur adalah dengan membebaskan diri daripada perkara yang tidak elok. "Itu yang boleh kita katakan sebagai menyambut tahun baharu, perlu mengikut syariat ALLAH bukan mengikut syariat penjajah," katanya. | |||
300 Pegawai Penguatkuasa DBKL Dikerah Bertugas Di Dataran Merdeka Posted: 30 Dec 2013 08:42 PM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Seramai 300 pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah bertugas di sekitar Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014 malam Selasa di samping menghadapi kemungkinan perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosial Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz ketika dihubungi Bernama berkata, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, pihaknya telah bersiap sedia untuk mengawal situasi di kawasan berkenaan. "Sambutan ambang Tahun Baharu akan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan,namun kita akan bekerjasama dengan pihak polis bagi menjamin tahap keselamatan orang awam di kawasan itu," katanya. Tambahnya lagi, pihaknya juga akan mengetatkan kawalan di bangunan DBKL yangterletak berhampiran Dataran Merdeka supaya tidak berlaku sebarang pencerobohan. Beliau meminta orang awam supaya tidak terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang. Tinjauan Bernama mendapati anggota penguatkuasa DBKL berada di dataran ituseawal 8 pagi. - BERNAMA | |||
Tiada Sekatan Jalan Raya, Orang Ramai Boleh Sambut Ambang Tahun Baru - Polis Posted: 30 Dec 2013 08:41 PM PST PETALING JAYA: Polis tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sempena sambutan ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka malam Selasa, walaupun dikatakan terdapat pihak yang mahu mengadakan bantahan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, walaupun anggota polis akan bersiap sedia di Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitarnya, polis akan menjadikan acara pada malam ini seperti mana-mana himpunan ambang Tahun Baru yang lain dan memberi orang ramai menyambutnya dengan mudah. "Kita tidak akan menjalankan apa-apa sekatan jalan raya. "Bagaimanapun, anggota polis yang bertugas akan memantau mereka yang mengadakan sambutan dan juga penunjuk perasaan. "Kami mahu memastikan keselamatan semua," katanya pada Isnin. Zainuddin sekali lagi mengulangi bahawa protes yang dirancang adalah haram kerana penganjur gagal untuk mendapatkan kebenaran daripada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). "Kami akan menahan sesiapa yang mempunyai tingkah laku tidak terkawal. "Ia sudah menjadi suatu kesalahan untuk berhimpun tanpa memaklumkan kepada polis 10 hari sebelum acara itu seperti yang dinyatakan di bawah Akta Perhimpunan Aman," katanya. Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyambut ambang Tahun baru perlu menjauhkan diri daripada mereka yang mengambil bahagian dalam bantahan itu. Beliau menambah, begitu juga dengan penunjuk perasaan supaya tidak menggangu sambutan ambang Tahun Baru. "Pengunjung yang akan pergi sana untuk bergembira dan menyambut Tahun Baru. "Adalah tidak adil jika penunjuk perasaan merosakkan sambutan dengan perhimpunan haram mereka," katanya. Bagi memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar, Zainuddin berkata, Jalan Raja telah ditutup dari tengah malam Isnin manakala jalan susur dari Jalan Kinabalu ke Jalan Raja akan ditutup dari pukul 6 petang Selasa. Katanya, polis akan menyiasat rundingan bahawa terdapat rancangan untuk membawa bahan letupan dalam perhimpunan haram. "Kami juga memantau laman media sosial dengan teliti," kata Zainuddin. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan