Kerabu Bersuara ® |
- Rafizi Ajar Najib
- Selepas Naik Harga Minyak Dan Barangan, Sekarang Baru Muhyiddin Nak Kaji?
- Suspek Rompak Guna M16 Berjaya Ditahan Polis
- Dr MAZA komen pengumuman 11 langkah oleh PM
- tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan
Posted: 31 Dec 2013 12:44 AM PST Rafizi turut mencadangkan empat langkah mudah kepada perdana menteri bagi membantu mengurangkan beban rakyat; 1. Menurunkan cukai eksais kereta serta-merta sebanyak 30% ke arah menghapuskan cukai eksais kereta sepenuhnya. Hutang kereta adalah salah satu bebanan utama rakyat dan penurunan cukai eksais kereta akan mengurangkan tanggungan hutang bulanan. 2. Menghentikan kenaikan tol seperti yang dirancang dan merundingkan kembali perjanjian-perjanjian konsesi tol supaya lebuhraya yang sudah mendapat kembali modal pelaburan dikembalikan kepada rakyat. 3. Membatalkan peruntukan untuk projek yang bertujuan memberi ruang berbelanja kepada menteri-menteri tanpa matlamat yang jelas, contohnya peruntukan untuk National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang berjumlah RM278 juta seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2014. 4. Membekukan kesemua program penswastaan yang diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) terutamanya penswastaan kampus-kampus UiTM di seluruh negara yang dijangka membebankan rakyat dan kerajaan dengan berbilion ringgit yang perlu dibayar sebagai sewa kepada pemegang konsesi di masa hadapan. |
Selepas Naik Harga Minyak Dan Barangan, Sekarang Baru Muhyiddin Nak Kaji? Posted: 30 Dec 2013 11:20 PM PST Kerajaan Akan Lihat Semula Keputusan Rasionalisasikan Subsidi, Kata Muhyiddin KUANTAN, 31 Dis (Bernama) Beliau berkata subsidi kerajaan perlu dilihat secara lebih holistik, dalam usaha meringankan bebanan rakyat terutamanya kumpulan sasar. "(Langkah) Lihat semula beberapa keputusan yang kita (kerajaan) buat untuk merasionalisasi subsidi itu (supaya) dapat meringankan beban kumpulan sasar. "Kita (kerajaan) rasionalisasi subsidi supaya subsidi itu tidak digunakan oleh pihak yang tidak berapa layak, mereka yang menanggung beban kerana pendapatan kecil perlu dapat bantuan besar dengan cara menjimatkan subsidi tetapi pengurangan subsidi dapat menampung keperluan kumpulan sasar," katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, di sini Selasa. Muhyiddin berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Kos Sara Hidup, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat ini dengan para menteri, timbalan menteri dan agensi berkaitan termasuk pembekal utiliti elektrik, air dan pihak berkuasa tempatan bagi membincangkan perkara itu. "(Mesyuarat itu) Supaya boleh melihat secara holistik dan keseluruhan dan bagaimana langkah seterusnya boleh diambil oleh kerajaan, institusi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan persatuan. "Tujuan kita kalau tempoh mendatang kita tidak dapat elakkan mungkin tempoh sederhana dan panjang dapat kurangkan bebanan. Ini dibuat kerana kerajaan prihatin tentang masalah rakyat dan tidak mahu bebanan rakyat bertambah dengan sebab pihak melakukan kenaikan kadar yang boleh timbulkan masalah," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedar akan isu kenaikan sara hidup ketika ini dan akan melakukan yang terbaik dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat. "Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Kos Sara Hidup, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri (bagi) melihat kepada situasi terkini dan akan mendapatkan maklum balas lebih terperinci selain keputusan dibuat untuk mengkaji semula kadar tertentu dan kos yang perlu ditanggung pengguna yang dikenakan sektor awam atau institusi kerajaan," katanya. Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah diarah supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap para peniaga yang menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka sewenang-wenangnya. |
Suspek Rompak Guna M16 Berjaya Ditahan Polis Posted: 30 Dec 2013 10:13 PM PST TANAH MERAH: Polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan merampas selaras M16, kira-kira setengah jam selepas suspek itu merompak sebuah kedai serbaneka di sini, malam tadi. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata lelaki itu ditahan ketika sedang minum bersama dua lagi rakannya yang turut terbabit dalam rompakan yang dilakukan mereka pada kira-kira 8.15 malam. "Anggota polis telah mengesan kenderaan yang digunakan mereka iaitu hanya jarak dua kilometer dari tempat kejadian namun apabila mengetahui kehadiran polis, ketiga-tiga mereka yang minum di sebuah kedai makan berhampiran telah melarikan diri. "Polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 51 tahun selepas bergelut dan terpaksa melepaskan tembakan ke udara manakala dua lagi rakannya telah melepaskan diri dalam semak berhampiran," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi. Mazlan berkata polis kemudiannya menemui senjata api jenis Colt M16 bersama-sama satu kelopak megazin dan sebilah parang, sabit serta pisau lipat dalam kereta itu. Polis kini giat memburu dua lagi lelaki dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar menghubungi polis, katanya. Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. Mazlan berkata sebelum itu ketiga-tiga lelaki yang memakai topeng itu telah merompak kedai berkenaan dan melarikan wang tunai sebanyak RM300 setelah seorang daripadanya melepaskan satu das tembakan ke arah peti sejuk di kedai itu. "Mereka kemudiannya telah mengarahkan pekerja kedai membuka laci mesin tunai dan terus mengambil wang tunai tersebut dan kemudiannya melarikan diri bersama hasil rompakan dengan sebuah kereta," katanya. Menurutnya lelaki yang ditahan itu merupakan rakyat tempatan. - Bernama |
Dr MAZA komen pengumuman 11 langkah oleh PM Posted: 30 Dec 2013 04:05 PM PST Syafique Shuib KUALA LUMPUR: Pengurangan perbelanjaan sektor awam disambut baik namun pelaksanaanya harus menyeluruh dan tidak membabitkan pihak tertentu sahaja. Ini kerana bekas Mufti Perlis dan pensyarah pengajian Islan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat bahawa pegawai atasan yang sering berbelanja berlebihan. "Ia harus melibatkan semua peringkat. Lihat sahaja majlis yang melibatkan para menteri. Ia melibatkan kos yang luar biasa. Majlis-majlis keraian mereka memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi. "Janganlah ia terpencil kepada pegawai bawahan sahaja kerana pegawai atasan yang berbelanja lebih-lebih," kata beliau. Dr Asri juga berharap perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas dengan pengurangan perbelanjaan sektor awam. "Janganlah pula ia menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Sediakan kemudahan yang perlu. Jika ada mesyuarat, pastinya makanan perlu ada. Namun,elakkan apa yang tidak perlu," tambah beliau. Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam. Beliau juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. Antara tiga lagi langkah yang diumumkan ialah: • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (buntingdanbanner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan; • Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dr-maza-komen-pengumuman-11-langkah-oleh-pm-27623?cp |
tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan Posted: 30 Dec 2013 03:45 PM PST Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan, malam ini. Katanya, kerajaan negeri tidak pernah merancang untuk menyambutnya sebagaimana yang mungkin pernah dilakukan beberapa pihak sebelum ini. Mohd Amar berkata, Kelatan hanya mengadakan sambutan tahun Hijrah dan meraikan kedatangan bulan Islam sahaja. "Tak ada sambutan tahun baharu di Kelantan. Kita tak pernah sambut tahun baharu, kecuali tahun baharu Hijrah ,"katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan