Selasa, 24 Disember 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ops Cantas Khas Bersihkan Iklan Ah Long, Sampai Bila Mahu Buat Kerja yang Sia-sia?

Posted: 23 Dec 2013 08:27 PM PST


[AA] KUALA LUMPUR: 150 poster besar di sekitar Ampang telah diturunkan dalam Operasi Cantas Khas petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan pinjaman tidak berlesen di sekitar Lembah Klang khasnya di Ampang.

Kegiatan menampal serta mengantung iklan oleh agen-agen Along itu bukan hanya mencacatkan pemandangan malah mengganggu penglihatan pengguna jalan raya.

Beliau berkata demikian selepas selesai operasi pembersihan poster Along di sekitar Ampang.

Operasi itu disertai oleh tujuh pegawai dan 35 anggota polis termasuk Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Dalam operasi ini 150 poster besar diturunkan manakala poster-poster kecil dibersihkan terutama di pondok telefon, papan tanda jalan, dan tiang-tiang elektrik.

Operasi bermula pada pukul 3 petang sehingga 7 malam dan akan dilakukan setiap hari. - 24/12/13



P/s: TM tidak bermaksud untuk memperlekeh usaha pihak berkuasa, tetapi ops membersihkan iklan ah long tidak menyelesaikan masalah, malah mungkin digelakkan oleh ah long lahanat.

Nombor telefon sudah tertera pada poster/iklan, mengapa tidak diperangkap orang yang terlibat dalam aktiviti haram ini? Jika orang ramai dapat menghubungi lintah darat lahanat itu melalui nombor yang tertera pada iklan, mengapa pihak berkuasa tidak boleh/gagal menghubungi mereka yang terlibat sekali gus memberantas gejala ini sehingga akar umbi? 

TM sudah banyak kali memberikan komen tentang hal ini. Tampaknya, solusi mereka masih sama...koyak dan bersihkan iklan along.  

Walhal dengan adanya nombor telefon, kegiatan ah long ini mudah untuk dibasmi, namun jika tindakan yang diambil sekadar membersihkan poster, maka sampai kiamat pun isu ini tidak akan selesai. Malah setiap nombor telefon itu didaftar untuk memudahkan pihak berkuasa mengesan empunya nombor jika berlaku sebarang penyalahgunaan.

Tidak tahulah jika di belakang ah long ini ada JERUNG BESAR?


Guru Jadi Mangsa SEKSUAL Anak Sendiri

Posted: 23 Dec 2013 06:55 PM PST

Sekadar hiasan.

[SH] Kota Bharu - Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun. 

Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu. 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu. 

Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri. 

"Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek," katanya kepada pemberita, semalam. 

Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya. 

"Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.

"Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian," katanya. 

Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan. 

"Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan," katanya. - 24/12/13


Tiada ulasan: