Selasa, 24 Disember 2013

Biaqpila

Biaqpila


IKAN BERKUMPUL DI TEPI PANTAI PETANDA TSUNAMI?

Posted: 24 Dec 2013 03:17 AM PST

Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah. Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013. Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka. Sesungguhnya Allah maha berkuasa.Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan. Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya. mobile

GAMBAR BANJIR DI RAWANG

Posted: 24 Dec 2013 12:27 AM PST











RAWANG SELANGOR: Ribuan penduduk di sekitar Rawang dekat sini hari ini terkandas akibat banjir kilat, terutama berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang, hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah itu melimpah ke kawasan sekitar.
"Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang," katanya ketika dihubungi Bernama mengenai kejadian yang berlaku ketika orang ramai mahu ke tempat kerja atau melakukan urusan lain.

Beliau berkata air mula naik kira-kira 6 pagi tadi.

- BERNAMA



KEMENANGAN ZAHID DI BAGAN DATOH BAKAL DICABAR

Posted: 23 Dec 2013 03:54 PM PST


Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar semula petisyen yang difailkan calon PKR bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh.

Panel lima orang hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif memutuskan bahawa sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Umi Kalthum Abdul Majid pada 15 Ogos lalu memutuskan bahawa petisyen oleh calon PKR Madhi Hasan dan pengundi Azmi Sulaiman gagal mematuhi Peraturan 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Peraturan itu menetapkan nama peguam bagi pihak yang memfailkan petisyen perlu dinyatakan dalam dokumen itu dan mahkamah tidak menerima sekiranya petisyen difailkan oleh firma-firma undang-undang.

Laporan sebelum ini menyebut, dua petisyen berkenaan mendakwa calon BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membeli undi dan membelanjakan lebih daripada jumlah yang dibenarkan secara sah untuk berkempen.

Petisyen itu menyatakan bahawa Ahmad Zahid membelanjakan sehingga RM2 juta, sedangkan had perbelanjaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ialah RM200,000 bagi kerusi Parlimen .

Petisyen tersebut disertakan dengan gambar-gambar dalam blog Ahmad Zahid, yang digambarkan beliau mengedarkan bantuan dalam kawasan Parlimennya sebagai bukti.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan Mahkamah Tinggi untuk mendengar petisyen pilihan raya Lubok Merbau. Kerusi ini dimenangi oleh BN Siti Salamah Mat Jusak, dengan kelebihan hanya 53 undi berbanding undi yang diperolehu cakib PAS Mohd Zainuddin Mohd Yusof.

Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan oleh BN bagi kerusi Lembah Pantai dan Batu yang dipegang oleh PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.


malaysiakini


Tiada ulasan: