KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat bagaimana akhbar milik
united malays national organisation
memutar berita
lihat bagimana media lain
memberi laporan terhadap berita yang sama
akhbar ketuanan melayu ini
tidak laku di pasaran
bila tidak laku di pasaran
akhbar ini marahkan masyrakat china
akhbar ini gagal melihat
apa sebab akhbar ini tidak laku
kenapa orang ramai
pecaya kepada malaysia kini
percaya kepada malaysian insider
percaya kepada blog dan fb
akhbar ini tidak sedar
52% rakyat malaysia
tidak lagi menyokong
united malaysa national organisation
INI LAPORAN MELOYOHimpunan Guling Kerajaan: Penceramah ditahanKUALA LUMPUR 24 Dis. - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat menghasut orang ramai hadir ke Himpunan Guling Kerajaan di padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini malam tadi.
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pukul 11.35 malam mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124 C Kanun Keseksaan.
"Dia merupakan antara penceramah yang mengajak orang ramai turun ke Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru bertujuan menggulingkan kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN MELOYO
INI LAPORAN SINARDemonstrasi 31 Disember: Penganjur ditahan reman
SHAH ALAM - [Dikemaskini] Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar ditahan reman kira-kira jam 11 malam tadi.Menulis dalam satu kenyataan ringkas, Muhamad Azan berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atasnya jam 10 pagi ini."Saya ditahan reman malam ini (tadi) untuk siasatan, esok pagi (pagi ini) jam 10 pagi polis akan mendapatkan perintah reman daripada majistret. Reman akan dibuat di IPD Dang Wangi."... mohon terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya.
INI LAPORAN MALAYSIAKINI
Polis tahan pengerusi NGO TURUN
Polis menahan pengerusi NGO TURUN, Mohd Azan Safar, yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar bagi membantah kenaikan kos sara semasa sambutan ambang tahun baru pada malam 31 Disember.
Mohd Azan ketika dihubungiMalaysiakiniberkata beliau ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Katanya, polis membawa beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dan kini sedang berusaha mendapatkan perintah tahanan reman.
Katanya, polis menyiasat beliau mengikut peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan