Sabtu, 21 Disember 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Rakan Teman Lelaki Penolong Kanan Terlampau Didakwa Memiliki Video Lucah dan Memeras Ugut

Posted: 21 Dec 2013 05:58 AM PST

Muhamad Usman, (kanan) dan Irfan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Melaka, semalam.

[BH]  Muhamad Usman, iaitu Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, yang juga peniaga jubah, didakwa memeras ugut hingga mendorong Lizah menyerahkan RM10,000 pada jam 12 tengah hari, 20 November lalu di depan sebuah restoran di Bukit Beruang. 

Dia dituduh di depan Majistret Syajaratudur Abd Rahman, mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua jika sabit kesalahan. 

Irfan juga menghadapi tuduhan kedua dan ketiga, masing-masing atas kesalahan memiliki sebuah pemacu storan media jenama Kingston serta telefon bimbit mengandungi filem lucah di sebuah kawasan stesen minyak di Jalan Panglima Awang, jam 6.45 petang 30 November lalu. 

Bagi dua tuduhan itu, dia yang diwakili peguam, Zulfiqri Zakaria dan Intan Nazifa Ahmad didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. 

Untuk tuduhan keempat, dia pada jam 7.30 malam, tarikh yang sama didapati memiliki sebuah komputer riba jenama Dell mengandungi filem lucah di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana, di sini dan didakwa mengikut seksyen sama seperti tuduhan kedua dan ketiga. Irfan bagaimanapun, mengaku tidak bersalah bagi semua tuduhan. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM13,000 sebelum menetapkan 7 Januari untuk sebutan semula. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.


Berita berkaitan di sini.



[Foto] Pelancong Taiwan yang Diselamatkan daripada Tawanan Militan Filipina

Posted: 21 Dec 2013 05:46 AM PST




(AP Photo/Nickee Butlangan



Beritanya di sini.


Guru Penolong Kanan Mengaku Tidak Bersalah Rakam Aksi Lucah

Posted: 21 Dec 2013 05:10 AM PST


[SH] AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014. -21/12/13

Laporan awal di sini.



Tiada ulasan: