Kerabu Bersuara ® |
Posted: 20 Dec 2013 06:58 PM PST MCA: Kerajaan tak patut belanja besar OLEH: RAZIATUL HANUM A.RAJAK KUALA LUMPUR - Parti komponen BN, MCA menyifatkan kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata umum. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mereka seumpama itu mestilah diambil tindakan. "Kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata seolah-olah tiada had ke atas wang yang digunakan. "Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya telah mendedahkan banyak kepincangan dan penyalahgunaan wang awam serta ketirisan yang ketara dan keterlaluan dalam soal penyalahgunaan dana kerajaan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, hari ini. Beliau menyarankan agar kajian semula dilakukan untuk mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan kuasa. "Jika terdapat mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mestilah berhadapan dengan tindakan yang sepatutnya. "Oleh yang demikian, perlu ada satu bentuk kajian semula dilakukan oleh kerajaan untuk kukuhkan proses perolehan untuk mengelak ketirisan dan penyalahgunaan kuasa daripada terus berlaku tahun demi tahun," katanya. Menurutnya lagi, peningkatan perbelanjaan mengatasi jumlah peningkatan pendapatan. "Berhubung soal perbelanjaan, kerajaan mesti terus mengawal selia dan berjimat cermat. "Jika trend ini berterusan, ia tidak akan dapat ditampung kerana kos perbelanjaan ini akan menelan perbelanjaan pembangunan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan