DIALOG RAKYAT |
- Makmal Kos Sara Hidup Langkah Terbalik Najib
- Setengah pemimpin yang ingin berjasa kepada negara, mereka perlu bersara
- Aksi Terlampau Guru Penolong Kanan Dengan Warga Pakistan
- Chua Soi Lek tidak terima `viagra politik’ Najib
- Zolkples kecewa Harimau Muda terkandas
- Siling klinik kesihatan runtuh
- Anggota PDRM terperangkap di Sudan Selatan diselamat
- Ahmad Maslan kata GST akan turunkan harga barang
- Tahniah Reezal, anda tidak mudah lupa seperti Najib
- Kalau tak ada tol, kena naikkan cukai - Najib
- GST zalim, bercanggah dengan konsep keadilan Islam
- Kerajaan Akan Usahakan Bantuan Tambahan Untuk Mangsa Banjir - Najib
- 'Hartanah Seperti Wanita', Tengku Adnan Mohon Maaf
- Amanat terakhir Soi Lek kepada MCA
- MCA: Kerajaan tak patut belanja besar
- Anwar: Menteri jangan jadi 'Mr Arrogant'
- Harga naik: Pakar ekonomi jangan jadi pengampu
- [PANAS] "1Malaysia" Pada Kalimah ALLAH?
- Aktivis seru wartawan demo, pulau program k'jaan
- 40 wakil rakyat DAP 'beli bata' Malaysiakini
- MCA: Semua wanita menentang Ku Nan
- Anak Muda Generasi Bankrap C
- Heng Seai Kie Ketua Wanita MCA Baharu
- Arahan Belum Dikeluarkan Mengenai Kadar Tol - Fadillah
Makmal Kos Sara Hidup Langkah Terbalik Najib Posted: 21 Dec 2013 05:50 AM PST shahbudindotcomEkoran rungutan berterusan orangramai mengenai kos sara hidup yang kian meningkat berikutan berlakunya siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan, Najib Razak semalam mengumumkan penubuhan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup dibawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan atau Pemandu bagi mengkaji dan merangka langkah-langkah susulan menangani masalah itu. Menulis di laman sosial Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa mendengar keluh-kesah rakyat berkenaan kenaikan kos sara hidup dan sedang mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Disebabkan itu, katanya, kerajaan bersetuju menubuhkan makmal tersebut yang diletakkan di bawah Pemandu. Respon Najib ini adalah jelas untuk menunjukkan beliau tetap seorang pemimpin yang prihatin kepada kesejahteraan rakyat berikutan pelbagai kenaikan yang berlaku sejak selepas PRU 13 lalu lebih memperlihatkan beliau seolah-olah bukan lagi Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat serta tidak mempedulikan rungutan yang kian meningkat. Najib dilihat memilih cara mudah untuk menambah pendapatan negara iaitu dengan cuba mengambil lebih banyak wang daripada poket rakyat melalui kenaikan cukai dan menghapuskan subsidi serta dalam masa yang diminta berkorban dan berjimat-cermat. Namun yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang beliau tergerak hati mahu menubuhkan makmal mengenai kos sara hidup itu. Apakah sebelum menaikkan harga barang, beliau tidak pernah memikirkan kos sara hidup rakyat? Makmal ini sepatutnya ditubuhkan sebelum sebarang kenaikan dilakukan dan bukannya selepas banyak kenaikan dilakukan. Benarlah kata orang, kehidupan sebagai anak bangsawan menyebabkan beliau tidak dapat memahami derita rakyat miskin. Kehidupan serba mewah sejak lahir menyebabkannya tidak pernah merasai denyut nadi rakyat bawahan dan pemahamannya mengenai kemiskinan hanyalah sekadar memandang melalui jendela dari sebuah rumah banglo. Dengan menubuhkan makmal hanya setelah melakukan pelbagai kenaikan dan meletakkan rakyat dalam kehidupan hampir "nyawa-nyawa ikan", menunjukkan Najib seorang yang tidak memandang ke hadapan, tiada perancangan konkrit dalam mengurus negara dan menjaga kebajikan rakyat. Semua urusan negara seolah-olah dilakukan berdasarkan pendekatan "ad-hoc" dan konsep "trial and error" saja. Apa yang berlaku sekarang memperlihatkan Najib sedang mengamalkan pendekatan terbalik dalam mengurus negara dan kerajaan iaitu dengan melakukan sesuatu terlebih dahulu, kemudian barulah membuat kajian sedangkan sepatutnya kajian dan fikiran mendalam dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan mahu dibuat. Sekiranya makmal ini ditubuhkan sebelum pelbagai kenaikan dilakukan, Najib pasti mendapat lebih maklumat mengenai kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan kepada kehidupan rakyat dan tidak menjadikan dirinya pemungkir janji paling zalim di mata rakyat. Selain itu, dengan meletakkan makmal ini di bawah Pemandu, persoalan yang timbul ialah apa sudah jadi dengan jentera kerajaan sedia ada? Apakah Najib tidak mempercayai lagi pelbagai jentera dan agensi kerajaan untuk melakukan kajian yang melibatkan kehidupan rakyat ini? Untuk mendapat maklumat mengenai kos sara hidup ini, Najib juga boleh mendapatkannya melalui UMNO dan parti-parti komponen BN yang rangkaiannya lebih menyeluruh dan mempunyai cawangan di serata tempat. Pemimpin peringkat cawangan, bahagian, penghulu dan ketua kampung sebenarnya boleh mendapatkan maklumat dan kajian lebih tepat mengenai kos sara hidup ini kerana mereka lebih bergaul dengan pelbagai jenis kelompok rakyat. Kenapa Pemandu juga yang dipilih oleh Najib sedangkan untuk mendapatkan maklumat mengenai kenaikan kos sara hidup bukanlah suatu kerja yang susah sangat? Dengan menyerahkan kepada Pemandu untuk menjalankan makmal ini, persoalan yang timbul juga ialah berapa juta lagi kos yang mahu dikeluarkan oleh kerajaan mengenainya. Sudah tentu Pemandu tidak punya kakitangan dan dan upaya untuk melakukan kajian ini, sebaliknya akan menyerahkannya kepada perunding luar untuk melakukan kajian bagi pihaknya. Jika sebelum ini Parlimen sudah diberitahu bahawa sepanjang lima tahun Najib menjadi Perdana Menteri, beliau sudah membelanjakan RM7.2 bilion untuk mengupah perunding atau konsultan luar bagi melakukan pelbagai tugas sehingga mereka ini layak digelar con-sultan atau con-setan, dengan adanya makmal mengenai kos sara hidup ini tentunya sekali lagi duit rakyat akan dirobek bagi tujan itu. Mungkin puluhan juta terpaksa dibelanjakan bagi mengupah perunding luar ini sedngkan hasil kajiannya belum pasti membuahkan sesuatu yang menggembirakan kepada rakyat. Persoalan lain yang timbul ialah berapa lamakah makmal ini diberikan masa untuk menjalan tugasnya. Jika contohnya enam bulan baru hasil kajian itu dapat diperolehi, apakah sepanjang tempoh enam bulan itu rakyat hanya dibiarkan saja menanggung beban derita kehidupan mereka? Isu kenaikan kos sara hidup adalah isu kritikal ketika ini. Majoriti rakyat terbeban kehidupannya. Najib seharusnya mengambil langkah lebih pantas untuk menanganinya. Sekarang bukanlah lagi masa untuk beretorik dan melakukan kejian dengan menubuhkan makmal atau seumpamanya. Sekarang adalah masa untuk beliau bertindak segera. Menubuhkan makmal kajian yang akan memakan masa beberapa bulan, hanyalah bertujuan melengahkan masa untuk bertindak dalam membantu rakyat. Ingatlah bahawa rakyat sudah lama terbeban kehidupannya dan kajian demi kajian tidak akan merubah apa-apa. Mengaku mendengar keluh-kesah rakyat saja tidak lagi memadai. Mendengar mesti disusuli dengan tindakan yang segera dan pantas. Di ketika ini, Najib mesti berfikir seperti seorang doktor untuk mengubati penyakit dan bukannya seperti seorang peguam yang suka melengah-lengahkan masa. |
Setengah pemimpin yang ingin berjasa kepada negara, mereka perlu bersara Posted: 21 Dec 2013 05:40 AM PST ASPAN ALIAS Malaysia sudah berada ditengah peta dunia kerana mendepani banyak perkara berbanding dengan negara-negara lain. Malaysia adalah negara yang keempat kedudukannya dalam pengaliran wang negara secara haram selepas Cina, India dan Russia. Jika dibandingkan ketiga-tiga negara yang lain itu, Malaysia merupakan hanya sebuah negara yang kecil dengan penduduknya yang kecil jumlahnya. Tetapi jumlah wang negara yang mengalir keluar negara melepasi apa yang berlaku di negara-negara besar di dunia ini. Tetapi yang termasyurnya kita hanyalah dalam bidang yang buruk dan tidak ada yang bernilai baik. Yang terakhir pula dunia mengetahui melalui Lapuran Bank Dunia untuk Disember 2013 yang negara kita telah mengambil jalan menjual aset negara untuk menyelesaikan masalah kewangan negara. Penjualan aset itu juga merupakan untuk merealisasikan janji kerajaan untuk mengurangkan defisit negara kepada 4 peratus dalam belajawan negara 2014 nanti. Dalam keadaan yang sama kerajaan sedang mendapatkan sumber kewangan untuk mentadbir negara melalui pencukaian terhadap rakyat dan ditambah pula dengan penghapusan subsidi terhadap bahan bakar dan gula serta beberapa yang lain. Jika berita penjualan aset negara ini benar-benar berlaku, Parlimen patut memanggil sidang tergempar dan parti politik dan pemimpin mereka dalam BN mahu pun Pakatan wajar mengadakan sidang tergempar itu bagi membincangkan masalah yang dihadapi negara kini. Najib sendiri serta pimpinan UMNO yang lain juga harus bersidang khas, untuk mencari penyelesaian dan kekusutan yang dihasilkan oleh pimpinan yang boros dan rasuah Najib sekarang ini. Masalah ini bukan sahaja terpikul diatas bahu PM sebagai pelaku kesalahan ini, ia juga terpikul diatas bahu Muhyiddin dan keseluruhan UMNO dan BN itu kerana kesalahan itu mesti diterima oleh semua barisan pimpinan negara secara kolektif. Rupa-rupanya semasa Najib dan pimpinan yang boros ini sibuk membelanjakan wang negara dengan jumlah besar itu, Najib sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang di wujudkan oleh beliau dan rakan pimpinan beliau sendiri. Rupa-rupanya dalam Rosmah sibuk berbelanja dengan boros wang kita itu, kantung negara sedang dalam kekeringan dan ini tidak dapat di 'compute' oleh pemikiran orang yang siuman. Sememangnya hakikat yang seseorang itu mempunyai had keatas kemampuan mereka dan Najib sudah sampai ketahap yang begitu tidak berkemampuan untuk meneruskan pimpinan negara. Sekarang ini Najib dan rakan pimpinan beliau benar-benar menjadi makhluk perosak kepada rakyat dan negara. "Najib and gang is real pest to this country" kata seorang rakan yang sangat prihatin dengan situasi dalam negara sekarang ini. Beliau bersetuju dengan pandangan ramai yang beliau tidak boleh lagi bertangguh tetapi mesti segera meletakkan jawatan bersama dengan seluruh kabinet beliau kerana kabinet hari ini, itu adalah kabinet lantikan beliau. Najib sudah hilang fokus terhadap tanggungjawab beliau dan jika beliau mempunyai hanya sedikit maruah diri, beliau wajar meletakkan jawatan dengan segera. Seorang yang mempunyai masalah kepimpinan yang sampai ketahap ini, cara bagi beliau untuk berjasa kepada negara ialah dengan mengangkat tangan menyerah diri dan tindakan itu akan disanjung oleh rakyat kerana mempunyai jiwa yang besar. Seseorang yang berjiwa besar itu akan mengakui kelemahannya dan bersara dengan cara terhormat. Kita tidak perlu lagi menulis dan menyenaraikan apa kesalahan dan kelemahan Najib dalam kepimpinan beliau kerana isu ini sudah terlalu banyak dipersoalkan rakyat. Cukuplah buat setakat ini, tetapi yang sangat perlu mesti dilihat oleh ramai ialah Najib bersara sahaja dari jawatan beliau dan lepaskanlah tanggungjawab yang beliau gagal laksanakan itu. Najib perlu meyakinkan diri beliau yang beliau tidak lagi sesuai untuk berada di pesada kepimpinan sekarang ini. Apa yang beliau mesti sebut didalam hati beliau sentiasa ialah, 'I have failed, therefore I must go' setiap masa, sehingga beliau yakin yang beliau mesti berhenti. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaan ini. Kita perlu perubahan yang benar-benar perubahan. |
Aksi Terlampau Guru Penolong Kanan Dengan Warga Pakistan Posted: 21 Dec 2013 05:36 AM PST Ayer Keroh - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu. Gambar: Lizah dan Muhamad Usman dihadapkan ke mahkamah majistret semalam Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh. Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam. Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013. Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing. Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan. Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali. Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014. ULASAN GB Apabila nafsu syaitaniah telah mengawal diri, isteri yang masih bersuami dan suami yang masih beristeri sanggup melakukan perbuatan terkutuk, dan lebih mengaibkan sanggup pula memvideokan perlakuan keji tersebut. |
Chua Soi Lek tidak terima `viagra politik’ Najib Posted: 21 Dec 2013 05:27 AM PST Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak gembira dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa MCA memerlukan "viagra politik" untuk bangkit semula dalam pilihan raya akan datang. Presiden MCA itu berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu kerana MCA masih lagi belum bangkit selepas kehilangan banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013. Dalam Pilihan Raya 2008, MCA hanya berjaya mendapat 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. Dalam Pilihan Raya 2013 pula, kerusi MCA merosot lebih teruk dengan hanya mendapat tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN. Mengulas ucapan Najib, Dr Chua berkata, rakyat seharusnya bijak membuat penilaian terhadap BN secara keseluruhannya terutama MCA kerana parti itu merupakan sebahagian komponen daripada entiti itu. "Ini bukan soal pucuk pimpinan sahaja... ini soal sokongan kepada kerajaan. MCA merupakan sebahagian daripada BN, apa dasar yang dilaksanakan oleh BN akan ditafsirkan seperti MCA sebahagian daripadanya. "Kalau dasar itu rakyat tak terima, maka MCA dan parti komponen lain (juga) akan menanggung beban ini," katanya. Apabila ditanya apakah MCA memerlukan Viagra untuk kembali bangkit, Dr Chua berkata: "Anda perlu tanya kepada PM apakah dia tahu apa itu Viagra?" Najib semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 60 hari ini menyeru MCA mengambil "viagra politik" bagi mengembalikan semangat anggota parti berkenaan terutama ketika sokongan daripada kalangan masyarakat Cina semakin merosot. Presiden Umno itu berkata, MCA masih mempunyai ahli di peringkat akar umbi, namun semangat mereka lemah. "Kita perlukan viagra politik. Lemah semangat. MCA ada ahli di akar umbi, tetapi tiada semangat. "Nanti kita minta Menteri Kesihatan buat," katanya berseloroh. Najib turut memberikan beberapa langkah penambahbaikan kepada MCA dalam usaha parti komponen itu meraih semula sokongan masyarakat Cina. Beliau berharap kepimpinan MCA dapat bersatu di peringkat pusat dan bekerjasama serta mengetepikan kepentingan peribadi. Selain itu, Dr Chua berkata, beliau tidak menyesal apabila membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden MCA. "Kehidupan saya tidak semata-mata hanya berkisar kepada politik sahaja, malah saya masih ada rancangan lain selepas berundur nanti. "Namun, saya masih seorang perwakilan dan anggota parti dan akan terus memberi sokongan kepada parti tidak kira dalam memberi nasihat ataupun menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh parti," katanya. Bercakap pada sidang media selepas mengundi pada pemilihan parti sempena Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 di Wisma MCA, hari ini, beliau berkata, keputusan tidak mempertahankan jawatannya itu untuk memberi peluang kepada pucuk pimpinan yang baharu menerajui parti. "Saya turut berharap dan sentiasa mendoakan pucuk pimpinan yang baharu ini dapat mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA dan sama-sama berjuang untuk berkhidmat kepada mereka," katanya. Sementara itu, Dr Chua juga menyeru semua perwakilan menghormati keputusan yang dibuat selepas pemilihan dan bekerjasama dengan barisan kepemimpinan yang baharu bagi menerajui parti. "Saya tidak mahu sejarah berulang apabila ada perwakilan yang tidak puas hati ketika saya dipilih menjadi presiden pada pemilihan 2010 lalu meletakkan jawatan meninggalkan parti. "Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, tidak menghormati sistem demokrasi yang diamalkan serta tidak menghormati keputusan perwakilan kerana golongan ini mementingkan diri sendiri yang mahukan individu tertentu sahaja memimpin parti dan enggan bekerjasama dengan pemimpin baharu," katanya |
Zolkples kecewa Harimau Muda terkandas Posted: 21 Dec 2013 05:14 AM PST Pemain Harimau Muda kecewa setelah tewas kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 apabila perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan selepas terikat 1-1 dalam perlawanan separuh akhir Bolasepak Sukan Sea ke-27, di Stadium Bola Sepak Zayar Thiri, kelmarin. KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong melahirkan rasa kecewa dengan kegagalan pasukan bola sepak negara mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka pada Sukan Sea edisi Indonesia dua tahun lepas. Beliau berkata, kegagalan itu mengecewakan kontinjen negara apabila terlepas satu pingat emas menerusi sukan nombor satu rakyat Malaysia. "Saya memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain kita yang dilihat bersungguh-sungguh ketika turun menentang Indonesia semalam (kelmarin). "Namun, nasib tidak menyebelahi kita apabila Indonesia berjaya mengatasi Malaysia menerusi penentuan penalti, " katanya semalam. Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal mara ke final setelah tewas 3-4 kepada Indonesia menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan berakhir. Malaysia akan menentang Singapura hari ini bagi penentuan tempat ketiga dan keempat manakala Indonesia akan bertemu Thailand bagi merebut pingat emas. Zolkples berkata, skuad negara berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa kedua apabila dapat menyamakan kedudukan 1-1 walaupun pemain negara berada dalam kepenatan. "Pasukan Indonesia turun dengan semangat baharu apabila berjaya menyingkirkan Myanmar pada aksi penutup saingan peringkat Kumpulan B sebelum itu," katanya. Beliau berharap pemain mampu bangkit semula pada kejohanan berikutnya selepas ini. |
Siling klinik kesihatan runtuh Posted: 21 Dec 2013 05:12 AM PST KUALA LUMPUR - Siling Klinik Kesihatan Tanglin, Jalan Chenderasari, di sini, runtuh, ketika hujan lebat tengah hari semalam. Kejadian kira-kira jam 1 petang itu berlaku pada waktu rehat di mana tiada pesakit ketika itu. Sumber berkata, bunyi dentuman kuat disebabkan siling yang jatuh mengejutkan beberapa kakitangan yang berada dalam klinik berkenaan. Katanya, siling berkenaan terlebih dahulu menghempap sebuah almari di ruang menunggu sebelum jatuh ke lantai. "Bahagian bumbung iaitu atap genting juga runtuh mungkin faktor hujan lebat, menyebabkan ia jatuh ke siling lalu berlaku runtuhan. "Siling diruang menunggu itu memang sudah lama rosak serta bocor dan dalam proses untuk pembaikan. Tetapi belum sempat dibaiki, ia runtuh," katanya. Kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan, namun berlaku kerosakan harta benda. Bangunan klinik yang berusia, dikatakan antara faktor kejadian itu. |
Anggota PDRM terperangkap di Sudan Selatan diselamat Posted: 21 Dec 2013 02:44 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terperangkap dalam serangan puak bersengketa di Sudan Selatan, telah diselamatkan. "Syukur, Koperal Pritam Singh yang terperangkap di dalam sengketa etnik di Bor, South Sudan telah diselamatkan oleh Pasukan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," katanya menerusi laman Twitter. Anggota polis itu dilapor terperangkap di Akobo, Bor, sejak Rabu lepas. Beliau antara anggota PDRM yang berkhidmat dalam Pasukan Pengaman PBB di negara berkenaan. "Keadaan di South Sudan amat meruncing ekoran sengketa/pembunuhan di antara Etnik Nuer dan Dinka. Alhamdulillah Wira kita selamat," demikian catatan Khalid menerusi akaun Twitternya itu. Usaha Bernama untuk menghubungi Khalid bagi mendapatkan maklumat lanjut bagaimanapun gagal. Media melaporkan sejak 15 Dis lepas, lebih 500 terkorban manakala 800 lagi cedera dalam pertempuran membabitkan penyokong Presiden Sudan Selatan Salva Kiir dan penyokong bekas Naib Presiden, Riek Machar. Pertempuran turut dilapor berlaku di Pibor, satu kawasan di Jonglei. Etnik Dinka merupakan penyokong Kiir, manakala Nuer pula menyebelahi Machar. - Bernama |
Ahmad Maslan kata GST akan turunkan harga barang Posted: 21 Dec 2013 02:41 AM PST PUTRAJAYA: Segala tohmahan pembangkang mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam risalah 'anti-GST' yang kini diedar kepada umum, akan dijawab oleh kerajaan bermula Januari ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata setiap tuduhan akan dijawab oleh pasukan GST yang terdiri daripada pegawai kewangan dan kastam. "Kita akan jawab satu demi satu," katanya kepada media selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2013, di sini semalam. Beliau juga menempelak pembangkang yang hanya tahu memburukkan usaha kerajaan namun tidak menawarkan alternatif kepada GST. "Jika GST tidak bagus masakan cukai itu diamal oleh 160 daripada 193 negara di dunia," katanya menambah jika sistem cukai sedia ada diteruskan, harga barang akan terus naik berganda-ganda, justeru bukan pilihan yang baik untuk memantapkan ekonomi negara. "Pembangkang hanya melabel BN (Barisan Nasional) sebagai 'barang naik' namun saya mahu jelaskan bahawa dalam negara-negara yang melaksanakan GST, barang naik hanya sekejap dan selepas sistem itu difahami, kos perniagaan akhirnya dapat dikurang. "Ini yang mereka khuatir kerana slogan mereka 'BN barang naik' sudah tidak tercapai kerana dengan GST harga barang akan turun... mana mereka suka barang turun," kata Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno. Katanya GST satu sistem pencukaian yang telus dan efisien dan menerusinya kerajaan yakin dapat mengurangkan 'black economy' atau mereka yang lari daripada cukai. Nampaknya usaha pembangkang menentang GST itu membayangkan mereka mahu membela golongan 'black economy' ini, katanya. Pelaksanaan GST dengan kadar enam peratus pada April 2015 itu diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014. Serentak itu juga kerajaan memansuhkan cukai perkhidmatan dan cukai jualan, yang kini pada kadar keseluruhan 16 peratus. Mengenai pengurangan subsidi berperingkat, Ahmad berkata: "Kita tidak akan hapuskan subsidi, tetapi mengalihkannya daripada golongan tersasar kepada golongan bersasar." "Subsidi bukan suatu yang baik dari segi teori ekonomi dan pada masa ini kita mahu membaiki struktur ekonomi negara supaya lebih tahan menghadapi cabaran di masa depan dan mampu menampung ketidaktentuan di luar sana," katanya lagi. - Bernama |
Tahniah Reezal, anda tidak mudah lupa seperti Najib Posted: 21 Dec 2013 02:02 AM PST Melayu mudah lupa, ini ungkapan bekas Perdana Menteri kerajaan BN Tun Mahathir satu ketika dahulu sewaktu masih memegang jawatan PM. Ungkapan ini dihambur beliau melalui sajaknya diakhir ucapan di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2001. Beliau menggambarkan kekecewaan kerana orang-orang Melayu mula tidak memberi undi kepada BN dalam pilihanraya umum selepas gerakan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, Mahathir sendiri buat-buat lupa kenapa rakyat khususnya orang Melayu ramai meninggalkan BN sewaktu senja pemerintahanya. Inilah sikap pelupa BN. Mereka lupa, tetapi menuduh orang lain lupa kepadanya. Sikap ini terus diwarisi oleh BN turun temurun sehingga sekarang. BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib suami kepada Kak Rosmah yang terkenal itu telah mula lupa AKUJANJI yang dibuatnya dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Tidak sampai 8 bulan BN mengeluarkan janji, sekarang janji tinggal janji. Apakah Akujanji BN? BN melalui manifesto PRU13 di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar, akan mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat. Anda boleh rujuk muka depan Sinar Harian edisi Kelantan bertarikh 19 Disember 2013 diutarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Nampaknya Reezal cuba mengingatkan Najib supaya jangan lupa janji itu. Namun, Najib dalam kenyataan terbarunya mengatakan harga tol tetap akan dinaikkan dengan alasan kerana sebahagian perjanjian dengan syarikat konsesi. Inilah sikap pelupa BN. PRU13 baru sahaja berlalu, dan janji BN bagaikan masih terngiang di telinga tetapi mereka tidak malu. Kalaulah boleh diibaratkan sepasang kekasih yang berjanji sehidup semati dan telah berkahwin, tiba-tiba tak sampai 8 bulan pasangan dah buat onar, sudah tentu mereka tidak ikhlas dengan janji-janjinya. Janji yang ditabur adalah palsu sekadar ingin mendapatkan hajat diri. Begitulah dengan sikap pelupa BN yang mudah menaburkan janji-janji palsu semata-mata untuk menang dalam pilihanraya. Adakah betul kerajaan tidak boleh menyekat kenaikan kadar tol disebabkan kenaikan merupakan sebahagian perjanjian dengan syarikat konsesi? Sebenarnya kerajaan BN itu sendiri yang lemah kerana membuat perjanjian yang berat sebelah. Akibatnya, beban ini ingin dihumban ke bahu rakyat. Siapakah pula pemilik syarikat konsesi tol? Tiga pemegang konsesi lebuhraya terbesar iaitu Projek Lebuhraya Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dimiliki oleh syarikat milik kerajaan GLC. PLUS dikuasai oleh Khazanah dan KWSP manakala Prolintas anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tidakkah kerajaan boleh mengelakkan kenaikan kadar tol melalui GLC yang dikuasainya? Kerajaan boleh merombak dan mengkaji semula perjanjian itu. Kalaulah AES milik swasta kerajaan boleh mengambil alih, inikan pula syarikat yang sudah dimilikinya. Rakyat seluruhnya wajib bangkit membantah kenaikan harga tol ini kerana ia merupakan pakej lengkap kepada kenaikan-kenaikan yang telah diumumkan oleh PM bermula dengan kenaikan minyak, caj elektrik, diikuti dengan harga tol, kos pengangkutan dan banyak lagi yang akhirnya menyebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan. Bagi masyarakat bandar, bayaran tol yang sedia ada sudah banyak membebankan mereka. Bayangkan mereka perlu berhabis duit tidak kurang RM15 sehari untuk bayaran tol sahaja tak termasuk kos petrol untuk ke tempat kerja. Dengan kenaikan ini, saya kira amat-amat membebankan mereka dan kita akan tempias sama. Apapun Tahniah kepada Reezal kerana beliau tidak mudah lupa seperti Najib dan pemimpin-pemimpin lain dalam BN. (*) Penulis ialah Ketua Unit Media Baru, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. |
Kalau tak ada tol, kena naikkan cukai - Najib Posted: 21 Dec 2013 01:55 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti kadar baharu tol lebuh raya supaya tidak memberi keuntungan yang tidak munasabah kepada syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga sedang mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya. "Kita tak naklah pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol. "...dan kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskuan kepada mereka. Ini langkah-langkah (yang) kita sedang fikirkan," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini hari ini. Beliau berkata kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielakkan kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya yang ada. "Bila sektor swasta buat lebuh raya, sektor swasta kena pinjam duit. Anda adalah peniaga...bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon, bila pergi ke pasaran bon, anda perlu membayar. "(Duit) dari mana? daripada tol...kalau tak ada tol, kena naikkan cukai...itu pun tak kena juga....tol itu (kena) pada orang yang pakai jalan (sahaja)," katanya. - Bernama |
GST zalim, bercanggah dengan konsep keadilan Islam Posted: 21 Dec 2013 01:53 AM PST Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi dan Kit Siang pada Majlis Pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi. (Foto: Mohd Nasir Sudin) HAZAYANI ZAKARIA KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015 jelas bersifat zalim dan tidak adil menurut konsep Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, GST ternyata bercanggah dengan konsep adil dalam Islam kerana mengenakan cukai kepada semua orang tanpa mengira kaya atau miskin. "Perlu difahami konsep adil mengikut Islam (adalah) bukan semua orang kena. Konsep adil mengikut Islam (adalah) mereka yang mampu mengikut kemampuan masing-masing. "GST ini, yang beli gula satu lori, yang beli gula satu kilogram, semua kena bayar cukai. Ini satu konsep yang salah," kata beliau sewaktu berucap di majlis pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi. Beliau juga menegaskan, kerajaan juga wajib menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat jika berlaku cukai yang melibatkan kenaikan harga barang keperluan asas yang diguna oleh semua golongan masyarakat. "Sekiranya berlaku cukai yang menyebabkan kenaikan barangan keperluan orang ramai, maka kerajaan diwajibkan menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat yakni barang-barang keperluan mereka. "Barang-barang keperluan rukun hidup, makanan harian mesti dikawal, pengangkutan ke sana ke mari mesti dikawal, elektrik yang digunakan semua orang mesti dikawal. "Bukan barang rukun hidup ini diambil peluang untuk dinaikkan cukainya atas nama adil untuk semua. Ini satu konsep yang zalim mengikut Islam," kata beliau di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir. Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, sistem percukaian dalam sesebuah negara boleh dihapuskan apabila sumber negara sudah cukup untuk menampung kehidupan rakyatnya. "Percukaian dalam Islam yang dikenakan termasuk kepada orang bukan Islam, sekiranya sumber negara sudah cukup maka beberapa cukai dihapuskan. "Di sinilah Pakatan Rakyat pernah mencadangkan tol dihapuskan. Ini boleh buat. "Tol dibayar kerana membayar kos pembinaan lebuh raya. Sudah tentu dalam masa puluhan tahun sudah cukup bayarannya. "Mengapa dinaikkan lagi? Bukan nak bayar kos lebuh raya tapi nak bayar pada kerajaan yang tidak mampu mengendalikan kewangan," tegasnya. Justeru tegasnya, Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang khas tergempar Parlimen bagi membincangkan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat. "Malangnya sepatutnya keputusan yang dibuat kerajaan mesti melalui rakyat, melalui wakil-wakil yang dipilih. 51 peratus rakyat memilih Pakatan Rakyat (tetapi) tidak boleh mengalahkan 47 peratus yang menjadi kerajaan. "Kita melihat demokrasi di negara barat yang sungguh-sungguh mendukung demokrasi. Ahli-ahli prlimen kerajaan boleh bangkang kalau kerajaan buat tidak betul. Apa yang berlaku semua ahli parlimen BN mesti menyokong apa yang dibuat oleh sesiapa sahaja kerajaan dia. "Atas dasar nak memulihkan demokrasi inilah mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam ini meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas parlimen untuk membahaskan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat tanpa mengira kerajaan dan pembangkang. Biar ahli-ahli parlimen bebas memberi pandangan mereka. Yang betul kita sokong, yang salah mesti dilawan," katanya. Turut berucap malam tadi ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad serta wakil-wakil NGO dan aktivis yang menentang pelaksanaan GST. Semua yang hadir juga sebulat suara untuk menyertai Himpunan Amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini bagi menyambut tahun baru 2014 yang disifatkan sebagai tahun kesengsaraan rakyat. |
Kerajaan Akan Usahakan Bantuan Tambahan Untuk Mangsa Banjir - Najib Posted: 21 Dec 2013 01:50 AM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata kerajaan akan berusaha mencari sumber dan bantuan tambahan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir, disamping bantuan RM500 yang diumum sebelum ini. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan pemerhatian sekitar lawatanbanjir di Pahang, telah memberi gambaran kepadanya mengenai kerugian yang terpaksa ditanggung setiap keluarga. "Walaupun kerajaan pusat telah meluluskan bantuan khas bernilai RM500, saya akui jumlah tersebut tidak memadai. "Atas kesedaran ini, pihak kerajaan akan berusaha mencari sumber dan bantuantambahan untuk disalurkan kepada mangsa dalam usaha untuk meringankan bebanmereka," kata Najib dalam status terbarunya di laman Facebook. Awal bulan ini, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor dilanda banjir buruk susulan hujan lebat berterusan serta limpahan air sungai di beberapa kawasan, menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah selain kehilangan harta benda. Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi meramalkan penduduk di kawasan PantaiTimur bakal berdepan kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir antara 25hingga 28 Dis ini ketika air laut pasang yang disertai ombak besar.-BERNAMA |
'Hartanah Seperti Wanita', Tengku Adnan Mohon Maaf Posted: 21 Dec 2013 01:46 AM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf jika golongan wanita terasa dengan kenyataannya yang dikatakan menyamakan wanita dengan hartanah. Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kenyataan itu telah disalahertikanoleh pihak tertentu dan beliau tidak bermaksud membuat wanita tersinggung. "Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga...kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya ketika ditemui pemberitaselepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA, Sabtu. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati golongan wanita kerana beliau sendiri memiliki ramai anak perempuan. "Saya tidak pernah tidak hormat perempuan...saya ada enam anak perempuan,bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita...sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud," katanya. Pada Jumaat, Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur. Mengulas tentang amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan itu, Tengku Adnan berharap ia (amanat) akan menyuntik semangat kepada semua anggota MCA terutama barisan kepimpinan tertinggi baharu parti itu yang akan dipilih pada Sabtu. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata dalamusaha mengembalikan semula keyakinan masyarakat Cina di negara ini untuk memilihMCA, semua parti komponen BN akan berganding bahu dalam merealisasikan harapanitu. "Kita BN sebagai satu parti yang berbilang bangsa akan teruskan apa juga kerjasama yang telah kita amalkan selama ini...kita akan bekerjasama dengan MCA dan berharap selepas pemilihan ini MCA akan bertambah kuat dan akan mewakili rakyat Cina," katanya. Najib yang juga Pengerusi BN dalam ucapan perasmiannya hari ini menggariskanempat langkah untuk MCA mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu iaitu'reunite', 'restrategies', 'reinvigorate' dan 'reestablish'.-BERNAMA |
Amanat terakhir Soi Lek kepada MCA Posted: 21 Dec 2013 01:43 AM PST KUALA LUMPUR - Masa depan dan kekuatan MCA bergantung sepenuhnya kepada komitmen, perpaduan serta pengorbanan daripada setiap anggota parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Beliau berkata para pemimpin dan anggota parti itu perlu lebih matang dan agresif untuk parti kekal relevan dalam kalangan masyarakat, khususnya kaum Cina. "Masih banyak yang perlu kita lakukan demi masa depan parti ini, demi perpaduan dan penyatuan kita semua. "Kita juga perlu menyusun semula organisasi kita selari dengan proses transformasi sebagai persediaan ke arah pilihan raya umum akan datang," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60 di Wisma MCA di sini hari ini. Perhimpunan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut dihadiri pemimpin parti komponen BN termasuk Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sehubungan itu, Soi Lek menyarankan kepimpinan tertinggi baharu yang akan dipilih agar belajar untuk memberi ruang kepada suara dan kumpulan yang berlainan di dalam parti bagi membolehkan MCA terus maju ke hadapan. Dalam amanat terakhirnya, beliau berkata para anggota menaruh harapan tinggi bahawa kepimpinan pusat yang baharu bersatu, selepas pemilihan selesai. Pada Disember lepas, Soi Lek mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan hari ini berikutan kekalahan teruk MCA dalam PRU13. "Kepada pemimpin dan anggota parti yang kalah, janganlah menyimpan perasaan dendam, kerana jika tidak, segala proses transformasi yang kita inginkan sekadar menjadi mainan di bibir semata-mata. "Kita tidak mahu melihat situasi yang menang membolot semua manakala yang tewas kehilangan semua selepas pemilihan ini nanti," katanya. Soi Lek berkata menjadi tanggungjawab sepenuhnya kepimpinan baharu untuk memimpin dan merangka masa depan dan hala tuju parti. Dalam perkembangan lain, beliau berharap perdana menteri dapat memperuntukkan satu peruntukan khas sekurang-kurangnya RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan pada tahun hadapan. Katanya MCA juga menyatakan sokongan padu ke atas pelaksanaan polisi Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang akan membantu memperluaskan dasar percukaian negara. Dalam nada rendah diri, Soi Lekjuga mengambil peluang merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota parti yang selama ini memberikan sokongan kepadanya selama 28 tahun di dalam MCA. "Lepas pemilihan parti, saya masih seorang pewakilan pusat dan saya akan memainkan peranan yang sewajarnya sebagai pewakilan pusat," katanya. Seramai 2,385 perwakilan akan memilih kepimpinan tinggi MCA iaitu jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 25 anggota jawatankuasa pusat tengah hari ini. - Bernama |
MCA: Kerajaan tak patut belanja besar Posted: 21 Dec 2013 01:39 AM PST KUALA LUMPUR - Parti komponen BN, MCA menyifatkan kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata umum. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mereka seumpama itu mestilah diambil tindakan. "Kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata seolah-olah tiada had ke atas wang yang digunakan. "Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya telah mendedahkan banyak kepincangan dan penyalahgunaan wang awam serta ketirisan yang ketara dan keterlaluan dalam soal penyalahgunaan dana kerajaan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, hari ini. Beliau menyarankan agar kajian semula dilakukan untuk mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan kuasa. "Jika terdapat mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mestilah berhadapan dengan tindakan yang sepatutnya. "Oleh yang demikian, perlu ada satu bentuk kajian semula dilakukan oleh kerajaan untuk kukuhkan proses perolehan untuk mengelak ketirisan dan penyalahgunaan kuasa daripada terus berlaku tahun demi tahun," katanya. Menurutnya lagi, peningkatan perbelanjaan mengatasi jumlah peningkatan pendapatan. "Berhubung soal perbelanjaan, kerajaan mesti terus mengawal selia dan berjimat cermat. "Jika trend ini berterusan, ia tidak akan dapat ditampung kerana kos perbelanjaan ini akan menelan perbelanjaan pembangunan," katanya. |
Anwar: Menteri jangan jadi 'Mr Arrogant' Posted: 21 Dec 2013 01:37 AM PST KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar menteri Kabinet supaya tidak bersikap sombong dengan kuasa yang ada pada mereka. Menurut Anwar, sejak kebelakangan ini menteri Kabinet seolah-olah menunjukkan kesombongan dengan kuasa yang ada pada mereka dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang merendahkan intelektual rakyat. "Menteri jangan ada sikap "arrogant of the power" . "Setiap kenyataan yang dikeluarkan jangan merendahkan daya intelek rakyat, terbaru kenyataan Datuk Seri Wahid yang mengatakan bahawa sekiranya rakyat tidak mahu membayar tol jangan guna lebuh raya sebaliknya guna jalan biasa adalah sangat tidak wajar. "Jangan sombong dengan kuasa yang ada pada kamu, jangan hina rakyat, sebab kami juga ada perasaan," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi. Menyentuh hal yang sama, Anwar menegaskan pihak kerajaan boleh menyekat kenaikan tol dengan menyemak semula perjanjian dengan syarikat konsesi. "Kerajaan boleh semak semula perjanjian kerana ada klausa-klausa tertentu. Kalau ada yang berat sebelah, kerajaan boleh teliti balik. "Sebab itu, kalau alasan kerajaan yang mengatakan bahawa perjanjian itu perlu disemak semula selepas tiga tahun, dan harga tol perlu dinaikkan juga sebab terkandung dalam perjanjian tersebut saya tidak setuju. "...kerana semasa saya menjadi Menteri Kewangan, perjanjian itu boleh disemak semula sekiranya bersifat berat sebelah, oleh itu baca keseluruhan perjanjian itu, bukan separuh-separuh," katanya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta beberapa lagi ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain. Hampir 500 hadirin menghadiri majlis perlancaran tersebut. |
Harga naik: Pakar ekonomi jangan jadi pengampu Posted: 20 Dec 2013 04:03 PM PST KUALA LUMPUR: Pakar-pakar ekonomi diingatkan agar tidak menjadi pengampu kerajaan sebaliknya harus berani menerangkan faktor kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pakar-pakar ekonomi mesti berani menerangkan kepada rakyat mengapa kerajaan Umno BN menjadi 'gila' melakukan semua kenaikan secara mendadak bermula 2014, termasuk vukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa pada April 2015. Beliau berkata, tindakan Ketua Ekonomis CIMB, Lee Heng Guie dan Ketua Ekonomis RAM, sebuah agensi penarafan tempatan, Dr Yeah Kim Leng membuat ramalan mengenai inflasi agresif adalah untuk mengurangkan kejutan kepada rakyat. "Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak) guna pendekatan 'conditioning' minda bagi mengurangkan kejutan kepada rakyat. Najib percaya rakyat mudah untuk terima penerangan pakar-pakar ini. "Ramalan inflasi agresif ini tidak perlu dibuat oleh pakar kerana pasti nanti akan berlaku selepas kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam seperti LRT dan monorel serta kadar tol 13 lebuh raya untuk tahun 2014. "Pakar ekonomi ini juga menjangkakan akan dinaikkan beberapa kali lagi kos bahan bakar yakni petrol dan diesel dan rakyat rakyat semakin mula gerun memikirkan mengenai kenaikan ini dan tak boleh membayangkan kesan ke atas inflasi yang pastinya lebih daripada CPI 4% yang diwawarkan oleh pakar-pakar ini," katanya. Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS turut berkata, pakar-pakar ekonomi mesti berani menjelaskan kepada rakyat mengapa berlaku defisit fiskal selama 16 tahun dan menjelaskan mengenai dakwaan bahawa negara akan bankrap jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan. "Mereka perlu terangkan tentang hutang kerajaan Pusat berjumlah RM543.3 yang menghampiri had pinjaman (statutory limit) 55% nisbah KDNK dalam undang-undang kerajaan BN sendiri seumpama Akta Pinjaman Tempatan 1959. "Mereka juga kena cerita kepada rakyat, khususnya sejak Najib ambil alih 2009, hutang kerajaan melonjak dua kali ganda. Betulkah hutang ini antara sebabnya juga kerana tadbir urus yang jelek dan tata kelola kewangan yang boros, sarat ketirisan, rasuah serta peruntukan keutamaan yang salah dan songsang (misallocation of fund)? "Mereka kena terangkan bahawa ramai kata kerajaan memangsakan rakyat kerana memeterai perjanjian-perjanjian konsesi utiliti seperti air, lebuh raya dan elektrik yang jelasnya berat sebelah. Tindakan kronisme ini jelas memperkayakan kroni tetapi sebaliknya membebankan rakyat. Betulkah semua dakwaan ini? soalnya. Tambah beliau lagi, pakar-pakar ekonomi juga seharusnya berani untuk menyatakan bahawa risiko akibat pengurangan pelonggaran kuantitatif (Quantitive Easing) di Amerika Syarikat masih wujud. Ini sekaligus bermaksud pengaliran keluar modal bakal berulang seperti baru-baru ini dan masalah imbangan pembayaran di negara-negara seperti Malaysia juga akan terjejas akibat impak ke atas ekonomi global. "Pakar-pakar ekonomi juga sepatutnya lebih peka terhadap golongan berpendapatan rendah dan terutama yang tidak punya gaji kerana bekerja sendiri seperti nelayan, petani, kerja kampung dan peniaga pasar malam. "Mereka tidak mendapat kenaikan gaji dan imbuhan berbanding yang disebut oleh ahli ekonomi tadi. Betul golongan menengah dan menengah mengecapi kenaikan gaji purata 5-6%. Ini tidak termasuk kenaikan kepada ratusan peratus kepada penguasa politik negeri dan sedikit lagi Pusat dan ahli-ahli Parlimen, tapi tidak rakyat teramai," katanya lagi. Beliau juga berkata, ahli ekonomi juga mesti bertanggungjawab mendedahkan tentang kemungkinan besar Bank Negara Malaysia (BNM) akan terpaksa menaikkan Kadar Pinjaman Semalaman atau OPR ke paras 3.5% hingga 4% sekaligus menaikkan kos pinjaman atau kadar purata pinjaman (Average Lending Rate-ALR). "Langkah ini terpaksa diambil BNM bagi menangani kadar inflasi dan tekanan inflasi yang telah melebihi atau melepasi kadar simpanan. "Ahli ekonomi juga kena mengingatkan kerajaan berapa ramai pula akan bakal terbeban dengan kadar pinjaman yang tinggi ini bagi membayar ansuran bulanan mereka. Berapa ramai pula bakal diisytihar muflis atau bankrap?" "Sementara kita sanjungi peranan ahli ekonomi, kita mengingatkan mereka supaya bertindak professional, berintegriti dan jangan menjadi "pak karut" kerajaan. Bertindaklah mengikut tuntutan maklumat berdasarkan kajian sebenar para 'analysts'. Peliharalah maruah dan integriti keprofesiolan tuan-tuan," katanya. |
[PANAS] "1Malaysia" Pada Kalimah ALLAH? Posted: 20 Dec 2013 04:00 PM PST ALLAH UMNO ALLAH 1 MALAYSIA? KELAB GREENBOC UMNGOK Pejuang kalimah Allah..? Perjuangkan kalimah jer ke? hukum2 Allah buang dalam tong sampah? Alahai Amran PEKIDA.. Alif pun diganti dengan no 1.. patol bari, zamihan, noh gadut dan zim zim ala kazim x pernah ajar umngok eja kalimah Allah ke? Cuba eja "Satu(Malaysia) Lam Lam Ha.." apa bunyinya? Bunyinya... "umno memang bangang...!!" Sekian terima kasih.. -fb Iman Shauqah ULASAN GB Demikian berjalannya hukum kebenaran dan keadilan - ia mendedahkan kejahilan kumpulan yang kononnya nak perjuangkan kalimah Allah dan yang kononnya nak perjuang akidah Islam. Sedang dirinya sendiri tak tahu yang dia sendiri jahil terhadap perkara basic terhadap akidah, tentang kalimah Allah dan ajaran agamanya sendiri. Pergilah kemana-mana blog macai UMNO dan FB mereka... anda akan dapat mengesan kejahilan mereka terhadap Islam tetapi berhiruk pikuk nak perjuangkan akidah Islam. Dengan bermodalkan fitnah-fitnah, dengan berbahasa lucah dan makian-makian dan dengan grafik porno memenuhi ruang blog dan fb mereka - ia amat mendedahkan kemunafikan dan kejahilan yang sangat ketara. Camkanlah, semakin banyak mereka berbicara tentang Islam, tentang akidah, tentang kalimah... akan semakin banyak terdedah pekung mereka... itulah hukum kebenaran dan keadilan yang tidak dapat ditolak dan dinafi. JAKIM sepatutnya mensekolahkan blogger-blogger dan facebooker macai UMNO ini di kelas pemulihan akidah ... ia lebih besar manafaat dan pahalanya daripada menggegarkan negara dengan menuduh pemimpin PAS dengan isu Syiah yang sehingga kini tiada buktinya. |
Aktivis seru wartawan demo, pulau program k'jaan Posted: 20 Dec 2013 03:54 PM PST Bekas presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Hata Wahari menyeru wartawan, editor dan pemilik media memboikot daripada membuat liputan program kerajaan dan pemimpinnya sebagai reaksi kepada penggantungan The Heat semalam. "Saya ingin menyoal semua wartawan di Malaysia ini, sampai bila kita hendak membiarkan perkara ini berlaku dan adakah kita seperti selalu hanya melihat dan melaporkan sahaja perkara ini berlaku. "Mari kita bersama-sama bersatu hati membuat demonstrasi besar-besaran di mana kita memilih satu hari untuk tidak membuat liputan, kita kosongkan media-media atas talian, letakkan warna hitam dalam media atas talian, akhbar dan pelbagai lagi media. "Mari kita berdemonstrasi di hadapan pejabat perdana menteri, Putrajaya untuk menyatakan bantahan kita terhadap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini. Hata, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu menyifatkan penggantungan permit The Heat itu sebagai satu lagi sejarah hitam dalam dunia kewartawanan Malaysia. Katanya, rekod kebebasan media yang teruk telah menyaksikan banyak akhbar mengalami masalah termasuk digantung permit kerana menyiarkan berita, rencana dan pelbagai lagi penulisan yang menegur kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya. Menurutnya lagi, walaupun itu merupakan tugas utama akhbar serta wartawan, insiden berkaitan tetap berlaku. "Saya boleh memberi (cadangan) lagi tindakan-tindakan yang ekstrem tetapi saya percaya tidak ramai wartawan yang sanggup melakukannya, kerana saya percaya wartawan-wartawan di Malayia ini merupakan wartawan dunia ketiga yang tidak sanggup berkorban untuk memperjuangkan nilai-nilai kewartawanan dan kebebasan media," katanya. Hata, wakil Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) di Malaysia turut berkata beliau telah menyerahkan laporan mengenai hal ini kepada badan pemantau kebebasan media yang berpangkalan di Paris itu. Hata sebelum ini dipecat daripada Utusan ketika memegang jawatan presiden NUJ pada 2011 kerana lantang bersuara menentang majikannya |
40 wakil rakyat DAP 'beli bata' Malaysiakini Posted: 20 Dec 2013 03:51 PM PST Seramai 38 ahli parlimen dan dua senator DAP menyertai kempen "beli bata" seunit setiap seorang bagi tujuan pembinaan bangunan Malaysiakini yang baru di Petaling Jaya. Bendahari parti yang juga ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun semalam menyerahkan cek bernilai RM40,000.00 kepada CEO Malaysiakini, Premesh Chandran. Cek tersebut diserahkan di pejabat Malaysiakini, Bangsar Utama oleh Fong, ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik dan juga ahli parlimen Seremban Anthony Loke. Mereka juga dibawa melihat bata yang bakal diukir dengan nama mereka untuk dipasang pada dinding bangunan Malaysiakini yang baru nanti. "Malaysiakini telah mengubah corak media penyiaran negara menerusi laporan berita yang bebas dan telus. "Orang ramai mula menyesuaikan diri dan ia menjadi rutin mereka untuk membaca laporan berita Malaysiakini setiap hari," kata Loke Loke yang juga ketua ahli Parlimen DAP semasa lawatannya semalam. "Kerana itulah kita semua patut turut menyumbang dalam kempen ini bagi memastikan Malaysiakini terus beroperasi." Sementara itu, Premesh menyatakan penghargaannya terhadap sokongan pihak DAP serta berharap ia bertambah bagus setelah berpindah ke pejabat barunya tidak lama lagi. "Kita mesti terus memastikan semua ahli politik memiliki kebertanggungjawapan," tegasnya. Dalam lawatan itu, Lim kelihatan memakai topi Santa Klaus, menceriakan suasana sempena musim perayaan. RM730,000 telah dikumpulkan Malaysiakini menyasarkan RM3 juta untuk dikumpulkan sepanjang kempen yang berjalan selama 60 hari. Penaja boleh menaja setiap bata pada nilai RM1,000.00 seunit. Kempen tersebut bermula sejak 15 Januari lalu, Dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi menampung sebahagian kos pembinaan bangunan baru yang diberi nama @Kini. Kempen tersebut akan diteruskan selama 27 hari lagi dan 500 bata bernilai RM730,000.00 telah mendapat penajaan. Kempen tersebut turut menawarkan tajaan dari badan-badan korporat yang bernilai RM25,000 dan RM50,000 setiap satu penajaan. Setiap nama penaja akan diukir pada bata yang ditaja mereka serta akan dipamerkan pada "dinding penghargaan" di bangunan baru tersebut. Sebagai ganjaran dan penghargaan tajaan mereka, penaja akan menerima langganan serta pengiklanan mengikut nilai tajaan mereka secara percuma. Bangunan baru tersebut akan terletak di Seksyen 51 Petaling Jaya dan mempunyai keluasan dua kali ganda daripada bangunan Malaysiakini sedia ada. Ia juga akan dilengkapi dengan ruang forum awam, ruang untuk melaksanakan program-program latihan dan juga ruang pameran. Beli bata, bersama bina teratak Malaysiakini |
MCA: Semua wanita menentang Ku Nan Posted: 20 Dec 2013 03:49 PM PST Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diminta memohon maaf kerana kenyataannya yang membandingkan wanita dengan harta tanah, kata bekas ketua Wanita MCA Yu Chok Tow. Ditemui dalam perhimpunan agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari in, Yu berkata, kenyataan Tengku Adnan itu cetek dan memperkecil-kecilkan wanita. "Pandangan itu cetek dan memperkecil-kecilkan wanita. Nilai wanita terletak pada hatinya, adab sopan dan kebolehan, bukan pada solekannya. "Kami mahu beliau betulkan kenyataannya. Kami percaya semua wanita menentangnya. "Kami, wanita, bukan produk atau harta tanah. Perbandingan itu tidak kena," kata Yu kepada pemberita. Tengku Adnan, atas kapasiti sebagai menteri Wilayah Persekutuan, membandingkan wanita dengan harta tanah dalam menjustifikasikan kenaikan kadar cukai taksiran untuk harta tanah di Kuala Lumpur. |
Posted: 20 Dec 2013 03:45 PM PST Oleh Haris ZuanAKU mula mendengar istilah bankruptcy ini sekitar tahun 1998/1999, bukan kerana sebelum itu tidak ada manusia pernah bankrap di negara ini tetapi kerana sebelum itu aku belum cukup akal untuk ambil tahu dan keduanya barangkali ketika 1998/1999 ini ramai pula yang bankrap akibat kegawatan ekonomi, khasnya 'berniagawan' Bumiputera yang hanya bergantung kepada kontrak kelas F kerajaan dan makan atas angin. Malah, kerana jarangnya aku mendengar istilah bankruptcy ini, aku dengan penuh naifnya berkata; "Kesianya jatuh bankrap C, kalau bankrap B atau A tu oklah lagi.." Agaknya pada ketika itu aku fikirkan bankrap ini seperti markah peperiksaan – tapi senaif-naif aku pun setidaknya aku tidak terfikir untuk mengklasifikasikan bukti mengikut gred A dan B. Kini suasananya cukup berbeza, ramai sungguh manusia bankrap di negara ini. Malah Husin dalam Hantu Kak Limah 2 pun bankrap juga sebab masuk skim cepat kaya di Singapura. Yes Sekupang pun bankrap. Tapi ini bukan hanya dalam filem, tahun lepas sahaja (2012) sahaja, menurut Jabatan Insolvensi (jabatan yang menguruskan orang bankrap dan ada masalah hutang) terdapat 19,575 orang diisytiharkan muflis aka bankrap kerana kegagalan menguruskan hutang. Malah, dalam jawapan bertulis beliau kepada Dewan Negara baru-baru ini, Najib Razak menyatakan sebanyak 68,299 orang daripada 129,640 yang diisytiharkan muflis sejak 2005 hingga 2012 adalah individu berusia di bawah 45 tahun. Malah semakan mendapati 70% daripada mangsa bankrap pada 2012 ini adalah lelaki dan kepada mereka yang sentiasa teruja untuk mengetahui sama ada mereka ini Melayu atau Cina, berikut adalah pecahanan rasmi daripada Jabatan Insolvensi: hampir separuh (48.41%) adalah Melayu, 33.15% Cina, 14.12% India, dan sebelebihnya (4.32%) daripada lain-lain keturunan. Tetapi yang lebih mengejutkan adalah kebanyakan mereka yang bankrap ini (57%) terdiri daripada mereka yang berumur antara 25 hingga 44 tahun. Malah terdapat 130 anak muda berumur bawah 25 tahun yang jatuh bankrap. Persoalannya kini mengapa ramai orang muda jatuh bankrap? Ramai yang beranggapan kebanyakan anak muda muflis kerana ketamakan gaya hidup serta keinginan untuk bergaya sehingga menggunakan kad kredit (kad hutang) secara berlebihan. Namun kad kredit hanya menyumbang 4.18% sahaja kepada punca muflis untuk tempoh 2007-2013 (sehingga November). Umumnya ramai yang bankrap kerana hutang kereta dan rumah yang masing- masing membentuk 26.41% dan 17.6%. Manakala selebihnya kerana pinjaman peribadi (12.39%). Tidak sedikit juga yang mencemuh anak muda yang tidak sedar diri mahu pakai kereta 'mahal' (import) sedangkan gaji kecil. Kebanyakan mereka yang memakai kereta bersaiz sederhana seperti Honda City dan Toyota Vios bukan semata-mata kerana gaya tetapi juga keselamatan serta keselesaan. Mereka ini rata-ratanya adalah golongan eksekutif muda yang aktif bergerak. Manakala bagi golongan yang lebih rendah pula mereka menggunakan kereta tempatan bertaraf nasional seperti Proton Saga BML dan Myvi. Kebanyakan mereka bukanlah benar-benar mampu untuk membelanjakan 30% daripada pendapatan bulanan untuk kereta (tidak termasuk petrol dan penyelenggaraan lain), namun kerana terpaksa. Di Malaysia kadar kemalangan tertinggi membabitkan motosikal. Kebanyakannya adalah anak muda yang tiada pilihan harus menyabung nyawa menaiki motosikal setiap hari untuk ke tempat kerja. Pilihan yang ada hanya dua – berdepan risiko mati katak di jalan raya atau hidup tertekan akibat hutang kereta dan berdepan kemungkinan diisytihar muflis. Di Malaysia yang aman damai ini, membeli kereta adalah perkara mewah kerana kadar cukai yang dikenakan adalah antara yang paling tinggi di dunia. Di Filipina yang kita anggap jauh lebih mundur daripada Malaysia, sebagai contoh , Suzuki Swift umumnya adalah kegunaan anak-anak universiti (setara dengan Kancil di sini). Manakala di Indonesia yang kita anggap melarat, menjadikan Toyota Vios sekadar teksi sahaja. Kemudian mereka yang tidak berkenderaan juga akan dihukum dengan sistem pengangkutan awam yang maha lemah. Jangan hanya lihat Kuala Lumpur, bayangkan juga Ipoh, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuantan. Hampir mustahil untuk bekerja dengan hanya bergantung kepada pengangkutan awam, khasnya mereka yang harus aktif bergerak. Maka hutang menjadi sebahagian daripada rutin hidup yang tidak terelakan – sama seperti nasi. Malah, oleh kerana hutang menjadi sebahagian daripada nilai manusia moden di negara ini, kita akan dihukum jika tidak mempunyai sebarang hutang. Aku yang tidak pernah berhutang sebelum ini telah beberapa kali dinafikan bank untuk memohon pinjaman perumahan dengan alasan rekod kredit anda terlalu bersih! Tidak berhutang juga salah! Maka sesungguhnya kita telah sampai pada suatu generasi di mana keberadaan kita dalam masyarakat ditentukan sebanyak mana kita mampu berhutang. Selamat membayar hutang. – Roketkini.com |
Heng Seai Kie Ketua Wanita MCA Baharu Posted: 20 Dec 2013 03:42 PM PST Heng, 51, merupakan Ketua Wanita MCA Perak memperoleh 978 undi, manakala Tan, 54, dengan 841 undi. Sementara itu, empat ketua Wanita negeri menyapu kesemua empat jawatan naib ketua, iaitu Wong You Fong (Johor), See Meng Geok (Terengganu), Ong Chong Swen (Selangor) dan Datuk Lim Bee Kau (Kedah). Ketua Wanita MCA Negeri Sembilan, Datuk Lee Pit Chern memenangi tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita selepas penamaan calon ditutup pada 16 Disember lalu. |
Arahan Belum Dikeluarkan Mengenai Kadar Tol - Fadillah Posted: 20 Dec 2013 03:37 PM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof. Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapatbeberapa lebuh raya yang mana kadar tol akan dinaikkan pada 2014. "Namun, kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi yang terlibat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama pada Jumaat malam. Sebaliknya, beliau berkata kerajaan masih lagi mempertimbang langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kirapandangan pelbagai pihak. Katanya, ini termasuk mengadakan makmal yang dikendali Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada 2014. Fadillah menjelaskan sejak 2008, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013, untuk 15 lebuh raya. Selain itu, katanya langkah lain adalah penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan tujuh plaza tol. Kerajaan turut melaksanakan pengurangan kadar tol melibatkan tiga lebuh raya selain melakukan penstrukturan semula kadar tol melibatkan lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD. Fadillah berkata, dalam mempertimbangkan langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani. "Ini bagi memastikan Malaysia terus mendapat keyakinan pelabur dan tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan lebih kukuh dan berdaya saing," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan