DIALOG RAKYAT |
- Polis kejar peserta, rampas bahan flashmob
- Ridhuan: Melayu sokong Pakatan jika tol naik
- Pengerusi PAC jangka BN kalah lebih teruk PRU14
- Nasib Perkasa di tangan Umno, kata Isa Samad
- Himpunan Rakyat 31 Disember: SAMM tubuh pusat gerakan
- Mahkamah benarkan kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datoh dicabar
- Polis dalam kes tembak remaja langgar peraturan ketua polis, kata peguam
- Viagra Politik: MCA Dimalukan Kerana Sudah "Mati Pucuk"?
- GST Turunkan Harga? Penipuan Ahmad Maslan Dikecam
- Semakan Gaji Kakitangan Awam RM4,000 Sebulan VS Cabaran Kos Sara Hidup Naik!
- Perkasa perlu nilai semula mengapa Melayu juga tolak mereka, kata Ku Li
- Umno yang berkuasa, bukan Perkasa, kata Ahmad Maslan
- Ku Li: Melayu gagal dalam ekonomi kerana tidak kompetitif
- Langkah populis BN tangguh kenaikan harga barang kini ‘menggigit’ mereka
- Makmal kos sara hidup langkah terbalik Najib
- Pelajar Vietnam lebih ke depan berbanding kita
- Demonstrasi bantah kenaikan harga
- PKR: Isu naikkan harga dulu, rujuk balik janji BN
- Lebih 20 cedera termasuk 2 rakyat Malaysia
Polis kejar peserta, rampas bahan flashmob Posted: 23 Dec 2013 03:36 AM PST Penganjur flashmob di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam gembira kerana berjaya mencapai objektif, walau dengan gangguan pihak polis yang mengejar peserta dan merampas bahan yang digunakan semasa acara tersebut. Jurucakapnya Azan Safar berkata kumpulan seramai kira-kira 100 orang itu, yang ingin menyuarakan bantahan ke atas kenaikan kos sara hidup dan penghapusan pelbagai subsidi pada awalnya mengunjungi pusat membeli belah Mid Valley. Menurutnya, sejumlah anggota polis mengejar dan merampas bahan-bahan yang digunakan dalam flashmob berkenaan, dan mereka turut dihalau keluar dari premis terbabit. "Mereka (polis) mengejar sebahagian daripada kami di sekitar pusat membeli-belah untuk memaksa kami keluar. Namun, Kami kembali di luar pusat membeli belah. Ia (flash mob) tidak berakhir dengan baik kerana terdapat banyak halangan. "Bagaimanapun, objektif kami 'flash mob' telah kami capai," kata Azan Safar, jurucakap kumpulan penunjuk perasaaan Akhirnya, kumpulan penunjuk perasaan yang dikenali dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) itu terpaksa meneruskan demontrasi di tepi jalan sekitar kawasan luar Mid Valley, katanya. Tambahnya, 'flash mob' itu juga bagi memberi publisiti mengenai perhimpunan lebih besar pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka. "Ini (perhimpunan) adalah untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa 2014 adalah tahun yang buruk untuk rakyat. Pergerakan ini tidak akan berakhir pada 31 Dis. Ia (bantahan) akan diteruskan sehingga kerajaan mendengar suara kami. "Kami akan mendesak kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup yang telah diumumkan akan mengalami kenaikan," katanya kepada para peserta. Sementara itu, satu lagi flashmob diadakan di kawasan sekitar pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kira-kira 40 orang peserta yang dipimpin oleh NGO Jingga 13 itu membawa menunjukkan poster dengan slogan membantah kenaikan harga barang dalam acara selama kira-kira lima minit di luar kompleks beli-belah itu. Poster tersebut antara lainnya membantah kenaikan harga gula, petrol, elektrik, lebuh raya bertol, cukai taksiran harta, pengangkutan awam dan yuran langganan Astro. Kumpulan peserta itu turut mengedarkan risalah bantahan kepada orang ramai di kawasan tumpuan tersebut. | |||
Ridhuan: Melayu sokong Pakatan jika tol naik Posted: 23 Dec 2013 03:03 AM PST MAKAYSIA KINI Ahli akademik kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran bahawa pengundi Melayu mungkin mengalihkan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan menaikkan kadar bayaran tol lebuh raya.Dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan berkata parti Umno sepatutnya membentuk strategi untuk memastikan pengundi Melayu tidak terpengaruh dengan kempen Pakatan. "Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. "Saya bimbang PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah!," katanya. Mutu lebuhraya itu tetap tidak meningkat walau dengan kenaikan kadar harga tol, kata Ridhuan lagi. "Adakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Adakah benar BN bermaksud barang naik?," katanya lagi. Tambahnya, kerajaan sepatutnya menyemak semula perjanjian antara syarikat pemegang konsesi lebuhraya untuk mengelakkan perjanjian berat sebelah. "Peliknya kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura," katanya lagi. Katanya lagi, syarikat berkenaan sepatutnya lebih berhati perut kerana sudahpun meraih banyak keuntungan, termasuk dari hasil iklan papan tanda di lebuh raya. "Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga, Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari," katanya lagi. | |||
Pengerusi PAC jangka BN kalah lebih teruk PRU14 Posted: 23 Dec 2013 02:53 AM PST Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang berikutan kenaikan harga barang dan kos kehidupan. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan. "Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar)," kata Ahli Parlimen Pulai itu dipetik daripada laporan Sinar Harian hari ini. Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan yang mungkin terpaksa mengorbankan janji pilihan raya – untuk menurunkan kos sara hidup. "Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu)," katanya. Nur Jazlan berkata, kemarahan rakyat akibat kenaikan harga barangan seperti minyak, gula, elektrik, dan tol disebabkan kadar kenaian mendadak berikutan kerajaan sudah lama menangguhkan kenaikan tersebut demi menghadapi pilihan raya. "Kerajaan (sepatutnya) jangan buat keputusan (untuk menaikkan harga barang atau sebagainya) ikut kebimbangan (kerana berhadapan dengan) pilihan raya bagi meraih sokongan (pengundi), tetapi seharusnya buat keputusan ikut kepentingan negara. "Bila sudah lama sangat tangguh, akhirnya kerajaan terpaksa laksanakan juga," katanya. Nur Jalan bagaimanapun menolak andaian bahawa kenaikan harga barangan adalah hukuman, sebaliknya menegaskan ia merupakan tuntutan semasa. Putrajaya mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen ketika pembentangan Bajet 2014. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan. Ini kerana, katanya, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan tiba masanya untuk kadar tol naik kerana perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. Sebelum itu, pada 2 September, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen. Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2 | |||
Nasib Perkasa di tangan Umno, kata Isa Samad Posted: 23 Dec 2013 02:50 AM PST Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Samad hari ini membidas amaran pertubuhan pendesak Melayu, Perkasa yang mahu mengambil alih tugas Umno sekiranya parti Melayu terbesar itu gagal mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan nasib pertubuhan itu selama ini juga dibela oleh Umno. Malah, katanya, amaran yang diucapkan itu adalah berbaur emosi dan tidak rasional. "Nasib dia (Perkasa) pun kita bela, bagaimana mereka hendak menggantikan Umno, ini satu kenyataan yang berbaur emosi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sijil Majlis Graduasi, di Menara Felda Kuala Lumpur, hari ini. Pengerusi Felda Holding itu berkata, tidak kira Perkasa atau mana-mana pihak sekali pun harus memahami situasi dan kesukaran yang dihadapi oleh kerajaan sebelum menilai atau menjatuhkan hukuman. Semalam, dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Perkasa memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini. Ibrahim berkata, Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan "tidak bertaring" dalam mempertahankan hak Melayu. Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu. Selain itu, beliau menyelar kenyataan Ibrahim yang ingin melaksanakan Indeks Penanda Aras Prestasi (KPI) untuk mengukur prestasi perdana menteri dan jemaah menteri dalam mentadbir negara dan membela kepentingan melayu. Isa berkata, KPI Perkasa turut boleh dipersoalkan sebelum mereka mahu mempersoalkan KPI Umno. "Apa KPI Perkasa sebelum mereka hendak tentukan KPI Umno, menteri kita mahu tahu apa KPI Perkasa," katanya. Katanya, bukan salah Umno atau kerajaan sekiranya ekonomi Melayu Bumiputera masih gagal mencapai apa yang disasarkan. Ini kerana, katanya, kerajaan sentiasa berusaha memperjuangkan nasib Melayu tetapi keadaan menjadi sukar apabila terpaksa berdepan dengan kegawatan ekonomi. "Program untuk membantu ekonomi Melayu dan Bumiputera dilakukan secara berterusan," katanya. Semalam Ibrahim berkata, indeks (KPI) yang ingin ditetapkan kepada pemimpin Umno akan memberi petunjuk kepada masyarakat sekiranya tindakan pemimpin merugikan orang Melayu. "Saya nak tanya siapa hendak menentukan KPI perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet? "Saya hendak akhbar laporkan, KPI PM, TPM dan menteri-menteri Kabinet akan ditentukan Perkasa," katanya. Sementara itu, Isa turut menafikan sokongan kaum Melayu terhadap Umno tergugat gara-gara tindakan kerajaan yang ingin melaksanakan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pada tahun depan. "Barang naik buat apa marah pada Umno, marah pun boleh buat apa, bukannya boleh turun harga kerana kenaikan kos sara hidup memang kita tidak boleh elak. "Seperti yang selalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak katakan ia demi kepentingan ekonomi negara dan rakyat kena daham punca kos naik dan pengurangan subsidi ," katanya. | |||
Himpunan Rakyat 31 Disember: SAMM tubuh pusat gerakan Posted: 23 Dec 2013 02:47 AM PST Oleh Ain Ismail KUALA LUMPUR - Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata Pusat Gerakan (Command Centre) akan ditubuhkan dengan kerjasama sekumpulan peguam sempena Himpunan Rakyat malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka. "Pusat Gerakan akan ditubuhkan untuk golongan anak muda dan aktivis dalam masa terdekat, " katanya ketika dihubungi Keadilandaily. Kata Edy, pasukan penasihat undang-undang akan diwujudkan dengan kerjasama beberapa peguam dan beliau turut menggalakkan mana-mana termasuk sukarelawan perubatan menghubunginya untuk menyelaras bantuan. "Pasukan peguam akan bekerjasama untuk menentukan bagaimana untuk masuk ke Dataran dan memberi arahan tertentu kepada mereka terlibat melalui bantuan mengenai undang-undang himpunan," katanya. Protes Rakyat akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari Selasa, 31 Disember jam 10 malam bagi membantah kenaikan puluhan harga barang dan perkhidtmatan. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barasg naik. Manakala Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, 2014 merupakan 'tahun demonstrasi' dan menyasarkan hari buruh 1 Mei 2014 sebagai himpunan raksasa membantah kenaikan harga barang. | |||
Mahkamah benarkan kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datoh dicabar Posted: 23 Dec 2013 02:36 AM PST Mahkamah Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat diputuskan. Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen. "Pempetisyen tidak perlu secara fizikal memfailkan petisyen itu sendiri," katanya ketika membacakan keputusan sebulat suara itu. Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman memfailkan dua petisyen dengan asas bahawa Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan rasuah dan perbuatan menyalahi undang-undang. Antaranya ialah membeli undi dan berbelanja melebihi RM200,000 untuk mendapatkan kerusi Parlimen itu. Bagaimanapun, merit kes berkenaan tidak dapat didengar kerana Hakim Mahkamah Pilihanraya, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuang petisyen berkenaan susulan daripada bantahan awal bahawa petisyen perlu dihantar sendiri secara fizikal oleh pempetisyen. Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Zahid menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108 undi. Zahid memperolehi 17,176 undi manakala Madhi yang bertanding atas tiket PKR mendapat 15,068 undi. Peguam Edmund Bon, New Sin Yew, Chan Yen Hui dan Joshua Tay mewakili pemohon manakala Zahid diwakili peguam Datuk Firoz Hussein. Mahkamah juga membenarkan atas alasan yang sama seperti rayuan K. Vasantha Kumar bagi petisyen pilihan raya Tapah. Kerusi itu dimenangi oleh Datuk M. Saravanan, kini Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Hal yang sama juga berlaku apabila ia membenarkan rayuan oleh calon pembangkang untuk kerusi DUN Lubuk Merbau di Perak. Bagaimanapun mahkamah menolak rayuan untuk kerusi Parlimen Sungai Besar, Kuala Selangor, Batu dan Lembah Pantai. Awal pagi tadi, satu jawatankuasa yang dianggotati lima orang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria membenarkan rayuan bagi kerusi parlimen Ketereh di Kelantan. Peguam Sivarasa Rasiah, yang mewakili perayu Abdul Aziz Abdul Kadir, memberitahu mahkamah bahawa bilangan undi dijadualkan dalam lembaran skor dipegang oleh Pilihan Raya Suruhanjaya dan terdapat enam Borang 14 yang berbeza. Beliau berkata, terdapat perbezaan 6,000 undi dan ini boleh mengubah keputusan pilihan raya. Mahkamah bersetuju dengan Sivarasa dan memerintahkan kes berkenaan diteruskan dan didengar sebagai perbicaraan penuh. "Kami akan dapat membawa saksi untuk memberi keterangan di hadapan hakim pilihan raya," katanya. Pada pilihan raya lalu, wakil BN Datuk Annuar Musa BN merampas kerusi daripada Abdul Aziz dengan 974 undi majoriti . Abdul Aziz mewakili parti PKR, memenangi kerusi itu pada tahun 2008. | |||
Polis dalam kes tembak remaja langgar peraturan ketua polis, kata peguam Posted: 23 Dec 2013 02:29 AM PST Dua peguam hari ini berkata, pegawai polis yang dibebaskan, Koperal Jenain Subi dalam kes tembak kanak-kanak Aminulrasyid Amzah, melanggar Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO). Peguam, N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili keluarga mangsa, berkata dokumen IGSO mendedahkan polis hanya boleh melepaskan tembakan apabila ia melibatkan nyawa terancam dan tiada perkara lain seperti yang dinyatakan. "Ini bermakna terdapat perlanggaran yang jelas tentang IGSO dalam kes menembak Aminulrasyid," kata Surendran kepada pemberita hari ini. Surendran berkata, peguam tidak dapat memastikan hakikat awal sehingga IGSO dihasilkan dalam kes membabitkan seorang ibu tunggal berusia 32 tahun, Norizan Salleh. Suri rumah berkenaan nyaris maut empat tahun lalu dalam kejadian menembak polis dan memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi. Norizan menamakan kerajaan, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Sentul daerah dan anggota polis Mohd Firdaus sebagai defendan. Surendran dan Latheefa adalah peguam untuk Norizan . "Kami melihat kes Aminulrasyid dan dokumen itu tidak pernah dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan. "Saya tidak sedar dokumen itu dalam mana-mana hal lain sehingga kes Norizan dibangkitkan," kata Surendran. Latheefa berkata, terdapat kelemahan serius terhadap penemuan kes Aminulrasyid, untuk memastikan sama ada dia teralah dibunuh. "Peguam Negara (AG) kini boleh memfailkan usul untuk menggerakkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk menyemak semula penghakiman itu sendiri. "Ia jarang dilakukan tetapi ia perlu dilakukan kerana ini melibatkan keselamatan awam," kata Surendran. Peguam berkenaan berkata, kes itu juga akan dibuka semula dan mula menuntut keadilan untuk Aminulrasyid dan keluarganya. "Bagaimana mungkin berpuluh-puluh kereta polis menembak gaya 'wild wild west' dan lari?," katanya. Surendran berkata, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail bersama Kementerian Dalam Negeri juga boleh mengarahkan polis untuk membuka semula siasatan. Latheefa berkata, pasukan pendakwaan dalam kes Aminulrasyid ini mempunyai prestasi yang lebih baik setelah meminta dan meneliti IGSO. Pada 12 Disember, polis menghasilkan IGSO mengenai penggunaan senjata api semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur antara Norizan Salleh menentang kerajaan Malaysia. "Jika mereka (kerajaan) serius, maka mereka harus membuatsemakan semula kes itu, " katanya. Latheefa juga menggesa pendakwa raya untuk menjadi lebih serius dalam mengendalikan kes yang berkaitan dengan kepentingan umum dan bukannya bersifat politik . Surendran berkata, dalam kes Aminulrasyid itu, defendan tidak membuktikan bahawa remaja berkenaan tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada pegawai polis. Turut hadir dalam sidang akhbar itu adalah ibu Aminulrasyid itu ,Norsiah Mohamad dan adik ,Nor Azura Amzah. Norsiah membawa bersamanya surat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertarikh 7 Mei tiga tahun lalu yang memastikan bahawa siasatan kes anaknya akan dijalankan secara telus selepas Aminulrasyid ditembak mati . Bagaimanapun, Norsiah yang menangis berkata, tiada janji yang dipenuhi. "Jika anda tidak boleh mengotakan janji, bagaimana anda boleh menjadi perdana menteri? "Orang menyerang saya di atas talian dan berkata pelbagai perkara tentang saya tetapi apa yang berlaku kepada saya jika melawan mereka, bagaimana mereka akan bertindak balas," katanya. Norsiah juga meminta Najib untuk menentukan apa yang dimaksudkan dengan mengatakan bahawa siasatan akan tekun dan telus. "Hukuman mahkamah begitu berat sebelah dan ia adalah jelas, anak saya hanya berumur 14 tahun dan dia dibunuh seolah-olah dia penjenayah dikehendaki, mereka tembak 21 peluru kepadanya," katanya | |||
Viagra Politik: MCA Dimalukan Kerana Sudah "Mati Pucuk"? Posted: 23 Dec 2013 02:19 AM PST Najib malukan MCA, kata Guan Eng DAP menyifatkan parti komponen BN, MCA telah dimalukan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penghinaan politik itu bukan daripada kekalahan pada pilihan raya umum lalu atau penolakan daripada rakyat tetapi dari kawan baik mereka sendiri. "Jika MCA perlukan viagra politik daripada Kementerian Kesihatan seperti dinasihatkan Najib, ia hanya membuktikan kewujudan MCA bukan kerana prinsip mereka ataupun untuk berkhidmat kepada rakyat. Tetapi semata-mata berkhidmat untuk kepentingan Umno. "Kegagalan MCA menegur Presiden BN dan Umno untuk komen yang sebegini menunjukkan betapa patuhnya MCA," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Guan Eng mempertikaikan tindakan MCA hanya membiarkan dirinya dimalukan di bangunan sendiri. "Jika MCA tidak berani membantah apabila mereka dimalukan di bangunan mereka sendiri secara terbuka di hadapan perwakilan mereka, bagaimana rakyat boleh mengharapkan MCA melawan Umno untuk mempertahankan hak rakyat Malaysia? "Rakyat menantikan jawapan bagaimana untuk bebas daripada penjara kemiskinan, rasuah dan hutang ekoran kegagalan pentadbiran BN," katanya. Tambahnya, "bolehkah viagra politik itu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sehari-hari? Atau hanya bersandar pada dasar perintah Umno yang bermain dengan isu perkauman dan pelampau agama? Semalam, Najib meminta MCA mengambil 'viagra politik' untuk mengembalikan semangat ahli parti yang semakin pudar. Beliau berkata demikian setelah menyentuh soal prestasi MCA yang mengecewakan pada PRU13, baru-baru ini. -SH ULASAN GB Viagra adalaha sejenis ubat seks bagi mereka yang mengalamai disfungsi ereksi atau dalam bahasa mudahnya mati pucuk. Jika MCA dikatakan Najib memerlukan viagra politik, ertinya MCA sudah "mati pucuk" di dalam politik. Tak boleh bangun lagi. Namun persoalannya apakah viagra politik boleh membantu MCA untuk bangun semula sedangkan parti Menteri Kesihatan yang diminta sediakan viagra itu yang kebetulan dari MIC juga mengalami penyakit yang serupa. SEBENARNYA, "mati pucuk" bukan saja dialami oleh MCA & MIC tetapi UMNO juga. Prestasi BN semakin merosot dari PRU ke PRU... kerana BN sudah terlalu tua. Walau apa pun jawapannmya, MCA sudah cukup dimalukan di dalam bangunannya dan di depan perwakilannya sendiri. | |||
GST Turunkan Harga? Penipuan Ahmad Maslan Dikecam Posted: 23 Dec 2013 02:17 AM PST KELAB GREENBOC Ahmad Maslan diselar keluar kenyataan GST akan turunkan harga Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu "kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya" kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam. "Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan," kata Pua di Kuala Lumpur. Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan. Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu. "Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit," katanya. Memberikan contoh, Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200. "Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan," katanya. Pua berkata, sudah jelas kerajaan akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST). "Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya. "Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai daripada rakyat," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST. Katanya, apa yang dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang. "Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti. "Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos. "Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang," kata Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu. Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal. "Mengapa? Kerana pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan akan memberikan manfaat politik kepada PR," katanya. Bagaimanapun, katanya, ini akan membebankan rakyat dan sebab itu PR menentangnya. Ketua Wanita PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff mahu Ahmad merenung kembali bagaimana kenaikan tarif elektrik dan kadar tol sudah menyebabkan kekecohan sebelum bercakap tentang GST. "Beliau harus fikir dahulu. Jika kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara mendadak. GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama," kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu. Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015. Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut. "Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur semalam. "Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan," katanya. Ahmad memberikan respon terhadap laporan The Malaysian Insider semalam mengenai kempen PR menentang GST yang akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara. -TMI
| |||
Semakan Gaji Kakitangan Awam RM4,000 Sebulan VS Cabaran Kos Sara Hidup Naik! Posted: 23 Dec 2013 12:41 AM PST Nampaknya kepimpinan tertinggi Cuepacs telah berwajah baru yang mana sekarang ini dikemudi oleh Presiden Cuepacs yang baru, Azih Muda. Melihatkan kalangan kakitangan seperti anda, anda di sini bukan hanya dialami kumpulan pelaksana sebaliknya penjawat awam lain yang bergaji kurang RM3,000 sebulan, terutama di bandar yang terpaksa berhadapan dengan cabaran kenaikan kos sara hidup, Cuepacs telah bersiap sedia membela kebajikan kalangan kakitangan awam di Malaysia. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015 akan meningkatkan pendapatan negara, Cuepacs merasakan ia boleh digunakan untuk menambahbaik skim gaji penjawat awam. Tuntutan Cuepacs : Semakan Gaji Kakitangan Awam
Mungkin pada pandangan Berita Semasa elaun kakitangan awam perlu diberikan perhatian supaya elaun penjawat awam naik menikut aliran semara ekonomi dan juga diharapkan perbetulkan tangga gaji kakitangan awam yang berkhidmat lama kerana gaji mereka dengan yang berkhidmat bawa mereka satu tahun lebih tinggi, di mana tiada sinoriti. Walaubagaimanapun, Berita Semasa tetap menyokong apa sahaja usaha yang memenangkan rakyat dan dalam pada masa yang sama pihak kerajaan dengan kerjasama NGO harus mencari jalan penyelesaian bagi mengekang kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Apa kata kalangan kakitangan awam pula? P/S : Sebenarnya kenaikan harga barang & lonjakan kos sara hidup di Malaysia inilah yang menjadi punca rakyat hidup susah biarpun gaji dinaikkan. | |||
Perkasa perlu nilai semula mengapa Melayu juga tolak mereka, kata Ku Li Posted: 22 Dec 2013 04:13 PM PST Perkasa mesti memikirkan mengapa perjuangan mereka turut ditolak termasuk dari kaum Melayu, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah semasa memberikan ucapan perasmian perhimpunan kumpulan itu di Kuala Lumpur hari ini. Menurut bekas menteri kewangan yang dijemput sebagai tetamu kehormat hari ini, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia walaupun mempunyai niat baik. "Perkasa dianggap ultra, radikal, rasis dan tidak bertanggungjawab oleh setengah masyarakat bukan-melayu dan lebih mendukacitakan diremehkan, atau diperlekehkan oleh masyarakat Melayu yang seharusnya merupakan masyarakat yang dibela oleh Perkasa. "Lebih parah, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia," kata Razaleigh semasa merasmikan persidangan agung Perkasa ke-4 di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini. Menurut Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li, walaupun sesetangah pihak memandang Perkasa dengan negatif, masih terdapat yang meletakkan pertubuhan tersebut di kedudukan tinggi. "Inilah persepsi yang cukup negatif dan mudah-mudahan ianya hanya dari perspektif golongan yang ekstrim, berkepentingan atau bias (berat sebelah)." Razaleigh turut menasihatkan anggota-anggota Perkasa agar menjaga disiplin dan melihat sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan tidak bertindak mengikut emosi dan sentimen agar pertubuhan itu dihormati. | |||
Umno yang berkuasa, bukan Perkasa, kata Ahmad Maslan Posted: 22 Dec 2013 04:08 PM PST Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan (gambar) hari ini membayangkan bahawa parti itu masih memegang kuasa, bukan Perkasa. "Umno mempunyai rangkaian lebih besar berbanding Perkasa. "Kami mempunyai 20,000 bahagian yang mereka (Perkasa) tidak ada. Kami mempunyai 191 cawangan dan 3.4 juta ahli sementara Perkasa belum lagi mencapai tahap itu," katanya yang juga Timbalan Menteri Kewangan. Beliau berkata, ada pada masa tertentu, suara Perkasa nampak seperti "lebih meresap" bergantung kepada kepada isu, tetapi Umno masih tetap "bos". "Tetapi, itu adalah pendiriannya dan kita (Umno) tidak mahu mempertikaikannya dengan mereka (Perkasa). "Kita tidak melihat tindakannya itu sebagai sesuatu yang negatif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keusahawanan Melayu Inovatif di Kuala Lumpur, hari ini. Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini. Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan "tidak bertaring" dalam mempertahankan hak Melayu. "Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu," kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini. | |||
Ku Li: Melayu gagal dalam ekonomi kerana tidak kompetitif Posted: 22 Dec 2013 04:01 PM PST Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan orang Melayu untuk menilai semula mengapa mereka gagal dan ketinggalan dalam aktiviti ekonomi berbanding merungut dan membuat tuntutan tidak munasabah. Bekas menteri kewangan itu yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li berkata, bilangan "key-personnel" daripada kalangan orang Melayu di sektor korporat menurun dengan sangat signifikan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Beliau berkata, sementara Felda Global Ventures (FGV) yang diasaskan oleh Felda sudah berkembang luas dengan jumlah dagangan besar, orang Melayu dan Bumiputera masih gagal untuk menerajuinya. "Industri produk halal yang besar juga difahamkan dikawal oleh orang bukan Melayu/Bumiputera, dan sangat mendukacitakan apabila pemilik asal beberapa syarikat orang Melayu yang sudah berjaya akhirnya menjadi pekerja kepada pemilik syarikat yang baru. "Perkembangan ini tidak ada kaitan dengan isu perkauman atau hak orang Melayu yang dinafikan, tetapi lebih merupakan masalah orang Melayu yang tidak mampu bertahan dalam saingan dan kesulitan alam perniagaan yang semakin kompleks," kata veteran Umno itu semasa ucapan perasmian Persidangan Perkasa ke 4 di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini. Ku Li turut menggesa Perkasa memperjuangkan masyarakat Melayu Malaysia lebih berdisiplin, dilatih dan diberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan. "Ini membolehkan kita bertahan dan bersaing dengan siapa pun dan dalam keadaan apa pun dan dengan pelbagai peluang dan kemudahan serta bantuan, masyarakat orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh menyalahkan orang lain kalau mereka masih tidak berjaya. "Banyak yang boleh diperbuat untuk mengangkat dan memartabatkan orang Melayu dan Bumiputera yang sebahagian besar masih berada di strata bawah dalam struktur ekonomi," katanya. Beliau berkata, pelaksanaan aktiviti ekonomi berkelompok dan membolehkan Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi dengan lebih menyeluruh dan cepat. "Sekiranya perkembangan ekonomi dipacu oleh daya pengeluaran yang meningkat dan rakyat menikmati pendapatan yang agak tinggi sama ada mereka ini petani, penangkap ikan, penoreh getah atau pekerja ladang dengan pelaksanaan gaji minimum dalam suasana bebas dan aman," katanya. | |||
Langkah populis BN tangguh kenaikan harga barang kini ‘menggigit’ mereka Posted: 22 Dec 2013 03:59 PM PST Sama ada langkah populis atau Perkasa yang membantu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa semasa Pilihan Raya Umum 2013 lalu, kedua-duanya kini "menggigit" gabungan pemerintah itu beberapa bulan selepas pilihan raya 5 Mei. Langkah BN menangguhkan kenaikan harga dan pelaksanaan akta gaji minimum sebelum pilihan raya umum lalu menyebabkan peningkatan kemarahan kelas menengah dan bawah, terutama yang menyokong gabungan pemerintah itu, kerana kini mereka berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dan kejatuhan nilai ringgit. Keperitan peningkatan kos kehidupan dirasai terutama bagi golongan majoriti Bumiputera – dari perkampungan di Perlis hingga ke rumah panjang di negeri Borneo Sabah dan Sarawak – kawasan di mana kumpulan hak Melayu Perkasa memperluaskan sokongan. Selain daripada kawasan bandar, ini juga merupakan kawasan di mana bantuan tunai kerajaan dilihat tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas. Bagi mereka, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) baru RM650 bagi setiap isi rumah dan RM450 bagi yang bujang tidak mencukupi untuk menampung kesan pemotongan subsidi gula dan petrol atau kenaikan tarif elektrik, kadar tol dan tambang pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Semasa kempen Pilihan Raya Umum 2013, BN membayangkan BR1M mungkin meningkat sehingga RM1,200 setahun tetapi semasa Bajet 2014 dibentangkan, kerajaan hanya memperuntukkan RM650 bagi setiap keluarga dengan RM50 untuk bayaran insuran. Bajet yang sama juga mengandungi cadangan memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% bermula April 2015 di mana pengkritik mengatakan akan meningkatkan kos kehidupan. Tetapi kerajaan percaya sebaliknya iaitu GST akan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan. Hujah ini tidak relevan kepada rakyat Malaysia yang bekerja dan Perkasa kini memperluaskan sokongan kepada golongan ini dan presidennya, Datuk Ibrahim Ali, semalam berkata mereka mampu menggantikan Umno sebagai tunjang BN. "Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu," kata Ibrahim semasa Persidangan Perkasa ke-4 di Kuala Lumpur semalam. Beliau turut mempunyai keberanian untuk menetapkan petunjuk utama prestasi (KPI) untuk pemimpin tertinggi kerajaan. "Macam-macam (harga barang) naik dan keadaan ekonomi negara kalau kita baca statistik berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan. "Jadi, salah satu KPI untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah kos kehidupan," kata Ibrahim. Respon kerajaan mengenai rungutan peningkatan kos kehidupan adalah untuk menubuhkan makmal bagi mengkajinya dan akan membuat cadangan selain mengkaji untuk meningkatkan gaji selari dengan peningkatan harga barang. Kedua-duanya dilihat jauh daripada realiti sebenar atau merupakan pengakuan BN tidak mempunyai jaringan akar umbi untuk mengkaji rakyat Malaysia bekerja atau sekurang-kurangnya memberitahu mereka peningkatan kos tidak dapat dielakkan kerana kos perniagaan meningkat. "Kita terpaksa menelan kepahitan ini, tetapi Umno hanya mahu menjadi popular daripada melakukan sesuatu yang sepatutnya untuk negara," kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider. "Apa yang mereka lakukan selama ini hanya menangguhkan kenaikan harga barang. Sekarang kita berdepan dengan kebanjiran kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi. Sudah tentu orang akan marah, terutama yang mengundi kita," katanya. | |||
Makmal kos sara hidup langkah terbalik Najib Posted: 22 Dec 2013 03:56 PM PST Ekoran rungutan berterusan orangramai mengenai kos sara hidup yang kian meningkat berikutan berlakunya siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan, Najib Razak semalam mengumumkan penubuhan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan atau Pemandu bagi mengkaji dan merangka langkah-langkah susulan menangani masalah itu. Menulis di laman sosial Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa mendengar keluh-kesah rakyat berkenaan kenaikan kos sara hidup dan sedang mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Disebabkan itu, katanya, kerajaan bersetuju menubuhkan makmal tersebut yang diletakkan di bawah Pemandu. Respons Najib ini adalah jelas untuk menunjukkan beliau tetap seorang pemimpin yang prihatin kepada kesejahteraan rakyat berikutan pelbagai kenaikan yang berlaku sejak selepas PRU13 lalu lebih memperlihatkan beliau seolah-olah bukan lagi Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat serta tidak mempedulikan rungutan yang kian meningkat. Najib dilihat memilih cara mudah untuk menambah pendapatan negara iaitu dengan cuba mengambil lebih banyak wang daripada poket rakyat melalui kenaikan cukai dan menghapuskan subsidi serta dalam masa yang diminta berkorban dan berjimat-cermat. Namun yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang beliau tergerak hati mahu menubuhkan makmal mengenai kos sara hidup itu. Apakah sebelum menaikkan harga barang, beliau tidak pernah memikirkan kos sara hidup rakyat? Makmal ini sepatutnya ditubuhkan sebelum sebarang kenaikan dilakukan dan bukannya selepas banyak kenaikan dilakukan. Benarlah kata orang, kehidupan sebagai anak bangsawan menyebabkan beliau tidak dapat memahami derita rakyat miskin. Kehidupan serba mewah sejak lahir menyebabkannya tidak pernah merasai denyut nadi rakyat bawahan dan pemahamannya mengenai kemiskinan hanyalah sekadar memandang melalui jendela dari sebuah rumah banglo. Dengan menubuhkan makmal hanya setelah melakukan pelbagai kenaikan dan meletakkan rakyat dalam kehidupan hampir "nyawa-nyawa ikan", menunjukkan Najib seorang yang tidak memandang ke hadapan, tiada perancangan konkrit dalam mengurus negara dan menjaga kebajikan rakyat. Semua urusan negara seolah-olah dilakukan berdasarkan pendekatan "ad-hoc" dan konsep "trial and error" saja. Apa yang berlaku sekarang memperlihatkan Najib sedang mengamalkan pendekatan terbalik dalam mengurus negara dan kerajaan iaitu dengan melakukan sesuatu terlebih dahulu, kemudian barulah membuat kajian sedangkan sepatutnya kajian dan fikiran mendalam dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan mahu dibuat. Sekiranya makmal ini ditubuhkan sebelum pelbagai kenaikan dilakukan, Najib pasti mendapat lebih maklumat mengenai kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan kepada kehidupan rakyat dan tidak menjadikan dirinya pemungkir janji paling zalim di mata rakyat. Selain itu, dengan meletakkan makmal ini di bawah Pemandu, persoalan yang timbul ialah apa sudah jadi dengan jentera kerajaan sedia ada? Apakah Najib tidak mempercayai lagi pelbagai jentera dan agensi kerajaan untuk melakukan kajian yang melibatkan kehidupan rakyat ini? Untuk mendapat maklumat mengenai kos sara hidup ini, Najib juga boleh mendapatkannya melalui UMNO dan parti-parti komponen BN yang rangkaiannya lebih menyeluruh dan mempunyai cawangan di serata tempat. Pemimpin peringkat cawangan, bahagian, penghulu dan ketua kampung sebenarnya boleh mendapatkan maklumat dan kajian lebih tepat mengenai kos sara hidup ini kerana mereka lebih bergaul dengan pelbagai jenis kelompok rakyat. Kenapa Pemandu juga yang dipilih oleh Najib sedangkan untuk mendapatkan maklumat mengenai kenaikan kos sara hidup bukanlah suatu kerja yang susah sangat? Dengan menyerahkan kepada Pemandu untuk menjalankan makmal ini, persoalan yang timbul juga ialah berapa juta lagi kos yang mahu dikeluarkan oleh kerajaan mengenainya. Sudah tentu Pemandu tidak punya kakitangan dan dan upaya untuk melakukan kajian ini, sebaliknya akan menyerahkannya kepada perunding luar untuk melakukan kajian bagi pihaknya. Jika sebelum ini Parlimen sudah diberitahu bahawa sepanjang lima tahun Najib menjadi Perdana Menteri, beliau sudah membelanjakan RM7.2 bilion untuk mengupah perunding atau konsultan luar bagi melakukan pelbagai tugas sehingga mereka ini layak digelar con-sultan atau con-setan, dengan adanya makmal mengenai kos sara hidup ini tentunya sekali lagi duit rakyat akan dirobek bagi tujan itu. Mungkin puluhan juta terpaksa dibelanjakan bagi mengupah perunding luar ini sedngkan hasil kajiannya belum pasti membuahkan sesuatu yang menggembirakan kepada rakyat. Persoalan lain yang timbul ialah berapa lamakah makmal ini diberikan masa untuk menjalan tugasnya. Jika contohnya enam bulan baru hasil kajian itu dapat diperolehi, apakah sepanjang tempoh enam bulan itu rakyat hanya dibiarkan saja menanggung beban derita kehidupan mereka? Isu kenaikan kos sara hidup adalah isu kritikal ketika ini. Majoriti rakyat terbeban kehidupannya. Najib seharusnya mengambil langkah lebih pantas untuk menanganinya. Sekarang bukanlah lagi masa untuk beretorik dan melakukan kejian dengan menubuhkan makmal atau seumpamanya. Sekarang adalah masa untuk beliau bertindak segera. Menubuhkan makmal kajian yang akan memakan masa beberapa bulan, hanyalah bertujuan melengahkan masa untuk bertindak dalam membantu rakyat. Ingatlah bahawa rakyat sudah lama terbeban kehidupannya dan kajian demi kajian tidak akan merubah apa-apa. Mengaku mendengar keluh-kesah rakyat saja tidak lagi memadai. Mendengar mesti disusuli dengan tindakan yang segera dan pantas. Di ketika ini, Najib mesti berfikir seperti seorang doktor untuk mengubati penyakit dan bukannya seperti seorang peguam yang suka melengah-lengahkan masa. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | |||
Pelajar Vietnam lebih ke depan berbanding kita Posted: 22 Dec 2013 03:46 PM PST SHAH ALAM – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tahap pelajar-pelajar negara ini terbelakang berbanding pelajar di Vietnam. Ia ekoran kegagalan sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelum sempat dikaji sepenuhnya. "Sistem pendidikan sesuatu yang serius yang akan memberi kesan langsung kepada masa depan negara dan bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya...yang tenggelam dalam pasir jerlus ini merupakan generasi anak-anak kita yang kini terbelakang berbanding Vietnam. "Malangnya, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilakukan sebelum kita sempat melatih serta meningkatkan keupayaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru," katanya ketika berucap di Konvensyen Pendidikan #TFTN2013 Pendidikan Masa Hadapan Demi Malaysia yang Lebih Baik, semalam. Menurutnya, generasi masa kini yang akan terkesan hasil daripada kepincangan sistem itu malah diperkuat lagi dengan laporan 'Trends in Mathematics and Science Study' (TIMSS) pada tahun 2011 serta laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012. "Laporan TIMSS menunjukkan kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik iaitu 16 (1999), 10 (2003 ), 20 (2007) dan 26 (2011) sementara subjek Sains pula 22 (1999), 20 (2003), 21 (2007) dan 32 (2011). "Yang hairannya, kontradiksi yang diperlihatkan Laporan Lembaga Peperiksaan. Rekod pelajar mendapat A dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin meningkat. Apakah sebenarnya yang berlaku?. "Tahun ini, laporan PISA turut mengejutkan dengan prestasi pelajar Malaysia yang semakin merudum. Terkini, Pelajar tingkatan tiga kita setaraf dengan murid darjah lima dari Singapura dan Korea Selatan," katanya. Beliau turut menyentuh soal kepincangan sistem pendidikan terbaru, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). "Saya membawa isu pelaksanaan PBS kepada perhatian pembentang Laporan Pendidikan World Bank atas Malaysia, Frederico Gil Sanders. "Jawab Frederico mudah, seperti kesimpulan Majalah Saintifik Malaysia terdahulu. 'Laksana saja inkuiri yang indipenden berserta kaji selidik untuk meneliti keberkesanan pelaksanaan PBS. Kemudian, dipersembahkan untuk tatapan umum'," katanya. Izzah menasihatkan Kementerian Pendidikan supaya mendengar. "Malangnya apabila saya bawa ke perhatian menteri di Parlimen, sikap defensif yang menjelma. Mahu saja saya berpesan kepada menteri dan timbalan-timbalannya, 'listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen'. "Dalam buku Syed Husin Al Attas dalam buku Intelek Masyarakat Membangun telah dedikasi satu bab berjudul Bebalisme. "Saya seru, hentikanlah bebalisme seperti itu. Sudah tiba masanya kita akui kelemahan sistem pendidikan kita," katanya. | |||
Demonstrasi bantah kenaikan harga Posted: 22 Dec 2013 03:37 PM PST KUALA LUMPUR - [video] Susulan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan BN, hari ini satu "falshmob" Bantahan Kenaikan Harga Barang telah diadakan. Bantahan tersebut dianjurkan Jingga 13 yang dihadiri 30 peserta membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang didakwa menindas rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata terpanggil dengan rintihan rakyat yang menanggung kenaikan harga barang yang membebankan dan menindas. "Kita lakukan 'falshmob' ini kerana membantah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tanpa bersalah kepada rakyat. "Kami dan rakyat akan membantah kenaikan tol, minyak, tarif elektrik, harga Astro, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya seperti yang diumumkan kerajaan BN. "Apa yang berlaku sekarang rakyat yang sengsara," katanya dalam satu demontrasi yang diadakan di ibu kota hari ini. Awal bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan jangkaan dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk tambang LRT dan monorel, tarif elektrik ,tol dan lain-lain. Dalam pada itu, beliau juga berkata, kenaikan harga barang terus memberi trauma kepada rakyat yang masih berpendapatan rendah. "Kenaikan harga yang dilakukannya juga memberi trauma kepada rakyat," katanya. Selain itu, demontrasi tersebut turut berarak di beberapa tempat tumpuan awam dengan membawa poster bantahan kenaikan harga barang yang mendapat sokongan masyarakat yang turut bersama melaungkan bantahan. | |||
PKR: Isu naikkan harga dulu, rujuk balik janji BN Posted: 22 Dec 2013 03:33 PM PST Nurul Izzah Anwar SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini menggesa rakyat agar merujuk kembali manifesto dan janji BN berkenaan isu kenaikan harga barang serta penstrukturan semula subsidi bagi menilai sama ada PR mahupun BN yang betul. Menurut Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengatakan bahawa pembangkang hanya pandai bermain drama mengenai isu kenaikan ini, padahal pembangkanglah yang memulakannya terlebih dahulu hanyalah helah politik BN semata-mata. "Isu siapa yang naikkan harga barang ini sila rujuk kepada manifesto dan janji BN terdahulu dan realiti sekarang. "…usah berdolak-dalik, sekian," katanya melalui kiriman SMS kepada Sinar Harian Online hari ini. Semalam, Perdana Menteri, menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan. Menurut Najib, kenaikan harga barangan serta penstrukturan semula subsidi adalah langkah terbaik bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya. "Mereka ini pembangkang akan mula bising bila kita naikkan harga barang tetapi mereka naikkan gaji Speaker mereka dan Adun mereka sampai 200-300 peratus, cuba lihat siapa yang naikkan gaji mereka hingga terlalu tinggi? "Gaji Speaker lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri, logikkah?," katanya pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 yang diadakan semalam. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dalam isu menaikkan kadar tol misalnya, kerajaan belum pun sempat membuat keputusan rasmi untuk menaikkan harga ke atas konsesi tol, namun pembangkang dilihat lebih dulu menaikkan cukai perniagaan sehingga 400 peratus seperti yang berlaku di Selangor. "Itu pun belum muktamad lagi, belum proses lagi, kita OTKK dulu...kita OTKK dulu (dalam erti kata lain kita tunggu dulu). "Tapi mereka lebih dulu, Selangor umumkan kenaikan cukai perniagaan sehingga 400 peratus, lagi dahsyat," katanya. | |||
Lebih 20 cedera termasuk 2 rakyat Malaysia Posted: 22 Dec 2013 03:29 PM PST Foto sumber Twitter BANGKOK - THAILAND. Dalam satu siri serangan bom terancang di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia hari ini, empat bom telah diletupkan dan dua darinya mencederakan 24 hingga 26 orang termasuk dua rakyat Malaysia. Mengulas kejadian itu, Gabenor Wilayah Songkhla Krisada Boorat berkata ia dilakukan pihak yamg ingin mencetuskan huru hara pada hujung tahun. Beliau berkata pihak keselamatan akan melakukan rondaan dan pemeriksaan di setiap pintu masuk ke daerah Hatyai untuk menyekat kereta suspek selepas mendapat maklumat risikan yang puak pemisah akan mengebom tempat pelancongan di Hatyai. Dalam kejadian pertama antara 10.30-10.40 pagi, sebutir bom yang diletakkan di sebuah motosikal telah diletupkan di hadapan Balai Polis Padang Besar yang berada berdekatan sempadan dengan Malaysia. Ia merosakkan lima motosikal tetapi tiada kecederaan dilaporkan. Bom kedua pula diletupkan dalam tempoh yang hampir sama juga diletakkan pada sebuah motosikal yang diletupkan di hadapan Balai Polis Daerah Sadao dan juga tiada kecederaan dilaporkan. Sementara itu, antara 24 hingga 26 orang cedera dalam letupan bom ketiga dan keempat pada kira-kira 12.30 tengah hari. Letupan ketiga di Hotel Oliver dengan bom dipasang pada sebuah kereta dan diaktifkan dengan jam digital dan bom keempat diletupkan di hadapan sebuah kedai di Bukit Kayu Hitam. Letupan itu juga telah menyebabkan kebakaran, memusnahkan premis perniagaan dan sebahagian dari hotel itu serta kenderaan. Sementara itu percubaan melakukan keganasan dengan bom juga berlaku di Phuket. Menurut polis, mereka menemui sebuah kereta yang telah dicuri di Pattani di hadapan sebuah balai polis di Phuket dan di dalamnya ada dua tong gas memasak dengan bahan letupan tetapi bom sempat. Sementara itu, Pegawai Konsulat Pertama Pejabat Konsulat Malaysia di Sadao, Rozaimi Harun berkata dua mangsa warga Malaysia itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita keturunan Cina. Identiti kedua-dua mangsa belum dapat dipastikan, katanya ketika dihubungi. Bernama difahamkan mangsa wanita itu telah dihantar ke Hospital Padang Besar, Perlis, manakala mangsa lelaki ke hospital di Pekan Sadao. Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau perkembangan insiden pengeboman itu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam laman sosial Facebook PDRM berkata keadaan di sana terkawal dan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil, termasuk memperketat pemeriksaan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand. Orang ramai tidak perlu bimbang namun perlu lebih berhati-hati jika mempunyai urusan di kawasan berkenaan, katanya. Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kawasan letupan dikawal ketat oleh anggota pasukan keselamatan Thailand. Keadaan di Pekan Danok yang biasanya sibuk dengan pengunjung dari Malaysia setiap hujung minggu, agak lengang petang ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan