Isnin, 23 Disember 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Lojikkah hantar mangsa banjir mengerjakan Umrah?

Posted: 22 Dec 2013 05:33 PM PST

Hoit! Mekah pun pernah mengalami banjir pada 1941 dan pada Januari 2008 … 

Tetapi apasal nak hantar mangsa banjir ke Mekah pulak? Lojikkah menolong mangsa banjir dengan menghantar mereka mengerjakan Umrah? 

Biarlah bantuan yang diberikan itu relevan sifatnya supaya ianya benar-benar dapat meringankan beban dan kesusahan yang mereka alami akibat dilanda musibah banjir. 

 Sesiapa yang masih waras akan bersetuju dengan pandangan saya bahawa mengerjakan Umrah itu bukanlah satu keperluan bagi membantu meringankan mangsa banjir.

 Peristiwa pelepasan air empangan secara mendadak di Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet telah menyebabkan air Sungai Bertam melimpah dan banjir mengakibatkan tiga orang maut dan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu musnah. Baca di sini 

 Mangsa tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya seperti pampasan walaupun kejadian tersebut adalah disebabkan pelepasan air ampangan tersebut. Cer bandingkan dengan mangsa banjir yang mendapat bantuan yang pelik…pergi Umrah???

 Apa kata, kalau mangsa banjir di Lembah Bertam juga minta bantuan yang sama - supaya dihantar melancung ke luar negeri .... ???

 Malaysia mempunya musim tengkujuh sebagaimana yang sedang dialami kini - hujan lebat berlaku adalah normal. Maka tidak hairanlah mudah berlaku banjir di sana sini.

 Secara umum, sistem perparitan dan saliran yang tidak sempurna dan terurus merupakan antara beberapa faktor yang boleh mengundang banjir. 

 Selain faktor-faktor disebutkan tadi, kesan daripada pembangunan juga boleh menjadi salah satu punca utama yang mengakibatkan berlakunya banjir. 

Tetapi yang peliknya ialah mangsa banjir yang dihantar itu disuruh berdoa depan kaabah!

 "Saya juga memohon agar pihak yang yang terpilih untuk pergi mengerjakan umrah nanti dapat mendoakan kesejahteraan buat negeri ini dan seluruh rakyat serta dielakkan dari dilanda musibah banjir sekali lagi," Bacalah beritanya di sini 

 Sepatutnya, langkah-langkah perlu diambil terhadap faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya banjir sebagaimana yang disebutkan diatas tadi itu di perbetulkan dahulu dan diurus tadbir secara baik.

Tiada ulasan: