Isnin, 23 Disember 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kebijaksanaan Ahmad Maslan Dakwa GST Turunkan Harga Barang DISELAR. Baca!!!

Posted: 22 Dec 2013 09:39 PM PST


Ahmad Maslan Diselar Keluarkan Kenyataan GST Akan Turunkan Harga

[TMI] Ahmad Maslan perlu kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik, kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua. Gambar fail.Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu "kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya" kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam.

"Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan," kata Pua di Kuala Lumpur.


Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan.

Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu.

"Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit," katanya.

Memberikan contoh, Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200.

"Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan," katanya.

Pua berkata, sudah jelas kerajaan akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya.

"Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai daripada rakyat," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.


Kenyataan Ahmad Maslan hanya justifikasi akademik semata-mata, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST.

Katanya, apa yang dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang.

"Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti.

"Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos.

"Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang," kata Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu.

Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal.

"Mengapa? Kerana pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan akan memberikan manfaat politik kepada PR," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ini akan membebankan rakyat dan sebab itu PR menentangnya.

Ketua Wanita PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff mahu Ahmad merenung kembali bagaimana kenaikan tarif elektrik dan kadar tol sudah menyebabkan kekecohan sebelum bercakap tentang GST.

"Beliau harus fikir dahulu. Jika kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara mendadak.

GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama," kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu.

Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015.

Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

"Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur semalam.

"Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan," katanya.

Ahmad memberikan respon terhadap laporan The Malaysian Insider semalam mengenai kempen PR menentang GST yang akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara. – 23 Disember, 2013.



Kes Aminulrasyid: Dokumen IGSO Dedahkan Polis Hanya Boleh Tembak Jika Nyawa Terancam

Posted: 22 Dec 2013 09:23 PM PST


Polis dalam Kes Tembak Remaja Langgar Peraturan Ketua Polis, Kata Peguam


Dari kiri, Nor Azura Amzah, ibu kepada Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, peguam N Surendran dan Latheefa Koya ketika sidnag media di pejabat Lawyers for Liberty, Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Disember, 2013.Dua peguam hari ini berkata, pegawai polis yang dibebaskan, Koperal Jenain Subi dalam kes tembak kanak-kanak Aminulrasyid Amzah, melanggar Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

[TMI] Peguam, N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili keluarga mangsa, berkata dokumen IGSO mendedahkan polis hanya boleh melepaskan tembakan apabila ia melibatkan nyawa terancam dan tiada perkara lain seperti yang dinyatakan.

"Ini bermakna terdapat perlanggaran yang jelas tentang IGSO dalam kes menembak Aminulrasyid," kata Surendran kepada pemberita hari ini.


Surendran berkata, peguam tidak dapat memastikan hakikat awal sehingga IGSO dihasilkan dalam kes membabitkan seorang ibu tunggal berusia 32 tahun, Norizan Salleh.

Suri rumah berkenaan nyaris maut empat tahun lalu dalam kejadian menembak polis dan memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi.

Norizan menamakan kerajaan, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Sentul daerah dan anggota polis Mohd Firdaus sebagai defendan.

Surendran dan Latheefa adalah peguam untuk Norizan .

"Kami melihat kes Aminulrasyid dan dokumen itu tidak pernah dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan.

"Saya tidak sedar dokumen itu dalam mana-mana hal lain sehingga kes Norizan dibangkitkan," kata Surendran.

Latheefa berkata, terdapat kelemahan serius terhadap penemuan kes Aminulrasyid, untuk memastikan sama ada dia teralah dibunuh.

"Peguam Negara (AG) kini boleh memfailkan usul untuk menggerakkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk menyemak semula penghakiman itu sendiri.

"Ia jarang dilakukan tetapi ia perlu dilakukan kerana ini melibatkan keselamatan awam," kata Surendran.

Peguam berkenaan berkata, kes itu juga akan dibuka semula dan mula menuntut keadilan untuk Aminulrasyid dan keluarganya.

"Bagaimana mungkin berpuluh-puluh kereta polis menembak gaya 'wild wild west' dan lari?," katanya.

Surendran berkata, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail bersama Kementerian Dalam Negeri juga boleh mengarahkan polis untuk membuka semula siasatan. – 23 Disember, 2013.


Lelaki Cungkil Mata Isteri

Posted: 22 Dec 2013 07:46 PM PST


[HM] Guangxi (China): Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai.

Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.

Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis.

LI hilang sebelah mata selepas dicungkil suaminya.

Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.

Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya.

Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.

Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya. 

Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan.

Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.- Agensi - 23/12/13


Tiada ulasan: