Isnin, 16 Disember 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


HARI HARI DERITA KUALA LUMPUR BERMULA ESOK

Posted: 16 Dec 2013 12:54 AM PST

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membantu penduduk yang terjejas dengan masalah air bermula esok sekiranya Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) gagal memberi bantuan bekalan air.

NONEKeputusan itu dibuat setelah SYABAS gagal membekal bantuan bekalan air tambahan tatkala krisis air melanda kata exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

"PBT sanggup membantu dan akan bersedia dengan lori air serta apa yang dimiliki mereka, tetapi perlu ingat ini bukan tugas utama kita," kata beliau, sambil mengingatkan yang SYABAS mempunyai tanggungjawab untuk memberi bantuan bekalan air ke kawasan terlibat.

Beliau berkata PBT telah bersetuju untuk membantu Syabas jika ia gagal menyediakan bekalan air bantuan kepada penduduk terjejas

PERGERAKAN PEMIMPIN KANAN PAS DIPANTAU KARENA ISU SYIAH DAN KESELAMATAN?

Posted: 15 Dec 2013 06:33 PM PST

PAS didakwa sudah lama diresapi fahaman Syiah dan ramai di antara pemimpin mereka yang menganut fahaman berkenaan memegang jawatan penting dalam parti Islam itu di peringkat pusat dan akar umbi, lapor akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Akhbar berbahasa Melayu itu memetik sumber keselamatan yang memaklumkan, PAS mula diresapi Syiah selepas Revolusi Iran dan fahaman itu semakin bertapak kukuh dalam parti berkenaan kerana ramai kalangan lulusan Iran menyertai parti itu dan seterusnya terpilih menjadi pemimpin.
Menurut Utusan Malaysia, maklumat risikan percaya satu pertemuan khas melibatkan beberapa pemimpin parti itu yang diyakini mempunyai kaitan dengan gerakan Syiah akan berlangsung dalam masa terdekat tetapi motifnya masih disiasat.
"Kita sedang meneliti semua maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sudut tetapi pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan pertemuan sulit itu ada kaitan dengan isu Syiah yang kini hangat dikaitkan dengan Mat Sabu.
"Penilaian juga sedang dibuat apakah pertemuan sulit berkenaan turut mempunyai kaitan dengan sambutan hari memperingati Arbain (Ashura) yang akan disambut 23 Disember ini," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.
Sumber itu memberitahu, pihak berkuasa kini memantau pergerakan beberapa pemimpin kanan PAS yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan Syiah di negara ini selain gerak-geri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Menurut sumber terbabit, pada tahun lalu sahaja lebih 100 pengikut fahaman Syiah dari Malaysia menyeberangi sempadan untuk menyambut hari memperingati Arbain di markas terbesar Syiah di Asia Tenggara yang terletak di Satun, Thailand.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan penelitian, tahun lalu tiada pemimpin kanan PAS yang disyaki terlibat dengan gerakan Syiah mengunjungi Satun, sempena hari memperingati kematian cucu Rasulullah, Saidina Hussein.
Semelam media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan memiliki bukti eksklusif 'gred A' berupa pengakuan lebih 20 individu yang didakwa mampu 'menceritakan' kecenderungan Mat Sabu dengan fahaman Syiah.
Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zamihan Mat Zain Al-Ghari, berkata mereka merupakan individu terdekat dan rapat dengan pemimpin itu.
"Ada yang 'sekapal' daripada sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang sudah bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang berkawan dengannya, jadi 'anak buah' dia. Mereka menyaksikan apa dia cakap, buat dan libatkan aktiviti berkaitan Syiah," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" mengaitkan Mohamad dengan fahaman Syiah tetapi gagal mengemukakan bukti kukuh.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.
Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi pemimpin besar Revolusi Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 16 Disember, 2013.

Tiada ulasan: