Isnin, 16 Disember 2013

Addin

Addin


Gaji Piya Lebih Mahal Dari Najib

Posted: 16 Dec 2013 09:06 AM PST

Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau Piya mendapat tawaran lumayan untuk kekal beraksi dalam pasukan The Red Warriors bagi mengharungi Liga Malaysia pada musim depan.

Turut mendapat gaji lumayan adalah seorang lagi pemain Kelantan iaitu penjaga gol, Mohd. Khairul Fahmi Che Mat.

"Kalau nak tahu, gaji Piya lagi besar daripada Perdana Menteri bagi musim depan. Gaji Apek pula lebih besar dari saya sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi MARA. Saya sebenarnya tak mahu cerita sahaja," kata bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah gaji kedua-dua pemain bola sepak berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Pengerusi MARA berkata demikian dalam ucapan majlis pelancaran filem The Red Warriors The Movie di Hotel Hilton Petaling Jaya di sini hari ini.

Jelas Anuar, apa yang pasti beliau gembira dan berpuas hati melihat peningkatan perkembangan karier yang dilalui oleh dua pemain itu pada hari ini.

"Lima tahun dulu, masa saya bawa balik Piya, gaji dia dalam RM3,500 sahaja. Apek pun masa itu tiada nama di PKNS.

"Namun hari ini saya gembira kerana mereka telah berjaya dan mencipta hingga dikenali ramai," katanya.

Piya dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 baru-baru ini manakala Apek sebagai Penjaga Gol Terbaik 2013.

Sementara itu, pada majlis sama, Anuar yang kini merupakan Penasihat KAFA turut menyampaikan tajaan bernilai RM1.2 juta kepada Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan hasil sumbangan rakan-rakan terdekat. ~mg




Iklan C (ii)



Dr. Asri Belasah Zamihan KDN

Posted: 16 Dec 2013 04:50 AM PST

Dr. Asri dalam kenyataan dalam media sosial mempertikaikan kredibiliti usaha KDN mengumumkan beberapa bukti penglibatan tokoh politik sebuah parti dalam ajaran Syiah.

Malah dalam status terkini Dr. Asri, beliau mempertikaikan bukti berdasarkan gred yang dinyatakan Zamihan (gambar).

Dalam status itu, Dr. Asri berkata;

"Tongkat Ali dan Kacip Fatimah adalah pengaruh Syiah dalam perubatan Melayu tidak dinamakan Abu Bakar atau Aishah tapi dipilih nama yang dipuja Syiah.

"Namun jika minum kopi Tongkat Ali atau serbuk Kacip Fatimah tidak tidak boleh dijadikan bukti gred C atau D bahawa kita telah menganut Syiah.

"Kita mungkin dapat gred A tenaga batin tapi bukan tenaga Syiah..lebih lucu jika ada yang terbukti Syiah dalam tulisannya serta berguru pula dengan Hassan Saqqaf yang pro Syiah tapi berlakon tidak setuju dengan Syiah".




Iklan C (ii)




Rosmah Mansor Dedah Guna Jet Kerajaan Sejak Sebelum Najib Jadi PM

Posted: 15 Dec 2013 11:03 PM PST

Datin Seri Rosmah Mansor mempertahankan dirinya yang menggunakan jet eksekutif kerajaan ke Qatar dan berkata ia adalah untuk urusan kerja dan mengikut segala prosedur ditetapkan.

Isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berkata, beliau yang kesal dengan situasi itu tampil menghuraikan satu persatu jadual perjalanan beliau ke empat negara iaitu Qatar, Dubai, Sri Lanka, dan Bangladesh.

Katanya, selain diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kuasa Wanita Malaysia', Rosmah juga dikurniakan anugerah oleh kerajaan Qatar.

Rosmah berkata, rakyat perlu berbangga apabila dunia antarabangsa begitu memandang tinggi kepada Malaysia.

"Dalam ucaptama itu saya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Tidak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati.

"Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat," katanya dipetik daripada wawancara eksklusif bersama portal Malaysia Gazzete.

Menjawab soalan mengapa beliau tidak menggunakan pesawat penerbangan tempatan MAS, Rosmah berkata, ia amat sukar dilakukan kerana jadual lawatannya yang padat dan pesawat komersial tidak dapat memenuhi semua laluannya itu mengikut masa ditetapkan.

Selain itu, katanya, penggunaan jet rasmi kerajaan tidak pernah timbul sebelum ini kerana setiap apa yang beliau lakukan mesti dirujuk kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.

Katanya, kelulusan penggunaan jet oleh Kabinet, mengambil kira pelbagai faktor terutama keselamatan dan masa.

"Kita bergerak mengikut jadual, apatah lagi sesuatu program itu disediakan oleh tuan rumah, kita mesti menepati masa," katanya sambil memberitahu kemudahan jet kerajaan sudah digunakannya sejak sebelum Najib menjadi Perdana Menteri.

"Sekiranya saya menggunakan pesawat komersial banyak yang menawarkan laluan sehala misalnya hanya terdapat satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo, begitu juga Kuala Lumpur ke Dhaka seperti juga Dubai - Colombo dan Dubai ke Dhaka," katanya.

Rosmah turut dikritik apabila mengambil kesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani.

Katanya, tidak ada salahnya sebagai tetamu mengunjungi Perdana Menteri bagi menghormati tuan rumah.

"Jika isteri Perdana Menteri negara-negara lain datang ke Malaysia, mereka akan melakukan perkara yang sama," katanya.

Pada masa sama, Rosmah menolak tuduhan yang beliau mengambil kesempatan menggunakan jet kerajaan untuk menonton pertunjukan fesyen dengan mempertahankan tindakannya itu sebagai memberi sokongan kerana acara tersebut dianjurkan rakyat Malaysia.

"Saya dijemput kerana kebetulan berada di Qatar atas urusan rasmi dan isteri Perdana Menteri Qatar menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis anjuran rakyat Malaysia di situ, salahkah saya sebagai isteri pemimpin negara yang kebetulan ada di situ dan dijemput ," katanya.

Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Sheikha Moza Nasser yang merupakan Pengerusi Yayasan Qatar.

Selain itu Rosmah turut melakukan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Sheikha Alanoud .

Isteri Perdana Menteri itu kemudiannya terbang ke Dubai bagi memenuhi undangan Princess Haya.

Rosmah berkata, di Dubai berlangsung beberapa agenda termasuk membantu kerajaan di situ yang mahu melaksanakan program seperti Permata.

Satu majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Permata Pintar yang dikendalikan UKM dan Alliance International Investment berlangsung ketika Rosmah berada di Dubai.

Dari Dubai, Rosmah berangkat ke Sri Lanka dan tiba di Colombo untuk menyertai Perdana Menteri menghadiri majlis perasmian CHOGM.

Antara lain kehadiran Rosmah ke Bangladesh juga untuk menghulurkan bantuan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing.

Rosmah juga membayangkan hubungan baik beliau dengan dunia antarabangsa memberi kelebihan kepada Malaysia.

Sebagai contoh apabila ketika Mesir sedang menghadapi krisis politik di negaranya, kira-kira 8,000 pelajar Malaysia di negara itu berjaya dibawa pulang apabila Rosmah menghubungi keluarga diraja Arab Saudi untuk mendarat di Jeddah.

Satu lagi kes membabitkan seorang pelajar Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi hampir dipenjarakan di Rafah kerana disangkakan pengintip dapat dibebaskan hasil usaha Rosmah menggunakan hubungan baiknya dengan Mesir.

"Saya menghubungi Suzzane Mubarak memberitahu pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan, ibu bapanya bimbang dan pelbagai alasan lagi. Ketika itu fokus saya adalah untuk membebaskan pelajar berkenaan dan akhirnya dia dibebaskan dan dapat kembali meneruskan pengajian.

"Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi kain orang lain. Jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tidak mengata orang, tidak memburukkan pembangkang," katanya.

Menyifatkan sumbangannya demi kesejahteraan negara, Rosmah berkata, isteri pemimpin dunia menggunakan jet kerajaan masing-masing adalah pemandangan biasa.

"Apa yang saya lakukan kerana Allah, yang lain-lain saya tak fikir. Biarlah mereka memfitnah, menuduh dan memburuk-burukkan saya," katanya. ~tmi






Iklan C (ii)




Forensik Dedahkan Mayat Pelajar Tahfiz Dibunuh, Bukan Bunuh Diri

Posted: 15 Dec 2013 10:46 PM PST


Mayat seorang pelajar yang ditemui tergantung dalam sebuah tandas di asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas di Kota Bharu, Kelantan tiga hari lalu dikatakan mati akibat dibunuh, bukan bunuh diri, kata sumber polis.

Menurutnya, hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Sultanah Zainab II Kota Bharu (HSZIIKB) semalam, mendapati ada kesan tikaman di perut dan pelajar itu dipercayai meninggal dunia 72 jam lalu.

Siasatan mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Wan Ahmad Faris, 16, sebelum ini belajar di maahad tahfiz di Kampung Ipah, Bachok dari tingkatan satu hingga tiga, sebelum berpindah ke maahad tahfiz sekarang untuk menyambung pengajian di tingkatan empat.

Seorang bapa yang enggan namanya dikenali berkata, dua anaknya mengenali rapat mangsa dan tidak percaya arwah bunuh diri.

"Hari Isnin lalu, mereka main bola bersama-sama dan kemungkinan besar arwah meninggal dunia hari Selasa kerana pada hari itu adalah cuti. Ibu bapa datang menjemput anak masing-masing termasuk saya mengambil dua anak pada petang hari berkenaan.

"Saya juga mengenali ibu mangsa yang juga seorang jururawat berpengalaman selama 20 tahun. Ibu arwah memberitahu saya, kalau bunuh diri sudah tentu mayat dalam keadaan mengerikan seperti lidah akan terjulur keluar.

"Tetapi dalam kes ini, lidah tidak keluar. Jadi, arwah mungkin dibunuh dan digantung dalam bilik air. Malah, isteri saya pun sudah cakap dengan warden asrama supaya tidak perlu buat andaian yang boleh mengaibkan arwah dan keluarganya," katanya.

Rabu lalu, Maahad Tahfiz Kok Lanas gempar dengan penemuan mayat seorang pelajar lelaki tergantung di sebuah tandas di asrama itu.

Kejadian itu sudah pun disiasat oleh polis dan sehingga kini belum ada kenyataan rasmi mengenai penemuan mayat itu, apakah ia pelajar sekolah berkenaan atau pun individu luar.

Berita mengenai penemuan mayat di maahad tahfiz itu sudah tersebar luas dalam laman sosial Facebook sejak malam Selasa, walaupun ada malumat mengatakan mayat itu sudah dikenalpasti identitinya, tetapi ia tidak boleh dihebahkan selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada polis.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr. Mohd Fadzli Hassan berkata, mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam bilik tandas asrama maahad tahfiz itu adalah pelajar tingkatan empat yang berasal dari Pasir Mas.

Mayat itu, katanya, telah dibawa ke bilik mayat (Forensik) HSZIIKB untuk dibedah siasat dan pegawai Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan keluarga mangsa ikut sama ketika mayat dihantar ke hospital.

"Saya akan membuat kenyataan rasmi sebaik sahaja polis selesai membuat siasatan berhubung kejadian itu. Orang ramai diharap bersabar menanti pengumuman rasmi dan dimohon tidak membuat sebarang andaian sendiri bagi menghormati keluarga mangsa dan penyiasatan. ~mg





Iklan C (ii)




Ranking UiTM Jatuh Teruk.. Ini Puncanya

Posted: 15 Dec 2013 06:14 PM PST

Kerajaan seharusnya menilai semula peranan Universiti Teknologi Mara (UiTM) setelah kedudukan universiti itu mencatatkan kemerosotan di peringkat tempatan dan antarabangsa, kata Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Bekas Naib Canselor UiTM itu berkata, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi membincangkan masalah itu dan tekanan dihadapi pensyarah antara faktor penyumbang kemerosotan kedudukan universiti itu.

"Daripada segi kedudukan, kita jatuh teruk. Begitu juga di peringkat kebangsaan. Ini saya bimbang. Tiada makna bermegah UiTM sebagai universiti Melayu terbesar dunia jika kualitinya menurun dan tidak dihormati sebagai sebuah universiti.

"Pensyarah berkebolehan tinggi tetapi ada faktor lain yang menjadikan mereka kurang berkesan. Maka kerajaan perlu meneliti kemerosotan perkara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

QS World University Rankings pada September mengumumkan kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi 2013 dan UiTM berada di antara kedudukan 700, merosot 100 anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

Lima universiti tempatan lain yang mencatatkan penurunan adalah Universiti Malaya berada di kedudukan 167, Universiti Kebangsaan Malaysia (269), Universiti Sains Malaysia (355), Universiti Putra Malaysia (411), Universiti Islam Antarabangsa (501) manakala Universiti Teknologi Malaysia naik tiga anak tangga ke kedudukan (355).

Ketika ditanya adakah kemerosotan prestasi UiTM itu disebabkan kualiti rendah tenaga pengajarnya, Ibrahim berkata: "Itu tiada kena-mengena. Masa saya menjadi naib canselor, situasinya sama iaitu pelajar 100% Melayu Bumiputera tetapi pada 2007 hingga 2009, UiTM menjadi universiti teratas setaraf universiti tempatan malah pada suatu ketika dikatakan lebih hebat."

Ibrahim berkata, tekanan pensyarah juga perlu diambil kira selain motivasi pendidik itu yang dikatakan semakin menurun.

Katanya, selaku ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang baru dilantik, beliau berhasrat melakukan penambahbaikan kepada UiTM sekiranya diberikan peluang.

"Mungkin pensyarah berasa tertekan dan motivasi menurun. Saya tak pasti. Kita perlu kaji dan bangkit semula.

"Saya sebagai MT, kalau diberikan peranan saya ingin membantu memastikan UiTM bangkit semula daripada segi budaya universiti yang saya nampak semakin menurun," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan program pemerkasaan ekonomi Bumiputera pada September berkata, pengambilan pelajar UiTM akan ditambah kepada 250,000 menjelang 2020 sebagai sebahagian perancangan melahirkan modal insan Bumiputera berkualiti tinggi sekali gus menjayakan hasrat memperkasa ekonomi kaum majoriti itu.

Najib berkata, serentak dengan penetapan pengambilan itu, beberapa kampus baru cawangan UiTM akan dibangunkan di seluruh negara agar dapat menampung penambahan jumlah pelajar seperti disasarkan.

Ibrahim berkata, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi mengenalpasti permasalahan yang sedang berlaku kepada universiti itu.

"Sebabnya saya tahu. Memang banyak. Kerajaan kena teliti semula. Jika kerajaan ikhlas untuk memperbaiki UiTM, sila menilai kembali UiTM pada hari ini apa sebab kita menurun.

"Satu jawatankuasa khas perlu melihat perkara itu. Saya ingin melihat UiTM menjadi universiti terulung. Kita tak mahu melihat kualiti UiTM makin lama makin menurun dan kita nampaknya tidak sehebat dahulu lagi. Itu saya bimbang," katanya.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, ketika ditemui pada September berkata, UiTM tidak mengejar kedudukan dan tidak pernah meminta untuk dinilai bagi berada di dalam kedudukan tersebut.

Katanya, salah satu faktor yang diambil kira dalam penilaian adalah bilangan pelajar antarabangsa sebaliknya UiTM membuka ruang seluas-luasnya kepada 200,000 pelajarnya yang menyebabkan universiti itu kurang daripada segi pemarkahan.

"Universiti lain yang tersenarai hanya ada 20,000 pelajar. Mana boleh disamakan dengan kita. UiTM ada program diploma dan pensyarahnya pula kebanyakan berkelayakan sarjana sahaja.

"Bilangan pensyarah kelulusan sarjana lebih tinggi daripada doktor falsafah, itu sebabnya dikurangkan markah. Tujuan kita jelas mahu meramaikan kakitangan separa professional," katanya.

Beliau turut menyelar pihak yang memperlekehkan kemerosotan kedudukan universiti itu dengan berkata: "Siapa kata ranking kita jatuh, ilmunya kurang. Apabila ilmu cetek, cakap banyak, orang label kurang pintar. Kaji baik-baik, baru tahu apa bezanya. Orang tidak tahu pasal ranking jangan cakap. Yang boleh cakap pasal ranking, hanya ahli akademik." ~tmi




Iklan C (ii)




Rupanya Ini Helah Kerajaan Umno BN Untuk Naikkan Kadar Tol

Posted: 15 Dec 2013 06:07 PM PST

Kerajaan menggunakan helah untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli,

Beliau berkata, kerajaan sengaja menjadikan perjanjian konsesi dengan syarikat konsesi lebuh raya sebagai alasan utama menaikkan kadar tol, sedangkan perkara itu masih boleh dirundingkan.

"Pihak kerajaan boleh berunding dengan pihak konsesi sebagai jalan mudah untuk tidak membebankan mereka dan rakyat.

"Jangan gunakan alasan bahawa pihak mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana perkara berkaitan kenaikan tol ini sudah terkandung dalam perjanjian," katanya kepada Suara Keadilan.

Rafizi berkata, kerajaan sepatutnya tegas menyekat kenaikan tersebut kerana lebuhraya yang bertol juga dibiayai oleh pinjaman mudah kerajaan.

"Pembinaan lebuhraya turut melibatkan geran atau pinjaman yang disediakan oleh kerajaan kepada konsesi-konsesi yang terlibat. Maka, kerajaan berhak untuk turut serta membuat keputusan dan menghalang kenaikan yang memang membebankan rakyat," tegasnya.

Tambahnya, beberapa konsesi lebuh raya turut dimiliki oleh kerajaan dan sebahagian yang lain telah mencatatkan keuntungan besar dari kutipan tol.

"Konsesi lebuhraya seperti Plus Expressway Berhad dimiliki oleh kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional.

"Walaupun konsesi lain bukan milikan sepenuhnya oleh kerajaan, tetapi sebahagian besar pemegang sahamnya adalah milik pihak kerajaan melalui kroni mereka.

"Kenaikan tol menyebabkan semakin banyak duit yang masuk ke poket mereka dengan mengutip hasil daripada rakyat sebagai pengguna tol," ujarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar pada 14 Disember berkata kadar tol akan dinaikkan sebagai memenuhi perjanjian dengan konsesi.

Kenaikan itu katanya untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang membayar pampasan sebanyak RM400 juta dan untuk berlaku adil kepada pembayar cukai.

"Rakyat sudah beri subsidi kepada konsesi melalui dana besar dalam pembinaan lebuhraya. Konsesi pun telah mendapat banyak keuntungan hasil kutipan tol.

"Kita menentang sebarang kenaikan tol yang akan berlaku," kata Rafizi yang membidas kenyataan Wahid Omar itu. ~kd






Iklan C (ii)





Tiada ulasan: