Anak Sungai Derhaka |
- Video Klip Anggota Polis Lempang Warga Asing Tersebar
- Kritik artis PR di AIM20: Zed Zaidi tidak waras dan minda sempit kata Dayangku Intan
- Rosmah Mansor dedahkan sebab beliau guna Jet Kerajaan macam Jet sendiri..
- SPAD jamin kenaikkan tambang Bas Sekolah tak bebankan rakyat..
- Bila 'Rumah Mampu Milik' menjadi 'Rumah Tak Mampu Milik'.. YB pun lari?
Video Klip Anggota Polis Lempang Warga Asing Tersebar Posted: 16 Dec 2013 07:14 AM PST Sebuah klip video menunjukkan seorang polis bertindak mengasari dua lelaki di tepi jalan, tersebar di laman sosial Facebook. Dalam klip video itu, anggota polis itu dilihat menjerit dan menampar salah seorang daripada mereka. Dia kemudiannya meminta dokumen peribadi daripada kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai warga asing. Ketika dihubungi, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata anggota polis itu bertugas di balai polis Bayan Baru sebelum dia dipindahkan dengan serta-merta ke pusat operasi di ibu pejabat polis daerah Balik Pulau. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM. "Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang. "Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," tegasnya. Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lalu yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri. Kejadian dipercayai berlaku di depan sebuah klinik swasta di Bayan Baru lapor mStar Video berkenaan sila lihat di SINI |
Kritik artis PR di AIM20: Zed Zaidi tidak waras dan minda sempit kata Dayangku Intan Posted: 16 Dec 2013 04:00 AM PST Kehadiran Dayangku Intan dalam majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada malam Sabtu lalu menimbulkan rasa tidak puas hati kebanyakkan macai. Ini dipercayai disebabkan kedangkalan fikiran mereka, oleh itu mereka merasakan majlis tersebut adalah majlis milik UMNO/BN, oleh itu sesiapa sahaja artis yang tidak menyokong UMNO/BN tidak wajar dijemput ke majlis tersebut. Ada antara mereka yang mempersoalkan apakah sudah tidak ada penyanyi lain selain Dayang yang tidak menghentam kerajaan untuk dijemput oleh AIM? Apakah dah tak ada penyanyi lain yang tidak menghentam kerajaan untuk pihak AIM 20 pilih..? Terlalu istimewakah Dayangku Intan dihati AIM 20...? Masih ramai penyanyi wanita yang lain era 80an malah kualiti vokal mereka jauh lebih baik seperti Sheila Majid, Francesca Peter, Azlina Aziz, Rohana Jalil kenapa tidak diberikan ruang. Kerana bengap ada juga yang mempersoalkan apa rasionalnya Dayang dijemput sedangkan Dayang kononnya sudah dilupakan dalam industri muzik negara.. Minah nie sudah dilupakan dalam industri muzik negara kita, kalau tidak kerana dia menyertai pkr dan berceramah di pentas pembangkang dengan memfitnah umno/bn dan najib, dia sudah menjadi tukun dan terus di lupakan... Jadi apa rasionalnya untuk minah tu dapat anugerah AIM? Mungkin penganjur AIM ini cukup berminat dengan cara dayang ku intan memaki hamun kerajaan dan najib, jadi untuk menghargai jasa dayang ku intan yang sedikit sebanyak memberi kemenangan kepada pakatan pada pru lepas, maka satu anugerah di berikan kepada dia, walhal semua orang tahu, lagu dayang ku intan tak la meletop mane pun... Bukan saja macai.. tetapi Zed Zaidi yang baru kehilangan jawatannya turut mempersoalkan kehadiran Dayangku Intan ke majlis tersebut.. Berikut adalah jawapan Dayangku Intan buat Zed Zaidi.. Fikiran Zed Zaidi tidak waras - Dayangku Intan Penyanyi Dayangku Intan yang pernah menjadi calon sebuah parti politik melabelkan Zed Zaidi sebagai gila publisiti murahan apabila bekas Presiden Seniman itu menerusi laman sosial mengkritik artis yang menyokong Pas dan PKR turut dijemput pada majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada malam Sabtu lalu. Jelas Dayangku Intan, artis seperti Zed Zaidi sepatutnya tidak wujud dalam industri seni di negara ini kerana memiliki fikiran yang tidak waras dan minda sempit. Tegas penyanyi popular era 80-an itu, politik dan nyanyian merupakan dua perkara berbeza dan dia ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut. "Dalam seni, politik tidak boleh dicampur-aduk. Isu sokong parti mana-mana, itu lain cerita. Orang macam Zed Zaidi ini tidak mempunyai fikiran waras. "Orang macam dia macam dah gila talak pasal dah tak ada jawatan dalam persatuan, sebab itu dia cari publisiti murahan," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini. AIM20 pada Sabtu lalu menyaksikan Dayangku Intan tampil berduet dengan Jay Jay menerusi lagu Kita Insan Biasa pada segmen penutup. Dayang Ku Intan merupakan calon PKR dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu. Artis lain yang dikatakan berpihak kepada parti pembangkang dan muncul di AIM20 adalah penyanyi Noryn Aziz sebagai penyampai anugerah dan penulis lirik Budi Hikayat yang menerima anugerah pada malam itu.--MalaysiaGazette |
Rosmah Mansor dedahkan sebab beliau guna Jet Kerajaan macam Jet sendiri.. Posted: 15 Dec 2013 11:19 PM PST Ketika isu Rosmah Mansor menggunakan Jet Eksekutif Kerajaan seperti hartanya sendiri, beliau dilaporkan berkata tidak akan komen mengenai perkara ini.. Rosmah yang ditemui di majlis pecah tanah di Sentul, Kuala Lumpur 21 November lalu, berkata beliau sangat gembira dan tidak akan memberikan komen berhubung perkara itu. "Saya tidak mahu bercakap tentang ini, saya tidak mempunyai komen dan tidak mahu merendahkan diri saya seperti mereka. Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya," katanya. Apabila diminta penjelasan lanjut Rosmah meminta pemberita mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.. laporannya sila baca di SINI Mungkin ketika beliau ditanya oleh wartawan ketika isu itu masih panas, skrip jawapannya masih belum siap lagi.. jadi setelah skripnya siap berjela-jela pulak penjelasannya.. Paling menarik ialah Rosmah mendakwa beliau telh menggunakan Jet milik Kerajaan itu, sebelum Najib menjadi Perdana Menteri lagi... Bacalah jawapan Rosmah Mansor ini.. ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tenang ketika ditanya kontroversi penggunaan jet ke Qatar Beliau menghuraikan satu persatu jadual kerjanya dan mengapa beliau berada di Qatar, Dubai, Sri Lanka dan akhir sekali Bangladesh. Semuanya kerana kerja bukan untuk suka-suka. Semuanya dilakukan mengikut prosedur. Dari Langkawi Rosmah terbang ke Qatar bagi memenuhi undangan untuk menyertai Qatar International Businesswomen Forum yang keempat. Beliau dijemput menerusi kedutaan Qatar di Malaysia yang kemudian dipanjangkan ke Wisma Putra dan dirujuk ke Kabinet. Di Qatar, isteri Perdana Menteri diberi penghormatan menyampaikan ucaptama bertajuk The Empowerment of Malaysia Women dan juga dikurniakan anugerah. "Dalam ucaptama itu saya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Tak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati. "Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat," katanya. Sementelah diberi penghormatan berada di pentas forum itu, Rosmah mengambil kesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani. Kunjungannya itu turut menerima kritikan. " Sebagai tetamu adakah salah saya memohon mengunjungi Perdana Menteri sebagai menghormati tuan rumah. Jika isteri Perdana Menteri negara-negara lain datang ke Malaysia, mereka akan melakukan perkara yang sama," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di kediamannya baru-baru ini. Jadual Rosmah di Qatar sememangnya padat. Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Sheikha Moza Nasser yang merupakan Pengerusi Yayasan Qatar . Kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Sheikha Alanoud juga dilaksanakan. Ditanya dakwaan kononnya beliau menggunakan jet kerajaan untuk menonton pertunjukan fesyen, Rosmah memberitahu, pertunjukan fesyen itu anjuran rakyat Malaysia, dan beliau dijemput kerana kebetulan berada di Qatar atas urusan rasmi. Katanya, isteri Perdana Menteri Qatar telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis anjuran rakyat Malaysia di situ, salahkah beliau sebagai isteri pemimpin negara yang kebetulan ada di situ dan dijemput "Saya bukan ke Qatar kerana pertunjukan fesyen. Saya berada di Qatar atas jemputan rasmi dan menonton pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia kerana dijemput. Saya juga mahu menyokong usaha rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada" katanya. Isteri Perdana Menteri kemudiannya terbang ke Dubai bagi memenuhi undangan Princess Haya. Di Dubai berlangsung beberapa agenda termasuk membantu kerajaan di situ merealisasikan impian mahu melaksanakan program seperti PERMATA. Satu majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Permata Pintar yang dikendalikan UKM dan Alliance International Investment berlangsung semasa Rosmah berada di Dubai. "Satu lagi kebanggaan apabila Malaysia menjadi rujukan malah program Permata menjadi model ikutan beberapa negara termasuk UAE," kata Rosmah. Di Dubai, Rosmah turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Princess Haya dan Sheikha Fatma Mubarak iaitu Mother of The Nation UAE. Beliau turut dijemput mengadakan lawatan ke Dubai Humanitarian City dan Dubai Healthcare City yang menempatkan pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta badan-badan kemanusian antarabangsa . Perbincangan antara delegasi Malaysia dan UAE turut berkisar kepada tawaran hasrat mereka mahu membuka cawangan di Malaysia sebagai hub di rantau ini. Mereka turut bertukar pandangan mengenai penyelidikan autisme. "Kita explore pelbagai kemungkinan dan membina persahabatan untuk menarik perhatian mereka tentang peluang yang ada di Malaysia. Dan Alhamdulillah mereka menerima kita secara positif malah mahu membuka cawangan di negara kita sebaga wakil mereka di rantau ini," katanya. Ditanya mengapa tidak menggunakan pesawat komersial, Rosmah tersenyum. Katanya, isu itu tidak pernah timbul sebelum ini kerana setiap apa yang beliau lakukan mesti dirujuk kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan. Kabinet, katanya, mengambil kira pelbagai faktor terutamanya keselamatan dan masa. ``Kita bergerak mengikut jadual, apatah lagi sesuatu program itu disediakan oleh tuan rumah, kita mesti menepati masa," katanya sambil memberitahu kemudahan jet kerajaan itu telah ada sejak sebelum Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Menurut Rosmah jadualnya padat tidak memungkinkan beliau menaiki pesawat komersial, dan beliau bukannya bersenang lenang apabila berada di satu-satu negara sebaliknya akan memastikan setiap masa terisi dengan program berfaedah. Dan tidak semua negara menyediakan penerbangan ke satu-satu negara secara kerap, malah adakalanya hanya satu penerbangan untuk satu destinasi setiap hari. Misalnya hanya terdapat satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo, begitu juga Kuala Lumpur ke Dhaka seperti mana juga Dubai - Colombo dan Dubai ke Dhaka. Dari Dubai, Rosmah berangkat ke Sri Lanka dan tiba di Colombo lewat malam dan seawal pagi menyertai Perdana Menteri menghadiri majlis perasmian CHOGM dan selesai CHOGM mereka ke Bangladesh untuk lawatan negara. Di Bangladesh, Malaysia turut menghulurkan bantuan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing. Bukan mengungkit, tetapi hubungan erat Rosmah dengan isteri-isteri pemimpin luar negara ada masanya memberi kelebihan bukan untuk dirinya tetapi untuk rakyat Malaysia. Kes penghantaran pulang kira-kira 8,000 pelajar Malaysia di Mesir ketika negara itu bergolak misalnya berjaya diselesaikan apabila beliau menghubungi keluarga diraja Arab Saudi sehingga akhirnya mereka dibenarkan mendarat di Jeddah dan diberi visa sebelum dihantar pulang ke Malaysia. Begitu juga apabila seorang pelajar Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi hampir dipenjarakan di Rafah kerana disangkakan spy sedangkan penuntut berkenaan menyertai konvoi anggota kemanusiaan Viva Palestina untuk mengambil gambar sepanjang perjalanan konvoi itu ke Gaza. "Saya menghubungi Suzzane Mubarak memberitahu pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan, ibu bapanya bimbang dan pelbagai alasan lagi. Ketika itu fokus saya adalah untuk membebaskan pelajar berkenaan dan akhirnya dia dibebaskan dapat dapat kembali meneruskan pengajian," katanya. Bapa kepada pelajar berkenaan Dr Azmi Mohd Ghazali turut mengucapkan terima kasih kepada Rosmah Azmi berkata, beliau sekeluarga amat berterima kasih kepada usaha isteri Perdana Menteri dan Kedutaan Malaysia di Mesir yang berjaya membebaskan anaknya itu. "Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi kain orang lain. Dan jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tak mengata orang, tak memburukkan pembangkang," katanya. Menurut Rosmah, apa yang dilakukan adalah sumbangannya untuk kesejahteraan negara dan beliau percaya mana-mana isteri pemimpin jika dijemput untuk berkongsi pengalaman tentang kejayaan negara mereka akan berbuat demikian. Dan adalah pemandangan biasa isteri-isteri pemimpin dunia menggunakan jet kerajaan masing-masing kerana pelbagai faktor waima negara seperti Bangladesh, Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja dan Sri Lanka pun berbuat demikian. "Apa yang saya lakukan kerana Allah, yang lain-lain saya tak fikir. Biarlah mereka memfitnah, menuduh dan memburuk-burukkan saya," katanya. -- MalaysiaGazette ... Tapi dia tak jawabpun.. semua yang dia lakukan itu atas kapasiti apa? dan siapa yang lantik dia untuk buat semua itu? Bagaimanapun perlu kita akui, skrip penjelasan ini lebih baik dari skrip 'Rosamah jumpa kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi'.. bacalah di SINI |
SPAD jamin kenaikkan tambang Bas Sekolah tak bebankan rakyat.. Posted: 15 Dec 2013 08:35 PM PST Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan, kadar caj tambang bas sekolah yang baru akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2014 bermula tidak akan membebankan rakyat. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya masih mengkaji kadar yang sesuai, walaupun berdepan desakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia yang mahu kenaikan 40 peratus mulai Januari ini. "Sebarang kadar kenaikan adalah dalam bidang kuasa SPAD dan pengusaha bas sekolah seharusnya tidak membuat keputusan sendiri tanpa berbincang bersama terlebih dulu," ujar Syed Hamid dipetik sebuah akhbar. Terdahulu, di Muar, Johor, mesyuarat Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia sebulat suara meluluskan kenaikan tambang sebanyak 40 peratus mulai Januari ini, dengan mendakwa mereka berdepan kos operasi yang tinggi. Presidennya, Amali Munif Rahmat berkata, kadar baru itu diambil kira dengan pelbagai kos termasuk tayar, baik pulih bas, bahan api, pekerja dan servis yang dikenakan terhadap pengusaha bas. Katanya, usul yang dipersetujui dalam mesyuarat persatuan itu, akan diteruskan jika SPAD tidak mengambil keputusan muktamad mengumumkan sebarang kenaikan tambang yang sepatutnya dilakukan. Akhbar itu turut memetik reaksi awal Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang berkata, kenaikan tambang yang dituntut pengusaha bas terbabit tidak wajar, malah membebankan lagi ibu bapa, terutama yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah. "Kami selaku ibu bapa membantah keras dengan kenaikan tambang 40 peratus kerana jumlah itu terlalu tinggi dan tidak wajar berbanding beban yang akan dialami pihak ibu bapa yang menanggung anak bersekolah menaiki pengangkutan terbabit. "Saya mohon SPAD mengambil tindakan tegas dan sewajarnya jika mereka masih berdegil untuk menaikkan tambang tanpa kelulusan badan itu," katanya. Kali terakhir tambang bas sekolah dikaji pada 2009 ~ Sinar Harian |
Bila 'Rumah Mampu Milik' menjadi 'Rumah Tak Mampu Milik'.. YB pun lari? Posted: 15 Dec 2013 04:30 PM PST Betapa kecewanya mereka bila rumah mampu milik yang ditawarkan oleh kerajaan negeri menjadi rumah yang hanya mampu dilihat. Ini kerana rumah mampu milik yang ditawarkan itu menyatakan harganya pada risalah ialah RM72,500 tetapi apabila surat tawaran tersebut diajukan kepada pemaju untuk tujuan pengesahan penerimaan tawaran harga sebenar bukanlah RM72,500 tetapi RM165,500. Harga tersebut meningkat kerana menurut pemaju mereka telah melakukan pengubahsuaian pada kos RM59 hingga ke RM65,000 dan ditambah dengan harga bagi lot 'parking' RM28,000 hingga RM30,000. Lebih malang lagi buat mereka bilamana Exco yang terbabit seolah-olah cuba melarikan diri dari berhadapan dengan mereka bagi membantu menyelesaikan kebuntuan mereka. Malah pembantunya yang dihubungi apabila diterangkan kronologi peristiwa mengenai rumah mampu milik yang tak mampu dimiliki itu, mendakwa pihaknya sedar akan perkara itu kerana banyak aduan telah diterima mengenai projek perumahan itu. Katanya "Jika terbukti dakwaan itu benar, pihak kerajaan negeri boleh menyekat pengeluaran sijil menduduki (CF) bagi projek tersebut. Bila ditanya pembeli, apa yang perlu dilakukan oleh pembeli buat masa sekarang?.. katanya "Tuan perlu korbankan RM16,500 sebagai bayaran pendahuluan.. Tak ke bodoh namanya itu.. bayar RM16,500 untuk sesuatu yang tak pasti.. apa akan jadi dengan RM16,500 itu jika sijil menduduki tidak dikeluarkan oleh kerajaan? Bila ditanya bila boleh berjumpa dengan YB Exco perumahan itu, jawabnya pula "Buat masa sekarang YB sibuk, bagaimanapun kita akan tetapkan satu waktu untuk perjumpaan dengan pembeli-pembeli.. Oooo.. masa kempen pilihanraya dulu sibuk macam manapun sampai pukul dua atau tiga pagi masih sanggup turun padang jumpa pengundi.. sekarang? Apa dah jadi sebenarnya dengan projek ini?.. siapa dibelakangnya sebenarnya hinggakan pemaju begitu angkuh dan boleh berkata "Kalau tak mahu boleh tolak..." Sedangkan mereka telah menjadikan para pembeli yang memang amat mengharapkan rumah mampu milik itu merasa tertipu.. Rentetan dari itu, sekumpulan pembeli telah hadir ke pekarangan Dun bagi mendapatkan kepastian mengenai permohonan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.. GEORGETOWN - Kira-kira 100 pembeli rumah kos rendah di Jalan Permai, Bukit Gambir hadir ke pekarangan Dun bagi mendapatkan kepastian mengenai permohonan mendapat bantuan dari kerajaan negeri. Mereka yang tiba di luar pintu pagar Dun meluahkan perasaan tidak puas hati apabila terpaksa menunggu di pejabat pemaju sejak pagi semalam tanpa kehadiran wakil dari pejabat Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan seperti yang dijanjikan. Wakil pembeli, Mohd Amin Abdul Kadir berkata, mereka diminta menunggu di pejabat syarikat pemaju berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari Dun sejak jam 8 pagi namun tiada wakil yang muncul. "Kami rasa dipermainkan kerana wakil kerajaan negeri tidak hadir seperti yang dijanjikan. Kami sebagai rakyat memerlukan campur tangan wakil rakyat berikutan masalah kami seolah-olah ditipu pemaju. "Kami tunggu di pejabat pemaju sejak jam 8 pagi, namun sehingga jam 3 petang, tiada wakil kerajaan negeri muncul sedangkan mereka dah janji. Mereka yang bagi tarikh supaya kami ke sana pada hari ini (semalam) untuk berbincang namun difahamkan wakil Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan, ada mesyuarat sebab itu kami ambil keputusan untuk datang ke sini," katanya kepada media. Menurutnya, mereka terkilan kerana sebelum ini kerajaan negeri pernah berjanji akan membantu untuk menyelesaikannya namun tidak seperti dijanjikan. Kumpulan itu kemudian beredar selepas 15 minit berkumpul di hadapan Dun dan berpuas hati dengan tindakan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee yang berjanji akan membawa masalah mereka kepada Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan, Jagdeep Singh Deo untuk diselesaikan. Terdahulu, kumpulan itu meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tawaran yang diberikan pemaju di pejabat Jagdeep, 3 Disember lalu. Difahamkan, kesemua mereka tidak berpuas hati dengan pemaju pangsapuri Centrio Avenue yang menawarkan pengubahsuaian pada rumah berkenaan dengan harga yang tinggi tanpa mendapat persetujuan mereka dengan kos kos RM59,000 serta mengenakan caj lot meletak kereta sehingga RM30,000. Pangsapuri yang mempunyai 31 tingkat dan berkeluasan 650 kaki persegi serta mengandungi 780 unit itu dijangka dapat diduduki pada Mac tahun depan lapor Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan