Ahad, 29 Disember 2013

Biaqpila

Biaqpila


BERITA TERKINI TV3SUKU:SASPEK NAK GULING KERAJAAN DIBERKAS HOHO

Posted: 29 Dec 2013 01:06 AM PST

SAMM NAK SAMAN TIMBALAN KETUA POLIS KL?

Posted: 28 Dec 2013 09:56 PM PST

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata beliau bercadang untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas  timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh atas tuduhan yang mengaitkan beliau dan NGO tersebut 'himpunan guling kerajaan' pada malam 31 Disember.

Katanya beliau juga akan memulakan saman ke atas agensi media yang menyiarkan fitnah dan propaganda tersebut.

“Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu perancangan mengebom dan sebagainya,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataannya hari ini.

SAMM menegaskan berulang kali bahawa himpunan tersebut adalah protes aman ke atas kenaikan kos sara hidup dan bukannya tindakan keganasan untuk mengguling kerajaan, katanya lagi.

“Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan  propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos sara hidup sebagai 'himpunan guling kerajaan.

“Maka media perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan,” katanya lagi.

Beliau mendakwa, Amar Singh turut menuduh SAMM menyimpan bom tangan.

“Datuk Amar Singh Ishar Singh telah buat sidang media seolah-olah ada maklumat gempar, seperti menjadi lidah kepada propaganda jahat tersebut apabila menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama (saya) dan gerakan SAMM sebagai terlibat anjur himpunan guling kerajaan pada malam tahun baru, dikaitkan pula konon punya simpanan bom tangan dan sebagainya," katanya.

Beliau turut menuntut agar Amar Singh meminta maaf dan menarik balik tuduhan.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

“Isnin ini, saya dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya.

malaysiakini

LAWAK AHAD: KISAH KASIH SUAMI PADA ISTERI

Posted: 28 Dec 2013 05:00 PM PST



Pak Man adalah seorang penduduk di sebuah kampung. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Man yang usianya menjangkau lima puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Man pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Man begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Man menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh sebab itu setiap hari saya siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Tiada ulasan: