Ahad, 29 Disember 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kisah di sebuah Balai Polis

Posted: 29 Dec 2013 09:47 AM PST

Di suatu malam, di sebuah balai polis, kelihatan seorang imam masjid sedang membuat aduan di situ. 

Sarjan : Boleh bagi tahu siapa nama tuan? 

Imam : Saya Bedul bin Bedal, imam masjid Kampung Dacing 

Sarjan : Nak buat aduan berkenaan apa Tuan Imam? 

Imam : Saya nak buat aduan mengenai adanya beberapa orang berkomplot nak gulingkan saya dari menjadi imam masjid... 

Sarjan : Ada apa-apa bukti? 

Imam : Tadi sewaktu sembahyang Maghrib, sekumpulan jemaah tak mahu meneruskan solat ikut saya waktu roka'at yang ke Empat....Mereka sengaja nak gulingkan saya, tuan.... 

Sarjan : Solat Maghrib? 

Imam : Ya tuan, semasa solat Maghrib ... 

Sarjan : Hmm...Roka'at yang ke Empat? 

Imam : Errr.....Ya! ya! Dan ada orang bagi tau saya, mereka yang nak gulingkan saya tu ada membawa bom; nak letupkan masjid! Masya Allah, tuan....kena tolong saya ni! 

Sarjan : Okey! Okey...Koperal! koperal! panggil wartawan akhbar, saya nak buat sidang akhbar sekarang juga.Masjid kita ni dah terancam!

Tiada ulasan: