Khamis, 26 Disember 2013

Biaqpila

Biaqpila


CARA MEMILIH KATA LALUAN YANG SELAMAT

Posted: 26 Dec 2013 04:00 AM PST



Tips Memilih Kata Laluan (Password) Yang Kuat dan Selamat

Kata laluan adalah satu daripada langkah keselamatan yang digunakan bagi melindungi maklumat peribadi yang disimpan di dalam sesebuah sistem atau aplikasi di internet.

Kecurian identiti, pengodaman, scam, phising dan lain-lain jenayah siber bermula dengan kelemahan penggunaan kata laluan, selain kecuaian daripada pengguna sendiri. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk bagaimana memiliki kata laluan yang kuat dan selamat sekaligus menyukarkan penjenayah siber menceroboh dan menyalahgunakan maklumat peribadi anda.

1. Tidak menggunakan mana-mana bahagian daripada maklumat peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon mahupun haiwan peliharaan di dalam kata laluan seperti "ahmad1902", "kucingcomel". Ini adalah cara yang paling utama digunakan oleh penceroboh untuk meneka kata laluan anda.

2. Menggunakan perkataan dan nombor sebagai pengganti kepada abjad. Contoh: "peanut" kepada P3@NU7 ", "isketambola" kepada "1$K3T@MB0L@".

3. Tidak menggunakan urutan abjad dan nombor seperti "abcdefg" dan "123456".

4. Tidak menggunakan turutan abjad yang terdapat pada papan kekunci (keyboard) seperti "qwertyu" atau "asdfgh".

5. Menggunakan sebanyak karakter yang mungkin, yang mengandungi huruf besar dan kecil, angka dan simbol seperti "d0Nu7_B3s@R".

6. Menjadikan awalan huruf pada satu ayat mudah sebagai kata laluan seperti "Ada 4 subjek yang menjadi kegemaran saya" kepada "@45ymK5".

Ikuti tips seterusnya bagaimana menjaga keselamatan kata laluan anda iaitu:

7. Jadikan sebagai tabiat untuk menukar kata laluan sekerap yang mungkin.

8. Tidak mendedahkannya kepada sesiapa pun termasuk melalui panggilan telefon, e-mel, soalan kaji selidik mahupun mereka yang rapat dengan anda.

9. Tidak menulis atau menyimpan kata laluan tersebut di dalam beg tangan, nota kecil atau menyembunyikannya di bawah papan kekunci. SENTIASA HAFAL kata laluan tersebut.

10. Jika menggunakan kemudahan internet di tempat awam seperti kafe siber misalnya, pastikan anda telah keluar (log out) daripada aplikasi yang digunakan sebelum beredar.

11. Dan akhir sekali, jika anda menesyaki bahawa orang lain mengetahui kata laluan anda, TUKAR SERTA MERTA!

Ini hanya sebahagian daripada tips yang boleh dijadikan panduan. Jika anda ada lagi tips – tips bagaimana memilih dan menjaga keselamatan kata laluan, kongsikan bersama kami. Jadikanlah kepentingan menjaga keselamatan kata laluan ini seperti pentingnya menjaga harta benda yang bernilai.


SUMBER: FB PDRM

BAHANA GADIS KOLEJ BERAKSI LUCAH

Posted: 26 Dec 2013 01:03 AM PST



KOTA BHARU - Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.

Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan 'add friend' daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.

Mereka berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.

"Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.

"Hanya pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss sebaliknya serta wajahnya pula kabur," katanya kepada pemberita, semalam.

Tanpa diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.

"Pengadu kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.

"Nickaah Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank. Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian," katanya.

Azham berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

SH


KUMPULAN REMAJA SERANG KERETA POLIS

Posted: 25 Dec 2013 05:23 PM PST

KUANTAN - Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan Hari Natal bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis  yang berada di sekitar pusat peranginan Pantai Teluk Chempedak, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, sekumpulan remaja terbabit bertindak mengganggu pengguna jalan apabila menyembur buih ke arah kereta yang melalui kawasan tersebut.

Susulan perbuatan kumpulan terbabit, ada pemandu kenderaan terlibat menghubungi pihak polis untuk mengawal dan meleraikan kumpulan remaja itu.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, sebuah kereta peronda bersama dua anggota polis di kerah ke lokasi dan mendapati keadaan sesak dipenuhi orang ramai yang berkumpul di kawasan tersebut.

Menurutnya, kehadiran kereta peronda di kawasan itu gagal menyuraikan kumpulan terbabit sebaliknya mereka bertindak menahan dan menyembur buih sabun dan melontar tin, batu dan botol air mineral ke arah kenderaan polis itu.

“Dua anggota polis dalam kenderaan itu menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan meminta bantuan memandangkan keadaan agak tidak terkawal.

“Susulan kejadian, polis menahan tiga remaja berusia 16 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan,"katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, semua suspek bagaimanapun tiada rekod jenayah namun mereka terpaksa ditahan  reman selama empat hari bermula semalam  hingga Sabtu depan.

Mohd Haris berkata, akibat kejadian kereta peronda mengalami kerosakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta peronda terbabit kemek di bahagian belakang sebelah kiri dan kanan akibat disepak, lampu belakang sebelah kiri retak, cermin depan retak dan berlekuk di bonet depan akibat dibaling objek keras.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan,” katanya.Utama

mobile
sinarharian

Tiada ulasan: