Biaqpila |
Posted: 11 Dec 2013 06:00 AM PST |
5 POLIS BANTUAN MALAYSIA CEDERA DALAM RUSUHAN DI SINGAPURA Posted: 10 Dec 2013 07:03 PM PST Kementerian Luar dalam kenyataan media berkata perkara itu dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Polis Singapura kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. "Lima rakyat Malaysia itu yang bekerja di tiga firma keselamatan utama diambil bertugas oleh kerajaan Singapura untuk membantu polis Singapura dalam operasi berkenaan," menurut kenyataan itu. Selain itu, kata Polis Singapura, seorang rakyat Malaysia turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan terbabit dalam rusuhan itu. Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan menghulurkan bantuan konsular yang perlu kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan diselaraskan bersama pihak berkuasa Singapura. Insiden itu adalah urusan dalaman Singapura dan Wisma Putra sering mengingatkan rakyat Malaysia yang berkunjung, bekerja atau tinggal di luar negara supaya menghormati undang-undang negara tuan rumah, sama seperti Malaysia mengharapkan warga asing yang tinggal di negara ini supaya mematuhi undang-undang di sini, menurut kenyataan itu. Pada Ahad malam, rusuhan tercetus di Little India, susulan kemalangan maut membabitkan seorang warga India berusia 33 tahun. Dalam insiden itu, yang pertama dalam sejarah Singapura sejak merdeka, 27 warga asing dari Asia Selatan ditahan bagi membantu siasatan. Sepuluh anggota polis cedera manakala lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian pula rosak. abn |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan