Rabu, 11 Disember 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Perkara yang menggerunkan Rejim Najib dan gerombolannya ...

Posted: 11 Dec 2013 03:20 PM PST

Polis di Thailand Letak Senjata dan Sertai Penunjuk Perasaan 

Disember 8, 2013 | 
Filed under By: Amanda Froelich, Aktivis benar. 

\
Awal minggu ini di Thailand, satu peristiwa yang mengejutkan telah berlaku. Diperintahkan untuk mengganggu dan menghalang penunjuk perasaan, tetapi sebaliknya, anggota polis telah menyerah kepada penunjuk perasaan yang aman dengan membuka halangan seta menanggalkan shields dan helmet mereka dan meletakannya diatas jalanraya sebagai tanda perpaduan mereka.

Para penunjuk perasaan yang berhimpun menjelaskan bahawa matlamat mereka adalah untuk memusnahkan mesin politik bekas Perdana Menteri Thakskin Shinawatra, yang dituduh rasuah yang berleluasa dan penyalahgunaan kuasa. 

Perdana Menteri yang kini, Yingluck Shinawatra, adalah kakak Thakskin dan dilihat sebagai boneka abangnya. 

Dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan Shinawatra, penunjuk perasaan yang terancang telah menyerang Biro Polis Metropolitan Bangkok. Tindakan ini telah dirancang dan diketuai oleh Suthep Thaugsuban. 

 Tetapi apa yang mengejutkan orang ramai ialah tindakan polis yang sebaliknya. Mereka melucutkan senjata dan menyertai para penunjuk perasaan menandakan satu titik perubahan dalam bantahan dan berpotensi dalam peralihan kuasa. 

 Video berikut memaparkan penggabungan yang berjaya diantara kedua-dua pihak. Ia satu tindakan inspirasi bagi petugas penguatkuasaan undang-undang untuk mengambil inisiatif dan mempertahankan apa yang betul. Perubahan boleh berlaku jika negara-negara lain ikut serta. Sumber

Tiada ulasan: