BRIGED MP SEGAMBUT |
MAT SABU AKAN DITAHAN...APA AKAN JADI DENGAN PAS? Posted: 07 Dec 2013 06:30 AM PST Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah. "Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama. Dalam Muktamar PAS ke 59 baru-baru ini, Mohamad Sabu berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden selepas menewaskan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – 7 Disember, 2013. |
LANGKAH BIJAK UMNO:GOLONGAN AGAMAWAN BENTENG KUASA.. Posted: 07 Dec 2013 12:04 AM PST Langkah transformasi yang dilaksana oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dengan meletakkan golongan agamawan di peringkat kepimpinan tertinggi parti perlu dilaksana di semua peringkat. Wakil Kelantan Ahmad Termizi Musa dari Umno Bahagian Ketereh, berkata Umno di peringkat cawangan, bahagian dan negeri perlu mencontohi langkah Umno pusat itu.Beliau berkata golongan agamawan seperti tokoh agama tempatan, guru agama serta guru pondok perlu didekati dan ditarik akar umbi Umno untuk bersama memperkukuh perjuangan Islam dalam parti itu di peringkat itu. "Jangan ada antara kita yang menutup ruang kepada agamawan menyertai kita untuk kukuhkan perjuangan parti yang sentiasa pada landasan Islam dan lupakanlah kepentingan diri untuk Islam utuh menjadi tonggak parti," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Najib yang juga Perdana Menteri, baru-baru ini melantik dua agamawan iaitu pendakwah terkenal Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi mengangotai Majlis Teringgi Umno. Bagaimanapun Mohammad Kazim menolak tawaran itu. Ahmad Termizi menyifatkan tindakan pembangkang melempar tomahan liar terhadap pelantikan Mohammad Kazim sebagai tindakan terdesak pihak yang gusar dengan transformasi yang dilaksanakan Najib. "Pembangkang terutamanya PAS takut hilang pengaruh dan kecundang dalam perjuangan yang mereka dakwa perjuangan Islam sebenar...mereka dakwa agamawan sertai Umno telah 'dimakan serigala' tetapi hakikatnya serigala sebenar iaitu PAS yang mahu mengelirukan rakyat," katanya. Beliau berkata usaha transformasi itu tidak akan dapat mencerahkan imej Umno sebagai pejuang Islam dengan sekelip mata, sebaliknya usaha berterusan daripada pemimpin dan anggota semua peringkat diperlukan bagi merealisasikan perkara tersebut. Sementara itu, Ahmad Termizi berkata lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama perlu diwujudkan di Kelantan bagi menampung permintaan daripada ibu bapa yang inginkan pendidikan akademik berasaskan Islam. "Saban tahun kita menerima lebih 5,000 permohonan tetapi pada masa sekarang enam sekolah di Kelantan hanya dapat menampung 1,210 pelajar...kita minta ada 14 sekolah untuk tampung permintaan itu," katanya. Beliau berkata sekiranya permintaan itu tidak dapat dipenuhi, ibu bapa itu akan menghantar anak mereka di sekolah agama kerajaan negeri atau tahfiz swasta yang dakwanya tidak melaksanakan silibus pendidikan kebangsaan sebenar, malah menjadi 'kilang' untuk pembangkang melahirkan generasi baharu mereka. - Bernama, 7 Disember, 2013. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan