Rabu, 4 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib kata Pendidikan Di Malaysia Terbaik, Muhyiddin kata ke 14 terbaik.. tapi hasilnya.. tengoklah..

Posted: 04 Dec 2013 06:34 AM PST


"Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya saing negara.

"Saya yakin dan percaya dengan adanya usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan kualiti modal insan yang dilahirkan, kita akan dapat meningkatkan lagi kedudukan negara kita dalam indeks daya saing global pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012.

Beliau berkata demikian mengulas Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF)yang mengatakan dari segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean ~ sila baca di (SINI)

Itu kata Muhyiddin...

Najib pula berkata sistem pendidikan di negara ini lebih baik daripada sistem diamalkan di negara maju kerana ia memberi peluang kepada semua orang menjadi insan yang berjaya tanpa mengira kedudukan.


TERBAIK.. Terbaiklah sangat.. hasilnya baca nih!

..... Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara termasuk di belakang Vietnam dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) dan ia sangat mengejutkan, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian itu sementara Singapura dan Thailand di depan Malaysia.

PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.

PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang baru diumumkan:


Opps! sekejap tadi di Malaysiakini ada macai kata Rafizi olah sendiri jadual ni, nanti ada pulak macai ulang benda yang sama kat sini..

Ini dari PISA.. tengoklah dimana kedudukan negara kita..

Untuk lebih jelas sila downloads dari SINI

Kita sambung semula laporan dari The Malaysian Insider..

"Ini satu keputusan yang sangat mengejutkan apabila terbukti mutu dan keberkesanan sistem persekolahan kita ternyata jauh ditinggalkan oleh Vietnam, sedangkan Vietnam pernah dimusnahkan dalam peperangan dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia," kata Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, Malaysia dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah di negara maju dan Eropah.

Pada 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga ke-8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain.

"Sudah tentu menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad, infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil daripada Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan sekolahnya sedemikian rupa," katanya.. laporan penuh sila baca di SINI


.... Terbaiklah sangat...

Apa guna berbangga denga sistem pendidikan yang terbaik didunia kalau hasilnya berada ditangga kedua tercorot di Asia Tenggara?

Atau ini memang dirancang supaya negara menghasilkan generasi yang kurang bijak.. ya lah.. kalau kurang bijak tu mudahlah untuk diperbodohkan oleh pemimpin UMNO yang ada supaya mereka kekal berkuasa...

Ustaz Kazim dedahkan sebab beliau tak hingin jadi Ahli MT UMNO..

Posted: 04 Dec 2013 01:59 AM PST


Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya. - Bernama

Catatan Pilu, Yang Amat Menyayat Hati Dari Hati Seorang Ahli UMNO... bacalah!

Posted: 03 Dec 2013 08:02 PM PST


Surat yang meluahkan isi hati seorang penyokong tegar UMNO ini asalnya disiarkan oleh sebuah Blog Pro UMNO yang boleh dianggap sebagai otai dalam UMNO..

Dalam surat ini penyokong tegar yang juga ahli UMNO sejak berumur 18 tahun lagi meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang jelas telah memungkiri janji-janjinya sebelum pilihanraya tempoh hari..

Korang bacalah... sedih oooo....


Assalamualaikum Pak Syed.

Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim, agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat.

Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.

Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun

(Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.

Setelah sekian lama, baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur. Sayu, bimbang, kasih, marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.

Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.

Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan insyaallah selamanya. Ini amanah datuk nenek saya. Saya genggam erat amanah ini. Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa kali berjabat salam dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.

Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti, bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.

Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan ' merasa denyut nadi rakyat '. Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO , bercakap tentang hasrat dan cita cita parti. Arahala negara ke mana hendak dibawa.

Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya, pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.

Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri Besar , tidak pernah. Maka sayapun mula rasa keliru, adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata. UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu.

UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa depan melayu, UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.

Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dsn berisi. Hebat politik UMNO ni.

Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama. Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan. Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.

Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.

Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima. Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala tanggungjawab dilaksanakan.

Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit. Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel, menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program. Maaf, saya kedengaran seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India.

Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.

Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan. Program semakin banyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan. Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport dari India)

Merokok adalah amalan tidak sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok. Kata mereka rokok OK ini, nyamukpun pengsan kerana asapnya.

Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.

Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah berlaku.

UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga kini tiada apa sebenarnya, tiada.

Yang diumumkan kenaikan harga minyak. Yang diumumkan kenaikan harga gula. Yang diumumkan kenaikan harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik. Kami terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.

Kami telah gagal mengotakan janji. Kami menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.

Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri, saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung. Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan. Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa.

Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu diperuntukkan.

Ada orang memberitahu saya, Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya nyatakan. Dalam Parlimenpun namanya disebut mengguna ' jet peribadi untuk lawan peribadi keluar negara '.

Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan. Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami di cawangan cawangan.

Anak anak kami celik maklumat. Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri. Diam bermakna benar. Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.

Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.

Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ?

Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.

Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.

Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.

Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.

Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.

Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong.

Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.

Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.

PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!

Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"

Sumber surat dari SINI


Sedihnyaaaaaa.... kah.. kah.. kah...

Dah kena kencing tunggu apa lagi?.. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO...

Erma Fatima Bayar Tuntutan Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen..

Posted: 03 Dec 2013 06:03 PM PST


Jangan salah anggap... Aku siarkan laporan ini bukan kerana aku nak ikut jejak Blogger UMNO yang menggunakan cerita-cerita artis untuk menjadikan Blog mereka terus dibaca oleh orang ramai...

Tapi.. Sekadar nak kongsi pengalaman aku dalam perkara macam ni, iaitu membayar menggunakan duit syiling lima sen dalam jumlah yang banyak, sebab aku sendiri pernah lakukan..

Aku dah lupa tahun bila aku buat benda macam ni, tujuan aku bayar dengan menggunakan duit syiling ialah aku rasa terkilan bilamana sebuah syarikat dari Singapura tidak mahu menerima cek yang Syarikat aku bekerja.

Sebabnya secara terus terang 'Sales Person' dari syarikat itu beritahu kat aku, Syarikat mereka yang beribu pejabat di Singapura tidak yakin dengan Syarikat di Malaysia.. maksud aku syarikat yang dimiliki oleh rakyat Malaysia tak kiralah samada pemiliknya Melayu. Cina atau India dan Lain-lain bangsa.

Bila dia bagitahu macam tu.. aku minta pihak 'Finance' pergi ke bank dan keluarkan RM8,000 tunai dalam bentuk wang syiling lima sen ataupun lima puluh sen.. priority ialah lima sen jika boleh..

Amoi yang jaga 'finance' tu ternganga juga bila dengar arahan tu.. belum sempat dia bertanya aku bagi tahu dia bawalah sesiapa saja yang ada untuk tolong bawa duit tu..

Bila dah dapat duit tu aku serah semuanya kepada 'Sales person' dari Singapura itu.. ternganga dia.. ha.. ha.. ha..

Mahu tak mahu dia terpaksa tanggung semua duit tu balik ke pejabat dia.. sebab aku bagitahu kat dia.. " Take itu.. or leave it..."

Apa yang aku belajar dari sini dan banyak lagi pengalaman bila berurusan dengan warga Singapura yang berada pada level proffesional ialah, mereka memandang rendah kebolehan rakyat Malaysia tak kira bangsa..

Bagi mereka, merekalah yang terhebat di Asia ini dalam bidang 'Engineering' atau apa saja walaupun dah berpuluh-puluh kali aku dengar mereka berikan aku idea-idea bodoh..

Mereka sombong dan berlagak..maksud aku yang bertaraf proffesional.

Proffesional dari Israel taklah pulak berlagak seperti mereka, mereka sanggup merendah diri untuk tahu apa yang kita tahu...(Jurutera-jurutera Israel ni masuk Malaysia guna passport US)

Berbalik kepada cerita bayar menggunakan syiling di atas.. aku ingatkan aku saja yang sanggup buat macam tu... Erma Fatima pun sama jugak rupanya... ha.. ha.. ha..


Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen


PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.

Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.

Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.

"Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?

"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya ~ mStar

Gambar-gambar dua beranak maut kereta dirempuh van kilang di Pulau Pinang..

Posted: 03 Dec 2013 09:09 AM PST


GEORGE TOWN - Seorang wanita dan anak lelakinya maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki bersama lima anggota keluarga mereka dirempuh sebuah van kilang di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, Saodah Hashim, 48, dan Nazirul Hafis Muhammad Bakri, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh anggota badan.


Beliau berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, sebuah van kilang dari arah bertentangan menghala ke Bayan Lepas hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dipandu adik Saodah, Mohd Firdaus, 24.

"Ketika kejadian kedua-dua mangsa berada di tempat duduk penumpang dan rempuhan kuat itu menyebabkan Saodah tersepit manakala anak lelakinya dipercayai tercampak keluar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Difahamkan tujuh sekeluarga itu berasal dari Pantai Merdeka, Kedah datang bercuti ke negeri ini sempena musim cuti sekolah.

Ismail berkata, Mohd Firdaus dan dua anak Saodah, Mohd Khairul Nizar, 22, dan Sazafiza, 16, serta pemandu van kilang Muhd Nurfaidhi Alias, 25, cedera parah manakala ibu Saodah, Salmah Hashim, 64, dan seorang lagi anak Saodah, Mohd Naufal, 4, cedera ringan.



Kesemua mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Tarmizi Mohd Noor berkata pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit dari kedua-dua kenderaan yang remuk teruk itu. - Bernama

Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

Tiada ulasan: