Selasa, 17 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Surat Terbuka Dari Che’GuBard Kepada TG Haji Hadi..

Posted: 17 Dec 2013 05:47 AM PST


Bismillahirrahmanirrahim.. dan Assalamualaikum..

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…"

Saya Badrul Hisham Bin Shaharin atau lebih dikenali sebagai che'GuBard telah bertanding di kerusi N21 Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang. Walaupun kerusi tersebut ialah kerusi PKR (tahun 2008 ditandingi PKR) tetapi kerusi tersebut telah turut ditandingi oleh calon PAS.

Semasa kempen Pilihanraya Umum lepas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah berceramah di Marang pada 22 April menyatakan dengan jelas kononya PAS terpaksa menghantar calon berlawan dengan calon PKR (Pakatan Rakyat) kerana 3 alasan :

1. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana lambat menghantar borang pencalonan

2. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana terlibat menjual pil kuda

3. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana berfahaman komunis

Jelas saya antara calon yang dipersetujui awal bertanding atas mandat Pakatan Rakyat tetapi turut dilawan oleh calon PAS ?

Saya tidak hadir lewat ke Pusat Pencalonan maka saya antara yang dituduh oleh Hj. Hadi sebagai penjual pil kuda dan berfahaman komunis.

Saya menganggap tuduhan itu berat bukan hanya ketika berperang (Pilihanraya Umum) Hj.Hadi membekalkan peluru kepada musuh tetapi tuduhan tersebut yang diambil menjadi berita utama oleh media tidak pernah dibetulkan oleh Tuan Guru sehingga kini.

Gambar saya turut disiarkan bersama kenyataan Tuan Guru dan antaranya menjadi tajuk muka depan.

Sedarkah Tuan Guru dengan prosedur yang beban membuktikan ialah beban yang ditanggung oleh pembawa tuduhan.

Saya menuntut Tuan Guru untuk menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda sebenarnya ?

Apa buktinya ? atau jika gagal membuktikan dan menyebut dengan jelas maka Datuk Seri perlu tampil memohon maaf secara terbuka seperti mana tuduhan itu dilemparkan.

Datuk Seri ingatlah firman Allah SWT di dalam Surah Al -Buruj ayat ke 10. "Sesungguhnya orang yang memfitnah orang mukmin dan mukminat dan kemudiannya tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan dan bagi mereka azam dari api yang membara".

Saya berdiamkan selama ini kerana saya gunakan perbagai saluran dalaman malah saya terus tidak dipedulikan.

Ini soal maruah, saya ada mak bapa juga anak – anak... apa perasaan mereka mendengar sindiran atau terbaca bahan sejarah kemudianya yang mempalitkan saya dengan tuduhan tersebut ?

Tuan Guru, kami tidak tahu apa yang ada di dalam hati Tuan Guru..... Hanya Allah Yang Maha mengetahui.

Namun begitu ingatlah akan Hadis Nabi SAW. "Abdullah bin Amr mengatakan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Empat yang barangsiapa terdapat pada dirinya keempat sikap itu, maka dia adalah seorang munafik yang tulen. Barangsiapa yang pada dirinya terdapat salah satu dari sifat sifat itu, maka pada dirinya terdapat salah satu sikap munafik itu, sehingga dia meninggalkannya. Yaitu, apabila dipercaya dia berkhianat (dan dalam satu riwayat: apabila berjanji dia ingkar), apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia menipu, dan apabila bertengkar dia curang." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Datuk Seri Tuan Guru, saya menyahut seruan yang sering Datuk Seri sendiri laungkan iaitu berpeganglah kepada ajaran Islam.

Maka wajib ke atas diri Datuk Seri kemukakanlah bukti. Cakaplah di tempat yang sepatutnya. Berilah keadilah kepada semua. Semoga Allah beri keadilan kepada kita di Mahkamah Keadilan Rabbul Jalil.

Janganlah Datuk Seri baling batu sembunyi tangan, aibkan orang dan kemudian duduk berdiam.

Jika benar Datuk Seri tahu siapa menjual pil kuda dan diamkan maka Datuk Seri juga sedang mendiamkan jenayah yang menghancurkan anak Malaysia sendiri yang sudah tentu berbeda dengan perjuangan yang Datuk Seri cuba tonjolkan.

Ini semua mengingatkan saya kepada ucapan tuduhan fitnah jahat Dato' Seri Zahid Hamidi tujukan kepada orang No. 2 dalam PAS.

Saya ada keyakinan Zahid Hamidi melontar fitnah itu kerana mendapat maklumat yang salah dari kelompok tertentu yang kemudian dijadikan isi ucapan.

Adakah Datuk Seri juga begitu dan hanya setaraf Zahid Hamidi ?

Namun sekurang – kurangnya pihak Zahid Hamidi tampil menyatakan bukti gred B dan menyimpan bukti gred A yang kemudian mengundang ketawa perbagai pihak.

Sekurang – kurangnya ada juga cubaan membawa bukti , namun Datuk Seri Hj Hadi diam selepas melontar fitnah.

Kita marah kenyataan Zahid Hamidi tetapi mengapa kebanyakan kita mendiamkan kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi ?

Adakah kebenaran itu berdasarkan dimana kita berada ?

Kepada semua yang lain harus di ingatkan ini bukan masalah PAS atau PKR, ini masalah saya dengan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja.

Saya akan terus menyokong dan mendokong PAS malah ibu saya sendiri terus menjadi ahli PAS Cawangan Taman Bukit Chedang, Kawasan Rasah dan panji PAS terus berkibar depan kediaman keluarga saya walaupun telah lama melepasi pilihanraya.

Semoga surat ini Datuk Seri baca dengan tenang dan jauh dari prasangka. Sesungguhnya tiada seorangpun dari kita yang mampu menongkat langit.

Saya mengulang tuntutan saya. Saya menuntut Tuan Guru untuk menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda sebenarnya ?

Apa buktinya ? atau jika gagal membuktikan dan menyebut dengan jelas maka Datuk Seri perlu tampil memohon maaf secara terbuka seperti mana tuduhan itu dilemparkan dengan mendedahkan sumber maklumat yang menyebabkan Datuk Seri tersalah sebut ketika memberikan ucapan itu.

Saya orang muda yang banyak kelemahan memohon maaf jika terkasar namun saya yakin saya perlu menuntut hak saya untuk dibersihkan fitnah yang terpalit ke atas saya.

Yakinlah tampil memohon maaf tidak akan mengurangkan sedikitkan darjat manusia malah Tuan Guru akan semakin dihormati.

Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya.

Sekian...
Che'GuBard

Tarif Elektrik Naik Bukan Salah Kami Kata CEO TNB

Posted: 16 Dec 2013 11:46 PM PST


Kenaikan tarif elektrik adalah satu proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan dan tiada kaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, (CEO) Azman Mohd.

"Syarikat adalah adalah ejen pengumpul semata-mata," kata Azman kepada pemberita, selepas menghadiri majlis pelancaran memoir bekas Pengerusi TNB Ani Arope hari ini.

"Kenaikan tarif tiada kaitan dengan TNB. Tetapi kami yang dipersalahkan dalam hal ini, " katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan itu adalah perlu bagi proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Tarif elektrik di negara ini telah diselaraskan untuk RM0.0499 per kilowatt jam (kWj) dan akan berkuatkuasa datang dari 1 Jan.

Oooo... bukan salah TNB tapi salah Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib rupanya...

Tapi.. kalau TNB mahu membantu meringankan beban rakyat, rasanya TNB mampu untuk menyerap apa yang Kerajaan dah potong tu..

Takkanlah untung Berbillion RM setiap tahun tak mampu nak serap.. kurangkan sikit untung tu demi rakyat, bukannya mengalihkan keseluruhan beban tambahan itu kepada rakyat.

Kalau boleh potong sikit gaji CEO yang mencecah RM2Juta setahun tu serta lain-lain eksekutif, lagipun kan CEO tu dah kata TNB ni cuma jadi orang tengah saja..

Kalau setakat jadi orang tengah, tak payahlah ambil gaji banyak-banyak..

Lagipun jika diktakan keuntungan yang diperoleh telah diguna untuk membangunkan prasarana yang baru pula.. itu adalah antara perkara yang TNB perlu lakukan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Takkanlah pelaburan untuk syarikat sendiripun dijadikan alasan untuk naikkan tarif..

TNB: Don't blame us for tariff hike 
BANGI: The electricity tariff hike is a subsidy rationalisation process by the government and has nothing to do with Tenaga Nasional Berhad (TNB), said its chief executive officer, (CEO) Azman Mohd. 
"The company is merely the collecting agent," Azman told reporters, after attending the launching ceremony of former TNB chairman Ani Arope's memoir today. 
"The tariff hike has nothing to do with TNB. But, we get blamed for it," he said. However, he said the hike was necessary for the subsidy rationalisation process by the government. 
The country's electricity tariff has been adjusted to RM0.0499 per kilowatt hour (kWh) and will be in effect come from Jan 1. 
Azman said Malaysia's rating by Standard and Poor depended on how much subsidy the government gave. 
"If the rating is high, the country will get loans much easily and harder if it is low. 
"It's not sustenable if the government continues to give subsidies," he said. 
He said the government had no other choice since the country's deficit was approaching RM70 billion. 
"However, they have to realise that with the tariff adjustment, 82% goes to fuel cost which is borne by Petronas and the government. 
"We are a capital intensive business which require a lot of infrastructure which need to be replaced. 
"As far as we are concerned, our role is minimal and we are not making any profit from this tariff hike," he said ~ Free Malaysia Today

Ni sebahagian dari laporan dari KeadilanDaily tentang gaji CEO TNB suatu masa dulu..

Sebuah laman portal baru-baru ini mendedahkan gaji sekali ganda yang diterima Che Khalib, berbanding 2009. 
Manakala jumlah gaji yang diterimanya untuk tahun kewangan berakhir 2007, 'hanya' dicatat sebanyak 1,107,280.00. 
Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440. 
Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750. 
Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung. 
Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan.

Bestkan jadi kroni UMNO??.. Gaji banyak walaupun kurang bijak..

Mat Sabu Syiah hanya mainan politik bodoh Zahid Hamidi - Bekas Menteri Penerangan

Posted: 16 Dec 2013 07:55 PM PST


Aku amat bersetuju dengan apa yang dikata oleh bekas Menteri Penerangan ini kali ini, walaupun beliau adalah bekas pemimpin UMNO kerana ada rasionalnya.

Selain dari mendedahkan tuduhan Mat Sabu Syiah hanyalah permainan politik Zahid Hamidi beliau juga mahu permainan politik bodoh ini dihentikan.

Kerana rakyat semakin cerdik (kecuali ahli dan penyokong UMNO) mereka akan nampak akan permainan politik yang cetek dan pandir oleh Zahid ini..

Kementerian Dalam Negeri(KDN) yang mempunyai 10 bukti Gred A mengaitkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu sebagai Syiah telah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam(JAKIM) untuk tindakan selanjutnya. 
Dan tentunya JAKIM pula akan melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan. 
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah pun mencabar Kementerian Dalam Negeri jika mempunyai bukti yang kukuh bertindaklah dan hadapkan Mat Sabu ke Mahkamah supaya dia dapat membela diri.

Setelah gempar seluruh negara bagaikan langit nak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan mengambil tanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas; orang itu serah pada orang ini,orang ini serah pada orang itu. 
Maka rakyat akan tinggal dalam keraguan dan lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu samaada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak. 
Akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir Tuhan Harun. 
Dengan itu juga kredebiliti kerajaan BN dan UMNO semakin terhakis. 
Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini. Rakyat yang semakin cerdik akan nampak permainan politik yang semakin cetek dan pandir.

Dipetik dari Blog Zamkata di SINI

Sekarang isu Syiah ni dah jadi macam gambar kat bawah ni...


Baca nih! Rosmah kata dia pernah disoal siasat enam jam oleh Bukit Aman kerana kes Altantuya... boleh percayake?

Posted: 16 Dec 2013 04:30 PM PST


Semalam boleh dikatakan majoriti Blogger UMNO Pro Rosmah Mansor menyiarkan surat yang dikatakan ditulis oleh Rosmah ini..

Entah betul atau tidak Rosmah yang tulis aku sendiri kurang pasti tapi aku yakin macai Pro Rosmah ni tak akan buat cerita yang bukan-bukan pasal idola mereka itu..

Lagipun jalan ceritanya lebih kurang dengan kisah 'Rosmah jumpa kotak Putera Arab'.. jadi aku percaya surat ni datangnya dari Rosmah..

Dalam surat ini Rosmah menjawab beberapa perkara yang dikatakannya sebagai fitnah terhadap diri dia, walaupun dah bertahun perkara itu diperkatakan..

Dan ayat power yang paling dipercayai oleh macai Pro Rosmah ialah, Rosmah mendakwa dirinya telah disoal siasat oleh Polis selama enam jam berikutan dituduh sebagai dalang kes Altantuya..

Disoal siasat selama enam jam tu... ha..ha.. ha.. (Tok Non dan Traffik Pengiring kat Melaka hari tu kalau terbaca jangan gelak, saya gelak tak apa )

 Surat ini aku copy dari Blog ParpuKari.. Bacalah!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan. Pembaca yang amat dikasihi; Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.

Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011.

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.


Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.



Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.


Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.


Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.


Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan.

Keenam: Isu 'First Lady'


Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).

Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.


Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor


Tol Mahal, Jangan guna leburaya kata Menteri

Posted: 16 Dec 2013 02:00 PM PST


Inilah Menteri yang dipilih dan dilantik oleh Najib.. langsung tidak sensitif dengan keperluan rakyat..

Apa yang difikirkan olehnya hanyalah keuntungan kroni-kroni mereka, rakyat menderita itu bukaan masaalah mereka..

Jika suatu masa dulu Menteri Ayam telah berkata, Jangan makan ayam sebab harga ayam mahal.. Menteri ini pula kenyataannya hampir sama dengan kenyataan Menteri Ayam itu..

Katanya kalau tak puas hati dengan kenaikkan harga tol, guna jalan biasa...

Kenaikan harga tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri 

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.

"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.

Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.

"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," kata Abdul Wahid.

Hujung minggu lalu, Abdul Wahid berkata enaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Beliau berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna ~ The Malaysian Insider

Kalaulah jalanraya yang ada tu cantik-cantik, tak berlubang sana sini dan lebar.. rasanya tak akan ada yang nak guna lebuhraya tu.. 

Tiada ulasan: