Addin |
- Punca Umno BN Naikkan Kadar Tol Tersebar
- (Advertorial) Peluang Terhebat: Now Everyone Can Be A Real Boss
- Berita Yang Buatkan Zahid Hamidi Terkedu..
- Bingkisan Dari As-Syahid Sheikh Abdul Qadir Mulla..
- Anwar Dedah Punca Shafee Abdullah Dakwa Beliau
- Petanda Terbaru Akhir Zaman Muncul.. Gambar Sebagai Bukti
Punca Umno BN Naikkan Kadar Tol Tersebar Posted: 17 Dec 2013 03:00 PM PST Kenaikan tol yang hangat diperkatakan sekarang sebenarnya dikatakan spekulasi semata-mata untuk menguji sokongan rakyat. Menurut sumber yang rapat dengan isu ini, kenaikan bayaran tol memang tidak dapat dielakkan berdasarkan kepada perjanjian konsesi yang telah ditandatangani dengan syarikat pengendali lebuh raya namun kerajaan mempunyai kapasiti untuk menangguhkannya. "Propaganda ini boleh dikatakan sebagai 'test market' (menguji pasaran). Jika rakyat boleh faham mengenai rasional di sebalik kenaikan tersebut dan tidak membantah, maka ia boleh diteruskan. "Bagaimanapun, sekiranya bantahan rakyat terlalu kuat, kerajaan mungkin boleh memberi pertimbangan untuk menangguhkan kenaikan tersebut menerusi rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi," katanya kepada MalaysiaGazette di sini. Sebelum ini, sudah banyak kali kenaikan bayaran tol ditangguhkan di beberapa lebuh raya selepas rundingan semula kerajaan dan syarikat pengendali yang melibatkan bayaran pampasan. Malah kebanyakan konsesi lebuh raya di Malaysia dimiliki oleh syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional Bhd., syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) seperti Permodalan Nasional Bhd. (PNB) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) yang dilihat mudah untuk kedua-dua pihak mengadakan rundingan semula. Pada 2010, kerajaan telah mengumumkan pembekuan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang dimiliki dan dikendalikan oleh PLUS Expressway Bhd. selama lima tahun sehingga 2015 selepas berunding dengan pemegang saham terbesar syarikat tersebut, UEM Group Berhad dan KWSP. Selain pembekuan kadar tol, rundingan tersebut berjaya mengolah semula terma-terma perjanjian konsesi yang bersifat lebih adil kepada rakyat dan kerajaan serta pihak berkepentingan yang lain antaranya dengan pengurangan kenaikan tol kepada lima peratus bagi setiap tiga tahun berbanding 10 peratus untuk setiap tiga tahun yang terkandung dalam perjanjian terdahulu. Kerajaan juga ketika itu tidak perlu membayar pampasan kira-kira RM3.6 bilion kepada PLUS bagi tempoh lima tahun pembekuan sehingga 2015 di samping dikecualikan daripada membayar baki pampasan tertunggak semasa sebanyak RM2.9 bilion. ~mg |
(Advertorial) Peluang Terhebat: Now Everyone Can Be A Real Boss Posted: 17 Dec 2013 07:35 AM PST "Berita baik untuk anda yang tercari-cari peluang menambah pendapatan sekarang. Kini muncul, satu program francais terhebat di alaf baru kini muncul di pasaran. Program yang menawarkan satu pilihan yang luar biasa untuk pendapatan pasif anda. Ini bermakna anda tidak perlu berbuat apa-apa. Dengan modal yang fleksibel, anda kini boleh menjadi francais kepada syarikat yang bertaraf MSC Status (Free Tax Licence Company). Modal sekali, keuntungan berkali-kali sehingga 90 hari (3 bulan) atau 360 hari (1 Tahun). Ini bermakna anda akan mendapat keuntungan cukup lumayan dengan program hebat ini. Disamping itu anda berpeluang untuk membeli belah percuma secara online di Shooping Mallyang disediakan. Berbagai produk ada, termasuk termasuk barangan perabut, elektrik, barangan dapur dan sebagainya. Sila berhubung dengan wakil kami Fadzli 0145343135 (Kuantan, Pahang), Azli 0196583201 (Melaka), Azlan 0133636211 (Selangor/Perak), Tony Adam 0126810013 (Kajang), Pokdi 0199482169 (Terengganu), Usman 0198127407 (Sabah), Hamid 0137138182 (Bangi), Elya 0175557580 (Johor), Saharudin 0194702525 (P. Pinang),Shaiful 0126424794 (Banting, Selangor), Mimee 0122211046 (Kemaman, Terengganu), Marina 0176253645 (Kuala Terengganu), Zaidi 0142110001(Serdang), Nik 0148086889 (Manir, Terengganu), Khahar 0123654323(Putrajaya), Hamid 0137138182 (Bangi), Philips 0162185043 (Sarawak),Fadzil 0162668918 (Subang/Shah Alam/ Bangsar). Sertai kami sila klik di SINI. |
Berita Yang Buatkan Zahid Hamidi Terkedu.. Posted: 17 Dec 2013 07:12 AM PST Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan memfailkan saman fitnah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 yang menuduhnya sebagai penganut fahaman Syiah. Mohamad berkata, tindakan saman ke atas Ahmad Zahid diambil kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri itu mencetuskan fitnah yang didasari niat jahat, menjatuhkan maruah dan integriti. "Saya menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Zahid di atas kenyataan beliau di perhimpunan agung Umno baru-baru ini. "Beliau menuduh saya pemimpin Syiah dan mengaitkan Syiah adalah sesat dan mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini. Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Ahmad Zahid juga didapati menyalahgunakan kuasa apabila beliau sebagai Menteri Dalam Negeri memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas dirinya. ~tmi |
Bingkisan Dari As-Syahid Sheikh Abdul Qadir Mulla.. Posted: 16 Dec 2013 11:05 PM PST "Aku benar-benar tidak bersalah. Mereka membunuh saya hanya kerana saya terlibat dengan gerakan Islam. Tidak semua orang beruntung untuk mendapatkan kesyahidan. Siapa pun yang diberkati dengan kesyahidan oleh Allah adalah memang orang-orang yang beruntung. Jika saya menerima kesyahidan itu, maka itu akan menjadi pencapaian terbesar dalam hidup saya. Setiap titisan darah saya akan mempercepat kemajuan gerakan Islam dan akan menyebabkan kehancuran penindas. Saya tidak khuwatir dengan diri saya sendiri. Saya prihatin tentang masa depan negara dan gerakan Islam. Seperti yang saya tahu, saya tidak pernah melakukan sesuatu yang salah. Saya telah mendedikasikan seluruh hidup untuk gerakan Islam bagi keselamatan ummat di Bangladesh. Allah adalah pemilik hidup. Hanya Allah yang akan memutuskan bagaimana saya akan mati. Kematianku tidak akan terjadi sesuai keputusan orang lain. Waktu dan cara kematianku akan terjadi hanya sesuai kehendak-Nya. Jadi, saya akan menerima semua keputusan Allah dengan senang hati." Asy Syahid Abdul Qadir Mullah ~fb QH |
Anwar Dedah Punca Shafee Abdullah Dakwa Beliau Posted: 16 Dec 2013 08:39 PM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil peranan sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwatnya dengan harapan untuk menjadi bakal Peguam Negara. Ketua pembangkang itu berkata, ramai di kalangan ahli politik dan pengamal undang-undang di Kuala Lumpur tahu bahawa Shafee secara terbuka menyatakan cita-citanya untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara. "Ini menjelaskan mengapa Shafee begitu kritikal terhadap Gani dalam akuan berkanun (Datuk Mat Zain Ibrahim)," katanya dalam afidavit kedua menyokong permohonan mengapa Shafee patut diketepikan daripada bertindak sebagai DPP dalam kes liwat. Beliau berkata, barisan pendakwa tidak akan dapat mengendalikan kes itu dengan adil kerana Shafee cenderung dan berpihak kepada perdana menteri serta pemimpin kanan kerajaan yang lain dengan memastikan mereka tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan, supaya peguam Umno itu boleh dianugerahkan jawatan Peguam Negara yang amat diidamkan itu. Anwar memfailkan afidavit itu semalam dan permohonan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada Khamis ini. Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, keinginan Shafee untuk memastikan Putrajaya memenangi rayuan itu sangat tinggi dan ia mungkin akan menjejaskan tanggungjawabnya sebagai ketua DPP dalam kes itu. "Konflik kepentingan seperti itu akan hanya menjejaskan pentadbiran keadilan. Ia sudah tentu akan prejudis terhadap saya ketika perbicaraan rayuan itu nanti," kata ketua pembangkang berusia 66 tahun itu. Anwar dibebaskan tahun lalu atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008. Beliau berkata, permohonannya untuk mengenepikan Shafee buat kali kedua dilakukan berdasarkan kepada pendedahan mengejutkan dalam akuan berkanun Mat Zain. Anwar berkata, akuan itu menimbulkan isu serius terhadap pengetahuan Shafee mengenai tuduhan salah laku dan tindakan jenayah Gani dan peguam terpaksa berkompromi bagi memperolehi fiat (perintah) daripada Gani. Dalam afidavitnya di samping laporan polis yang dibuat oleh Mat Zain terhadap Shafee, beliau berkata, afidavit peguam kepada Mahkamah Rayuan mengandungi fakta tidak tepat dan ia adalah kesalahan jenayah. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu membuat laporan di Balai Polis Setapak pada Ahad. Dalam laporannya, Mat Zain mendakwa Shafee melakukan sekurang-kurangnya dua kesalahan mengikut Kanun Acara Jenayah, dengan yang pertama ialah membuat kenyataan palsu dalam afidavit. Beliau mendakwa, Shafee turut menyembunyikan bukti material dengan niat untuk memperdaya mahkamah. Dalam 31 halaman akuan berkanunnya, Mat Zain berkata beliau bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Aidilfitri lalu dan mereka dikatakan berbincang mengenai salah laku Gani. Shafee memfailkan afidavit balas kepada permohonan Anwar untuk menggugurkan kelayakan peguam itu daripada mewakili Putrajaya sebagai DPP dalam permohonan kerajaan terhadap pembebasan anwar bagi tuduhan kedua meliwat. Shafee berkata, beliau memfailkan afidavit itu untuk menjelaskan apa yang berlaku di firma guamannya dan di rumah dr Mahathir. Beliau tetap menyatakan bahawa Mat Zain "mencondongkan" kenyataannya dalam akuan berkanunnya bertarikh 7 Oktober. Peguam itu turut mendakwa cubaan Anwar sekali lagi untuk mengenepikannya sebagai DPP adalah untuk melengahkan permohonan Putrajaya terhadap pembebasannya daripada tuduhan meliwat. ~tmi |
Petanda Terbaru Akhir Zaman Muncul.. Gambar Sebagai Bukti Posted: 16 Dec 2013 04:00 PM PST Sesuatu yang janggal terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat. Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan. Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Jalan-jalan terutama menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor. Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada. Hujan turun di sejumlah kota di Saudi hari Rabu yang lalu. Tabuk letaknya sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi). Sebenarnya ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm. Lagi gambar-gambar menarik: ~zilzal.blogspot |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan