Rabu, 11 Disember 2013

Addin

Addin


Akibat Kecewa Pengurusan Mangsa Banjir, Ahli Umno Sertai PKR Di Kuantan

Posted: 11 Dec 2013 08:05 AM PST


Hari ini UMNO Bahagian Kuantan menerima tamparan maut apabila lebih 100 penyokong tegar mereka telah istihar masuk PKR ekoran rasa kecewa dan tidak puas hati atas cara layanan yang mereka terima dari kerajaan UMNO/BN pimpinan Adnan Yaakub.

Penduduk Tanah Putih Baru yang di ketuai seorang bernama En Rashid orang kuat UMNO Cawangan disitu telah megambil keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan UMNO yang gagal untuk membela nasib mereka untuk masuk PKR.

Borang penyertaan keahlian diserahkan sendiri kepada Ahli Parlimen Kuantan merangkap naib Presiden Parti KeADILan Rakyat YB Fuziah Salleh petang tadi.

Mereka berkata ketika penduduk Tanah Putih Baru di landa banjir mereka hanya lihat kumpulan dari Pakatan Rakyat diketuai YB Fuziah Salleh yang benar-benar datang membantu sedangkan dari UMNO/BN sekadar jenguk, pandang dan hilang.

Omak Kau selalu berkata .. nak tahu parti itu elok dan berjiwa rakyat serta berjuang untuk rakyat dan membantu rakyat ketika rakyat ditimpa kesusahan dan kepayahan .. ketika rakyat sedang menangis menangung derita bukan ketika rakyat senang lenang ketawa ria.Pengalaman mematang dan membuka minda mereka. ~omakkau


Lagi gambar di SINI.





Iklan C (ii)




Kenyataan A. Kadir Jasin Lambang Kekecewaan Penyokong Umno

Posted: 11 Dec 2013 05:19 AM PST

Penganalisis berpendapat kenyataan bekas wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin tidak boleh dipandang remeh dan perlu mendapat perhatian pemimpin kerajaan kerana ia menggambarkan kekecewaan seorang penyokong Umno.

Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata meskipun cadangan Kadir lebih dilihat sebagai sindiran namun perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan dan Umno terutamanya."Pandangannya berbentuk sinis tetapi perlu diberikan perhatian serius.


Amat penting bagi pemimpin kerajaan memahaminya secara serius kerana ia melihatkan penyokong Umno sudah mula mengeluarkan pandangan yang melambangkan kekecewaan.

"Jangan dibiarkan orang yang menyokong kerajaan ini semakin kecewa dengan apa yang berlaku." katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.Kadir pada Ahad lalu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri Kabinet selain melantik isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Menteri Tugas Khas.

Katanya melalui pelantikan itu, tiada pihak boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.

"Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata," katanya yang menyatakan usaha itu boleh dibuat melalui pelantikan Rosmah sebagai senator.

Wan Saiful berkata tidak mudah bagi melantik Rosmah sebagai menteri dan menyifatkan pendedahan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) pada Sabtu tidak akan meredakan kemarahan rakyat terhadap isteri Perdana Menteri itu.

"Tidak semudah itu kerana Rosmah tidak mempunyai jawatan dalam parti dan kerja yang dilakukannya tidak terlalu melibatkan isu politik. Ia sindiran dan tidak serius. Bagaimana bagus kerja yang dibuat oleh Rosmah, kritikan masyarakat juga perlu diambil kira," katanya.

Beliau berkata penglibatan Rosmah dalam gerak kerja kerajaan perlu didefinisikan dengan betul dan didatangkan secara berstrategi agar tidak bertindih dengan peranan kementerian.

"Saya lihat kesilapan strategi perhubungan awam Najib. Ia boleh disebut kerana Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sendiri selalu memuji isterinya. Itu perkara biasa tetapi di Malaysia suasananya agak tegang."Bila Najib berkata demikian, ia akan menambahkan kemarahan orang. 

Ia tidak membantu langsung. Ini hanya masalah strategi komunikasi masyarakat. Ini penglibatan yang baik tetapi tidak distrategikan dengan betul sehingga menjadi alat untuk menyerang kerajaan dan Umno sendiri," katanya.

Najib semasa ucapan penangguhan PAU 2013 menyebut dua peristiwa jasa Rosmah kepada negara.

Katanya, bantuan pertama adalah menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip dan kedua menggunakan hubungan baik dengan keluarga diraja Arab Saudi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin menyifatkan cadangan Kadir bagi melantik Rosmah akan lebih menggugat kedudukan Najin selain tiada keperluan melaksanakannya."Itu kenyataan sinis daripada seorang bekas wartawan. 

Sudah tentulah ada yang ingin disampaikan sama ada mengkritik secara langsung atau cadangan serius."Sekiranya perkara itu benar-benar berlaku, akan lebih menyukarkan kedudukan Najib. 

Bagi saya cadangan itu tidak praktikal. Tiada keperluan walau sehebat manapun Rosmah," katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia Dr Jayum Jawan pula berpendapat Najib tidak seharusnya menghebahkan sumbangan isterinya itu kepada khalayak ramai kerana perkara itu lebih bersifat peribadi.

Katanya, Rosmah bukanlah mewakili mana-mana kementerian tetapi sebagai pemudah cara kepada suaminya yang menjadi pemimpin nombor satu negara."Itu cerita peribadi yang diceritakan Najib dalam PAU 2013. 

Rosmah tidak mewakili mana-mana kementerian tetapi sebagai wakil kepada suaminya."Ini bukan saranan yang ikhlas tetapi cuba memperli. Cadangan itu tidak masuk akal. 

Ada benda lain yang ingin dikritik dan beliau bermain dengan kata-kata," katanya yang melihat Najib juga berhak mendedahkan sumbangan isterinya kepada negara.

Kadir ketika diminta mengulas dalam sebuah laman portal menarik balik tulisannya atas arahan kerajaan berkata, cadangan yang dikemukakannya atas hak sebagai wartawan dan rakyat bebas menyuarakan apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang. ~tmi






Iklan C (ii)


Kerajaan Selangor Sudah Melampaui Batas.. Baca Berita Ini

Posted: 11 Dec 2013 02:24 AM PST


Atas permohonan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh, kerajaan Pakatan rakyat Selangor di bawah kepimpinan Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ke Kuantan .

Untuk membantu pihak Majlis Perbandaran Kuantan dalam kerja-kerja pembersihan dan kutip sampah sarap.Kisah ini kalau di belek-belek dalam akhbar Utusan dan Berita Harian mungkin tak jumpa.









Iklan C (ii)




Lelaki Menyamar Polis Terkantoi

Posted: 10 Dec 2013 06:44 PM PST

Perbuatan dua lelaki terlibat aktiviti pemerasan memperdaya seorang pekerja warga Bangladesh dengan menyamar sebagai anggota polis bukan sahaja tidak menjadi, malah mereka diberkas sekumpulan Rakan Cop yang sedang meronda di sekitar Menglembu kelmarin.

Seorang Rakan Cop, Ah Wah, 27, berkata, sebelum ini mereka menerima beberapa aduan mengenai kegiatan dua lelaki yang menyasarkan pekerja warga asing untuk mendapatkan habuan.

Menurutnya, ketika  kejadian kira-kira jam 6 petang itu, seramai 50 orang melibatkan Rakan Cop, Rela dan Komuniti Buntong dibantu dengan polis terbabit dalam rondaan tersebut.

"Kami mendapat aduan daripada seorang lelaki warga Bangladesh yang meminta bantuan selepas permit kerjanya ti Taman Perindustrian Chandan Raya di sini, dilarikan dua lelaki terbabit.

"Lelaki Bangladesh itu menyerahkan permit kerja selepas dua lelaki terbabit mendakwa mereka adalah anggota polis dan ingin melakukan pemeriksaan ke atasnya.

"Bagaimanapun, mangsa mula curiga apabila suspek meminta wang daripadanya. Dia menjerit meminta tolong hingga menyebabkan kedua-dua lelaki bertempiaran lari menyelamatkan diri," katanya.

Ah Wah berkata, mereka mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap kedua-dua lelaki terbabit di dua lokasi berasingan.

"Seorang daripada mereka lari masuk ke dalam longkang sebelum ditemui sedang bersembunyi di dalam kilang besi di Bandar Baru Menglembu manakala rakannya ditemui di premis makanan di Falim.

"Kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu dibawa ke Balai Polis Menglembu untuk tindakan lanjut," katanya. ~sh




Iklan C (ii)



Astro Awani Padam Berita Sensasi Ini

Posted: 10 Dec 2013 04:51 PM PST

Dua hari lalu, Astro Awani ada menyiarkan satu laporan di portal rasminya berhubung cadangan seorang wartawan veteran agar Rosmah dilantik menjadi menteri bagi menggantikan menteri² yang tidak berkesan (effective) di dalam menjalankan tugas.

Difahamkan laporan berita itu telah ditarik balik selepas pihak Astro Awani menerima satu panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun setakat artikel ini ditulis, carian di enjin pencarian Google, menggunakan keywords "Astroawani Rosmah Menteri" masih memaparkan artikel tersebut dalam pengkalan data simpanan Google.

Ini menunjukkan Astro Awani turut menjadi mangsa kongkongan pemerintah sekaligus menjejaskan kebebasan bersuara penyiar berita tersebut yang tidak kurang berpengaruh di negara ini.

Ini sekaligus menunjukkan wajah sebenar Astro Awani yang kononnya mahu mencipta kredibiliti sebagai penyiar berita yang bebas.






Iklan C (ii)




Tiada ulasan: