Selasa, 10 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Benarkah Pahang dilanda banjir kerana bala 1Malaysia Spiritual City?

Posted: 10 Dec 2013 08:09 AM PST


Rupa-rupanya tersebar luas kononnya Pahang dilanda banjir teruk akibat ditimpa bala kerana mahu melaksanakan 1Malaysia Spiritual City walaupun telah beberapa kali ditegaskan tidak akan ada projek seumpama itu baik di Gambang atau di mana-mana kawasan di negeri itu.

Kepada sesiapa yang ragu dipersilakan jumpa Datuk Seri Adnan Yaakob supaya Menteri Besar Pahang itu boleh menunjukkan bukti hitam putih bahawa projek itu tidak pernah timbul.

Jika timbul pun, projek 1Malaysia Spiritual City itu tidak akan diluluskan sama sekali.

"Bahkan kelulusan tanah kepada syarikat Melayu yang berunding dengan syarikat-syarikat lain itu juga telah dibatalkan," kata Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin di dalam laman facebooknya.

Menurut ADUN Kuala Sentul itu lagi, fitnah bahawa Pahang akan menjadi pusat 1Malaysia Spiritual City kini menjadi viral dan disebarkan secara berleluasa menerusi pelbagai medium terutamanya media sosial.

"Saya minta hentikan sebar fitnah ini, sebelum Allah hantar bala yang lagi dahsyat kerana fitnah yang berleluasa," katanya.

Isu tersebut turut menghujani Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, beliau telah mengajukan kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang berhubung perkara tersebut.

"Ternyata ia satu fitnah besar yg perlu dijernihkan," katanya.

Menurut Asyraf, beliau memperoleh penjelasan mengenai "ISU 1MST (1Malaysia Spiritual Tourism) City seperti berikut:

1MST City tidak akan berlaku. Kelulusan tanah kepada syarikat asal bagi tujuan pembangunan bercampur telah ditarik balik.

Penjelasan ringkas:

1. Kerajaan Negeri luluskan tanah 250 ekar kepada Waras Mekar (WM) bagi tujuan pembangunan bercampur (rumah, kedai). Tiada kaitan langsung mahupun isu dengan 1MST

2. Waras Mekar cari beberapa potential JV. Antaranya Enchant Acres (EA) yg nak buat 1MST tu, tapi tiada persetujuan. Ia di luar pengetahuan Negeri

3. Bila 1MST dipublish online, WM buat laporan polis

4. Menteri Besar buat kenyataan akhbar semasa Mesyuarat MMK menjelaskan ktidaksahihan 1MST

5. Semasa sidang DUN Nov lalu, MB sekali lagi terangkan dalam DUN, dan isytihar tanah yang diluluskan kepada WM ditarik balik".

Asyraf berkata, penyebaran isu tersebut merupakan satu contoh bagaimana satu berita yang tidak benar begitu mudah untuk disebarkan hingga menjadi satu fitnah besar.

"Hati-hatilah dalam berkongsi maklumat di FB agar tidak terjebak dalam dosa besar," katanya ~ MalaysiaGazette

Bagi yang tak tahu apa bendanya 1MST tu sila baca di SINI

Betulke Rosmah bantu bebaskan pelajar Malaysia di Mesir? Macam tipu saja.. baca nih!

Posted: 10 Dec 2013 01:53 AM PST


Kenyatan Najib yang dengan bongkaknya mendakwa Rosmah adalah orang yang bertanggungjawab mendapatkan pembebasan pelajar yang ditangkap polis Mesir tidak dapat dibuktikan.

Pertama sekali, Najib ternyata silap apabila mendakwa pelajar itu, Ibrahim Mohd Azmi ditangkap kerana tuduhan mengintip.

Hakikatnya Ibrahim Mohd Azmi ditangkap ketika bersama-sama konvoi Viva Paletine bersama-sama enam orang yang lain.

 Beliau ditangkap ketika mengambil gambar kekerasan polis anti rusuhan Mesir terhadap sukarelawan Viva Palestine.

Mengenai penglibatan Rosmah pula, kabel diplomatik dan laporan antarabangsa membawa berita yang jauh berbeza.

Laporan antarabangsa menunjukkan bahawa perundingan antara pegawai Viva Palestina, Turki dan British dengan pihak berkuasa Mesir bagi membebaskan Ibrahim Mohd Azmi dan enam yang lain tanpa dakwaan, tidak menyebut langsung tentang campur tangan Rosmah.

Sebagai balasan Viva Palestine akan membebaskan dua orang polis anti rusuhan Mesir yang ditawan mereka. Sangat aneh kerana tiada satu pun media antarabangsa melaporkan penglibatan Rosmah dengan usaha itu dalam carian di internet kecuali media tempatan iaitu The Star.

Adalah tidak diketahui sejauh mana hubungan tidak rasmi Rosmah dengan isteri Hosny Mubarak, telah membantu pembebasan Ibrahim Mohd Azmi seperti yang didakwa oleh Najib dan The Star.

Ni laporan dari The Ant Daily..

Did Rosmah really rescue Malaysian student detained in Egypt?

Despite Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's exhortations of his wife Datin Seri Rosmah Mansor's role in securing the release of a Malaysian student detained by Egyptian authorities in 2010, questions remain as her involvement was not evident in international news reports except for articles carried by national news agency Bernama and several local papers.

One such article, part of a series that extolled Rosmah's role in the release, is among the collection listed on the Prime Minister's Office website dedicated to the "Wife of the Prime Minister of Malaysia".

Another article that spoke of her role was published in The Star on Jan 7, 2010, along with others that followed suit. Other papers also published variations of the Bernama article.

Najib had announced this as one of Rosmah's unsung deeds, in response to criticisms over her use of an executive jet paid for by public funds for a non-official trip. He said this during his speech on the last day of the 67th Umno general assembly in Kuala Lumpur on Dec 7.

However, Naijb incorrectly said that the student was accused of spying. In fact Malaysian student Ibrahim Mohd Azmi was arrested as part of Egyptian riot police crackdown on the Viva Palestina Lifeline convoy 3 that was awaiting transit into Gaza.

He was taking pictures of riot cops attacking the Viva Palestina convoy volunteers when he was arrested. Egyptian riot police raided the compound the convoy was in after activists demonstrated refusing to exclude 59 non-medical vehicles from their convoy into Gaza.

Ibrahim was one of seven Viva Palestina convoy members detained, while several others were hurt in the raid.

And while the PM boasted that Rosmah's sacrifices for Malaysia, such as her alleged help in securing the release of the student, was rarely mentioned by him, it was curiously plastered all over the local papers.

International diplomatic cables and reports, however, carry a different tune.

The US Embassy in Cairo sent a message to several stations on Jan 11, 2010 describing the event. A copy of the cable can be accessed on the Wikileaks website.

A portion of the cable reads "...the demonstrators had 'detained' two Egyptian police officers in return. Turkish MP Murat Mercan (one of 5 Turkish MPs traveling with the convoy) had mediated a release of the demonstrators and police after a couple of hours."

Similarly, press releases by Viva Palestina credited British MP George Galloway and Turkish MPs, who the movement said "struck a deal with Egyptian authorities, part of this deal was that the 7 detainees were released without charge".

The deal was the release of two Egyptian riot cops captured by the convoy volunteers in return for the release of the volunteers detained without charge and the convoy's agreement to defer the nine vehicles from their trip to Gaza.

The international reports show that negotiations were between Viva Palestina, Turkish and British officials with the Egyptian authorities, no mention of a Rosmah intervention.

It is also strange that no international media picked up on the matter, at least none that theantdaily can at the moment search for online.

It is not known who is stealing whose thunder here but as far as the negotiations went, it is unclear how Rosmah's unofficial links to the wife of former Egyptian dictator Hosny Mubarak, as claimed by Najib, had helped.

Please continue yours reading HERE

APA?? Siling Hospital Serdang runtuh lagi?

Posted: 10 Dec 2013 12:17 AM PST


Hingga kini sudah tujuh kali ( Utusan lapor sepuluh kali) siling Hospital Serdang ini dilaporkan runtuh.. walaupun dilaporkan juga bahawa setiap kali berlakunya runtuhan akan ada siasatan namun ianya masih berterusan..

Tahun ini sahaja, antara September hingga Disember, termasuk insiden terbaru itu semalam, sudah empat kali siling di hospital itu runtuh.

Adakah perlu ianya runtuh sehingga tujuh puluh kali atau adakah ditunggu runtuhan itu menimpa kaum keluarga Menteri atau pimpinan UMNO baru masaalah sebenar akan diatasi?

Siling Hospital Serdang runtuh lagi  
KUALA LUMPUR 9 Dis. - Kualiti pembinaan Hospital Serdang terus menimbulkan persoalan apabila insiden siling runtuh di situ sering berulang dan membahayakan nyawa kakitangan serta pesakit hospital tersebut.  
Apa yang mengejutkan kejadian siling runtuh itu turut berlaku di kuarters yang menempatkan kakitangan hospital berkenaan.  
Insiden terbaru yang berlaku pukul 1 petang ini merupakan kejadian keenam dilaporkan tahun ini, selepas kejadian terakhir pada 4 Disember lalu.  
Runtuhan siling dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D itu hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.  
Kerosakan di kuarters itu bukan hanya melibatkan siling rumah malah beberapa bahagian lain turut bermasalah antaranya lantai menggelembung dan kerosakan paip air.  
Akibatnya ramai kakitangan tertekan dengan masalah itu dipercayai mengambil keputusan berpindah sama ada ke kuarters lain atau menyewa di luar.  
Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan runtuhan siling berlaku sekali lagi di bahagian Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.  
Runtuhan itu adalah yang kelima dilaporkan akhbar tahun ini. 
Pada Ogos tahun lalu, siling di bahagian kaunter jururawat Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Serdang runtuh mengakibatkan seorang pegawai perubatan bersama tiga jururawat yang sedang bertugas mengalami kecederaan.

Insiden sama turut berlaku bulan lalu yang membabitkan Wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan di wad bersalin.  
Difahamkan insiden siling runtuh di hospital berkenaan telah lebih 10 kali berlaku dan antara lokasi yang pernah berlaku adalah Jabatan X-ray, forensik, lobi, klinik pakar serta di wad hospital ~ Utusan

Apa nak dihairankan... projek mahal komisyen pun mahal.. yang tinggal untuk jalankan projekpun cukup-cukup makan saja.. kalau nak untung juga terpaksalah guna bahan yang rendah kualitinya.. jadi, hasilnya macam ni laa...

Buat sementara waktu aku cadangkan kakitangan Hospital berkenaan gunakan topi keselamatan semasa bertugas.. he..he..

JPJ halang dan saman lori bantuan mangsa banjir..

Posted: 09 Dec 2013 08:00 PM PST

"Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam."

Itu kata penyelaras bantuan mangsa banjir, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak. 

"Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?

"Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun," katanya baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.

"Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.

"Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan," ujarnya.


Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untuk mangsa banjir.

Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.

"Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.

"Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ. Cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan budi bicara langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat memerlukan barangan tersebut," katanya ~  MalaysiaGazette

Tak sia-sia Proffesor-proffesor ni pertahan Rosmah...

Posted: 09 Dec 2013 04:30 PM PST


Ahad lalu melalui laman blog miliknya bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST telah memebrikan satu pandangan yang kelihatan lebih kepada satu sindiran kepada Najib.

Bekas Ketua Pengarang NST itu telah mencadangkan agar Rosmah Mansor dilantik oleh Najib bagi menggantikan sekurang-kurangnya empat Menteri yang tak tahu buat kerja.

Walaupun nampak sinis namun ada rasionalnya, ini lebih baik dari membiarkan Rosmah Mansor menyibuk tak tentu hala dalam urusan pentadbiran Kerajaan.

Namun begitu biarpun cadangan tersebut ada rasionalnya ada juga golongan cerdik pandai yang membantah cadangan itu dan dalam masa yang sama mempertahankan isteri kedua Perdana Menteri itu.

SHAH ALAM - Keaktifan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam persada politik bukan untuk menggantikan peranan Kabinet.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata apa yang dilakukan Rosmah adalah sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu.

Menurutnya, menteri Kabinet tidak perlu terasa hati dengan tindakan isteri pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya lihat apa yang dia lakukan bukan untuk menggantikan peranan menteri, tapi beliau hanya mahu membantu atau mewakili tugas suaminya. "Menteri jangan kecil hati," katanya.

Jayum juga berkata, usaha Rosmah dalam kebajikan masyarakat juga adalah perkara yang baik untuk membantu masyarakat dalam peranannya. 

Lapor Sinar Harian lagi..

Suhubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai tulisan A.Kadir itu, Jayum berkata, perkara itu tidak perlu ditulis.

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Rosmah tidak perlu untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kabinet kerana beliau mempunyai peranan yang tersendiri.

Katanya, kehadiran Rosmah dalam banyak majlis tertentu adalah salah satu peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara.

"Rosmah ada peranannya yang tersendiri. "Dia sebagai isteri Najib akan memberi semangat kepada Najib," ujarnya.

Selain itu, Azizuddin juga berkata untuk melantik Rosmah menjadi salah seorang menteri di Kabinet adalah tidak sesuai.

"Kita tak ada tradisi macam itu, nanti wujud pula Kabinet mengamalkan nepotisme," katanya lagi.

Nampaknya Proffesor-proffesor itu tidak faham apakah sebenarnya yang dipersoalkan majoriti rakyat termasuk ahli UMNO sendiri.

Apa yang dipersoalkan rakyat ialah siapakah Rosmah untuk mewakili Kerajaan Malaysia sedangkan tiada seorangpun rakyat Malaysia telah memilihnya untuk mewakili Kerajaan Malaysia?

Persoalan itu berbangkit bilamana Rosmah menggunakan jet milik kerajaan Malaysia untuk urusan peribadinya di luar negara.

Dalam masa yang sama biarpun bergelar Proffesor,  Jayum Jawan juga tidak tahu bahawa Najib suami kepada Rosmah itu bukanlah pemimpin nombor satu negara, Yang DiPertuan Agung adalah pemimpin pertama negara ini..

Tapi tak sia-sialah mereka bodek Rosmah... sebab Najib dah umumkan gaji permulaan tinggi untuk penjawat awam PHD dan Sarjana, manakala yang ada PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat...

Gaji permulaan tinggi untuk penjawat awam PHD dan Sarjana 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya. kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan ~ Astro Awani

Tiada ulasan: