Selasa, 10 Disember 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ARAB SPRING:PELAJAR WAJIB TERIMAKASIH DENGAN DS ROSMAH

Posted: 10 Dec 2013 06:30 AM PST

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau menghargai bantuan oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk membawa keluar pelajar Malaysia dalam keadaan "antara hidup dan mati" dari Mesir pada 2011.
Anifah yang dipetik dalam tulisan wartawan veteran Ahirudin Attan di blog rockybru.com.my menyebut, beliau mengetahui bahawa hubungan baik isteri perdana menteri dengan pemimpin negara luar akan membantu proses tersebut.
Katanya, usaha untuk memindahkan warga Malaysia itu dilakukan ketika revolusi Arab Spring memuncak ketika itu.
"Keutamaan saya adalah keselamatan rakyat Malaysia, terutama pelajar kita. Ia adalah keadaan hidup atau mati," katanya yang menambah pemindahan itu perlu dilakukan dengan pantas.

Anifah juga berkata, beliau bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di Mesir dan di Arab Saudi bagi menjalankan proses pemindahan tersebut.

"Isteri PM ada hubungan yang saya tahu sangat boleh membantu, terutama dalam keadaan tersebut. Kenapa dia tidak boleh gunakan hubungan itu?

"Ia adalah keadan antara hidup dan mati. Sebagai menteri luar saya boleh terima bantuan sesiapa saja, jika ia boleh menjamin keselamatan rakyat kita," katanya seperti dipetik dalam tulisan tersebut.
Ahirudin menerbitkan tulisan itu susulan cadangan sinis oleh tokoh kewartawanan Datuk A Kadir Jasin agar Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah mungkin ke jawatan perdana menteri.

Kadir berkata, Rosmah patut dilantik ke jawatan berkenaan atas jasa-jasanya, yang mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Langkah itu juga boleh menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan menunjukkan Rosmah lebih cekap dari menteri sedia ada, kata Kadir dalam tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib semasa menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno, Sabtu lalu, yang antara lainnya menonjolkan tindakan Rosmah membantu membebaskan seorang pelajar dari tahanan pihak berkuasa Mesir.

Selain itu, Najib turut memuji tindakan Rosmah yang menggunakan hubungan baik dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membolehkan seorang lagi pelajar Malaysia masuk ke negara itu tanpa visa.

"Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa," katanya.

BUKTIKAN BAHAWA MAT SABU ITU SYIAH...

Posted: 10 Dec 2013 04:27 AM PST

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mendedahkan bukti terdapat pemimpin PAS mengamalkan ajaran Syiah hanya disifatkan sekadar permainan politik.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, berdasarkan pemantauan, tiada seorang pun pemimpin PAS terlibat dengan Syiah, malah penafian berhubung perkara itu telah pun dibuat, lapor Sinar Harian.

NONE"Ia hanya spekulasi pihak luar yang khabar angin untuk mereka dan juga Umno sahaja.

"Jika KDN (Kementerian Dalam Negeri) ada bukti, sila buktikan, jangan hanya bermain politik sebegini.

"Jika beliau berjaya membuktikan ada pemimpin PAS yang mengikut fahaman Syiah, PAS tetap mempertikaikannya.

"Kami hanya akan mengambil tindakan apabila kami sendiri melihat serta mengkaji bukti tersebut," beliau dipetik sebagai berkata.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dilapor akan mendedahkan bukti keterlibatan pemimpin parti itu yang didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam laporan tersebut juga, belau berkata, PAS tidak ada kuasa menghalang sekiranya KDN memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan terhadap pemimpin terlibat.

"PAS ada keputusan sendiri dan kerajaan ada kuasa mereka dan boleh buat apa sahaja. Selagi mana pemimpin PAS bersih, kita akan cuba pertahankan pemimpin kita," katanya, seperti dilaporkan harian itu.

Kalau ada bukti, tunjukkan

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pula dilaporkan berkata, kerajaan perlu menuruti prosedur dalam memberikan bukti berhubung keterlibatan pemimpin PAS dalam fahaman Syiah.

"Jika (ia) tidak benar, ini bermakna Umno perlu bersedia menghadapi saman daripada PAS.

"Isu Syiah merupakan isu politik antarabangsa yang telah dimainkan Umno dan akhirnya PAS menjadi mangsa keadaan. Jika Umno ada bukti, sila tunjukkan, kami tidak gentar," katanya.

ADA APA DENGAN PERHIMPUNAN KRISTEN BORNOE INI?

Posted: 09 Dec 2013 06:06 PM PST

Lebih 10,000 Iban yang beragama Kristian akan berkumpul di Kuching, Sarawak minggu ini untuk  mengingatkan Putrajaya agar menghormati Perjanjian Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, terutamanya tentang hak kebebasan beragama.
Perhimpunan tahunan empat hari, yang dipanggil Gempuru Besai Kristian Jaku Iban Malaysia (mesyuarat Iban beragama Kristian di Malaysia), akan melihat lebih daripada dua kali ganda jumlahnya berbanding perhimpunan tahun lalu yang diadakan di Bintulu.
Salah seorang penganjur acara itu, Pendeta James Ganie, dari Gereja Injil Baptist di Kuching, berkata walaupun perhimpunan besar itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes nama Allah yang kini sedang dibicarakan di mahkamah, peserta dijangka akan membuat perisytiharan berkaitan isu itu.
"Perhimpunan besar lebih berkaitan dengan kepercayaan dan bukan undang-undang yang sedang dibicarakan di mahkamah, atau politik.
"Tetapi kami akan membuat pendirian sekali lagi ke atas kebebasan beragama. Mesyuarat ini akan sekali lagi meminta kerajaan untuk menghormati Perjanjian Malaysia dan jaminan kebebasan beragama," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuching.
Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan, dengan syarat tidak disebarkan kepada orang Islam. Islam membentuk hampir 60 % daripada 29 juta penduduk negara ini.
Ganie berkata, point pertama dalam perjanjian 18 perkara untuk Sarawak dan 20 perkara untuk Sabah menyatakan "manakala tidak ada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia, tidak harus ada agama negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, dan peruntukan yang berkaitan dengan Islam di dalam Perlembagaan Malaya kini tidak perlu dilaksanakan ke atas  Borneo Utara".
"Kami masih berdiri untuk kebebasan agama," katanya.
Malaysia Timur juga bimbang apabila Mahkamah Rayuan, dalam keputusannya pada 14 Oktober lalu yang berkata kalimah Allah diharamkan digunakan dalam penerbitan bukan Islam, termasuk mingguan Katolik, Herald.
Gereja Katolik kini merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.
Perhimpunan agama empat hari itu, yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, kembali ke Kuching selepas 16 tahun.
Perhimpunan, yang asalnya bermula di Sibu sebagai Pan Borneo konvensyen pada 1996, bertujuan menyatukan pemimpin dan ahli daripada pelbagai gereja berbahasa Iban di Sarawak, negeri terbesar di Malaysia.
Ganie berkata, 20 gereja dan denominasinya mengesahkan penyertaan dalam acara tahun ini.
Tiga penceramah terkenal di peringkat antarabangsa, Pendeta Dr David Demian, Watchmen Kanada untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Pastor Jeromer Ocampo, Yesus Revolusi Sekarang, satu pergerakan Kristian dari Filipina dan Pastor dari Malaysia Dr Chew Weng Chee, seorang paderi kanan Sidang Injil Borneo Kuala Lumpur (SIBKL) dijemput untuk berucap di perhimpunan itu.
"Ucapan mereka akan serta-merta diterjemahkan ke dalam bahasa Iban," katanya merujuk kepada suku kaum yang terbesar di Sarawak itu. - 10 Disember 2013

Tiada ulasan: