Selasa, 10 Disember 2013

Addin

Addin


Rupanya Ini Cerita Sebenar Rosmah Di Sebalik Pengakuan Najib?

Posted: 10 Dec 2013 08:16 AM PST

Kenyataan PM yang dengan bongkaknya mendakwa Rosmah adalah orang yang bertanggungjawab mendapatkan pembebasan pelajar yang ditangkap polis Mesir tidak dapat dibuktikan.

Pertama sekali, Najib ternyata silap apabila mendakwa pelajar itu, Ibrahim Mohd Azmi ditangkap kerana tuduhan mengintip.

Hakikatnya Ibrahim Mohd Azmi ditangkap ketika bersama-sama konvoi Viva Paletine bersama-sama enam orang yang lain.

Beliau ditangkap ketika mengambil gambar kekerasan polis anti rusuhan Mesir terhadap sukarelawan Viva Palestine.

Mengenai penglibatan Rosmah pula, kabel diplomatik dan laporan antarabangsa membawa berita yang jauh berbeza.

Laporan antarabangsa menunjukkan bahawa perundingan antara pegawai Viva Palestina, Turki dan British dengan pihak berkuasa Mesir bagi membebaskan Ibrahim Mohd Azmi dan enam yang lain tanpa dakwaan, tidak menyebut langsung tentang campur tangan Rosmah.

Sebagai balasan Viva Palestine akan membebaskan dua orang polis anti rusuhan Mesir yang ditawan mereka.

Sangat aneh kerana tiada satu pun media antarabangsa melaporkan penglibatan Rosmah dengan usaha itu dalam carian di internet.

Adalah tidak diketahui sejauh mana hubungan tidak rasmi Rosmah dengan isteri Hosny Mubarak, telah membantu pembebasan Ibrahim Mohd Azmi seperti yang didakwa oleh Najib. ~wasukalu



Iklan C (ii)






Anak Najib Dengan Isteri Pertama Ikut Jejak Rosmah

Posted: 09 Dec 2013 11:09 PM PST

Selain Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, anak sulung perdana menteri Mohd Nizar juga turun padang untuk meninjau keadaan mangsa banjir di Pahang dan Terengganu.

Seorang lagi ahli keluarga Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak turut mencuri tumpuan, mengikut jejak Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu.

Anak sulung Perdana Menteri, Mohd Nizar, 35, dilihat berada di pusat gerakan bencana diiringi satu rombongan yang besar.Beliau merupakan anak Najib dengan isteri pertamanya, Tengku Putri Zainah.

Sebelum ini, Najib dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara.

Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak).

Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa.

Sebelum ini bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar The News Straits Times Datuk A. Kadir Jasin dalam tulisannya diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri.

Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Sementara itu, Mohd Nizar dilihat menyarungkan kemeja T sukan dimana tertulis "Najib My PM 2013" atau Najib PM Saya 2013 semasa di pusat gerakan banjir beberapa hari lalu, lapor sumber yang dipetik dari Malaysiakini.

Portal berita itu melaporkan Mohd Nizar melawat sekurang-kurangnya lima pusat penempatan banjir akan tetapi melarikan diri daripada media sebaik sahaja dikesan.

Apabila ditanya apakah perkataan yang tertulis pada kemeja T sengaja dipakai bagi memberi publisiti kepada bapanya dan Barisan Nasional (BN), Mohd Nizar menafikannya dan mendakwa kedatangannya hanyalah untuk membantu.

"Tidak, saya hanya di sini untuk membantu".Bapanya merupakan Ahli Parlimen yang paling lama memegang kerusi di Pekan, yang antara kawasan yang mengalami bah di Pahang.

Hujan lebat yang dilaporkan turun di beberapa negeri Pantai Timur menyebabkan lebih dari 40,000 penduduk terjejas dan terpaksa berpindah ke 149 pusat penempatan sementara. ~tmi




Iklan C (ii)




Gambar Najib Harungi Banjir Paras Leher Tersebar..

Posted: 09 Dec 2013 07:06 PM PST


Lepas ini tiada lagi kata-kata negatif dan kurang enak mengenai ketidak puas hati rakyat betapa Najib Razak semasa meninjau Pusat Pemindahan banjir langsung tidak basah seluar sebab turun dari helikopter terus naik kereta ke tempat Pusat Pemindahan Mangsa banjir yang kering.

Nah!! Najib harung air banjir sampai paras leher lagi ... Inilah pemimpin berjiwa rakyat .. sanggup lakukan apa saja sehingga membahayakan nyawa sendiri demi rakyat tercinta. ~omakkau





Iklan C (ii)




Tiada ulasan: