Ahad, 29 Disember 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Fenomena Ikan Naik Ke Darat Di Sabah Terjawap....kos sara hidup dalam laut tinggi...menteri cap ayam kata tak suka duduk dalam laut boleh pindah ke darat ...!!!!

Posted: 29 Dec 2013 09:26 AM PST

Fenomena ikan naik ke darat di Sabah mungkin berpunca dari kos sara hidup dalam laut yang meningkat.

Bila ikan2 ni komplain pada menteri dia, maka menteri dia pon jawap "kalau tak suka duduk dalam laut, pergi la duduk tempat lain".

MAHARAJALAWAK MEGA 2013 dimenangi oleh PAK MENTERI CAP AYAM....!!!!

Posted: 29 Dec 2013 09:16 AM PST

buat apa di tubuhkan makmal baik di tubuh bilik bedah khas....bedah ajer kepala kepala menteri  yang bercakap ikut nafsu ayam.....!!!!

Telatah dan sikap segelintir pemimpin tanah air kita amat menarik dan mencuit hati . Mungkin anda dan kebanyakan rakyat turut merasakan sama . Tidak kurang juga ada yang keluh kesah dan merintih tidak senang dengan sikap mereka ini. Lebih teruk lagi ada yang mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya .

Semua reaksi ini disebabkan perangai dan sikap  Najib selaku Perdana Menteri (PM) dan menteri-menterinya dalam menangani masalah kos sara hidup meningkat dengan mendadak.

Kebanyakan rakyat dah mual tahap kritikal dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka. Sewaktu Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini, pelbagai janji manis ditabur sehinggakan mempersona mata melihat, enak pula telinga mendengarnya dan bertuahlah rakyat kalau-kalau dapat merasakan apa yang dijanjikan mereka. Realitinya janji hanyalah janji, sekadar pemanis mulut bila berkata-kata.

Kita menyaksikan begitu mudah najib dan menteri-menterinya mengumumkan projek sana-sini, meluluskan peruntukan segera berjuta-juta ringgit dan melakar hebat manifesto yang mereka namakan Akujanji BN. Selepas PRU13, projek entah ke mana, manifesto pun entah ke mana.

Teras pertama dalam manifesto BN ialah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat. Dengan siri pengumuman 'rasionalisasi subsidi' yang dibuat oleh Najib dan menteri-menterinya, maka rakyat mula bertanya kemana perginya janji ini? Apa yang melucukan, Najib dan pak menteri hanya memberi jawapan spontan yang tak terfikir oleh akal waras kita.

Bila Najib mahu memujuk rakyat supaya menerima Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang akan dilaksanakan April 2015, beliau berkata : "Usahlah bimbang, janganlah risau, GST tidak dikenakan kepada garam, kacang dhal, ikan masin, cencalok, budu dan belacan".

Sebenarnya pemikiran Najib terbalik kerana kita sekali-kali tak akan risau jika benda-benda yang disebutkan olehnya ini dikenakan GST. Apa yang kita risau ialah bila barang-barang keperluan dikenakan GST.

 Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi jawapan berkaitan rungutan harga tol akan dinaikkan pada tahun hadapan, beliau berkata: "Pengguna boleh guna jalan biasa jika mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi".

kita hairan Abdul Wahid boleh memberi cadangan yang begitu tidak masuk akal. Apakah beliau fikir tol-tol yang perlu dibayar oleh rakyat setiap hari letaknya di dalam hutan?

Manakala Datuk Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula memberi formula kepada rakyat bagi mengatasi kenaikan harga ayam dengan berkata: "Kalau tengok harga (ayam) naik, jangan beli ayam tapi beli daging".

Banyak lagi kenyataan-kenyataan semberono menteri-menteri BN yang lawak dan tidak patut keluar dari mulut seorang menteri. "Bila harga gula naik, rakyat tidak berisiko tinggi terkena penyakit kencing manis". "Rakyat dinasihatkan jangan makan gula untuk hidup lebih lama".

Terbaru, Najib selaku Perdana Menteri mengumumkan : "Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat tahun depan". Idea ini dicadangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin. Sepertinya makmal ini akan menyelesaikan masalah bebanan rakyat yang mereka timbulkan. Apa kejadah nya nak di tubuhkan makmal  berkenaan sedang punca berkenaan  adalah dari najib haramjadah sendiri...pada kita  kalau begitu lah jawapan dari PM yang terkena nasi kangkang bini ,adalah lebih baik di tubuhkan  satu bilik bedah khas untuk menteri menteri yang bercakap ikut rasmi ayam...kita bedah dalam kepalanya  apa yang sebenar menyebabkan beliau beri jawapan yang bukan bukan dan tidak setaraf dengan kedudukkannya . Kalaulah ini tahap mentaliti menteri-menteri kita, sesiapa pun layak menjadi menteri.

Bagi kita Najib dan menteri-menteri ini boleh diberikan anugerah khas diatas kecekapan mereka menjawab dan menepis isu-isu yang timbul. Agaknya apakah cadangan nama anugerah dan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka sebagai tanda betapa bertuahnya kita mempunyai menteri-menteri yang terlalu  cerdik  mengalahkan seekor ayami? Pohon cadangan untuk diketengahkan kepada Najib.

Tiada ulasan: