Biaqpila |
Posted: 23 Dec 2013 05:36 AM PST Ridhuan: Melayu sokong Pakatan jika tol naik Ahli akademik kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran bahawa pengundi Melayu mungkin mengalihkan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan menaikkan kadar bayaran tol lebuh raya. Dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan berkata parti Umno sepatutnya membentuk strategi untuk memastikan pengundi Melayu tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang. "Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. "Saya bimbang PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah!," katanya. malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan