Addin |
- Ini Sebabnya Warga KL Bengang Dengan DBKL.. Cukai Pintu Naik Melambung-Lambung
- Kantoi!! Rupanya Umno Punya Kerja Bukannya PAS..
- Genap Sebulan Pemergian Ahmad Ammar
- Ustaz Ridhuan Tee Disiasat Kerana Ajar Subjek ' Pembersihan Etnik'
- Gambar-Gambar Terbaru Sekitar Banjir Di Pahang
- Kes Kematian 3 Beradik : Seorang Pelajar Di Tahan
- Kisah Di Sebalik Pemergian Ahmad Ammar
- Malaysia Bakal Tergadai 7 Disember
- Berita Memeranjatkan Dari Seorang Ketua Negara
Ini Sebabnya Warga KL Bengang Dengan DBKL.. Cukai Pintu Naik Melambung-Lambung Posted: 03 Dec 2013 09:00 AM PST Ini adalah kiriman gambar bil cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bermenterikan Setiausaha Agung UMNO Malaysia Tengku Adnan Tengku Mansor betapa dulu rumah pusakanya di Cheras Baru Kuala Lumpur bil cukai taksiran yang wajib di bayar kepada DBKL ialah sebanyak RM3,960 setahun. Bukankah ini di namakan cekik darah rakyat sampai kering kontang. Beberapa butiran terpaksa di padamkan atas permintaan tuan punya bil... Omak Kau perlu menghormati permintaan beliau. Kalau tidak zalim dan menindas rakyat .. mau di panggil apa kerajaan begini?.. Yang seronoknya tu ... pada PRU 13 lalu dia memberikan undi kepada calon BN katanya. |
Kantoi!! Rupanya Umno Punya Kerja Bukannya PAS.. Posted: 03 Dec 2013 07:00 AM PST Syarikat pemaju Saujana Sdn Bhd yang merobohkan candi bersejarah di Lembah Bujang berusia 1,200 tahun itu berkata, mereka tidak mengetahui bahawa ia merupakan satu tinggalan sejarah. Pengurus Projek, Saw Guan Keat, berkata mereka melakukan semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari tahun ini sebelum membeli lapan lot tanah dari pemilik lama, satu lagi syarikat pemaju. "Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan apa-apa. Syarikat meneruskan pembelian pada Febuari. Apabila kami melakukan semakan semula di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi kami mendapati ia tidak terikat dengan apa-apa," katanya dipetik daripada akhbar The Star. Saw berkata, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco Negeri di antara 1994 dan 1995."Kami melakukan lawatan tapak bermula pada September. Kami terlihat candi itu. Kami tidak tahu apa benda itu," katanya.Katanya, syarikat berkenaan hanya mengetahui mereka merobohkan candi selepas membaca akhbar. "Kalau kami tahu struktur batu itu merupakan peninggalan sejarah, kami tidak akan robohkannya," katanya. Sebilangan candi di Lembah Bujang yang masih belum digazetkan sudah mula dimusnahkan sejak beberapa tahun lalu, kata ahli arkeologi selepas kemusnahan candi nombor 11 mendapat bantahan penduduk. Pengerusi kumpulan kajian di kawasan itu, Datuk V Nadarajan, berkata candi Lembah Bujang dikatakan mula dibina sejak kurun ke-10 dan sesetengahnya sudah dirobohkan sejak beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan umum. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memberi jumlah sebenar candi yang sudah dirobohkan dan masih banyak yang belum digazetkan sebagai kawasan sejarah. ~tmi |
Genap Sebulan Pemergian Ahmad Ammar Posted: 03 Dec 2013 12:53 AM PST Kehidupan seperti remaja lain, aktif bersukan, lasak dan suka melakukan sesuatu yang baru serta mencabar dirinya. Ketika hayatnya, dirinya kurang dikenali, namun tatkala dia meninggal, satu dunia mengenalinya! Dialah Ahmad Ammar Ahmad Azam, meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November lalu. Istimewanya Ammar, apabila disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki. Kematiannya dikaitkan penghijrahan sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari dari Madinah ke Konstantinopel (Istanbul) yang akhirnya syahid di kota itu. Begitulah juga dengan perjalanan hidup Ammar yang berhijrah dari Malaysia ke Istanbul, yang dikatakan syahid ketika dalam perjalanan untuk mengajar agama Tafsir Risalah An -Nur kepada pelajar baru dari Malaysia, Thailand dan Kemboja. Semalam, genap sebulan arwah Ammar, 20, menemui pencipta-Nya, namun kehilangannya masih dirasai sehingga hari ini. Terselit 'sesuatu' pada diri Ammar sehinggakan dia diberi kemuliaan sehinggakan ramai orang berebut-rebut mahu mengusung jenazahnya ke tempat persemadiannya. Mengimbas kembali kisah itu, bapa arwah Ammar, Ahmad Azam Ab Rahman, 53, berkata, pelbagai perasaan terbit dalam dirinya saat dikhabarkan satu-satu anak lelaki tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan Nur Azlina Abdul Aziz disahkan meninggal dunia. "Saya sedih dan terkejut. Saya dapat berita itu pada 2 November jam 11.30 malam. Sepanjang malam itu tidak tidur. Keesokannya selepas Subuh ketika dalam 'flight' ke Turki, saya dan isteri menangis berganti-ganti, tidak tahu apa yang perlu dilakukan," katanya. Namun, sebaik tiba di Istanbul, perasaan sedih Ahmad Azam bertukar terharu dan bersyukur kerana begitu ramai guru, ustaz serta rakan-rakan universiti Ammar dari Malaysia dan Turki hadir menziarahi arwah anaknya. "Kami pergi ke rumah mayat dan pada malam itu, pelajar Malaysia dengan pegawai kedutaan buat tahlil. Jamaah Hayrat juga turut mengadakan majlis," katanya. Ahmad Azam tidak menyangka anak lelakinya begitu dimuliakan apabila permohonannya untuk mengebumikan Ammar di Eyub Sultan, ditunaikan. Ini kerana, tanah perkuburan itu dianggap tempat paling mulia di Turki kerana menempatkan sahabat nabi yang mati syahid. "Waktu itu terdetik di hati saya bahawa permohonan Ammar itu sangat berat untuk dilaksanakan Jamaah Hayrat. Ini umpama saya beri wasiat; 'kalau saya meninggal dunia, terus kebumikan saya di makam pahlawan di Masjid Negara'. "Ammar hanya budak 20 tahun, tidak ada sejarah, orang luar pula, minta tempat sangat diidam-idamkan oleh semua orang Turki. Itu hampir mustahil sampai ada orang Turki kata; 'anak kamu ini dapat (dikebumikan di Eyub Sultan) ini, tempat kami nak mimpi pun tak berani sebab hampir mustahil, tapi ALLAH SWT membuka dan memuliakan anak kamu'. "Ketika itu, barulah timbul rasa terharu kerana Ammar begitu dimuliakan ribuan orang Turki termasuklah kerajaan Turki. Rupanya berita kematian Ammar sampai kepada Menteri Luar Turki. Beliau ke luar negara waktu itu. Bila saya pulang ke Malaysia, beliau mengucapkan takziah," katanya. Imej Malaysia naik Berita arwah Ammar, rakyat Malaysia pertama dikebumikan di Eyub Sultan menjadikan negara dipandang tinggi dan sangat dihormati kerana masyarakat Turki menganggap orang luar yang disemadikan di situ, sudah pasti seseorang yang sangat istimewa. Seorang pendakwah terkenal di Turki yang dikenali sebagai Omer Dongeloglu beri syarahan mengatakan bahawa Ammar adalah orang yang dimuliakan ALLAH dan dikira sebagai mati syahid. Pandangan itu turut sama dikongsi ulama lain di Turki. Perkara itu membuatkan Ahmad Azam dan isterinya tertanya-tanya mengenai 'kehebatan' anaknya sehingga digelar sebegitu. Malah, jenazah Ammar juga kelihatan percikan peluh di dahi dan bawah kelopak mata ketika dikafankan – antara tanda kematian yang baik. "Kami lihat wajah Ammar tenang, seolah-olah sedang tidur. Raut wajahnya kelihatan seperti tersenyum, sesuatu yang jarang kami lihat ketika hayatnya sebab mukanya sentiasa serius seakan-akan sedang memikirkan sesuatu," katanya. Persoalan itu akhirnya terjawab apabila rakannya memaklumkan kepada Ahmad Azam bahawa anaknya sudah menamatkan pengajian Tafsir al-Quran Risalah an-Nur, dalam tempoh lapan bulan. "Saya sendiri tidak pernah tahu perkara ini. Tafsir ini, yang diasaskan Ustaz Bediuzzaman Said Nursi agak payah dan orang Turki sendiri ambil masa lama untuk tamatkan. Saya sendiri ada tafsir ini, tapi tak habis baca lagi. "Disebabkan itu, ustaz kepada arwah Ammar ini menjalankan ujian terhadap Ammar dan dia telah lulus, sama mengikut kefahaman mereka. Akhirnya, ustaz mentauliahkan dia dan Ammar sudah boleh mengajar tafsir itu," katanya Ahmad Azam, yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, ketika kejadian Ammar dilanggar, ia merupakan hari pertama arwah mengajar pelajar baharu dari Malaysia, Thailand dan Kemboja. "Takdir ALLAH, dalam perjalanan hendak mengajar Tafsir Risalah an-Nur, dia meninggal. Saya difahamkan, Ammar sudah melintas ketika itu, namun dia hilang imbangan, lalu terjatuh. "Dalam beg yang dibawa Ammar waktu itu, dia memang hendak ajar tafsir tajuk pertama iaitu mengenai bab ikhlas sebab hanya sifat ini saja menjadikan semua amalan dapat pahala. Di sinilah, baru saya nampak kenapa Ammar dimuliakan," katanya. Ahmad Azam berkata, tiada kesan darah ditemui pada pakaian dipakai Ammar ketika kemalangan tersebut. "Autopsi dijalankan untuk mengetahui punca kematian. Hasil pemeriksaan mendapati, tangan kiri dan dua tulang rusuk Ammar patah, serta kecederaan dalaman," katanya. Mimpi bertemu bidadari Dua minggu sebelum kematian anaknya, Ahmad Azam berpeluang bertemu Ammar semasa lawatan urusan kerjanya di Istanbul, namun arwah tidak memberitahunya tentang pengalamannya ketika mengikuti misi kemanusiaan di Syria. "Rakannya bercerita, Ammar bermimpi bertemu dengan bidadarinya. Dia cakap; 'Alhamdulillah, ALLAH beri hadiah pada aku dengan bertemu bidadariku. Aku dah mati, aku mati syahid. Tak sabar nak jumpa dengan bidadari," ceritanya mengulangi kisah diberitahu rakan anaknya. Dalam nota dicatatkan arwah menerusi telefon bimbitnya, kata Ahmad Azam, ketika Ammar berada di Syria, berlaku pergolakan dalam dirinya sama ada mahu mengangkat senjata atau meneruskan pengajiannya. "Sebagai bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC), soal tembak menembak ini tiada masalah. Akhirnya, dia melihat tugasnya sebagai pelajar belum selesai. Dia buat keputusan untuk berdakwah. Jadi dia kena balik dan habiskan tugas-tugasnya sebagai pendakwah. "Sebab itu, kawan-kawannya dalam nada gurauan menggelarkan Ammar sebagai 'syahid yang tertangguh'. Dua minggu kemudian, Ammar meninggal dunia," katanya. Menurutnya, kematian Ammar umpama menghidupkan banyak hati yang terlena terutama golongan muda dan ramai ingin mengikut jejak langkah arwah anaknya. "Ada tujuh perkara yang saya lihat pada diri Ammar, iaitu visi yang dikaitkan dengan ALLAH dan Rasul, wawasan 'Ummati' dan 'Rahmatan lil Alamin' (rahmat ke seluruh alam), tanam rasa ketinggian pada ALLAH, baca al-Quran setiap hari, solat sunat Tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali, mengkaji ilmu sejarah Islam, mendalami kitab Risalah An- Nur dan mempelajari bahasa Turki. "Keseluruhannya, saya lihat ada tiga nilai penting yang saya perhatikan sebelum dia meninggal, iaitu keikhlasan Ammar membuat kerja, lakukan kerja bersungguh sungguh dan suka menolong orang lain," katanya. Rakam gambar sebelum meninggal Sebelum pergi buat selama-lamanya, arwah Ammar dikatakan banyak bergambar dengan tokoh-tokoh terkenal seperti sasterawan, Datuk Baha Zain dan mengambil gambar di tempat yang dikunjunginya. Bagi Ahmad Azam, sikap Ammar kelihatan agak luar biasa kerana anaknya bukan seorang yang begitu, tetapi tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa ia adalah 'kenangan' yang akan ditinggalkan buat tatapan keluarga. "Kehadirannya tidak dirasai orang kerana dia seorang pemalu. Kalau dia ada pun, orang tidak akan perasan. Tapi kali ini dia minta orang tolong ambilkan gambar. Kita tak terfikir, kelakuan itu pelik ke apa, sekarang baharu rasa, ada mesej dia nak bagi. "Yang paling saya tak jangka, kawan dia hendak siapkan tugasan dan ada masalah hendak cari tokoh korporat. Ammar telah minta bantuan saya untuk bantu rakannya. Ini pun bukan sikap dia. Kami ingat, dia sekarang sudah lebih matang, rupa-rupanya itu tanda dia nak pergi," katanya. Menurut Nur Azlina, anaknya sempat menziarahi saudara dan rakannya ketika pulang ke Malaysia selama dua bulan, bermula Ramadan lalu, seolah-olah mahu mengucapkan 'selamat tinggal' kepada mereka. "Masa dia dengan kami pun tak banyak. Dia banyak mengembara dan dalam tempoh dua bulan cuti, dia mengikuti misi kemanusiaan kami ke Kemboja, melibatkan diri dalam program Ramadhan sekolah pelarian Rohingya di Klang dan program di Pesantren Hamka di Padang, Indonesia. Dia nampak seronok apabila berpeluang mempelajari selok-belok kerja sawah padi di Sik, Kedah. "Kalau dia balik, tiada masa untuk lihat Ammar bersantai atau menonton televisyen. Masa banyak dihabiskan buat terjemahan drama TV Al Hijrah atau laporan projeknya di Kemboja dan sebagainya," katanya. Walaupun Ammar seorang yang pendiam, Nur Azlina berkata, dia tetap disukai rakann kerana sikapnya disenangi, suka bercakap bila perlu. "Dia tidak pernah bercerita sesuatu perkara yang membangga dirinya. Kami kenal dia sebagai seorang anak yang merendah diri, terutama dengan orang yang lebih tua daripadanya. Dia pernah terpilih sebagai pelajar terbaik, tetapi tidak tercalon kerana sikapnya pendiam," katanya. Tak pernah mimpi Ammar Dalam keluarganya, Ammar adalah anak keempat daripada lima adik-beradik. Nur Azlina berkata, tiada tanda-tanda pelik ditunjukkan ketika kali terakhir beliau bertemu Ammar, iaitu semasa menghantar arwah anaknya ke lapangan terbang selepas habis bercuti, pada 22 September lalu, iaitu 40 hari sebelum kematian Ammar. "Cuma dia ada menyebut, selepas ini dia tidak akan balik lagi. Tiada benda ketara yang disebutnya. Tapi kawannya ada menceritakan yang Ammar ingin mempertingkatkan kerja dakwah kerana masa sudah suntuk," katanya. Bagaimanapun setakat ini, Nur Azlina tidak pernah bermimpikan arwah anaknya walaupun ramai orang yang berkongsi pengalaman mimpi bertemu dengan Ammar. "Sampaikan ada orang kata; 'saya doakan makcik mimpikan Ammar'. Saya kata; 'tidak mengapa, yang penting berdoa dan tahu dia (Ammar) dekat dengan hati saya," katanya. Sebagai tanda memperingati jasa Ammar, pihak Universiti Marmara, Turki menanam pokok di tempat pengajiannya. Selain itu, Ahmad Azam memberitahu, semua barang milik anaknya ditinggalkan di sana kerana permintaan orang Turki. "Buku-buku dia semua kami tinggalkan di Turki untuk diletakkan dalam perpustakaan. Baju-baju Ammar pula, habis dibahagikan kepada orang Turki, sebagai kenangan kerana syahid," katanya. Hidup dalam keluarga besar Ammar dibesarkan dalam suasana keluarga 'extended family' (lebih dua generasi dalam sebuah rumah) selama 12 tahun. Ammar membesar bersama dengan datuk, nenek dan ramai bapa dan emak saudara kerana dia sibuk bekerja ketika itu. Bercerita lanjut mengenai kisah putera tunggalnya, Ahmad Azam berkata, arwah anaknya membesar dengan datuk, nenek dan bapa saudara kerana dia dan suami sibuk bekerja ketika itu. "Dari kecil lagi, Ammar diterapkan dengan ilmu agama dan bersekolah Sekolah Rendah Islam Abim Al-Huda dan di Sekolah Agama Menengah Bestari. Sikap kepimpinan Ammar terserlah apabila dia melanjutkan pelajaran di RMC," katanya. ~sh |
Ustaz Ridhuan Tee Disiasat Kerana Ajar Subjek ' Pembersihan Etnik' Posted: 02 Dec 2013 10:54 PM PST Kementerian Pertahanan akan menyiasat dakwaan bahawa ahli akademik pro kerajaan Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) mengajar subjek "pembersihan etnik" di Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM). Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata walaupun beliau tidak mempunyai maklumat lengkap, beliau mempertahankan Profesor Madya tersebut kerana tidak salah untuk menyentuh isu itu jika ia berdasarkan fakta. "Kita mesti berlaku adil, kita perlu melihat sama ada subjek tersebut untuk mendidik pelajar atau dibuat dengan hasutan," katanya menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh). ~tmi |
Gambar-Gambar Terbaru Sekitar Banjir Di Pahang Posted: 02 Dec 2013 09:38 PM PST Banjir yang berlaku di laluan hadapan UIAM Kuantan di Indera Mahkota Keadaan banjir yang berlaku di kawasan Jaya Gading (Jalan Padang Jepun) Lori dan bas ini gagal mengharungi air di kawasan Gambang Waterpark Keadaan banjir yang berlaku di kawasan Kampung Jawa sekarang ini Keadaan banjir yang berlaku di kawasan Perkampungan Sg.Isap Damai Keadaan banjir yang berlaku di kawasan Chendering, Permatang Badak Keadaan banjir yang berlaku di Batu 5 berhampiran perumahan Sunrise Keadaan banjir yang berlaku di kawasan Perumahan Pandan Damai Keadaan banjir yang berlaku di jalan menghala ke Felda Bukit Sagu Keadaan banjir yang berlaku di jalan dekat Empangan Sunga Kobat jalan Kolej Profesional Maran (KPM) menghala ke Sungai Lembing Jalan Tanah Putih Baru menghala ke Jambatan Kuantan / Bandar Kuantan ditutup kepada kenderaan ringan. Kenderaan ringan boleh lalu jalan atas dibuka dua hala ~pdo |
Kes Kematian 3 Beradik : Seorang Pelajar Di Tahan Posted: 02 Dec 2013 07:42 PM PST Alor Setar - Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis kira-kira jam 11.30 malam, semalam. "Setakat ini pihaknya menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui media di pejabatnya, hari ini. Sabtu lalu, Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong kira-kira jam 3.45 petang, selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu. Lebih menyayat hati, mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma ditemui kira-kira jam 4.50 petang semalam, di dalam terusan Mada Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira tiga kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui. Walaupun kesemua mereka ditemui mati akibat lemas lemas, polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam pada itu Adzaman berkata, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti dari segenap aspek. Tambahnya, hasil bedah siasat ke atas Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula mendapati punca kematian mereka adalah lemas. "Terdapat kesan calar pada badan mangsa, namun tiada tanda mereka dirogol, dicekik atau dipukul," katanya. "Manakala spesimen darah ketiga-tiga beradik itu turut dihantar untuk ujian ke Jabatan Kimia, Pulau Pinang bagi memeriksa jika ada punca lain termasuk kemungkinan suntikan dadah ke atas mangsa," katanya. Adzaman berkata, pihaknya turut dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa kematian ketiga-tiga beradik itu berlaku dalam tempoh yang hampir sama. Ditanya mengenai dakwaan keluarga mangsa mengenai kesan cedera dipercayai akibat dicucuh puntung rokok pada anggota badan dan tangan Nor Syafikah Nadia serta kesan sama pada tangan kedua-dua adik mangsa, Adzaman berkata, kesan berkenaan mungkin disebabkan gigitan hidupan dalam air seperti lintah atau ikan. Menyentuh penemuan seluar di kawasan penemuan mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna, beliau memberitahu, ia bukan milik ketiga-tiga beradik itu kerana Nor Syafikah Nadia keluar pada malam kejadian dengan memakai jeans biru. "Bagaimanapun kemeja-T yang ditemui berhampiran mayat Nor Syafikah Nadia adalah miliknya," katanya. Sementara itu, Adzaman turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi bahawa mangsa menjadi mangsa rogol seperti yang dipaparkan dalam laman sosial. "Maklumat yang polis salurkan kepada umum adalah hasil laporan perubatan oleh pakar forensik yang menyatakan tiada tanda mangsa dirogol," katanya. |
Kisah Di Sebalik Pemergian Ahmad Ammar Posted: 02 Dec 2013 06:45 PM PST Tutur katanya memperlihatkan beliau seorang ayah yang tabah. Begitu juga ketenangan di wajah seorang ibu tatkala menceritakan detik perginya anak lelaki tunggal dalam keluarga mereka. Tiada ratapan sayu mahupun tubir mata yang bergenang saat menceritakan tentang putera kesayangan, Ahmad Ammar yang maut dilanggar sebuah ambulans di Istanbul, Turki, bulan lalu. Kisah Ammar menjadi sebutan malah video mengenai kisah remaja berusia 20 tahun yang merantau jauh semata-mata mahu mendalami ilmu Islam itu disaksikan lebih sejuta pelayar YouTube. Ramai antara kenalan Ammar menyifatkan pemergiannya sebagai syahid yang tertangguh. Ammar digambarkan sebagai mujahid yang disayangi ramai bahkan jenazahnya disemadikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari, di pemakaman Eyub di Turki. Satu-satunya jenazah rakyat Malaysia yang dikebumikan di sana. Kisah sedih permergian Ammar menjadi bualan di seantero dunia. Permata berharga dari bumi Malaysia itu terkenal dengan akhlak dan perjuangannya mahu mendalami sejarah Islam. Ujar ayah Ammar, Ahmad Azam Abd Rahman, 53, pemergian anaknya itu telah "mencelikkan kembali hati-hati manusia", ketika menghadiri sesi dialog di bangunan Karangkraf hari ini. Malah menurut Azam, selepas pemergian anaknya itu, kerja dakwahnya menjadi semakin mudah apabila semakin ramai masyarakat tampil menghulurkan bantuan untuk umat Islam sejagat, kata bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu. "Selepas masyarakat menonton video pemergian Ammar di Youtube, ramai yang terkesan, mereka (masyarakat) menangis, mereka kata hendak berubah. "Mereka kata walaupun Ammar baru menjejak usia 20 tahun namun sudah banyak kerja dakwah yang beliau (Ammar) telah lakukan, tetapi mereka hanya setakat pergi surau sahaja," katanya. Dalam nada yang sama, tambah Azam lagi, hubungan diplomatik dengan negara Turki serta tempat Ammar belajar (Universiti Marmara) juga seolah-olah dipermudahkan oleh ALLAH. "Sewaktu jenazah Ammar disembahyangkan, Rektor Univerisiti ada datang sekali, Alhamdulillah selepas peristiwa itu segala urusan pelajar Malaysia di Universiti berkenaan menjadi mudah. "Sebelum ini banyak kerenah (prosedur) untuk urusan kemasukan, namun selepas Rektor berkenaan hadir sekali, hatinya terbuka untuk memudahkan urusan pelajar kita di sana, Alhamdulillah atas segala nikmat pemberian-NYA," katanya penuh tanda kesyukuran. Ibunya, Nur Azlina Abdul Aziz dipetik Kosmo! sebelum ini berkata, Ammar merupakan anak yang cukup mudah dijaga. Malah sukar untuk mengingati bila kali terakhir beliau memarahi anaknya itu. "Anak saya seperti remaja-remaja lain, cuma beza Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya tentang keperibadian arwah, saya cuba ingat kembali, berapa kali saya meninggikan suara atau jika pernah terdetik perasaan marah kepadanya. "Baru saya tersedar, tidak pernah sekali saya melakukan semua itu kepadanya. Dia anak yang mudah dijaga dan tidak pernah merungut," cerita Nur Azlina yang aktif dalam badan kebajikan amal kepada akhbar itu. Malah ujarnya, Ammar merupakan seorang yang pendiam dan hanya bercakap apabila perlu sahaja sama ada bersama teman mahu pun ahli keluarganya. Sehinggakan kata Nur Azlina, guru sekolahnya pernah menelefon beliau semata-mata mahu memberitahu Ahmad Ammar tergelak di dalam kelas. Masa kecilnya, ujar Nur Azlina, dahi arwah sudah mempunyai garis-garis halus. Optimis wanita itu, anaknya mungkin berfikir tentang umat Islam di seluruh dunia. Sementara itu, ayah Ammar turut berkongsi tips bagaimana beliau memberi didikan kepada anak-anaknya. "Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips yang mungkin berguna dalam medidik anak-anak. "Bagi saya antara tips yang penting ialah mengajar anak-anak dengan visi wawasan ummati, iaitu kita terapkan kepada anak-anak supaya satu hari nanti mereka menjadi salah seorang manusia yang dapat memberi kebahagian serta kemuliaan kepada Islam. "Memberi nama yang baik supaya mereka mengikut contoh kepada individu tersebut, misalnya nama Muhammad, ajari mereka mengenai ketinggian adab kepada ALLAH, Rasul, ulama, guru, ajari mereka al-Quran. "Wajibkan mereka solat, ajari mereka sejarah Islam supaya mereka bersemangat untuk memperjuangkan agama ALLAH ini serta yang terakhir ajari mereka supaya mempelajari bahasa asing (sebab itu saya hantar Ammar ke Turki supaya dia faham sejarah Islam Uthmaniah dan dapat memberi sumbangan pada Islam satu hari nanti, namun ALLAH lebih menyayangi beliau, saya reda dengan ketentuan-NYA ," katanya. ~sh Addin : Dikala anak muda lain yang berumur 20 tahun masih dilambung keseronokan dunia.. Ahmad Ammar sudah kenal Allah dan Rasulnya.. |
Malaysia Bakal Tergadai 7 Disember Posted: 02 Dec 2013 05:13 PM PST Pada 7 hingga 10 Disember ini, akan ada satu mesyuarat paling penting yang bakal menentukan masa depan dan status kedaulatan ekonomi Malaysia. Mesyuarat itu adalah antara menteri-menteri perdagangan dari negara yang sedang berunding untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terbesar pernah disaksikan dunia, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). Mesyuarat dijadualkan berlangsung di Singapura itu dianggap detik penentu sama ada Malaysia akan menyertai TPP dan jika ya, apakah yang perlu dikorbankan negara dan siapakah yang akan paling terkesan akibat TPP? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui TPP bukanlah sebuah perjanjian normal seperti yang ditandatangani Malaysia sebelum ini. "Apabila (rundingan TPP) mula memasuki bab hak harta intelek, penyelesaian pelabur-negara (ISDS), syarikat milik kerajaan, alam sekitar dan buruh, secara asasnya ada kesan kepada hak negara berdaulat untuk membuat peraturan dan dasar. "Inilah bahagian yang rumit dan sebab inilah kami menuntut untuk diberikan fleksibiliti," katanya dalam satu perbincangan semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali, Indonesia pada awal Oktober lalu. Mengapa perlu TPP di sebalik FTA sedia ada? Penentangan terhadap TPP bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi negara peserta lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS) turut menerima tentangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik masing-masing. Apa yang paling ditakuti NGO dan pakar ekonomi adalah TPP akan memberikan terlalu banyak kuasa kepada syarikat luar negara dan membuka persaingan dalam negara tanpa mengambil kira tahap kemajuan berbeza antara negara peserta TPP. Antara persoalan dibangkitkan NGO di negara ini adalah mengapa Malaysia begitu mahukan TPP walaupun pelbagai FTA sedia ada dan akan datang dianggap mencukupi untuk pasaran eksport negara. Menurut Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Malaysia telah pun mempunyai FTA dua hala dengan semua negara peserta TPP kecuali AS, Kanada, Mexico dan Peru. "Daripada semua negara ini, pasaran terbesar adalah AS, jadi mungkin hujah digunakan (untuk sertai TPP) adalah untuk meningkatkan eksport barangan Malaysia ke AS apabila cukai untuk menghantar barangan atau perkhidmatan ke negara itu dihapuskan," menurut MTEM. Namun, kajian MTEM menunjukkan 75 peratus barangan Malaysia yang dieksport ke AS pada masa ini memasuki negara itu dengan kadar cukai 0.2 peratus sahaja atau tanpa cukai sama sekali. "Manfaat yang akan diterima daripada penghapusan cukai jika Malaysia sertai TPP mungkin dalam sektor tekstil dan seramik sahaja. "Bagi tekstil, untuk memasuki pasaran AS tanpa cukai, pengeluar pakaian perlu membeli benang dari AS yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan China," menurut kajian itu. Bagi sektor seramik pula, MTEM berkata jumlah cukai yang perlu dibayar pengeluar seramik di Malaysia untuk menghantarnya ke AS hanya US$1.1 juta (RM3.54 juta) daripada nilai eksport keseluruhan US$19 juta (RM61 juta) tahun lalu. "Kalau (nilai) ini saja yang kita dapat jimatkan dengan penyertaan Malaysia dalam TPP, berbaloikah untuk sertai TPP sedangkan banyak sektor lain seperti perolehan kerajaan perlu dibuka kepada syarikat luar, harga ubat akan lebih mahal dan kawalan modal (bagi pasaran kewangan) tidak boleh dilakukan?" soal MTEM. Negara terdesak mahu tandatangani TPP Di sebalik tentangan tanpa henti pelbagai pihak, TPP kini tiba di peringkat akhir rundingan, dengan ramai pemerhati menjangkakan perjanjian itu akan dimuktamadkan di Singapura, Sabtu ini. Profesor undang-undang Universiti Auckland di New Zealand, Jane Kelsey berkata, TPP akan hanya boleh dicapai jika negara peserta berkompromi secara berbahaya pada perjumpaan di Singapura nanti. "Perjumpaan ini juga akan melihat menteri-menteri perdagangan (negara TPP) membuat keputusan yang sepatutnya dibuat antaranya oleh menteri kesihatan, kerajaan tempatan dan menteri alam sekitar. "Dan tentu sekali, mereka akan membuat keputusan ini secara rahsia," katanya melalui tulisan beliau dalam akhbar The New Zealand Herald bertarikh 29 November lalu. Beliau turut mempersoal bagaimana rundingan TPP yang pada Oktober lalu seolah hampir mustahil untuk mencapai persetujuan, kini dilihat akan tetap ditandatangani negara peserta. "Bulan lalu (Oktober), lebih separuh daripada 29 bab dalam TPP mempunyai banyak isu serius yang belum diselesaikan. Apa yang membuatkan rundingan ini hampir pasti ditandatangani sekarang? "Ini kerana perunding bekerja mengikut mandat diberikan menteri. Mereka perlu mengikut arahan yang diberikan menteri. "Tetapi (untuk mencapai tahap akhir rundingan ini) banyak benda perlu dikorbankan dan perunding akan memberi senarai ini kepada menteri untuk membuat keputusan pada mesyuarat di Singapura nanti," katanya. Rakyat Malaysia setakat ini boleh menarik nafas lega kerana teks rundingan TPP yang didedahkan laman web pembocor rahsia Wikileaks baru-baru ini menunjukkan kerajaan Malaysia menentang keras beberapa permintaan utama AS dan negara lain termasuk untuk memanjangkan tempoh hak cipta ubat-ubatan yang boleh menyebabkan harga ubat baru kekal mahal bagi tempoh lebih lama. Masa depan kita kini berada dalam tangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, atau lebih dikenali sebagai Tok Pa, yang akan membawa bersama harapan dan kebimbangan Malaysia dalam mesyuarat di Singapura nanti. Adakah Tok Pa akan terus mempertahankan hak Malaysia dalam rundingan TPP seperti yang telah dilakukannya sehingga kini atau adakah kerajaan akhirnya akan tunduk kepada permintaan negara TPP lain pada 7 Disember ini? ~sh |
Berita Memeranjatkan Dari Seorang Ketua Negara Posted: 02 Dec 2013 04:40 PM PST Kagum dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila beliau sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya. Beliau yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita. Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times. Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan. Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan. Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita. Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan