Selasa, 3 Disember 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Lembah Bujang manifestasi Talibanisme BN umno?

Posted: 03 Dec 2013 12:57 AM PST

ULASAN Perobohan Candi Sungai Batu - Tapak 11 - oleh pemaju Bandar Saujana yang berpejabat di Sungai Petani, Kedah, menimbulkan persoalan sama ada Talibanisme menjadi kebiasaan di bawah pemerintahan Umno-BN.

Tidak sampai sebulan kuil Hindu berusia seratus tahun dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), negara digemparkan pula dengan berita candi yang berusia lebih 1,000 tahun di Lambah Bujang, Kedah hilang buat selama-lamanya akibat perobohan pemaju perumahan.

NONEKedua-dua insiden ini berlaku di dua kawasan di mana Umno-BN memerintah. Satu di Kuala Lumpur dan satu di Kedah.

Ini kerana, hanya puak Taliban yang akan menghapuskan peninggalan sejarah, dengan menggunakan nama agama.

Insiden terbaru pemusnahan Candi di Kedah ini tiada bezanya dengan insiden puak Taliban meletupkan patung Buddha Bamiyan di Afghanistan.

Kedua-dua peninggalan sejarah ini hilang buat selama-lamanya kerana kerakusan sesuatu puak itu.

Saya bersama Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof P Ramasamy telah melawat Tapak 11 Candi Sungai Batu pada Sabtu lalu (bawah).

Pecah berkecai ditimbun tanah

Kami amat sedih apabila mendapat tahu candi berkenaan sudah pecah berkecai dan telah ditimbun dengan tanah merah supaya tidak dapat dicari lagi.

Selepas lawatan kami, perkara itu mendapat liputan meluas dan kini ia sudah menjadi isu hangat di peringkat nasional.

NONEKami diberitahu pada lawatan berkenaan, candi di Tapak 11 berkenaan dipecah pemaju kerana Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda, Kedah memberikan "go ahead" kepada pihak pemaju dengan menyatakan "tiada tapak sejarah di kawasan berkenaan".

Kerajaan Kedah tidak konsisten dalam pendiriannya dalam isu ini, sejak isu ini mula mendapat perhatian awam.

Pada mulanya exco kerajaan Kedah menyatakan mereka tidak tahu kewujudan candi berkenaan.

Kemudiannya ada seorang lagi exco menyatakan bahawa beliau memandu di kawasan berkenaan dan hanya melihat pokok kelapa sawit.

Akhirnya dilaporkan, kerajaan Kedah mengarahkan pemberhentian segala kerja oleh pemaju berkenaan.

Akta Warisan

Saya hairan, bagaimana exco kesenian, kebudayaan dan warisan Kedah tidak tahu tentang kewujudan candi itu apabila ia didokumentasi oleh Muzium Lembah Bujang?

Pihak muzium juga sedar kewujudan dan lokasi candi berkenaan.

Adakah ini bermakna exco berkenaan tidak pernah melawat Muzium Lembah Bujang langsung sejak menjadi ahli majlis mesyuarat?

Bagaimana kerajaan negeri Kedah berlepas tangan dalam hal ini dengan mengatakan "tanah berkenaan milik swasta" apabila wujudnya Akta Warisan untuk melindungi warisan sejarah?

Adakah kerajaan Kedah ingin lepas tangan setelah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, Kedah memberikan maklumat "tiada tapak warisan sejarah" di tanah berkenaan?

Kerajaan Kedah harus menjawab segala persoalan ini.

Pemusnahan warisan sejarah adalah sesuatu yang amat menyakitkan hati. Kerajaan Kedah membenarkan peninggalan ketamadunan Melayu pertama di rantau ini dimusnahkan begitu sahaja.

Hanya calonkan bangunan penjajah

Saya menyeru kepada kerajaan Kedah dan kerajaan Persekutuan supaya tidak bersikap "Taliban" dengan menghancurkan peninggalan sejarah sebelum kedatangan Islam ke Semenanjung ini.

Sepatutnya kita berasa amat bangga, didapati ketamadunan pertama di rantau Asia Tenggara bertapak di Kedah dan ketamadunan Melayu berkenaanlah yang mengajar tamadun kepada seluruh warga Asia Tenggara yang lain.

NONEKerajaan Umno tidak patut menyembunyikan fakta sejarah bahawa Tamadun Melayu pertama bermula 2,000 tahun dahulu di Kedah, hanya kerana ketamadunan berkenaan berasaskan ajaran Hindu-Buddha.

Sejarah jangan cuba diolah dengan menggunakan alasan agama.

Adakah Lembah Bujang tidak begitu bernilai sehingga, bangunan-bangunan peninggalan kolonial British dicalonkan oleh Malaysia untuk dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO tetapi tapak bermulanya ketamadunan Melayu pertama di Asia Tenggara sehingga kini belum dicalonkan, malah dibiar begitu sahaja?

Saya hairan, kenapa PERKASA mendiamkan diri dalam hal ini, kerana yang dimusnahkan itu adalah warisan sejarah ketamadunan Melayu di bumi ini?

Adakah PERKASA tidak berminat dalam soal ketamadunan Melayu pertama dan hanya berminta menjadi alat politik Umno?

MIC hipokrit

Manakala, pendirian MIC dalam hal ini adalah hipokrit semata-mata.

Difahamkan tiada seorang pun pemimpin MIC pernah melawat kawasan Lembah Bujang sebelum ini, walaupun mereka sering datang ke kawasan berkenaan dalam perjalanan mereka ke Universiti AIMST di Semeling, Kedah.

azlanKami juga diberitahu bahawa Ramasamy adalah ahli politik berketurunan India yang pertama melawat kawasan Lembah Bujang ini, khususnya di Tapak 11 dan Tapak 12 pada Sabtu lepas.

Segala tindakan MIC dan pemimpinya kini adalah hanya untuk mendapatkan publisiti murahan.

Kenapa MIC tidak pernah membuka mulutnya tentang Lembah Bujang dalam 50 tahun menjadi rakan kabinet Umno?

Saya minta Rakyat Malaysia tidak melihat perkara ini dari segi agama semata-mata dan menilai dengan pemikiran rasional masing-masing.

Talibanisme yang dipromosi oleh Umno harus dihentikan segera dan warisan sejarah ini harus dipertahankan sehingga ke akhirnya.


SATEES MUNIANDY ketua biro penyelidikan dan pembangunan Pemuda Sosialis DAP dan ahli Majlis - Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang.

Tiada ulasan: