Addin |
- Kantoi!! Mahkamah Tolak Permohonan Reman Polis
- Kerajaan Selangor Bertindak 'Zalim' Terhadap Rakyatnya.. Saksikanlah
- Pemimpin Arab Sumbang RM32.9 Juta Kepada Mangsa Banjir Di Malaysia
- Berita Yang Membuatkan Zahid Hamidi Ketar Lutut
Kantoi!! Mahkamah Tolak Permohonan Reman Polis Posted: 24 Dec 2013 08:35 AM PST Majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari terhadap Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan pihaknya telah berhujah bagi membantah permohonan pihak polis itu kerana alasan yang tidak munasabah. "Sebentar tadi kita telah berhujah di hadapan majistret apabila pihak polis memohon untuk menahan reman Azan selama tujuh hari. "Hujah yang kita berikan adalah penahanan tersebut tidak munasabah dan kita meminta agar pihak polis membebaskan tahanan tersebut. "Majistret telah menerima alasan yang kita berikan dan membenarkan pihak polis melengkapkan proses mengambil keterangan sebelum Azan dibebaskan," katanya. Sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) telah bertindak bagi membantu Azan. Azan telah ditahan oleh pihak polis kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru. Beliau ditahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan seksyen 124C Kanun Keseksaan. ~hrkh |
Kerajaan Selangor Bertindak 'Zalim' Terhadap Rakyatnya.. Saksikanlah Posted: 24 Dec 2013 04:59 AM PST Penantian 20 tahun tunggu dapat rumah berakhir KLANG 24 DIS : Setelah lebih 20 tahun menanti, hanya airmata kegembiraan yang dapat dititiskan Rosli A. Hamid apabila menerima replika kunci rumah daripada Kerajaan Selangor. Lelaki berusia 58 tahun itu berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih dengan usaha Kerajaan Negeri yang sudi membantu rakyat sepertinya memiliki rumah sendiri. Katanya, beliau dan keluarga pernah menempuh pengalaman perit apabila beberapa kali diusir daripada rumah sewa kerana gagal menjelaskan wang sewaan. "Kali terakhir diusir, saya terpaksa membawa anak dan isteri untuk menumpang di rumah keluarga mertua tetapi persoalannya sampai bila. "Satu masa nanti andai orang tua tiada, perkara lain pula harus difikirkan apabila soal hak rumah menjadi pertikaian adik beradik. "Jadi, hari ini tidak terkira kesyukuran kerana akhirnya kami dapat juga kediaman sendiri," kata pesara tentera ini. Rosli kali terakhir bekerja sebagai pengawal keselamatan namun akhirnya dibuang kerja akibat mempunyai masalah kesihatan; kencing manis, serangan jantung dan juga darah tinggi. "Sejak itulah, tiada siapa lagi mahu ambil bekerja sehingga rumah yang saya beli terpaksa dilelong dan akhirnya kami semua hanya mampu menyewa merata-rata dengan berbekalkan wang pencen sahaja," jelasnya lagi. Beliau yang hadir ditemani anak bongsunya merupakan antara 43 penerima rumah baru di Majlis Penyerahan Kunci Rumah yang diadakan di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang di sini. Majlis yang disempurnakan Timbalan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Tiew Way Keng itu turut meraikan 21 penerima bantuan program Baik Pulih Rumah. Sementara itu, penerima program Baik Pulih Rumah, Zarina Mahmud 39, pula berharap program kebajikan yang dianjurkan Kerajaan Negeri dapat terus dikembangkan dan ditambahbaik demi kepentingan rakyat. "Contohnya seperti program ini, memang baik kerana jika bahagian rumah rosak tidak dibaik pulih, ia akan beri kesan yang lain pula pada penghuni rumah. "Cuma diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan lagi proses permohonan baik pulih ini kerana jika sesuatu kerosakan itu dibiarkan lama, ia akan membawa kesan kerosakan yang lebih teruk lagi, dan ini beri kesan pula pada kos pembaikan," kata Zarina yang menerima bagi pihak ibu mertuanya. ~sk |
Pemimpin Arab Sumbang RM32.9 Juta Kepada Mangsa Banjir Di Malaysia Posted: 23 Dec 2013 07:48 PM PST Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia. Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pahang dan Kelantan, baru-baru ini. Bencana alam terbabit menyebabkan kemusnahan rumah dan kerosakan harta benda. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE, termasuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah, selain menyediakan barangan keperluan asas. "RCA akan mendapatkan semua bekalan barangan berkenaan daripada pasaran tempatan," katanya. Menurut laporan itu, inisiatif berkenaan akan membolehkan lebih 100,000 mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Banjir di pantai timur Semenanjung yang berlaku pada awal bulan ini menyebabkan lebih 40,000 keluarga terjejas dan ditempatkan di beberapa pusat pemindahan. Bencana alam itu berpunca akibat perubahan iklim dan bukan hanya disebabkan pembangunan pesisiran pantai kurang terancang. |
Berita Yang Membuatkan Zahid Hamidi Ketar Lutut Posted: 23 Dec 2013 06:06 PM PST Mahkamah Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat diputuskan. Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen. "Pempetisyen tidak perlu secara fizikal memfailkan petisyen itu sendiri," katanya ketika membacakan keputusan sebulat suara itu. Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman memfailkan dua petisyen dengan asas bahawa Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan rasuah dan perbuatan menyalahi undang-undang. Antaranya ialah membeli undi dan berbelanja melebihi RM200,000 untuk mendapatkan kerusi Parlimen itu. Bagaimanapun, merit kes berkenaan tidak dapat didengar kerana Hakim Mahkamah Pilihanraya, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuang petisyen berkenaan susulan daripada bantahan awal bahawa petisyen perlu dihantar sendiri secara fizikal oleh pempetisyen. Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Zahid menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108 undi. Zahid memperolehi 17,176 undi manakala Madhi yang bertanding atas tiket PKR mendapat 15,068 undi. Peguam Edmund Bon, New Sin Yew, Chan Yen Hui dan Joshua Tay mewakili pemohon manakala Zahid diwakili peguam Datuk Firoz Hussein. Mahkamah juga membenarkan atas alasan yang sama seperti rayuan K. Vasantha Kumar bagi petisyen pilihan raya Tapah. Kerusi itu dimenangi oleh Datuk M. Saravanan, kini Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Hal yang sama juga berlaku apabila ia membenarkan rayuan oleh calon pembangkang untuk kerusi DUN Lubuk Merbau di Perak. Bagaimanapun mahkamah menolak rayuan untuk kerusi Parlimen Sungai Besar, Kuala Selangor, Batu dan Lembah Pantai. Awal pagi tadi, satu jawatankuasa yang dianggotati lima orang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria membenarkan rayuan bagi kerusi parlimen Ketereh di Kelantan. Peguam Sivarasa Rasiah, yang mewakili perayu Abdul Aziz Abdul Kadir, memberitahu mahkamah bahawa bilangan undi dijadualkan dalam lembaran skor dipegang oleh Pilihan Raya Suruhanjaya dan terdapat enam Borang 14 yang berbeza. Beliau berkata, terdapat perbezaan 6,000 undi dan ini boleh mengubah keputusan pilihan raya. Mahkamah bersetuju dengan Sivarasa dan memerintahkan kes berkenaan diteruskan dan didengar sebagai perbicaraan penuh. "Kami akan dapat membawa saksi untuk memberi keterangan di hadapan hakim pilihan raya," katanya. Pada pilihan raya lalu, wakil BN Datuk Annuar Musa BN merampas kerusi daripada Abdul Aziz dengan 974 undi majoriti . Abdul Aziz mewakili parti PKR, memenangi kerusi itu pada tahun 2008. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan