Selasa, 24 Disember 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


syaitan UMNO nak jaga kesucian islam ke nak jaga kelangsungan rasuah dan penyelewengan oleh kroni kroninya...!!!!

Posted: 24 Dec 2013 03:49 AM PST

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk perkenalkan rang undang-undang baru dalam usaha memerangi fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam dan institusi Raja, khasnya daripada media alternatif. Demikianlah kenyataan Timbalan Menteri KDN, Datuk Dr Wan Junaidi di Dewan Negara baru-baru ini

Walaupun begitu undang-undang memerangi fitnah memang telah sedia ada dan  sudah cukup untuk memerangi fitnah. Kita sudah ada Akta Fitnah 1957 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaaan untuk kesalahan fitnah. Benarkah media alternatif yang suka memfitnah dalam keadaan semua tahu Utusan Malaysia sering kalah di Mahkamah dalam kes fitnah?

Jaga institusi Raja? Bukankah Umno juara bertahan menghina institusi Raja? Jika tidak percaya tanyalah Datuk Seri Annuar Musa siapakah yang hendak tabal Raja di bawah pohon Ketapang?

Mengenai Islam, sekali pandang nampak macam Umno benar-benar ingin menjaga kesucian Islam. Sebab itulah dicadangkan undang-undang khusus untuk jaga agama Islam. Sudah tentu PAS akan ditempelak jika rang undang-undang itu tidak dipersetujui oleh PAS.

Islam, tidak seperti agama agama lain, adalah agama yang berdiri tegas atas hujah (burhan) dan dalil. Ia insya-Allah boleh menjaga dirinya sendiri kerana pemilik Islam adalah Allah. Jika Allah berjanji dalam Al-Quran bahawa Allah yang menurunkan Al-Quran dan Allah pasti akan menjaganya maka apa masalah untuk Allah menjaga Islam?

Apa yang Islam minta hanya ruang untuk ia dibenarkan menyeru manusia kepada Allah dengan secara hikmah, dengan nasihat yang baik (mau'izah al hasanah) dan dengan perdebatan (mujadalah) melalui kaedah terbaik. Jika ruang itu diberi nescaya Islam tidak perlu kepada undang-undang khas ciptaan manusia untuk lindungi Islam. Umno perlu tahu bahawa manusia perlukan Islam bukannya Islam perlukan manusia.

Malangnya Umno gagal membenarkan ruang selesa dan secukupnya untuk Islam berkembang secara baik. Sekatan berbentuk drakonian terlalu banyak diwujudkan di negara ini sekali gus ruang untuk Islam berhujah dan berdialog serta mempamerkan kebenaran dan kecantikannya semakin kecil.

Keistimewaan Islam adalah ia tidak takut untuk dicerca, dikritik dan dihina oleh mana-mana pihak selagi ia pada masa sama dibenarkan untuk menjawab segala isu yang dibangkitkan untuk mempertikai Islam.

Saidina Ali pernah berkata:"Janganlah khuatir orang menghina atau mengkritik Islam kerana dengan kritikan itulah Islam mendapat peluang untuk mempamerkan kebenarannya."

Sebab itulah seorang Atheist yang tidak percaya kepada Tuhan boleh menerima Islam apabila ia berani mendekati Islam dan berdialog dengan Islam. Sarjana Amerika,Dr Jeffery Lang adalah seorang Ahteist sebelum masuk Islam. Beliau tidak percaya kepada Allah kerana dia merasa pelik bagaimanakah jika Allah benar-benar wujud dan mencipta alam dan manusia, Dia juga dalam masa yang sama mewujudkan kebinasaan dan kerosakan di dunia ini.

Apabila beliau membaca terjemahan Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 30, Dr Jeffery menemui jawapan kepada persoalan tersebut. Dalam syarahannya, beliau menyatakan persoalan terbenak dalam pemikiran beliau adalah persoalan sama yang Malaikat tanya kepada Allah. Malaikat, seperti Dr Jeffery, musykil mengapakah Allah ingin jadikan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi sedangkan manusia suka membuat kerosakan dan menumpahka darah sedangkan malaikat sentiasa bertasbih memuja dan memuji Allah.

Itulah kelebihan Islam. Ia tidak perlu undang-undang ciptaan manusia untuk menjaga kesuciannya. Satu perkara aneh adalah Umno/BN telah lama meninggalkan perintah Allah supaya ditegakkan undang undang Allah di bumi Malaysia ini. Kini Umno/BN pula hendak buat undang-undang untuk menjaga kesucian Islam. Jika Umno/BN rasa Islam itu suci, mengapakah undang-undang Islam kamu tinggalkan sekian lama?

Peliknya Umno, apa yang Allah perintahkan ia tidak mahu laksanakan sebaliknya apa yang Allah tidak perintahkan, itu yang ingin dilaksanakan

Tiada ulasan: