Anak Sungai Derhaka |
- Polis siasat pemilik FB '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' kerana sebar berita palsu
- Perhimpunan haram boleh sebabkan kerugian RM50Juta...
- Barang Naik kalau bukan salah UMNO, salah Anwar Ibrahim ke Isa Samad?
Posted: 24 Dec 2013 12:19 AM PST Laporan mengenai pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di atas yang telah disiarkan oleh pemilik '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' adalah satu laporan palsu menurut Polis. Admin laman Facebook macai tersebut telah mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis. Bagaimanapun pihak Polis telah menafikan kejadian tersebut..berikutan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali. Ni dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) TIADA BERLAKU INSIDEN PENGEBOMAN: PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis. Adalah dimaklumkan keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa. Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali. Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini. Orang ramai diminta bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama ini kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian. SUPT Lai Lee Ching Bodoh punya macai ni.. dah tak ada kerja sangat ke?.. Kenapa aku kata macai punya kerja?.. tengok ni.. |
Perhimpunan haram boleh sebabkan kerugian RM50Juta... Posted: 23 Dec 2013 08:11 PM PST Setiap kali penyokong PR nak adakan perhimpunan keluarlah berbagai-bagai berita yang negatif yang dikaitkan dengan himpunan itu.. Dalam berita kat bawah ni Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Leboh Ampang kata peniaga sekitar Dataran Merdeka dijangka mengalami kerugian sehingga RM50Juta. Sebab apa rugi tak dinyatakan pula.. Mungkin kerana mereka menutup perniagaan mereka pada hari tersebut.. Persoalannya disini kenapa mereka perlu menutup perniagaan mereka? sedangkan hari tersebut dijangka ramai yang hadir ke Dataran Merdeka.. Peluang ini sepatutnya digunakan oleh mereka dengan sebaik-baiknya.. kerana BERSIH 3.0 yang lalu membuktikan tanpa provokasi tidak berlaku huru hara.. Dan setiap kedai yang dibuka untungnya berlipat kali ganda.. Kenapa nak ditutup perniagaan pada hari itu?.. Takut kepada bayang-bayang ke? Peniaga sekitar Dataran Merdeka, menggesa penganjur perhimpunan haram yang merancang kegiatan di situ pada Selasa depan, membatalkan usaha terbabit kerana menyebabkan mereka kerugian sehingga RM50 juta setiap kali diadakan. Antara perhimpunan haram yang pernah menjejaskan perniagaan mereka di kawasan berkenaan termasuk adalah Bersih; KL112 dan Himpunan Hijau. Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Leboh Ampang, Abdul Rasull Abdul Razak, berkata perhimpunan haram banyak mendatangkan masalah bukan setakat kepada peniaga, malah rakyat negara ini. Katanya, perhimpunan haram 31 Disember ini tidak seharusnya diteruskan kerana melumpuhkan sektor ekonomi negara dalam situasi meraikan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014. Kerugian lebih besar "Kami pernah rugi sehingga RM200 juta ekoran siri perhimpunan haram yang berlangsung sebelum ini. Kami bimbang perhimpunan kali ini menyebabkan kerugian lebih besar. "Setiap kali perhimpunan haram berlangsung, banyak jalan utama sekitar kawasan ini dan pusat bandar raya ditutup, situasi itu menyusahkan kami dan pelbagai pihak," katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam ~ Berita Harian Sudah-sudahlah dengan cerita bodoh tu... |
Barang Naik kalau bukan salah UMNO, salah Anwar Ibrahim ke Isa Samad? Posted: 23 Dec 2013 04:30 PM PST Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Teluk Kemang berkata, kenaikan tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah. Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu. "Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada Umno harga tidak boleh turun…kos hidup (tidak boleh turun)…jadi jangan terlalu emosional. "Kita minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu terpaksa kita buat, demi untuk menjaga keadaan ekonomi negara," katanya kepada pemberita ketika ditanya apakah Umno sebagai tunjang kerajaan akan disalahkan berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup lapor Free Malaysia Today Jangan salahkan UMNO katanya.. habis tu nak salahkan Anwar Ibrahim? Siapa yang mentadbir negara ini hingga defisit melonjak kalau bukan pemimpin-pemimpin UMNO? 1. Najib Razak - Perdana Menteri, Menteri Kewangan - Presiden Umno. 2. Muhyiddin Yasin - TPM, Menteri Pendidikan - Timbalan Presiden Umno. 3. Ahmad Maslan - Kementerian Kewangan - Ketua Penerangan Umno. 4. Isa Samad - Pengerusi Felda - Bapaklah Umnonya. 5. Kebanyakan anggota kabinet - Tunggul kayu - Ahli Umno ada yang Ketua Bahagian Umno lagi. 6. Katanya parti utama dalam kerajaan Barisan Nasional - Umno ! Ke MIC? Hah MCA? 7. Yang beria-ria berkempen dalam PRU 13 suruh pangkah BN bagi mengekalkan kerajaan Barisan Nasional yang menaikkan kos hidup rakyat hari ini - pemimpin Umno pebagai peringkat. 8. Yang mengundi BN/Umno dalam PRU 13 - ramainya pakcik/makcik kampung dan Felda yang warna kulit mereka pun warna Umno! 9. Lapan tawaran Pakatan Rakyat ditolak oleh Umno dan pengundi yang 'diperbodohkan' oleh Umno kerana konon dasar pengurusan Umno kini terbaik, Umno tak salah lagi? Umno tak salah lagi ke? Alasan kerana ekonomi dunia tidak menentu maka kos hidup rakyat terpaksa ditingkatkan adalah fakta soheh akan betapa salah dan silapnya Umno melayani rakyat! Kalau tak nak Umno dipersalahkan, semua yang disebut kat atas tu letak jawatan! Sudahlah Isa...! Kos hidup rakyat meningkat bukan salah Umno konon! Menyampah aku atau dia ni bodoh jugak macam Ahmad Maslan kot? ~ Marhaen |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan