Isnin, 25 November 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Haramjadah.. Yang boros itulah khianat! (LM)

Posted: 25 Nov 2013 04:28 PM PST

Bolehkah kita tersenyum lagi? - Shahbudin Husin

Semalam Najib menyatakan bahawa mereka yang mengelak daripada membayar cukai adalah dianggap telah melakukan pengkhianatan kepada negara.
Ini kerana, menurut tafsiran Perdana Menteri, membayar cukai adalah sebahagian daripada ciri semangat patriotisme kepada negara. 

PAS sudah sedia mengambil alih tempat Umno – Sakmongkol

Posted: 25 Nov 2013 02:28 AM PST

PAS sudah sedia mengambil alih tempat Umno – Sakmongkol


PAS sekarang ada pasukan yang boleh menggantikan Umno. Inilah yang sangat digeruni oleh Umno dan sekutu-sekutu medianya. Berapa banyak akhbar arus perdana yang berkempen untuk golongan ulama? Termasuk yang saya sebut jezebel seorang pemberita dari akhbar Star?

Utusan Malaysia apatah lagi - berkempen seolah-olah mereka sukakan golongan ulama. Sejak bila Umno yang tidak ada roh agama sukakan ulama? Mereka tidak suka tetapi jika kumpulan ini menang dan mendominasi PAS mereka yakin dapat menundukkan PAS.

Senanglah puak Umno mengampungkan PAS dan menggambarkan para ustaz sebagai golongan kuno. Umno dan sekutu mereka tidak mahukan barisan pimpinan yang streetsmart dan boleh membaca gerak-geri Umno.
Akhbar-akhbar arus perdana milik BN semua menggambarkan pertandingan di dalam PAS sekarang sebagai seolah-olah pertandingan dan pertembungan antara golongan yang mahukan Islam dan golongan yang tidak mahukan Islam. Sepanjang masa penulis dari Star, Bernama, Utusan Malaysia.

Bahkan mereka yang sudah keluar daripada jemaah PAS sendiri menyokong puak ulama. Hassan Ali bukan seorang ulama tapi menyokong golongan ulama semata-mata mahu membalas dendam ke atas golongan bukan ulama dalam PAS yang dia gagal menjadi ahli yang baik. Hassan Ali hanya seorang pakar motivasi yang boleh menangis semasa berceramah. Itu sahaja.

Pada muktamar baru-baru ini, saya ada di Stadium Melawati Shah Alam. Ini muktamar yang sederhana - tidak ada pertunjukan kehebatan dan kekayaan seperti persidangan agung Umno.

Kerusi dan meja untuk perwakilan adalah yang selalu disediakan untuk pelajar tetapi dialas dengan kain. Perwakilan ada seribu lebih tetapi ahli PAS yang hadir sebagai permerhati dan menjadi perangsang kepada pimpinan PAS berjumalh dua hingga tiga ribu orang.

PAS ada lebih penyokong berbanding Umno. Tenaga yang terpancar daripada kesungguhan penyokong PAS membakar semangat pimpinan PAS.

Adakah saya ada kesangsian mereka yang hadir disini mempertikaikan agenda politik Islam parti PAS?  Jika ada kesangsian, ia dinyahkan sama sekali bila berdepan dengan lautan warga PAS.
Bahkan saya berasa kehadiran yang begitu ramai mengukuhkan lagi iltizam menegakkan politik Islam. Tidak syak lagi, tenaga daripada ribuan yang hadir berpindah kepada perwakilan yang berjumlah seribu lebih itu yakni, mereka mahukan pasukan yang kuat berkerja dan ligat mengejar agenda politik Islam.

Mereka mahukan PAS mempunyai ketrampilan moden , dinamik dan inklusif. Ia bukan pasukan yang terbahagi kepada golongan ulama dan bukan ulama. Ia satu pasukan yang disatukan oleh agenda politik Islam. Perbezaan ketrampilan dan pendekatan adalah biasa tapi tidaklah sampai menghancurkan agenda politik Islam.

Ramai pimpinan dahulu dikekalkan. Ramai antaranya daripada golongan profesional dan bukan ulama. Saya kenal mereka daripada dekat dan tiada syak langsung mengenai komitmen mereka kepada agenda politik Islam.

Saya juga kenal beberapa tokoh ulama yang menjadi pimpinan tertinggi PAS kali ini. Idris Ahmad ahli parlimen Bukit Gantang misalnya adalah golongan ulama yang juga ligat dan cergas mendepankan agenda politik PAS.

Nasrudin, Nik Abduh, Nik Zawawi, Ridhuan Mohd Nor, Dr Mahfudz adalah tokoh-tokoh ulama yang akan mengukuhkan lagi agenda politik PAS.  Kita jangan lupa bahawa golongan ulamak PAS ramai yang jadi MP kali ini.

Barisan pimpinan PAS ini akan bergerak sebagai satu pasukan yang komited kepada agenda perjuangan PAS. Para perwakilan menghantar isyarat yang bijaksana, sementara semua mahukan agenda politik Islam didepankan, mereka mahukan pendekatan yang pragmatik dan praktikal.

Apa maknanya pemilihan PAS ini kepada Umno? Ia menandakan PAS mempunyai pasukan pimpinan yang boleh menggantikan Umno. Menjelang PRU14, 75% daripada pengundi adalah pengundi yang sudah dibandarkan atau separuh bandarkan.

Generasi baru ini terdedah kepada pendekatan media dan cara berinteraksi yang baru. Kita telah lihat anak-anak muda enggan menerima indoktrinasi yang dilakukan melalui cara berpesta pestaan ala Umno. Mereka tidak mahu penghinaan ke atas kebijaksanaan mereka. Jika PAS berkerjasama dengan parti PR yang lain, PRU14 kita yang punya. – sakmongkol@blogspot.com, 25 November, 2013.


* Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub.


ZAHID PULANG KE KAMPUNG KATA PEMBERITA

Posted: 24 Nov 2013 11:30 PM PST


Tiada ulasan: