Isnin, 25 November 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MP PKR Bayan Baru Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

Posted: 25 Nov 2013 09:08 PM PST

MP PKR Wangsa Maju Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

Posted: 25 Nov 2013 09:03 PM PST

MP DAP Kulai Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

Posted: 25 Nov 2013 08:49 PM PST

MP PKR Gombak Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

Posted: 25 Nov 2013 08:45 PM PST

MP PKR Kapar Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

Posted: 25 Nov 2013 08:44 PM PST

Bakal Ibu: Taska, pengasuh atau berhenti kerja?

Posted: 25 Nov 2013 08:37 PM PST

Taska
KUALA LUMPUR - Setiap wanita bekerja yang bakal melahirkan anak, sering tidak lari daripada berhadapan dilema di mana hendak ditempatkan si manja apabila kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang.
  
Di Malaysia, dalam soal menjaga si manja terdapat beberapa pilihan bagi kaum hawa yang bekerjaya tetapi ia bukanlah semudah yang dianggap.
  
Antaranya mereka boleh memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak dan keluarga.
  
Namun bukan semua wanita berkeluarga mampu meninggalkan pekerjaan kerana rezeki mereka itu penting untuk menampung keperluan keluarga.
  
Pilihan lain, yang mungkin praktikal bagi kebanyakan wanita bekerjaya adalah meminta bantuan keluarga untuk menjaga anak semasa bekerja, mendapatkan orang gaji, atau menghantar kepada pengasuh ataupun pusat penjagaan kanak-kanak.
  
Walau apa jua pilihan yang diambil, sudah tentu ada kebaikan atau kelemahannya. Ramai ibu yang khuatir untuk meninggalkan anak di bawah jagaan mereka yang bukan ahli keluarga memandangkan terlalu banyak kemalangan atau kes penderaan ke atas kanak-kanak dilaporkan oleh media.
  
Bernama cuba mengupas realiti keresahan setiap ibu apabila memikirkan langkah terbaik untuk anak dan pada masa yang sama mereka boleh meneruskan usaha mencari rezeki.
 

BERHENTI KERJA DEMI ANAK
 
Ani Fadhilah Arrif, 23, memilih untuk berhenti kerja setelah melahirkan anak sulung bersama pasangannya, Syafiq Othman, 29 tahun.
  
Read More / Baca Lagi >>

Orang Asli: We are not stupid anymore

Posted: 25 Nov 2013 08:32 PM PST

The Orang Asli throughout the country are awakening to the loss of their lands and rights and demand that the government cease these acts of crime.

KUALA LUMPUR: The Orang Asli communities say that they are not stupid anymore and have realised how the government is grabbing their land.
Jaringan Kampung Orang Asli Se-Malaysia (JKOASM) co-ordinator Tijah Yop Chopil said: "I hope the government will be fair in protecting indigenous people's land and rights".
"The government must realise that robbing the indigenous people of their land is a crime. They do not comply with the indigenous people's land laws." she said
"They have to stop this immediately. We are not stupid anymore," Tijah said.
Tijah was speaking at the 7th Land Conference of the Indigenous People held at the YMCA Brickfields today.
She also wants the government to respond to Suhakam's report on the national inquiry pertaining to the Orang Asli land rights.
Suhakam's report initially listed 18 recommendations but during the five-day land conference which started on Nov 21 and ended today, JKOASM further identified and added 17 new resolutions toward protecting their land rights.
"The government has formed a special task force  to look into this matter. We want assurance from the government's task force that they will protect the Orang Asli land rights," said Tijah.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh yang sebabkan Malaysia kalah

Posted: 25 Nov 2013 08:16 PM PST

Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007.
Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu.
"Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh.
"Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.
Beliau mempertahankan dakwaannya sebelum ini ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menuduhnya menjadi punca kepada kekalahan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007 tersebut, yang menyebabkan pulau itu terpaksa diserahkan kepada Singapura.
"Dalam perenggan penting ini,telah dirakamkan maklumat menyatakan bahawa Gani Patail telah dengan sengaja,  menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura,ketika prosiding di-Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berlangsung dalam tahun 2007," katanya lagi.
Mat Zain mengulangi tuduhannya ke atas Gani dengan mengatakan beliau meletak gambar salah ketika perbicaraan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam saman AG RM48j, dakwa pendakwaan jahat

Posted: 25 Nov 2013 08:14 PM PST



Tiga minggu selepas bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuff memfailkan saman, peguamnya Rosli Dahlan juga mengambil tindakan sama hari ini.

Rosli menamakan Peguam Negara Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Musa Hassa dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed atas kapasiti peribadi masing-masing.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Dalam salinannya yang dilihat Malaysiakini, Gani digambarkan memainkan peranan di belakang pendakwaan berniat jahat.

Rosli juga menamakan 11 defendan, termasuk ketua bahagian pendakwaan SPRM Abdul Razak Musa, bekas ketua pendakwaan Nordin Hassan dan timbalannya Anthony Kevin Morais, SPRM dan polis.

Usul 18 (1) - MP PKR Bukit Katil: Kecam Pengintipan AS, Australia

Posted: 25 Nov 2013 07:55 PM PST

Dewan Rakyat 26 Nov. 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 25 Nov 2013 07:53 PM PST

Bahas Usul 18 (1) - MP PKR Bukit Katil: Kecam Pengintipan AS

Posted: 25 Nov 2013 07:53 PM PST

Mimpi dan realiti PPPM 2013-2025 – Bahagian II

Posted: 25 Nov 2013 07:49 PM PST

Suatu kepincangan sistem pendidikan yang diamalkan lebih mementingkan hanya satu aspek, iaitu aspek Intelek semata-mata. 

Oleh Ahmad Syafiq Amir

Dalam tulisan saya di Bahagian pertama yang lalu, saya telah sebutkan secara jelas situasi serta Laporan PISA dan TIMMS yang memeranjatkan banyak pihak dengan keadaan semasa sistem pendidikan kita.
Lebih mendukacitakan saya sebagai salah seorang ahli masyarakat, ialah apabila hambarnya penglibatan mahasiswa mahupun para bakal guru untuk tampil ke hadapan membincangkan isu ini secara lebih serius dalam mencari konklusi yang jitu.
Maka dalam tulisan saya di bahagian kedua ini, suka saya melihat dan mengajak para mahasiswa di luar sana merenungi Falsafah Pendidikan Cinta dan bagaimana manusia yang bergelar mahasiswa harus segera bangkit dan bukan harus nyenyak didakap mimpi yang ternyata fantasi.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Cinta
Semua yang pernah melalui pendidikan formal tentunya mengetahui apa itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dihafal sejak di bangku sekolah lagi. Tidak perlulah saya menulis kembali setiap patah perkataan yang terdapat dalam FPK ini kerana anda dapat mencari dan membacanya di mana-mana walaupun  pada kulit buku latihan anak-anak sekolah.
Tetapi, saya terpanggil untuk bicara di sini lima prinsip teras yang terdapat dalam FPK tersebut, iaitu usaha berterusan untuk memantapkan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial para pelajar, sejak di bangku sekolah rendah sehinggalah akhir hayat.
Walau bagaimanapun, suatu kepincangan yang ketara dilihat apabila sistem pendidikan yang diamalkan sejak berdekad-dekad ini lebih mementingkan hanya satu aspek, iaitu aspek Intelek semata-mata.
Di mana silapnya sehingga empat aspek yang juga terdapat dalam FPK ini tidak diambil serius dan seolah-olah dilupakan dalam sistem kita sendiri. Lebih malang, sistem penilaian yang hanya berasaskan peperiksaan yang ternyata menguji tahap kecerdasan minta intelek pelajar, dan bukannya penilaian yang holistik yang menguji segenap aspek.
Buktinya, benarlah pendedahan yang dikeluarkan dalam artikel sebelum ini bahawa nisbah akademik dan kokurikulum hanya 90:10 sahaja. Persoalannya, mengapa hal ini dibairkan berlarutan agak lama sehingga para pelajar kita sendiri dijadikan bahan ujikaji dan bahan eksperimen yang belum tentu berjaya terhadap sistem-sistem yang pelbagai rupa?
Sudah tiba masaya kandungan falsafah ini dikaji dan diteliti semula oleh para ilmuan dan ahli-ahli akademik. Sudah tiba masanya untuk menghentikan segala macam retorik yang berkepentingan peribadi. Sudah tiba masanya juga para pendidik dan mahasiswa diberi peluang dan ruang untuk bersuara dan melontarkan pendapat sebagai generasi muda yang bersama-sama terlibat dalam sistem pendidikan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Money changed hands over Pulau Batu Puteh, claims ex-CID chief

Posted: 25 Nov 2013 07:47 PM PST


Former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim today revealed that money changed hands, which led to Malaysia losing its claim on Pulau Batu Puteh to Singapore in 2007.
That revelation was made in Mat Zain's 31-page statutory declaration sent to the Prime Minister's Office on October 9.
"In the accompanying letter to the Prime Minister, I urged him to focus on paragraph 54 (e),(f) and (g) of the SD , which revealed the wrongdoings of Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, who handled the Pulau Batu Puteh case.
"Also included was information that a large amount of money changed hands and was credited into a bank account in Hong Kong," said Mat Zain.
He also defended his earlier allegation that Abdul Gani was the reason that Malaysia lost the case which was heard at the International Court of Justice in 2007.

Bincang berkaitan Islam, bukan ideologi

Posted: 25 Nov 2013 07:43 PM PST

mahfuz omar
KUALA LUMPUR - Kesediaan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno hanya berhubung kait dengan Islam dan tidak menyentuh ideologi parti, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, Umno perlu menyatakan pendiriannya jika benar-benar mahu bekerjasama dengan Pas dalam memastikan syariat Islam dapat dilaksanakan dengan baik di negara ini.

"Sekarang terpulang pada Umno atas apa isu sekalipun. Perkara ini bukan sebab nak sertai Umno.

"Kita setuju nak bekerjasama untuk muzakarah. Isu ini berkaitan dengan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Zaid jawab Rashid: Melayu sudah ada kuasa

Posted: 25 Nov 2013 07:41 PM PST





 
Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menolak hujah bekas bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Rahman berhubung amalan gerimander (gerrymandering) bagi mengekalkan kuasa Melayu.

Katanya, orang Melayu sudah pun memiliki kuasa dan tidak memerlukan lebih daripada itu lagi.

"Apa yang mereka perlu tahu, bagaimana menggunakan kuasa ini.

"Apa gunanya memiliki kuasa apabila ia mendorong kepada salah guna kuasa?" soalnya.

The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rashid sebagai berkata, beliau selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.

Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu, lapor portal berita itu.

"Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa BN tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?" Abdul Rashid dipetik sebagai berkata.

Perkauman, Diskriminasi dan Berbudaya

Posted: 25 Nov 2013 06:59 PM PST

Kepercayaan seseorang tentang keistimewaan atau kelebihan pada sesuatu bangsa atau kaum (termasuk kaum sendiri) bukanlah suatu perkara yang salah 

Oleh : Mahdzir Ibrahim
Bukan hanya mereka yang tidak bersekolah tinggi atau miskin, siapa jua yang berpendidikan, status hidup atau yang beragama, juga terdedah dengan sikap perkauman, prejudis atau diskriminasi antara kaum mahu pun golongan. Dengan kata lain, mereka ini tidak akan terselamat dari sikap tersebut.
Kepercayaan seseorang tentang keistimewaan atau kelebihan pada sesuatu bangsa atau kaum (termasuk kaum sendiri) bukanlah suatu perkara yang salah. Ia tiada apa-apa nilai pada apa-apa atau mana komuniti. Jika saya nak rasa Melayu itu hebat, hebatlah. Jika kaum India merasa kaumnya istimewa, juga tiada masalah. Tiada siapa boleh mempertikaikan kepercayaan saya atau sesiapa.
Tetapi perlu kita sedari juga bahawa, perasaan atau pun kepercayaan ini akan mudah sekali mendorong ianya menjadi satu sikap yang dizahirkan, baik dengan ungkapan kata-kata kepada umum atau tindakan secara fizikal ke atas seseorang, maka barulah ia sempurna dinilai sebagai – rasis. Jika ada body contact, maka ia dianggap sebagai jenayah.
Dalam faham Nazi, 'faham' bahawa kaum yang digelar sebagai Aryan itu, sebagai kaum yang sempurna, tinggi statusnya atau istimewa jenisnya, bukanlah suatu kesalahan moral atau pun jenayah kepada sesiapa pun.
Ia hanyalah idea yang diambil sebagai suatu kepercayaan penganutnya. Tetapi, kepercayaan ini (nazi) menjadi virus hingga mendorong/lahirnya faham politik, sikap politik, tindakan politik dan keputusan politik, maka dari semua aksi dari kepercayaan ini, jadilah ia suatu dasar yang memberi kesan fizikal kepada orang ramai.
Mein Kampf (Perjuangan saya), Hitler mengembangkan teori politiknya selepas memerhatikan dengan teliti dasar-dasar Empayar Austria-Hungary. Beliau percaya bahawa kepelbagaian etnik dan linguistik telah melemahkan bangsanya dan dia juga melihat demokrasi sebagai kuasa yang boleh menggugat kestabilan politiknya. Dari sinilah, aksi politik Nazinya bermula. Dan selebihnya, Nazi tinggal sebagai sejarah hitam di benua eropah.
Inilah beza antara kepercayaan dengan hukum moral, samaada yang diucap atau dizahir dengan pelbagai bentuk.
Read More / Baca Lagi >>

Gubal dasar khusus elak bank diskriminasi OKU

Posted: 25 Nov 2013 06:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU menggesa Bank Negara Malaysia menyegerakan penggubalan satu dasar agar golongan OKU tidak lagi berhadapan diskriminasi daripada pihak bank.

Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) menyatakan demikian sebagai Mstar pada 22 Oktober lalu bertajuk Encounter of the rude kind yang membabitkan seorang OKU penglihatan yang telah dinafikan untuk menjadi penjamin kepada satu pinjaman kenderaan hanya disebabkan beliau cacat penglihatan.

Katanya, kes yang menimpa pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Melaka tersebut bukanlah suatu yang baru di negara ini, bahkan ia berlaku dari semasa ke semasa.

Berikutan desakan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili OKU penglihatan, pihaknya telah difahamkan bahawa pihak Bank Negara Malaysia telah bersedia untuk mempertimbangkan bagi diperkenalkan satu dasar khusus supaya pihak bank dan institusi kewangan tidak lagi bersikap diskriminasi terhadap OKU.

"Kami menggesa kepada pihak Bank Negara Malaysia untuk menyegerakan penggubalan dan pelaksanaan dasar tersebut agar individu OKU termasuklah OKU penglihatan, dan OKU pendengaran tidak lagi berhadapan sikap diskriminasi daripada pihak bank sewaktu berurusan dengan mana-mana bank," ujarnya dalam satu kenyataan.

Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS disaran aktif perjuang tuntutan royalti

Posted: 25 Nov 2013 06:54 PM PST

KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti (R) merakamkan ucapan tahniah kepada Suhaizan Kaiat yang dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan saf kepimpinan exconya bagi sesi 2013-2015.

Presidennya, Nazri Deraman (gambar) berkata, rakyat Malaysia khususnya golongan muda berharap Pemuda PAS berupaya memainkan peranan paling berkesan dalam memperjuangkan hak tanpa mengira fahaman politik.

Mengulas kemenangan Suhaizan, beliau seterusnya turut mencadangkan supaya saf kepimpinan Pemuda turut memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan tuntutan royalti yang dinafikan.

"Walaupun ianya hak kerajaan Kelantan, namun Pemuda PAS perlu menyatakan kebersamaan kerana isunya adalah masalah rakyat di negara ini seluruhnya, khususnya berhubung ketidakadilan," ujarnya.

Jelasnya, sebelum ini telah ada beberapa pihak yang menyatakan sokongan kepada perjuangan menuntut royalti untuk negeri pengeluar petroleum.

"Namun apa yang pihak kami harapkan ianya diperjuangkan secara bersungguh-sungguh dan konsisten," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Gagal Halang: Saman Fitnah RM100 juta Anwar terhadap Khairy akan dibicarakan

Posted: 25 Nov 2013 05:59 PM PST

ANWAR Mahkamah (1)Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Ini susulan keputusan sebulat suara panel lima anggota Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak permohonan Khairy bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman sivil itu yang difailkan terhadapnya.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mempengerusikan panel itu berkata, kebenaran tidak boleh diberikan kepada Khairy untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan kerana beliau gagal memenuhi syarat utama Seksyen 96 (a)Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Beliau berkata persoalan yang dikemukakan untuk ditentukan Mahkamah Persekutuan tidak berbangkit daripada penghakiman mahkamah lebih rendah.
Hakim Zulkefli memerintahkan Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan membayar RM15,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.
Turut bersidang ialah empat Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.
Read More / Baca Lagi >>

Apabila senikata lagu Scorpions bergema di Muktamar PAS

Posted: 25 Nov 2013 05:58 PM PST


A Shukur Harun

Apabila Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS, Dr Muhaimin Sulam yang berambut panjang dan berjanggut ala artis rock berdiri di rostrum dan berucap mengenai seni budaya di depan ribuan perwakilan dan pemerhati di Muktamar PAS di Shah Ahad lalu, ada sedikit debaran di hati saya.
Debaran itu kerana di depannya kebanyakan mereka yang berkopiah putih, malah ada yang berjubah, menggambarkan bahawa Dr Muhaimin akan berucap di depan ramai ustaz yang menjadi perwakilan dan pemerhati Muktamar. Di antara mereka ini ada juga golongan profesional – peguam, jurutera, arkitek, ahli ekonomi, doktor falsafah dan perubatan.
Ucapannya ialah mengenai isu kesenian dan kebudayaan serta bagaimana sikap PAS yang berslogankan 'PAS For All'terhadap golongan penggiat seni budaya.
Saya memerhatikan reaksi perwakilan dan pemerhati yang kelihatan ternanti-nanti akan apa yang hendak disampaikan oleh Dr Muhaimin.
Biasanya sesetengah ustaz tidak selesa dengan isu ini, walaupun ada di antara mereka yang meminati bidang seni, malah ada yang menjadi penggiat seni. Tetapi bagi golongan bukan ustaz, perihal seni budaya ini adalah isu biasa.
Bagi PAS yang jumlah ahlinya lebih sejuta orang adalah parti yang memiliki kepelbagaian kecenderungan, persepsi dan sebagainya dan inilah keunikan PAS. Maka di sinilah PAS mengambil sikap positif lalu menubuhkan Lajnah Seni Budaya dengan Dr Muhaimin Sulam menjadi pengerusinya.
Tengah hari itu, Dr Muhaimin menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS. Beliau lalu mengingatkan ahli PAS supaya tidak terlalu ghairah hendak menukarkan identiti sesuatu golongan, seperti artis yang baru mendekati PAS, kepada identiti dan imej Islam secara total. Sebaliknya, kata Dr Muhaimin, perlu menerapkan kefahaman Islam lebih dulu  kepada golongan penggiat seni itu.Tujuan PAS menubuhkan Lajnah Kebudayaan dan Kesenian, katanya ialah untuk menarik penggiat seni melakukan perubahan.
Oleh iitu, katanya, ahli PAS perlu menghargai kesediaan kelompok ini bersama-sama parti dengan meraikan kepelbagaian mereka.
"Kita bawa artis dan budayawan bersama kita untuk melakukan perubahan. Mereka sudah bersedia bersama kita, mengapa kita masih banyak berkira-kira," katanya.
Menurutnya, ahli PAS jangan terlalu ghairah untuk 'mengePASkan' mereka, mengenakan uniform atau jubah PAS, daripada pemuzik menjadi ustaz, daripada menyanyi menjadi penceramah. Aulanya,  katanya, dedahkan dulu fikrah dan nilai, tasawur perjuangan kepada penggiat seni itu. Menurut Dr Muhaimin, biarkan mereka sebagai pemuzik, pelukis, penyanyi, pelakon, penulis dan lain-lain menghasilkan karya yang dapat membangunkan umat, menghidupkan jiwa yang mati, untuk  menyuntik semangat juang.
Read More / Baca Lagi >>

Kita tamatkan denyut nadi Umno di Malaysia!! - Penggulungan Muktamar 59 Abang Mat Sabu

Posted: 25 Nov 2013 05:41 PM PST

'PAS For All': Ahli PAS hadapi ‘kejutan budaya’

Posted: 25 Nov 2013 05:36 PM PST

Setelah menghadiri Muktamar PAS ke-59 baru-baru ini saya terkesan bahawa sesetengah ahli PAS menghadapi 'kejutan budaya' kesan sikap keterbukaan PAS, lebih-lebih lagi dengan slogannya 'PAS For All'.

Sikap keterbukaan ini mengundang warga PAS menghadapi suasana baru yang sangat mencabar, malah mencemaskan bagi kalangan agamawan di dalam PAS apabila  mereka merujuk kepada pendekatan syara'. Umpamanya persembahan  melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar PAS, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan. Namun persembahan itu berlangsung secara terkawal.

Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.

Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'PAS For All'  (PAS untuk semua) di mana persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda.

Dr Muhaimin mengukuhkan hujahnya bahawa persembahan serupa ini adalah menepati sikap keterbukaan PAS, tetapi tidak melanggar perinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Namun ada beberapa perwakilan di Muktamar itu yang menyebut bahawa 'PAS perlu terbuka' dengan harapan PAS menjadi parti yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan suasana dan zaman yang berubah.

Seingat saya, kata-kata 'keterbukaan' ini mulai dipopularkan oleh bekas Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor yang berusaha merubah imej PAS dari parti yang exclusive (tertutup) kepada inclusive (terbuka) iaitu berinteraksi lebih luas dengan masyarakat di luar PAS. Namun, Almarhum mengingatkan bahawa, "Betapapun keterbukaan dan toleransinya, PAS tetap berada dalam orbit Islam."
Read More / Baca Lagi >>

GE14 will be about PAS

Posted: 25 Nov 2013 05:34 PM PST

A progressive PAS can replace Umno and lead the Malays.

The only reason why Umno and its allies want the PAS ulamas to win all is because they know how easy it is to run circles around them.
Should PAS ever teamed up with Umno, all Prime Minister Najib Tun Razak will do is give PAS two cabinet posts and that's the end of PAS.
It will be a repeat of what PAS went through when it joined Barisan Nasional a long time ago.
If PAS revere the foremost ulama, Tok Guru they will ensure that PAS never teams up with Umno. Tok Guru will never sanction PAS sleeping with Umno.
What use is teaming up with Umno? For what purpose?
So that the right wingers in both parties can stay under one roof and become racists?
A progressive PAS can replace Umno and lead Malays. Why should it want to extend a life line to a sick Umno?
A sick party like Umno can control the minds of Malays with sick policies and agenda.
There must be something wrong in this arrangement.
It can only do this because PAS limits its own potential. If PAS becomes a progressive party, Umno is finished!
Ignore Umno
PAS has to play the game intelligently.
As my friend Walla perceptively observed, GE12 was Hindraf. GE13 was DAP. So that GE14 will be PAS.
Read More / Baca Lagi >>

So desperate for GST, Najib admits it - MALAYSIA CAN EASILY GO BANKRUPT!

Posted: 25 Nov 2013 05:32 PM PST

KUALA LUMPUR - Finally, Prime Minister Najib Razak has admitted it. The spectre of bankruptcy does dog Malaysia.
So desperate for GST, Najib admits it - MALAYSIA CAN EASILY GO BANKRUPT!
This frightening prospect was first exposed by Minister in the Prime MInister's Department Idris Jala, who in 2010 had warned that Malaysia could go belly-up by as early as 2019, which ironically is one year ahead of the Umno-BN government's 2020 deadline for the country to reach 'developed nation' status.
The brouhaha that followed Idris' warning, with the public lashing out at the Najib administration's perceived mismanagement of the economy, had triggered a spate of high-profile denials from including Najib himself, his deputy Muhyiddin Yassin and former prime minister Mahathir Mohamad.
However a day ago, Najib rehashed the possibility of bankruptcy. It may be his back was to the wall and he was trying to catch a bogeyman to blame the unpopular Goods and Services Tax on. However, many experts do not preclude the possibility of bankruptcy ala Greece for Malaysia at all.
In fact, ratings agencies like Fitch have warned against Malaysia's record-high and still climbing national debt and fiscal deficit. And although Moody's had last week restored Malaysia's outlook to 'positive' from 'stable', Najib's latest admission reignites speculation that Moody's decision may have prompted by strong lobbying and marketing by Finance Ministry officials.
"We have to find additional sources of income and that's why we have to implement the GST," the Star reported Najib as saying at a seminar on Strengthening the National Economy on Sunday.
Najib also holds the post of Finance Minister despite growing calls for him to relinquish the portfolio that many critics say he has neglected and is under-qualified to hold.
Back to the wall? Bankruptcy ala Greece
According to Najib, Malaysia has a stark choice of either increasing government revenue via the GST or burdening the country by borrowing more money.
Defending the GST, Najib insisted it was necessary as the country risked becoming bankrupt like Greece if it resorted to borrowing.
He also said the government's decision to introduce GST was the reason why Moody's agreed to re-rate Malaysia's outlook; hence, the new tax could not be a negative move as suggested by detractors.
"This is because they know Malaysia was taking fiscal consolidation steps which are unpopular but necessary for the good of the country," said Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: