Isnin, 25 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh

Posted: 25 Nov 2013 10:31 PM PST


  
 



Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007.
Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu.
"Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh.
"Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.
Beliau mempertahankan dakwaannya sebelum ini ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menuduhnya menjadi punca kepada kekalahan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007 tersebut, yang menyebabkan pulau itu terpaksa diserahkan kepada Singapura.
"Dalam perenggan penting ini,telah dirakamkan maklumat menyatakan bahawa Gani Patail telah dengan sengaja,  menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura,ketika prosiding di-Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berlangsung dalam tahun 2007," katanya lagi.
Mat Zain mengulangi tuduhannya ke atas Gani dengan mengatakan beliau meletak gambar salah ketika perbicaraan tersebut.
"Untuk membuat penilaian mengenai kebenaran maklumat ini,ianya hendaklah dibaca bersama dengan nota prosiding ICJ berkaitan perbalahan Pulau Batu Puteh yang diumumkan pada 23.5.2008.
"Kajian menunjukkan memang benar terdapat perbuatan memasukkan satu keping 'gambar kontroversi' beberapa hari sebelum prosiding bermula, yang boleh dilihat sebagai percubaan untuk memperdayakan Panel ICJ.
"Bagi membuat appraisal yang lebih tepat,maklumat mustahak ini juga hendaklah dibaca bersama dengan apa apa perbuatan memalsukan keterangan dan termasuk gambar yang dikemukakan sebagai keterangan dalam sesuatu prosiding kehakiman yang lampau dan melibatkan Gani Patail jika ada," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Putrajaya telah menafikan tuduhan tersebut menerusi jawapan di Dewan Rakyat, dengan berkata tuduhan tersebut tidak berasas dan dilakukan tanpa menyemak terlebih dahulu.
"AG tidak mengetuai kes tersebut dan mempunyai kata putus dalam mengendalikan kes tersebut.
"Jadi tuduhan bahawa AG menunjukkan gambar salah seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berasas dan dibuat tanpa semakan," jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri selepas isu tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Menurut Mat Zain, sekiranya pendedahan awal dibuat sebelum pemilihan Umno yang berakhir baru-baru ini, ia pasti memberikan impak kepada perwakilan dari Sabah yang bertanding memandangkan pertalian yang wujud antara Gani dengan ahli politik negeri tersebut.
Sementara itu, Mat Zain menggesa supaya Putrajaya menimbangkan untuk membuat rayuan di ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh demi maruah negara.
"Kita masih mempunyai empat setengah tahun lagi,untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ sekiranya mempunyai bukti kukuh untuk berbuat demikian.
"Walau sekecil mana pun peluang yang kita ada,kita tidak boleh membiarkannya begitu sahaja," tegasnya lagi.
Media sebelum ini mendedahkan pertemuan Mat Zain dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan salah laku Gani. Pertemuan itu dikatakan turut dihadiri peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan  bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang.
Selain kes Batu Puteh, mereka juga dikatakan berbincang mengenai kes mata lebam Anwar.
Selepas pertemuan itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara lain mendakwa salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.
Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan salinan kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. – 26 November, 2013.

13 juta tajaan perkahwinan Zain & Rozita Che Wan

Posted: 25 Nov 2013 07:33 PM PST


Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal bergelar suami isteri pada 11 Disember depan.
SHAH ALAM: Majlis Perkahwinan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendapat tajaan bernilai RM13 juta sekaligus disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti sepanjang 2013.
Syarikat barangan kemas Habib Jewels merupakan penaja terbesar sebanyak RM10 juta selain 27 pihak penaja lain.
Rozita, 40, berkata, dia tidak menyangka akan menerima tajaan perkahwinan yang begitu besar dan menganggapnya ia sebagai rezeki perkahwinan buatnya dan Zain, 29.
"Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya.
"Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu," katanya pada majlis sidang media pengumuman tarikah perkahwinan pasangan tersebut di Pusat Konvesyen Setia City di sini pada Isnin.
Antara penaja yang terlibat termasuklah Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photography, Manggis Production, Kad Lestari, dan Seri Catering.
Pasangan tersebut mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat maghrib.
Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Pusat Konvesyen Setia City pada pukul 8 malam.
Bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember, pukul 8 malam.
Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan majlis merisik di Carcosa Sri Negara pada 29 September lalu disaksikan seramai 60 orang tetamu.
Tambah Rozita, dia akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin berjumlah RM9,300 selain cincin nikah bernilai RM93,000.
Beritahu pelakon drama Kiah Pekasam itu, selepas bergelar isteri kepada Zain, dia akan memperlahankan pembabitan aktiviti seninya kerana mahu memberi fokus terhadap keluarga dan perniagaan busana muslimah yang dijalankan sejak 2011.
"Selepas ini saya lebih selektif dalam setiap tawaran lakonan yang diambil dan hanya akan berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja.
"Kiranya saya akan lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarga," ujarnya.
Zain yang juga merupakan pelakon siri Oh My English pula berkata, dia berharap dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada anak-anak Rozita iaitu Ammar Effendi, 16 dan Aniq Ezra, 13.
"Selain itu saya bersama Ammar dan Aniq meminta Rozita supaya masakkan untuk kami setiap kali dia cuti daripada penggambaran," selorohnya.
Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan.

Tiada ulasan: