Tukar Tiub |
- BERTEMU AISHAH
- SELAMAT TINGGAL KOTA LONDON
- AKHIRNYA KAKAK DAN ADIK BERTEMU
- BERTEMU AISHAH - PECAH BERITA
- LAGI BANI MELAYU KENA TIPU
- PANDANGAN ANAK MUDA
- DARI LONDON - MENCARI AISHAH
Posted: 29 Nov 2013 07:00 PM PST SELAMAT TINGGAL LONDON
---------- | |||||||||
Posted: 29 Nov 2013 06:00 PM PST PULANG SESUDAH SEMUA SELESAI selamat tinggal kota london selamat jumpa lagi old town kah kah kah ------- | |||||||||
AKHIRNYA KAKAK DAN ADIK BERTEMU Posted: 29 Nov 2013 08:26 AM PST PECAH BERITA DARI LONDON kelmarin jam 10 pagi kami jadi risau dapat atau tidak jumpa ketua polias tetiba panggilan datang aishah telah bersedia berjumpa kakaknya polis beri tahu wakil akhbar wakil kedutaan datang hanya aishah yang boleh dibawa pergi KEMANA ARAH? perjalanan 6 jam dari kota london dua kali bertukar kereta di dua buah rumah pasong AKHIRNYA AISHAH DITEMUI cik gu kamar jumpa adiknya disatu tempat rahsia ada 2 pegawai polis wanita ada 8 pegawai polis lelaki wakil kedutaan TIDAK dibenarkan PERTEMUAN hanya 40 minit sahaja cik gu kamar memelok adiknya dia menangis penuh emosi aishah hanya menitiskan air mata aishah memakai cardigan wool merah berseluar hitam cik gu kamar membawa beg yang berisi hadiah sejadah jubah dan kain tudung APA YANG DIBINCANG aishah bertanya tentang ibu jawabnya ibu telah lama pergi aishah bertanya tentang kakak yang satu lagi jawabnya telah lama pergi aishah ditanya apakah akan pulang? jawabnya - satu masa nanti aishah di berita tahu tentang islam jawabnya di london pun ada masjid dilondon pun ada kawan muslim cik gu kamar beremosi aishah amat british - tenang dan resmi tidak nampakan emosi pegawai polis menyampok agar mereka cerita tentang keluarga pegawai polis lebih emosi cik gu kamar ajak aisah pulang untuk kenalkan pada anak buah cik gu kamar ada 2 anak lelaki 2 anak perempuan cik gu kamar di panggil MAK MOK aishah kata dia senaang dengan kota london cik gu kamar beri khutubah aishah tak ambil pot ' i nag her' kata cik gu kamar kemudian cik gu kamar menyesal dengan ' kutu bah' dia merasa telah memberi tekanan yang tak sepatutnya diberikan kepada adik yang 40 tahun hilang aishah tak ambil pot tentang harta dan kekayaaan dia ada kerja dan tugas yang perlu dilakukan di london aishah mengatakan kepada kakanya dia ramai kawan di london cik gu kamar menangis ' my most caring language' cik gu kamar merasakan bahawa ada pekara pekara dalam hidup aishah yang sulit tapi tidak muncul satelah 40 minit mereka berpisah aishah turun tangga meninggalkan kakaknya tetiba cik gu kamar berlari dan memelok adikany sekali lagi ini good bye terakhir polis menahan cik gu kamar dari turun tangga aishan turun tangga naik kereta dan beredar barulah cik gu kamar turun tangga ada 3 janji antara dua beradik ini 1 - cik gu kamar minta aishah baca quran 2 - cik gu kamar minta aisah tulis surat 3 - cuik gu kamar minta aishah pulang ke malaysia 3 kali mereka bersalaman dan berjanji NOTA kota london sejuk dan sibuk ---------- | |||||||||
Posted: 29 Nov 2013 12:00 AM PST | |||||||||
Posted: 28 Nov 2013 11:54 PM PST MENAPAK MENCARI JEJAK LAMA london kota yang aku telah jatuh cinta 20 tahun dahulu kota ini telah aku hayati ketika aku membesar ketika hati muda mendewasa 20 tahun kemudia aku datang lagi satu ironi aku datang mencari aishah bagaimana aku masuk dalam babak ini? aku akan menyediakan tulisan tulisa tentang perjalanan memcari aishah aku telah merakam kan semuanya semenjak panggilan talipon tahun 1991 aduh ! bagitu lama dahulu PETANG KELMARIN bila semuanya kelihatan tenang dan berjaya akau menapak dari hotel ke victoria stesen aku beli tikt zone 1 kalau20 tahun dahulu hanya untuk zone 1,2,3 hanya £2.50 pence kini hanya untuk zone 1 hanranya 7.50 aku turun dijalan oxford pusat membeli belah sibuk sibuk sibuk ramai ramai jam telah melintasi 4 petang aku menuju ke raiding house street sekolah lama aku dibelakang oxford street telah ada pintu berkawal dan pak gard lelaki hitam gemok - bila aku ambil gambar dia marah tapi aku lagi gagal fakulti aku kini jadi fakulti undang undang filem dan dah pindah sedih juga rasa hati tempat bermain lagi dikena.ag inikan pula tempat kencing di tembok MENGHALA KE SOHO kini soho tidak lucah lagi kedai intai intai burit telah tak ada dulu sekali intai harga 50 pence kedain ini untuk warga dunia ketiga yang ingin melihat bulu ari berwarna perang cafe cafe cafe kedai kueh valerie valerie masih ada desaru tempat kau bekerja sebagai pelayan dah jadi restoran yuppie cafe cafe dan restoran setiap lorong les miserable - masih dimaian kan tapi telah pindah panggung pejabat maklumat china juga dah jadi restoran KE 152 SHAFBURY AVENUE ini restoran garuda ini restoran jakarta 7 tahun aku kerja disni ada lagi tapai dah jadi BALI BALI tak tahu apa jadi dengan keluarga pak brahim pemilik restoran ini aku tak masuk melinta dua kali aku merasa sedih KE LECEISTER SQUARE haha haha dimana mana yang aku dengar bukan bahasa inggeris baha eropah timur kini kota london telah diampohi oleh warga bulgaria poland dan dan dan malah semua pekerja aku di hotel ini datang daru daerah itu KE CHINA TOWN hahah restoran wong kee masih ada itik panggang dan nasi kini £6 aku samopai dulu harganya £1.60 aku tingglkan harganya £2.50 kini dah naik NOTA dibelakang aroma roti bakar jam 7.44 pagi aku bangun awal - tak dpt tidoo badan masih lagi badan brickfield tidoo awal - terbangun jam 1 pagi terua tak tidooo akan disambung.. ------------- | |||||||||
Posted: 28 Nov 2013 11:00 PM PST PENYAHSENARAIAN SEMENTARA BERNAS SUATU PENGKHIANATAN KEPADA PARA PESAWAH DAN NELAYAN: "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI" 1. Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (BERNAMA, 26 November 2013), bahawa penyahsenaraian BERNAS adalah bersifat sementara untuk tujuan penstrukturan semula, dan pemberian saham 5% kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan 5% kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) selepas penyenaraian semula telah menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu diperjelaskan. 2. Perlu diingatkan, Dato' Ismail juga sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa langkah pembelian gula mentah melalui long term contract pada Januari 2012 untuk tempoh tiga tahun pada harga USD 0.26/lb adalah "satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan" di mana selepas pemeteraian kontrak itu harga gula mentah jatuh merudum ke USD 0.17/lb hingga kini. Hasil 'kebijaksanaan' pihaknya, kerajaan kemudiannya menghapuskan subsidi gula yang mengakibatkan harga gula mentah yang tinggi ini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh rakyat sehingga 2014. 3. Adakah penstrukturan semula ini sekadar bermaksud membahagikan semula pegangan saham-saham BERNAS di antara kroni-kroni kerajaan seperti Batu Bara Resources Corporation Sdn Bhd yang kini memegang 22 juta saham bernilai hampir RM 82 juta? 4. Kerajaan sebagai pemegang 'golden share' di dalam BERNAS perlu memastikan bahawa program penstrukturan semula BERNAS ini dilaksanakan dengan betul kerana ini adalah industri strategik negara yang bakal merugikan rakyat sekiranya tidak diperhalusi sebaiknya. Setakat ini masih belum ada suatu jaminan tegas daripada pihak kerajaan bahawa pegangan saham oleh NAFAS dan NEKMAT tidak akan tergugat akibat penstrukturan semula ini. 5. Sekiranya benar pegangan NAFAS dan NEKMAT akan dinaikkan kepada 5%, bagaimanakah mereka akan membiayai pembelian saham-saham ini (yang dianggarkan bernilai RM 50 juta) tanpa penambahan bebanan kewangan? Kerajaan juga perlu menerangkan bagaimana ia boleh berpuashati dengan penambahan saham bernilai RM 50 juta sahaja kepada NAFAS dan NEKMAT di mana sekiranya pegangan asal mereka sebanyak 10% setiap satu dikekalkan semenjak penubuhan BERNAS (menerusi pemantauan berterusan pihak kerajaan), sekurang-kurangnya RM 174 juta lagi boleh diagihkan kepada golongan petani dan nelayan ini. 6. Bagaimana pula pihak kerajaan boleh membenarkan Tan Sri Syed Mokhtar menguasai BERNAS menerusi saham pegangannya yang berjumlah 83.4% dengan nilai RM 1,452 juta (pada RM 3.70 sesaham)? RM 1,452 juta diberikan kepada seorang individu, manakala hanya RM 174 juta dibahagikan kepada lebih 170,000 pesawah padi. 7. Walaupun NAFAS dan NEKMAT dijanjikan pegangan saham yang sedikit tinggi ketika penyenaraian semula nanti, Tan Sri Syed Mokhtar dan pemegang saham minoriti lain yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Barisan Nasional bakal mendapat habuan yang lebih besar hasil penstrukturan semula ini. 8. Kepentingan para petani dan nelayan jelas dipinggirkan kerajaan, manakala kerakusan individu yang rapat dengan pihak kerajaan terus diutamakan. Inilah pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya melindungi kepentingan para petani yang penat membanting tulang bagi memastikan bekalan beras negara ini terjamin. "Harapkan pagar, pagar makan padi" Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ----------- | |||||||||
Posted: 28 Nov 2013 10:59 PM PST Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong Hari ini, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuklah komentar Ketua Pembangkang yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor membuat pusingan 180 darjah apabila Pengerusinya, YB Azmin Ali membuat kenyataan meminta pentadbiran Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan yang telah diluluskan semalam. Persoalan yang ingin SAMM Johor lontarkan adalah mengapa semalam sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang. Kelulusan kenaikan gaji ini bukanlah keputusan eksekutif semata-mata. Ia adalah keputusan kolektif kesemua ahli Dewan Negeri Selangor. Ia dibahaskan dan diundi untuk kelulusan. Maka, adalah tidak patut setelah pelbagai lapisan rakyat menyatakan bantahan termasuklah Ketua Pembangkang yang menyatakan bahawa kenaikan ini terlalu tinggi, barulah BBC tersedar daripada lenanya. Atau apakah kenyataan Pengerusi BBC ini hanya untuk mengampu Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR semata-mata? Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut barulah BBC tersedar ataupun semasa usul ini dibahaskan semalam Pengerusi BBC tidak berada di dalam Dewan DUN sehinggakan beliau tidak menyedari usul kenaikan gaji ini dibahaskan? Rasional perbandingan gaji Menteri Besar, Exco, ADUN, Speaker dan Timbalan Speaker dengan swasta bukan satu justifikasi yang boleh diterima pakai. Swasta atau korporat adalah merupakan organisasi yang berorientasikan keuntungan sedangkan pentadbiran Kerajaan lebih berorientasikan khidmat kepada rakyat. Jika rasional ini digunapakai, maka seharusnya seluruh penjawat awam Negeri Selangor perlu menerima gaji yang setara dengan sektor swasta. Cukuplah bermain wayang. Rakyat tidak buta. Rakyat tidak pekak. Rejim Pakatan Rakyat jangan mengikut telatah rejim Barisan Nasional yang sering menghina akal rakyat. Apa yang boleh kita simpulkan BBC Selangor telah menjadi Kelab Kongkalikong. Apa yang sedang anda persembahkan ini jelas menghina intelektual rakyat. Roslee Mohd Shariff Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor SAMM Johor ---------- | |||||||||
Posted: 28 Nov 2013 10:28 PM PST . . MELAPOR DARI KOTA LONDON JAM 6.30 pagi - sejuk aku tidor awal malam tadi tak sempat nak tulis letih betul menapak jejak lama banyak cerita - aku tahu semua menunggu harap sabar - harap sabar untuk semua warga malaysia tolong bersabar - cahaya telah dilihat lampu telah dipasang semua akan tahu tidak lama lagi ikuti terus tukat tiub... |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan