RAKYAT MARHAEN |
- Rafizi: Kewangan Bukan Masalah Malaysia Tapi Disalah Tadbir Oleh Kerajaan BN
- Bila Mat Said Merajuk: Cari penyelesaian isu penajaan LTDL dan Monsun Cup
- Bila Mat Said Merajuk: Isu penarikan oleh kerajaan negeri Terengganu
- Muktamar PAS ke 59 : PAS Sudah Sedia Memerintah M'sia?
- Pakatan Rakyat mahu M'kini terus pantau kerajaan negeri Selangor
- Kerajaan di penghujung hayat
- Umno hanya guna ustaz sebagai ayam sabung lawan PAS
- Kes bunuh pegawai Jaip: Polis tahan 13 ahli Tuhan Harun
- Cukai Pintu Naik: PKR tetap bantah walau DBKL tangguh
- Kewangan bukan masalah Malaysia tetapi...salah tadbir oleh Umno@BN
- Kebetulan: Bulan Mei Umum Bersara Ceramah 28 November...29 November Dilantik MT UMNO
- Semoga ustaz Kazim Elias tidak sekadar berperanan baca doa dalam Umno
- Hishamuddin Rais: Siti Aishah tak mahu pulang, nafi dihambakan
- Muzakarah: Pas sedar siapa lebih baik?
- Anwar, Wan Azizah dan …
- Ustaz Shahril Long: Jangan kamu duduk bersama orang yang memperolokkan ayat2 Allah
- Tahniah Ust Kazim, Akhirnya umno jua yang kami jointnya...
- Funeral takes place in Cairo for student protester killed by police
- Egypt: Deadly clashes in Cairo and Alexandria after adoption of protest law
- Anger and violence spill into the streets in Egypt
- Palestinian stone throwers clash with Israeli troops
- Civilians under fire in Syria
- Egyptians on streets to defy new protest law
- Ts Khalid nafi bayar RM15 juta kepada Ds Anwar
- PAS gagah memimpin ummah ke medan siasah
Rafizi: Kewangan Bukan Masalah Malaysia Tapi Disalah Tadbir Oleh Kerajaan BN Posted: 29 Nov 2013 09:11 PM PST |
Bila Mat Said Merajuk: Cari penyelesaian isu penajaan LTDL dan Monsun Cup Posted: 29 Nov 2013 08:56 PM PST |
Bila Mat Said Merajuk: Isu penarikan oleh kerajaan negeri Terengganu Posted: 29 Nov 2013 08:56 PM PST |
Muktamar PAS ke 59 : PAS Sudah Sedia Memerintah M'sia? Posted: 29 Nov 2013 08:54 PM PST |
Pakatan Rakyat mahu M'kini terus pantau kerajaan negeri Selangor Posted: 29 Nov 2013 07:05 PM PST |
Posted: 29 Nov 2013 06:56 PM PST Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya. Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konflik berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak toleransi dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri. Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus. Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak toleransi sehingga dalam negara berlaku banyak konfliks antara rakyat. Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntungkan golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda. Malaysia Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati lahir ciri-ciri negara atau kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflik yang memecah belahkan antara rakyat. Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk. Bermula daripada isu larangan orang bukan muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara. Demikian isu perkauman dibangkit dalam pelbagai rupa. Golongan yang bersifat rasis memainkan peranan mereka. Sebelum pilihan raya kita lihat isu agama dan kaum yang bersifat provokatif serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan rusuhan seakan digalakkan. Kemudian selepas itu, dipanaskan dengan isu mazhab dan aliran fikir dalam Islam. Pegawai KDN yang sepatutnya bertugas menjaga kedamaian negara, bertindak bagaikan batu api yang boleh mencetuskan kebencian dan salah sangka rakyat terhadap kerajaan. Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang daripada aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini. Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendaklah bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam. Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya. Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara. Kepelbagaian Read More / Baca Lagi >> |
Umno hanya guna ustaz sebagai ayam sabung lawan PAS Posted: 29 Nov 2013 06:48 PM PST KEPALA BATAS: Perlantikan individu berlatarbelakangkan agama ke dalam Umno bukan bertujuan sebagai penegur atau pemandu perjalan parti Melayu itu tetapi dilihat lebih kepada sebagai 'ayam sabung' untuk melawan PAS. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata sejarah membuktikan betapa teguran, pandangan dan suara ahli agama terhadap Umno tidak menjadi keutamaan oleh parti itu malah hanya dipandang sepi. "Umno bukan impikan orang beragama. Mereka hanya memperkudakan golongan terbabit untuk berhadapan dengan hujah PAS semata-mata. Lepas tu dibuang bagaikan sampah," katanya ketika berceramah di Markaz PAS Pongsu Seribu, di sini semalam. Ceramah semalam diadakan sempena kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau yang turut dihadiri Adun baru SUngai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat. Terdahulu beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mengulas perlantikan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam. Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang pelik malah sudah dijangka kerana Ustaz Kazim dalam ceramahnya sebelum ini banyak kali tampil dipentas ceramah anjuran Umno dan mengkritik PAS secara terbuka. "Sudah terang lagi bersuluh apa yang Ustaz Kazim buat. Kita tidak payah bersusah meneka siapa dirinya, " katanya lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Kes bunuh pegawai Jaip: Polis tahan 13 ahli Tuhan Harun Posted: 29 Nov 2013 06:44 PM PST berjaya merungkai kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dengan penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan merampas pistol yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu. Polis Tangkapan itu termasuk dua wanita. Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menerusi akaun Twitternya @KBAB51 malam tadi. Ini disusuli dengan kenyataan kedua beliau :"Kejayaan membanggakan oleh STAFOC (Pasukan Petugas Khas mengenai Jenayah Terancang) PDRM. Tahniah sekali lagi. Di antara 13 tangkapan, 2 wanita ahli kumpulan Tuhan Harun". Khalid bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut mengenai penahanan anggota kumpulan Tuhan Harun itu. Read More / Baca Lagi >> |
Cukai Pintu Naik: PKR tetap bantah walau DBKL tangguh Posted: 29 Nov 2013 06:34 PM PST KUALA LUMPUR - PKR akan tetap menghantar surat bantahan mengenai kenaikan cukai taksiran kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun pelaksanaannya ditangguhkan. Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya akan membentuk semua komuniti bagi meneruskan desakan dan bantahan secara berkelompok agar kenaikan itu dinilai semula. "Kami akan bersama penduduk dan ahli PKR untuk menandatangani surat bantahan bagi menunjukkan tanda protes," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, kelmarin. Izzah berkata, kesemua surat bantahan tersebut akan dihantar 16 Disember ini kepada DBKL. Sebelum ini, pihak DBKL mengeluarkan notis kenaikan cukai taksiran mencecah 300 hingga 500 peratus dengan alasan tidak dinaikkan selama 21 tahun. Kelmarin, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr J Loga Bala Mohan, berkata, kerajaan akan menangguhkan pelaksanaan kenaikan cukai pintu DBKL sehingga selesai sesi pendengaran bantahan pada Mac tahun depan. Katanya, warga kota boleh mengemukakan bantahan dan aduan hingga 17 Disember ini. |
Kewangan bukan masalah Malaysia tetapi...salah tadbir oleh Umno@BN Posted: 29 Nov 2013 06:22 PM PST Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, negara mempunyai kekayaan tetapi disalah tadbir oleh pemerintah kerajaan BN. Beliau mendakwa, untuk menyelesaikan spekulasi negara mengalami masalah kewangan, rakyat perlu "buang" BN yang memerintah sekarang. "Kita tak ada masalah kewangan, kita hanya ada masalah pemerintahan. "Kita tak miskin, tapi kekayaan itu disalah tadbir, jangan sampai generasi muda kata negara kita ada masalah kewangan. "Jika 'buang' BN, hilanglah masalah itu (kewangan)," katanya pada Forum Masa Depan Masa Kita, di sini, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Kebetulan: Bulan Mei Umum Bersara Ceramah 28 November...29 November Dilantik MT UMNO Posted: 29 Nov 2013 06:12 PM PST |
Semoga ustaz Kazim Elias tidak sekadar berperanan baca doa dalam Umno Posted: 29 Nov 2013 06:08 PM PST Umno semalam mengumumkan pelantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung Umno minggu depan. Pelantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias. Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah pelantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Asraf, walaupun menjadi Pengerusi Yadim tetapi beliau memang orang Umno. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Dr Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN. Lantaran itu, pelantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin Umno lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada Umno dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam Umno masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli Umno dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli Umno. Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada Allah saja. Dalam Umno sendiri kedengaran suara-suara yang mempertikaikan kewajaran pelantikan beliau itu. Sementara ada yang berpandangan bagaimana Najib boleh melantik seseorang yang bukan ahli Umno menduduki kerusi MT dan ini seakan mengesahkan lagi bahawa pemimpin Umno tiada harga di mata Presiden Umno dan Perdana Menteri, ramai yang lain kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini. Read More / Baca Lagi >> |
Hishamuddin Rais: Siti Aishah tak mahu pulang, nafi dihambakan Posted: 29 Nov 2013 05:57 PM PST London, kata aktivis Hishamuddin Rais. Wanita yang dikatakan menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab enggan pulang ke Malaysia dan berkata beliau tidak pernah diperhambakan di Katanya, Siti Aishah yang mendakwa dirinya tidak diperhambakan masih berpegang kepada ideologi Maoist. "Siti Aishah berkata dia tidak pernah menjadi hamba kepada sesiapa. Itu adalah ideologi kepercayaannya. Mengulas lanjut,Hishamuddin melalui blognya Tukar Tiub menceritakan butiran lanjut situasi pertemuan Siti Aishah bersama kakaknya, Kamar Mahtum Abdul Wahab. "Perjalanan enam jam dari kota London dan dua kali bertukar kereta di dua balai polis. Cikgu Kamar jumpa adiknya di satu tempat rahsia. Ada dua pegawai polis wanita dan lapan pegawai polis lelaki. "Wakil dari kedutaan juga tidak dibenarkan turut serta. Cikgu Kamar memeluk adiknya sambil menangis penuh emosi dan Siti Aishah juga dilihat menitiskan air mata," katanya mengulas mengenai pertemuan dua beradik itu yang berlangsung selama 40 minit. Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah yang terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah dan ditemani oleh Hishamuddin. Pihak berkuasa United Kingdom mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei, 1944. Hishamuddin berkata, Aishah dilihat memakai baju merah dan berseluar hitam sementara Kamar Mahtum membawa bungkusan untuk diberikan kepada adiknya. Read More / Baca Lagi >> |
Muzakarah: Pas sedar siapa lebih baik? Posted: 29 Nov 2013 04:52 PM PST PETALING JAYA - Pas sedar PR adalah wadah untuk menukar kerajaan BN walaupun memutuskan membuka ruang muzakarah bersama Umno, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Beliau berkata, PKR tidak bimbang dengan perkara tersebut bagaimanapun gusar dengan "tindakan" Umno yang cenderung memutar belitkan isu tersebut. Menurutnya, PR terutamanya Pas perlu berhati-hati dengan ajakan muzakarah tersebut untuk mengelakkan ada pihak lain menimbulkan polimik baru bagi mengalih tumpuan rakyat dalam isu yang dihadapi negara. "Saya yakin Pas sedar atas dasar kedudukannya dalam PR, kepentingannya dalam PR, saya tidak bimbang dengan muzakarah yang dibuat. "Kerana saya yakin pimpinan Pas ada kebijaksanaan dalam apa-apa tindakan yang diambil, cuma saya lebih gusar kerana itu akan diputar belitkan oleh Umno. "Waspada kita bukan sangat kepada niat kepimpinan Pas, saya rasa itu tidak ada orang yang meraguinya tetapi sebaiknya kita perlu berhati-hati supaya Umno tidak memutar belitkannya dan menjadi isu untuk memecahbelahkan PR," katanya kepada Sinar Harian Online, selepas Forum Masa Depan Masa Kita, di sini, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 29 Nov 2013 04:45 PM PST Mungkin tiada peluang untuk Anwar Ibrahim menjadi PM tetapi masih ada harapan untuk Malaysia. Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan pada pertengahan tahun 1997, saya terasa bimbang memikirkan masa depan kaum-kaum "Bukan Melayu" di negara ini. Hal ini adalah kerana Anwar yang saya "kenali" – bukan secara peribadi tetapi menerusi media dan tulisan serta ucapan politik – adalah seorang individu yang ada darah India tetapi bertungkus-lumus menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu. Apatah lagi, dialah juga yang pada saat-saat terakhir menjadi Menteri Pendidikan (1986-1990), sempat pula menghapuskan – buat sementara waktu – penggunaan istilah "Bahasa Malaysia", khususnya di sekolah-sekolah. Demikianlah kuatnya semangat Umno dalam diri Anwar pada waktu itu. Khususnya sebagai Timbalan Perdana Menteri (1992-1998). Rahsia yang diketahui umum adalah bahawa politikus dalam Barisan Nasional (BN) seolah-olah wajib memanipulasi hal-hal perkauman demi memastikan kelangsungan hidup dalam politik. Walau apa-apa pun, saya tidak juga meloncat-loncat kegembiraan apabila Anwar dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998. Secara kebetulan pula, saya pada waktu itu berada di suatu majlis pembacaan puisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Tiba-tiba saya terasa sayu. Bukan kerana memikirkan kandungan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM tulisan Khalid Jefri yang rancak diedarkan semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1996. Sebaliknya saya terasa sayu memikirkan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan menjadi "isteri Perdana Menteri". Saya tidak memikirkan frasa "Wanita Pertama" (First Lady) kerana gelaran itu hanya sah bagi Raja Permaisuri Agung – sebelum dirampas oleh wanita anggun, Datin Seri Rosmah Mansor selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi PM pada 2009. Saya tidak pernah berpeluang bertemu Wan Azizah; apatah lagi sepanjang beliau masih menjadi orang penting dalam Umno dan sudah 99 peratus pasti menjadi wanita terpenting dalam BN sebaik sahaja Anwar menjadi PM, Presiden Umno dan Pengerusi BN dahulu. Berakhirnya karier politik Anwar Read More / Baca Lagi >> |
Ustaz Shahril Long: Jangan kamu duduk bersama orang yang memperolokkan ayat2 Allah Posted: 29 Nov 2013 04:38 PM PST |
Tahniah Ust Kazim, Akhirnya umno jua yang kami jointnya... Posted: 29 Nov 2013 04:37 PM PST |
Funeral takes place in Cairo for student protester killed by police Posted: 29 Nov 2013 04:36 PM PST |
Egypt: Deadly clashes in Cairo and Alexandria after adoption of protest law Posted: 29 Nov 2013 04:35 PM PST |
Anger and violence spill into the streets in Egypt Posted: 29 Nov 2013 04:34 PM PST |
Palestinian stone throwers clash with Israeli troops Posted: 29 Nov 2013 04:33 PM PST |
Posted: 29 Nov 2013 04:32 PM PST |
Egyptians on streets to defy new protest law Posted: 29 Nov 2013 04:32 PM PST |
Ts Khalid nafi bayar RM15 juta kepada Ds Anwar Posted: 29 Nov 2013 05:34 AM PST "Perkara itu tidak betul," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini. Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaa' Eza Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, turut menegaskan dakwaan tersebut palsu dan Abdul Khalid tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan ulasan mengenai tuntutan berkenaan. "Pejabat Menteri Besar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai tuntutan Anwar dan saya berasa hairan bagaimana isu itu boleh timbul malah mendakwa pula ia disiarkan di laman web rasmi kerajaan negeri sedangkan itu tidak benar. "Saya telah membuat semakan dan tiada berita sedemikian disiarkan namun tidak menolak ini permainan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan sedia ada," katanya. Beberapa laman blog baru-baru ini melaporkan Anwar didakwa membuat tuntutan kira-kira RM15 juta tahun lalu membabitkan tuntutan elaun pejabat, perjalanan ke luar negara dan perbelanjaan makan serta minum. - Bernama |
PAS gagah memimpin ummah ke medan siasah Posted: 29 Nov 2013 05:23 AM PST Dr Mujahid Yusof PERJUANGAN memakan masa yang lama, ia tidak dinamakan perjuangan tanpa perjalanan yang panjang dan sebuah pengorbanan yang mahal harganya. Perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kekal di persada perjuangan menyaksikan ramai pemimpin PAS yang datang dan pergi, tidak ketinggalan yang pergi 'meninggalkan' perjuangan atau yang istiqamah hingga di titik akhir nafasnya. Patah tumbuh, hilang berganti, begitulah pewaris PAS meneruskan galas-ganti amanah menetapkan garis perjuangan supaya tetap di paksinya. PAS tidak pernah kemarau dengan pelapis yang senantiasa memenuhi ruang legar kepimpinan yang cukup untuk semua kerana setiap individu dalam parti dalam setiap posisinya ada peranan masing-masing, yang utama ialah mencurahkan kebaktian untuk parti. Walau apapun yang diperkatakan orang tentang PAS dan sejarah panjangnya, muqaddimah ini adalah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh semua pihak khususnya pejuang-pejuang PAS. NAMA YANG TERUKIR Walaupun dalam PAS senarai nama yang tidak diukir lebih ramai dari yang diukir, pun demikian nama yang terukir bukan atas permintaanya tetapi di atas penghargaan dan amanah yang dipikulnya sebagai pengemudi bahtera perjuangan lantas diberikan penghormatan. Kepimpinan PAS terbentuk melalui daya juang yang tinggi dilatari suasana tekanan pesaingnya Umno yang selalunya memiliki kelebihan dari sudut kelicikan dan kuasa. Keupayaan pimpinan PAS menongkah arus dalam suasana demokrasi yang terhimpit wajib mendapat satu 'tabik spring'! Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan