Jumaat, 29 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[TERBONGKAR] Remaja Itu Pernah Diperkosa Bekas Suaminya Sebelum Kahwin

Posted: 29 Nov 2013 05:46 AM PST


KELAB GREENBOC


Bapa kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.

"Saya kahwinkan dia kerana diperkosa," katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star hari ini.

Berikutan rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya pada November 2012.

Pada bulan lalu, Nor Fazira memberitahu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.

Saad turut mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya.

Akhbar itu melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.

"Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil.

"Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati," katanya.

Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan.

Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk. -TMI


Remaja 13 Tahun Dicerai Talak Tiga


KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.
-astro awani

30 Orang Dilantik Mengisi Jawatan Kepimpinan Wanita Umno Pusat, Negeri

Posted: 29 Nov 2013 03:48 AM PST

 MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jumaat mengumumkan pelantikan 30 orang bagi mengisi jawatan barisan kepimpinan tertinggi pergerakan itu di peringkat pusat dan negeri, dengan 15 daripadanya muka baharu.

"Kepimpinan Wanita Umno di 191 bahagian terdiri daripada gadingan mantap, berpengalaman, profesional, ahli akademik, korporat dan juga golongan muda yang mampu menjadi tulang belakang kepada pelan transformasi politik Presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.

Antara lantikan muka baharu di peringkat pusat ialah Ketua Wanita Bahagian Maran Datuk Rosni Zahari sebagai Ketua Penerangan, anggota Wanita Bahagian Pekan Nor Azita Abdul Rahman sebagai Bendahari dan Ketua Wanita Bahagian Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad sebagai Penolong Setiausaha Wanita Barisan Nasional.

Berikut ialah senarai lantikan bagi Ketua dan Naib Ketua Wanita Perhubungan Negeri yang baharu;

1. PERLIS
Ketua: Rela Ahmad (Ketua Wanita Bahagian Kangar)
Naib Ketua: Datuk Shamsiah Yasin (Ketua Wanita Bahagian Arau) (muka baharu)

2. KEDAH
Ketua: Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Bahagian Jerlun)
Naib Ketua: Datuk Marlia Abd Latif (Ketua Wanita Bahagian Padang Serai)

3. PULAU PINANG
Ketua: Senator Norliza Abd Rahim (Ketua Wanita Bahagian Bukit Gelugor)(muka baharu)
Naib Ketua: Sofiah Sharif (Ketua Wanita Bahagian Nibong Tebal) (muka baharu)

4. KELANTAN
Ketua: Datin Rahimah Mohamad (Ketua Wanita Bahagian Machang)
Naib Ketua: Roslinah Mohamed (Ketua Wanita Bahagian Jeli)

5. TERENGGANU
Ketua: Datuk Fatimah Hamat (Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu)
Naib Ketua: Senator Rohani Abdullah (Ketua Wanita Bahagian Kemaman)

6. PAHANG
Ketua: Senator Roslin Abdul Rahman (Ketua Wanita Bahagian Bentong) (muka baharu)
Naib Ketua: Norahan Abu Bakar (Ketua Wanita Bahagian Kuala Krau) (muka baharu)

7. PERAK
Ketua: Datuk Rusnah Kassim (Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim)
Naib Ketua Wanita: Dr Azizah Johor (Ketua Wanita Bahagian Lumut) (muka baharu)

8. SELANGOR
Ketua: Datuk Nor Hayati Onn (Ketua Wanita Bahagian Klang) (muka baharu)
Naib Ketua: Halimaton Saadiah Bohan (Ketua Wanita Bahagian Subang) (muka baharu)

9. WILAYAH PERSEKUTUAN
Ketua: Senator Mariany Mohd Yit (Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang)(muka baharu)
Naib Ketua: Nor'ashikin Ahmat Nasron (Ketua Wanita Bahagian Batu) (muka baharu)

10. NEGERI SEMBILAN
Ketua: Datuk Norhayati Omar (Ketua Wanita Bahagian Kuala Pilah)
Naib Ketua: Siti Harpah Md Dom (Ketua Wanita Bahagian Rembau) (muka baharu)

11. MELAKA
Ketua: Datuk Rabiyah Ali (Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka)
Naib Ketua: Datuk Nor Adibah Abdullah (Ketua Wanita Bahagian Tangga Batu)

12. JOHOR
Ketua: Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Ketua Wanita Bahagian Kluang)
Naib Ketua: Senator Datuk Noriah Mahat (Ketua Wanita Bahagian Pagoh)

13. SABAH
Ketua: Datuk Armani Mahiruddin (Ketua Wanita Bahagian Libaran)
Naib Ketua: Datuk Jainab Ahmad (Ketua Wanita Bahagian Sepanggar) (muka baharu) - BERNAMA

MCA Sasar Tarik Sokongan 50 Peratus Pengundi Muda Cina Menjelang PRU-14

Posted: 29 Nov 2013 03:45 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata sesuatu kepada Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew (tengah) dan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri)selepas menyampaikan ucapan perasmian konvensyen MCA Kedah ke-36 di Alor Setar, Jumaat. -foto 
G.C.TAN / THE STAR 
 
 
ALOR SETAR: MCA mensasarkan menarik sokongan sehingga 50 peratus pengundi muda Cina daripada jangkaan kira-kira tiga juta golongan muda yang layak mengundi buat pertama kalinya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha berkata Pergerakan Pemuda parti diberi tanggungjawab dan peranan melaksanakan misi penting itu.

Katanya Pergerakan Pemuda yang sebelum ini banyak memberi tumpuan pada pendidikan wajar memperbanyak aktiviti untuk memenuhi kehendak golongan muda yang mahu jaminan mendapat pekerjaan, peluang perniagaan dan sebagainya.

Beliau berkata MCA perlu mendapat sokongan tidak kurang 30 peratus pengundi muda Cina dalam tempoh empat tahun mulai sekarang daripada jangkaan dua hingga tiga juta yang layak pengundi buat pertama kalinya pada PRU14 kelak.

"Pengundi muda ini sangat penting kerana mereka bakal menentukan kemenangan calon dan masa depan MCA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA Kedah ke-36 di sini, Jumaat.

Kong berkata cabaran MCA sebenarnya adalah DAP yang didakwanya berjaya memutarbelitkan banyak perkara dan mengelirukan pengundi Cina melalui slogan mereka 'ubah' untuk menukar kerajaan sejak lima tahun lepas.

"Hakikatnya DAP gagal menukar kerajaan. Undi yang diberi sebenarnya adalah untuk (kepentingan) diri mereka (calon), bukan untuk rakyat. Ini meletakkan pengundi Cina dalam situasi tidak menentu dan menyebabkan pemimpin Cina berada di luar kerajaan," katanya.

Beliau berharap momentum positif sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada 4 November lepas berterusan namun tempoh tiga tahun dari sekarang adalah sangat kritikal bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 'membetulkan' pemikiran mereka.

Katanya pelbagai manfaat menerusi peruntukan untuk rakyat pelbagai kaum dalam Bajet 2014 masih sukar untuk menilai sokongan kaum Cina terhadap kerajaan BN pimpinan Najib.

"Kita perlu lihat Bajet 2015 dan Bajet 2016, baru dapat lihat arah sokongan pengundi Cina dengan lebih jelas. Tempoh tiga tahun ini sangat penting untuk mengubah dan menetapkan pemikiran kaum Cina," katanya. - BERNAMA

Johor Pertimbang Naikkan Gaji 56 Adun - Mohamed Khaled

Posted: 29 Nov 2013 02:54 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
 
Mohamed Khaled
 
 
KLUANG: Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kajian sedang dilakukan untuk meneliti kenaikan itu, bagaimanapun jelasnya, ia tidak akan terlalu tinggi seperti dinikmati Adun Selangor.

"56 orang Adun Johor mempunyai banyak kerja tetapi kita belum sampai peringkat terdesak untuk menaikkan gaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Agro Johor 2013 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Johor, di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini Jumaat.

Mohamed Khaled menegaskan Johor tidak berasa cemburu dengan kenaikan gaji Adun Selangor dan tidak akan bersaing untuk menyamai apa yang dilakukan kerajaan berkenaan.

Rabu lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, Exco dan Adun dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Sementara itu, berucap merasmikan ekspo itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan Johor sentiasa komited untuk membangunkan sektor pertanian negeri ini bagi memastikan ia kekal sebagai gedung dan pengeluar utama makanan negara.

Beliau berkata pelbagai usaha sudah dilaksanakan kerajaan negeri bagi meningkatkan pengeluaran tanaman termasuk menerusi program pembukaan tanah secara besar-besaran, membangunkan tanah terbiar dan teknologi serta melahirkan modal insan bagi menyokong sektor pertanian.

"Johor bukan sahaja berjaya mengurangkan import pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan penduduk negeri ini malah mampu membekalkannya kepada Singapura dan Hong Kong.

"Mengikut statistik tahun lepas, Johor menduduki tangga kedua pengeluaran sayur-sayuran di negara ini dengan jumlah pengeluaran melebihi 136,000 tan metrik berbanding pengeluaran keseluruhan Malaysia 878,975 tan metrik," katanya.

Beliau berkata, Johor juga kekal sebagai pengeluar ayam daging utama di negara ini iaitu melebihi RM2.54 bilion setahun manakala telur ayam pula dengan pengeluaran output 3 bilion biji bernilai RM1.06 bilion.

Dalam sektor perikanan, beliau berkata Johor menduduki tempat ketiga tahun lepas dalam kategori pembekalan ikan air payau dengan 11.67 peratus pengeluaran manakala pengeluaran ikan hiasan melebihi 238 juta tan metrik iaitu lebih 70 peratus sumbangan keseluruhan kepada negara.

Ekspo Agro Johor 2013 yang bermula Rabu hingga Ahad ini merupakan kemuncak Mini Agro Johor yang diadakan di Johor Baharu, Kota Tinggi, Mersing, Pontian dan Muar sejak dua bulan lepas.

Bertemakan 'Johor Gedung Makanan Negara', ekspo tersebut menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta serta kehadiran 500,000 pengunjung ke 220 gerai jualan. - BERNAMA

Sembilan Lagi Ahli MT Umno Dilantik

Posted: 29 Nov 2013 02:51 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Barisan ahli Majlis Tertinggi Umno kini lengkap dengan lantikan sembilan lagi anggota baru oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pelantikan dibuat atas kuasa presiden parti dan ia terkandung dalam Perlembagaan Umno Fasal 9.2.8.
Berikut adalah sembilan nama ahli MT yang baru dilantik:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dasuki
9. Mohammad Kazim Elias

Pada mesyuarat MT Umno baru-baru ini, Najib mengumumkan empat ahli MT tambahan iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

Pada pemilihan Umno 19 Oktober lalu, seramai 25 ahli MT parti telah dipilih perwakilan.

Pelantikan terbaru ini menjadikan jumlah ahli MT Umno keseluruhan seramai 38 orang.

MIC hadapi tugas berat kembalikan kegemilangan

Posted: 29 Nov 2013 02:45 AM PST

SINAR HARIAN


Datuk Seri G. Palanivel 
 
 Datuk Seri G. Palanivel


KUALA LUMPUR - Mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-67 MIC yang dijadual berlangsung hujung minggu ini berazam menggembleng semangat anggota perwakilan dan pemimpin akar umbi untuk membawa parti itu kembali ke era kegemilangannya.

Presiden parti Datuk Seri G. Palanivel berikrar menyempurnakan tugas yang telah beliau mulakan dan kini memerlukan barisan pemimpin yang lebih mantap serta strategi lebih ampuh untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah dicatat MIC suatu ketika dulu.

Esok, fokus masyarakat India di negara ini akan betumpu pada pertandingan lapan penjuru bagi memilih tiga naib presiden MIC. Di samping itu, lebih 1,400 anggota perwakilan juga akan memilih 23 anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti berkenaan.

Pemimpin yang dipilih ini kelak diharapkan mampu memperbaiki kehidupan 1.8 juta anggota masyarakat India di negara ini dan mengukuhkan lagi kedudukan MIC sepanjang tiga tahun akan datang.

Pertandingan bagi jawatan naib presiden dijangka menjadi tumpuan utama kerana ia akan menyaksikan dua penyandang dicabar enam tokoh terkenal, yang masing-masing memiliki rekod cemerlang dan penyokong tersendiri.

Dua penyandang berkenaan ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan Speaker Dewan Udangan Negeri Perak Datuk Seri S. K. Devamany.

Calon lain ialah bekas Naib Presiden Datuk S. Sothinathan, dua bekas Ketua Pemuda iaitu Datuk S. A. Vigneswaran dan Datuk T. Mohan, Ketua MIC Bahagian Johor Baharu Datuk S. Balakrishnan, Bendahari parti Datuk Jaspal Singh dan C. Selvaraja.

Sebanyak 88 orang, termasuk dua calon wanita, akan merebut kerusi CWC.

Seorang penganalisis politik berkata masyarakat India akan mengikuti dengan teliti proses pemilihan itu melalui rangkaian media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata orang ramai tentunya tidak sabar untuk mengetahui keputusan pemilihan kali ini kerana ia merupakan barisan pertama pemimpin diterajui Palanivel.

"Pasukan ini mestilah dapat bekerja dengan Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam untuk menterjemahkan bantuan yang diberi kerajaan kepada masyarakat India," katanya kepada Bernama hari ini bagi mengulas tentang AGM MIC itu yang akan berlangsung di Melaka.

Beliau berkata jumlah begitu banyak calon yang bertanding pada pemilihan kali ini menunjukkan bahawa demokrasi terus subur dalam MIC dan kini terpulang kepada anggota perwakilan untuk memilih pemimpin yang mampu membawa manfaat kepada parti itu.

"AGM ini sendiri perlu memberi fokus terhadap usaha membawa perubahan terhadap MIC agar parti ini kembali mendapat kepercayaan masyarakat India dan terus relevan serta berjaya menangani semua masalah mendesak yang dihadapi masyarakat ini," katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Anbumani Balan, berkata MIC memerlukan gandingan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda untuk bertindak dengan penuh keberanian dan kesungguhan dalam menangani keperluan masyarakat India secara lebih berkesan dan penuh strategik.

"Kami memerlukan lebih ramai pemimpin muda dan dinamik, yang boleh menjadi model peranan bagi menarik kumpulan Gen Y, yang masih ragu-ragu tentang MIC.

"Pemimpin ini juga perlu menggubal dasar terbaik untuk memastikan masyarakat India akan menikmati masa depan yang lebih baik, terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi," kata ketua penerangan MIC Wilayah Persekutuan ini.

Beliau berkata tugas berat menanti Palanivel dan pasukannya untuk mengembalikan era kegemilangan MIC dan memastikan parti itu terus relevan bagi kaum India.- Bernama

Sinar Harian tawar 3,000 tiket percuma

Posted: 29 Nov 2013 02:38 AM PST


Sinar Harian tawar 3,000 tiket percuma


SHAH ALAM – Anda peminat setia Sinar Harian? Pihak Sinar Harian sentiasa menghargai kesetian dan sokongan anda terhadap akhbar kesayangan ramai ini.

Kali ini Sinar Harian menawarkan 3,000 tiket percuma ke WetWorld Shah Alam.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu memotong satu keratan promo Karnival Sinar Harian WetWorld yang bertarikh 25 hingga 29 November 2013 dan kepilkan bersama lima mask head akhbar Sinar Harian.

Selepas itu, anda hanya perlu datang ke pejabat Sinar Harian di Shah Alam pada 30 November (Sabtu) dan 1 Disember 2013 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk menebus tiket anda.

Untuk makluman, setiap mask head akhbar akan ditebus untuk satu keping pas masuk ke WetWorld Shah Alam. Siapa cepat dia dapat!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Brand Eksekutif Sinar Harian di talian 019-3927202 (Kiki), sekarang!

Lantik Anwar bukan politik nepotisme

Posted: 29 Nov 2013 02:25 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR - PKR hari ini menafikan parti itu mengamalkan politik nepotisme jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi presidennya pada pemilihan parti itu awal tahun depan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, jawatan presiden itu bukan dibuat secara lantikan tetapi ia perlu melalui proses pemilihan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan parti.

"Tidak adil nyatakan dalam perlembagaan tidak boleh anak-beranak bertanding, semuanya bebas dicalonkan dan dipilih.

"Jawatan presiden itu bukan dilantik tetapi ia dipilih, itu kehendak akar umbi yang mahukan Anwar tampil sebagai tokoh pimpinan parti.

"Dari segi undang-undang, tiada halangan kepada beliau untuk bertanding jawatan presiden jika pencalonan itu diterima Anwar sendiri," katanya ketika diwawancara Sinar Harian Online di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari yang mencadangkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti itu.

"Organisasi dan kepimpinan yang jelas menurut perlembagaan adalah keperluan untuk PKR mara sebagai sebuah parti masa hadapan.

"Pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui untuk membina organisasi PKR termasuk untuk memposisikan Anwar sebagai pemimpin utama PKR. Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti," katanya. - Sinar Harian

P Pinang dijangka turut naikkan gaji Ketua Menteri, Exco, ADUN

Posted: 29 Nov 2013 02:23 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


PULAU PINANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk barisan Exco dan Ketua Menteri dijangka menerima kenaikan gaji dan elaun lumayan melebihi 50 peratus.

Seorang ADUN yang ditemui sebelum pembentangan bajet negeri di Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk membuat pengumuman rasmi.

"Ada kalangan rakan-rakan ADUN yang telah mengesahkan perkara itu malah mengatakan kenaikan itu mungkin mencecah 88 peratus termasuk elaun.

"Walau bagaimanapun, kita tunggu pengumuman rasmi Ketua Menteri yang dijangka membentangkan perkara berkenaan pada 13 Disember ini, sempena Sidang DUN," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ketika ini, Guan Eng menerima gaji sebanyak RM14,175.15 tidak termasuk pelbagai elaun sebanyak RM30,000. - UTUSAN ONLINE

Selepas 30 tahun, akhirnya kakak bertemu Siti Aishah di London

Posted: 28 Nov 2013 08:59 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 






















Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom mengesahkan kakak kepada mangsa "perhambaan psikologi" selama 30 tahun di London, Kamar Mahtum Abdul Wahab (gambar) berjaya menemui adiknya, Siti Aishah.

Astro Awani melaporkan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, Datuk Seri Zakaria Sulong, berkata Kamar Mahtum sudah bertemu dengan Siti Aishah di sebuah lokasi rahsia.

"Kamar Mahtum beri Aishah kain dan sejadah. Aishah diminta menulis surat kepada ahli keluarga di Malaysia," lapor stesen televisyen berkenaan.

Dalam usaha Kamar Mahtum, 73, menemui Siti Aishah, beliau mengirim surat melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk diserahkan kepada polis Britain supaya pesanannya dapat disampaikan kepada adiknya.

Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah ditemani oleh bekas aktivis mahasiswa 1970-an, Hishamuddin Rais.

Pihak berkuasa United Kingdom semalam mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei 1944.

Kementerian Luar memaklumkan kes itu masih di peringkat siasatan.

Akses bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 di bawah undang-undang tempatan United Kingdom.

Pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini. Kenyataan itu menyebut Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa daripada segi undang-undang.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britain berumur 30 tahun.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai "Comrade Bala" berasal dari Singapura dan isterinya Chanda dari Tanzania.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan seperti didera secara seksual tetapi tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada "perhambaan" selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Penduduk Kg Hakka bimbang keselamatan terancam

Posted: 28 Nov 2013 08:41 PM PST

 
Kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap pemaju yang mengatakan insiden tembakan itu berkait dengan pihak penduduk yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah

VIDEO INSIDE
 



PETALING JAYA: Kumpulan penduduk asal Kampung Hakka hari ini membuat aduan polis berhubung kejadian tembakan di hadapan pejabat pemaju Mega 9 Sdn Bhd, 27 Nov lepas.

Pemaju tersebut sebelum ini terlibat dalam satu pertelingkahan dengan penduduk asal Kampung Hakka mengenai status tanah kampung tersebut yang menyaksikan beberapa buah rumah telahpun dirobohkan

Menurut kumpulan tersebut, susulan daripada kejadian tembakan yang berlaku pada awal pagi hari kejadian, Jawatankuasa Tindakan Penduduk Kampung Hakka telah mengadakan satu mesyuarat tergempar dan sebulat suara membuat membuat satu laporan polis.

"Kami bimbang akan keselamatan penduduk ekoran daripada insiden ini dan mahukan keselamatan penduduk kampung Hakka dijamin. Jawatankuasa kami juga telah mengambil keputusan untuk menubuhkan satu pasukan keselamatan  untuk mengawal keselamatan penduduk terutamnya pada waktu malam untuk membuat rondaan kerana kami cukup bimbang dengan insiden ini dan amat risau akan keselamatan kami dan keluarga kami," jelas kumpulan tersebut melalui satu siaran media.

Mereka juga kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap pemaju seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan yang mengatakan insiden tembakan itu berkait dengan pihak penduduk yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan pampasan yang diberikan oleh pihak pemaju.

"Kami merasakan ini adalah satu tuduhan fitnah dan mesti disiasat oleh pihak polis yang adil. Kami ingin menyatakan bahawa pihak penduduk mempunyai satu 'Stay Order' dari Mahkamah Rayuan dimana rumah kami tidak boleh dirobohkan sehingga kes didengar di Mahkamah Rayuan,"
Jelas mereka lagi, wakil penduduk melalui Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan telahpun membuat satu rundingan dengan pemaju pada 24 Nov lepas.

"Hasil perbincangan adalah amat positif dimana pihak pemaju sedia mendengar tuntutan kami dan sedia untuk berbincang untuk mencari satu penyelesian. Oleh yang demikian tindakan penembakan ini seolah olah satu tindakan untuk sabotaj rundingan yang sedang berlaku antara kami dengan pihak pemaju dan tidak masuk akal jika dikaitkan dengan kami."

Pada masa yang sama, kumpulan tersebut meminta campur tangan dari Bukit Aman untuk menyiasat perkara ini kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Ibu Pejabat Daerah Polis Nilai yang didakwa membantu Mega 9 untuk melaksanakan 'pencerobohan' di kampung mereka.

"Hanya satu siasatan yang neutral dan professional dari satu pasukan khas dari Bukit Aman dapat menyiasat kes ini secara telus dan tanpa prasangka."

Disamping itu, mereka turut mendakwa insiden ini sebagai langkah untuk mengurangkan sokongan rakyat kepada mereka dan usaha untuk mengusir penduduk asal keluar dari Kampung Hakka.

Posted: 28 Nov 2013 08:36 PM PST

 
Hasil debat bukan boleh memajukan Sabah dan Sarawak, malah memecah belahkan masyarakat.




KUCHING: Pembentukan Malaysia mula diragui oleh warga Sabah dan Sarawak malah wujudnya kumpulan nasionalis menghangatkan lagi pentas politik negara.

Debat terbuka antara wakilKetua Menteri Sarawak iaitu Idris Buang, ahli tertinggi parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan kumpulan aktivis facebook mendapat reaksi panas di laman sosial.
Ada yang memberi reaksi positif dan negatif mengenai debat terbuka tersebut.

"Hasil debat bukan boleh memajukan Sabah dan Sarawak, malah memecah belahkan masyarakat.
Beliau boleh berdebat kerana beliau berkuasa," ujar Sengapa Rembang, orang awam yang memberi pandangan mengenai isu ini.

"Jika beliau mahu berdebat, kita cabar beliau pergi bersemuka atau tolong kaum Penan di Murum,
"Beliau cuma mahu tumpang populariti untuk menjadi calon pilihan raya negeri yang akan tiba tidak lama lagi," tegas beliau

Seperti yang sedia maklum, laporan FMT kelmarin menyiarkan pencabar Idris iaitu penulis blog, pentadbir halaman dan kumpulan aktivis facebook seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Sarawak Sovereignty Movement (SSM) dan The Future of Sabah/Sarawak serta Sabah Sarawak Federation (SSF).

Idris, dalam menerima cabaran melalui posting Facebook, berkata individu-individu dan kumpulan terbabit telah "menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk merdeka dari Malaysia malah menyifatkan mereka sebagai 'ancaman'.

Sementara itu, pentadbir halaman SSKM, Doris Jones, sebagai pengamal undang-undang di Britain menambah sebagai seorang yang bekerja di Mahkamah (contohnya Mahkamah keadilan untuk para legal) tidak akan berdebat melalui media sosial.

"Saya pernah terlibat dalam perdebatan awam secara langsung, tetapi pertamanya melalui kaedah-kaedah yang anda tahu dengan baik,

"Notis perlu diberikan terlebih dahulu kepada semua panel,

"Kita sebagai pentadbir di SSKM tidak hanya mahu meletakkan kumpulan kami sebagai persaingan kepada mana-mana kumpulan lain Borneo. Itu bukan dasar kami di semua." tegas beliau

Seperti dalam laporan FMT, menteri-menteri di Sarawak pula berbelah bahagi dengan keputusan menyemak semula Perjanjian Malaysia.

Menteri Pembangunan Tanah, Datuk James Masing dipetik akhbar tempatan berkata, Persekutuan Malaysia dan kedudukan Sarawak harus dikaji semula.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi memberi amaran kepada pemimpin parti supaya jangan membangkitkan isu Perjanjian Malaysia.

Sindir: OKU gesa Ibrahim Ali tarik balik kenyataan

Posted: 28 Nov 2013 08:32 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU menggesa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik kenyataan yang menyentuh orang kelainan upaya (OKU) sebagaimana disiarkan Malaysiakini.

"Selaku mewakili suara OKU di Malaysia, kami menggesa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik kenyataan beliau yang menyentuh OKU sebagaimana disiarkan," ujar Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam yang bertajuk "PERKASA: Gaji sebesar itu, OKU pun boleh jadi YB".

"Kami amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Perkasa sebagaimana dilaporkan," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kenyataan sebagaimana dipetik di bawah memberi konotasi negatif kepada individu-individu OKU yang sememangnya mempunyai potensi dan keperluan tersendiri.

"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

Sebagaimana dilaporkan, katanya adalah dipercayai reaksi di atas dibuat berkaitan dengan Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013, negeri Selangor Darul Ihsan.

"Kami menyeru kepada semua pihak agar tidak lagi menjadikan kecacatan atau keadaan fizikal seseorang OKU sebagai kenyataan bagi menyindir mana-mana pihak untuk melepas geram atau rasa tidak puas hati," tegasnya.

Pertamanya, kata beliau kenyataan sebagai menyindir sedemikian begitu sekali mengguris hati OKU dan kedua ibu bapa mereka yang begitu susah payah membesarkan anak-anak OKU dengan pelbagai ujian dan mehnah.

Keduanya, ujar Mohammad Faizal kenyataan sedemikian yang kadang kala melampau mendatangkan tanggapan negatif kepada masyarakat bahawa OKU dengan kecacatannya teramat daif dan naïf untuk hidup seperti insan biasa bahkan seolah-olah tidak mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara .

Ketiga, tambahnya kenyataan sedemikian menjadikan usaha-usaha mengupayakan OKU dan meningkatkan kesedaran masyarakat kepada potensi dan keperluan OKU menjadi terencat dengan tanggapan awam natijah dari kenyataan yang dibuat.

"Harus diinsafi, kami menggerakkan usaha mengupayakan OKU atas prinsip potensi dan keperluan yang didasari dari sumber sahih iaitu Al-Quran dan Sunnah," ujarnya.

Beliau berkata, dengan tersiarnya kenyataan sinis tersebut dari tokoh-tokoh yang dihormati masyarakat, ia akan mendatangkan tanggapan yang berlawanan masyarakat berbanding apa yang ditekankan oleh Islam yang diterima nilainya secara sejagat.

Pengusaha restoran Bumiputera teraniaya

Posted: 28 Nov 2013 08:30 PM PST


Pengusaha restoran teraniaya  
Ithnin (kiri) dan Adli menunjukkan gambar beberapa kedai yang berniaga di tepi bangunan, namun tiada tindakan diambil MBMB.


BANDARAYA MELAKA - Pengusaha sebuah restoran Bumiputera di bandar ini meminta jasa baik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meluluskan segera permohonan lesen perniagaannya.

Ithnin Ahmad, 66, yang mengusahakan Restoran Barkat Roti John Asli dan Ayam Golek mendakwa sukar mendapat lesen sehingga dia dikompaun penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada 25 Oktober lalu, biarpun proses rayuan dilakukan 7 Oktober lalu.

Menurutnya, pada 24 April lalu, menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perlesenan MBMB menolak rayuan dan mengarahkannya memecah struktur binaan kekal di bahagian belakang, selain menolak papan iklan di dinding bangunan.

Dia yang 35 tahun berniaga roti john sudah membelanjakan RM200,000 mengubahsuai restoran itu selepas berpindah dari Cheng untuk mengembangkan perniagaan.

Malah, katanya, dia turut diminta mengaku kesalahan dan merobohkan bahagian yang ditambah sebelum dibenarkan memperoleh lesen perniagaan sementara.

"Lesen perniagaan ini dipohon lebih kurang sebulan sebelum memulakan perniagaan Mei lalu tetapi ditolak.

"Bukan saya membelakangkan undang-undang tetapi saya masih dalam proses rayuan. Pada masa sama saya juga terpaksa meneruskan perniagaan kerana perlu membayar sewa dua unit kedai sebanyak RM2,500 selain gaji pekerja,"

"Saya merayu sekali lagi kepada Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu tetapi masih belum mendapat maklum balas," katanya semasa ditemui kedai berkenaan di Taman Bachang Utama, di sini, semalam.

Ithnin berkata, struktur binaan kekal di bahagian belakang untuk mencuci pinggan mangkuk dan segala kotoran ditapis menerusi dua penapis yang disalurkan ke Indah Water tanpa mengganggu aliran longkang.

Menurutnya, tong gas dan tangki penapis air turut diletakkan di bahagian belakang sebagai langkah keselamatan dan bertujuan menjaga tahap kebersihan restoran.

Sementara itu, anaknya, Mohd Adli turut berasa terkilan terhadap segelintir pegawai MBMB tidak menyokong inspirasi Ketua Menteri untuk membantu peniaga Bumiputera.

"Sepatutnya mereka bantu beri cadangan kepada peniaga kecil bagaimana untuk baiki perniagaan, bukan mengarah pecah itu ini tanpa fikirkan ia semua adalah modal," katanya.

"Akibat masalah ini, peniaga akan teraniaya," katanya.

Kaji masalah pertukaran guru

Posted: 28 Nov 2013 08:28 PM PST


Kaji masalah pertukaran guru 
 Idris (kanan) ketika menghadiri sesi taklimat mengenai petunjuk prestasi dan pencapaian Unisza di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran Unisza, kampus Gong Badak, semalam.


KUALA TERENGGANU – Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius masalah pertukaran guru terutama melibatkan guru yang layak dan terlalu lama memohon serta akan mengkaji cara terbaik bagi menangani masalah itu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, masalah permohonan terlalu lama dan masih belum diterima adalah masalah besar dihadapi kebanyakan guru.

"Isu mengenai pertukaran guru dilihat dalam konteks lebih besar. Antara negeri paling ketara berhadapan masalah ini ialah Kelantan, memandangkan bilangan guru lahir di Kelantan antara paling ramai," katanya ketika lawatan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), kelmarin.

Menurutnya, kementerian tidak bermaksud meminggirkan mereka yang memohon sebaliknya, tiada kekosongan menjadi punca masalah itu.

"Di Kelantan jawatan guru perlu diisi di situ adalah 28,048 guru, bilangan guru lahir di Kelantan pula seramai 57,740 dan bilangan guru memohon balik kampung seramai 2,483, sedangkan kekosongan 179.

"Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh meletakkan guru tanpa mengikut keperluan dan kekosongan. Di Terengganu permohonan guru mahu pulang ialah 1,267 tetapi kekosongan ada 139, bermakna permohonan seramai 1,100 guru tidak dapat dilayan," katanya.

Selain itu, katanya, di Kedah terdapat 1,523 permohonan guru ditukarkan di situ tetapi kekosongan cuma 274 dan bermakna, 1,200 guru tidak akan mendapat tempat.

"Tempat dan kekosong terhad dan bilangan guru mahu balik ramai. Jadi, masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat. Sebab itu saya ingatkan pengambilan guru adalah mengikut keperluan negeri masing-masing.

"Kekurangan guru Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik juga faktor guru-guru ini tidak dapat balik, malah menjadi punca kepada jarak jauh antara pasangan guru yang berumah tangga," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan teliti sekiranya berlaku keciciran dalam setiap permohonan.

"Kita akan berusaha tangani masalah ini dengan sebaik- baiknya," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai gaji guru lepasan ijazah pertama yang didakwa lebih tinggi berbanding pensyarah yang mempunyai pengalaman, beliau berkata, perkara itu mungkin jarang berlaku disebabkan guru berpengalaman layak mendapat gaji lebih tinggi berbanding pensyarah baru.

"Kalau guru dah lama berkhidmat, dah 30 tahun, mereka lebih layak dapat gaji lebih tinggi berbanding pensyarah baru.

"Tetapi jika sebaliknya, kita akan lihat balik perkara ini. "Kementerian peka sebarang perkara dan kita akan kaji serta pastikan semuanya akan diselaraskan. Ini adalah pandangan yang harus dilihat secara menyeluruh. Sebarang isu berbangkit, boleh dilihat secara menyeluruh," katanya.

Selangor maju, berbagai cara BN mahu jatuhkan Khalid

Posted: 28 Nov 2013 08:22 PM PST



HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Harus diingat Negeri Selangor merupakan kerajaan yang termaju dan terkaya dalam negara ini dan itu pun sebabnya Khalid Ibrahim telah diperlakukan berbagai-bagai cara untuk menjatuhkan beliau dalam pilihanraya lalu oleh Barisan Nasional, tulis Aspan Alias.

Menurutnya, PAS juga mendapat habuan dengan penambahan kerusi yang mendadak di Selangor kerana kebaikan yang nampak oleh rakyat Selangor dari keluhuran pentadbiran kerajaan Selangor itu.

"Hanya satu yang perlu menjadi pertimbangan, jika ada lagi hasrat untuk menambah pendapatan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco kerajaan mungkin ia tidak perlu diberikan kenaikan gaji dan elaun mereka," tulis beliau di dalam blognya.

Baginya, mungkin Kerajaan Selangor memadai jika mereka hanya diberikan penambahan yang tidak tetap dan pemberian itu mengikut prestasi kerajaan setiap tahun sahaja.

Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Ketekunan TS Khalid nampak dipandang dan terasa dipegang

Kenaikan gaji ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor (Exco) bersama YDP dan Timbalan YDP Dewan Undangan Negeri telah menjadi isu di kalangan pemimpin PKR, termasuk Anwar Ibrahim sendiri. Anwar berpendapat kenaikan itu perlu tetapi agak terlalu tinggi. Azmin Ali pula berkata pembayaran gaji baru itu perlu ditangguhkan dahulu. Sebenarnya isu ini ada baik dan tidaknya.

Baiknya kenaikan itu diharap akan menjadikan Adun-Adun yang di pilih rakyat serta Ahli Exco kerajaan bekerja lebih kuat dan jujur.  Bagi saya, Negeri Selangor telah menunjukkan prestasi kepimpinan kerajaan yang baik dan jika imbuhan yang agak besar terhadap mereka yang bekerja untuk rakyat itu dibuat, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif terhadap kerajaan yang memimpin negeri itu.

Pembayaran gaji yang lebih tinggi itu diharapkan akan menambah semangat mereka untuk bekerja dengan lebih tinggi dan bersemangat lagi. Negeri Selangor telah membuktikan bahawa jika negeri ditadbir dengan baik dan jujur rakyat tidak akan berasa marah terhadap kenaikan gaji yang dianggap tinggi oleh setengah pihak dan individu dalam kerajaan Selangor itu sendiri.

Harus diingat Negeri Selangor merupakan kerajaan yang termaju dan terkaya dalam negara ini dan itu pun sebabnya Khalid Ibrahim telah diperlakukan berbagai-bagai cara untuk menjatuhkan beliau dalam pilihanraya lalu oleh Barisan Nasional. PAS juga mendapat habuan dengan penambahan kerusi yang mendadak di Selangor kerana kebaikan yang nampak oleh rakyat Selangor dari keluhuran pentadbiran kerajaan Selangor itu.

Hanya satu yang perlu menjadi pertimbangan, jika ada lagi hasrat untuk menambah pendapatan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco kerajaan mungkin ia tidak perlu diberikan kenaikan gaji dan elaun mereka. Mungkin Kerajaan Selangor memadai jika mereka hanya diberikan penambahan yang tidak tetap dan pemberian itu mengikut prestasi kerajaan setiap tahun sahaja.

Ia boleh dilakukan dengan pembayaran 'Ex-gratia', biar pun tinggi tetapi ia tidak membebankan kerajaan negeri itu dengan pembayaran gaji yang terlalu tinggi. Jika kena pada tahun yang kerajaan negeri berkurangan kemajuannya maka 'ex-gratia' itu tidak perlu dibayar. Dengan cara itu ia akan membuatkan semua penjawat awam negeri berlumba-lumba bekerja dengan tekun kerana kejayaan ketekunan kerja mereka akan membawa lebih pendapatan kepada mereka sendiri.

Sesungguhnya rakyat tidak marah dengan kenaikan ini. Yang rakyat marah ialah menambah pendapatan dengan 'mencuri' seperti rasuah. Dengan kelebihan pendapatan tentunya Khalid Ibrahim mahu melihat kerajaan Selangor terhindar dari kegiatan rasuah yang berlebihan.

Rakyat tidak suka harta mereka dicuri seperti apa yang berlaku dalam kerajaan Persekutuan dalam mana wang rakyat diperguna tanpa sebarang halangan, sehingga isteri Perdana Menteri pun dibenar bermaharajalela dengan jet eksekutif. Rakyat menganggapnya untuk menampung isteri dan keluarga Perdana Menteri dan pemimpin lain amat mahal sedangkan rakyat dalam keadaan susah. Rakyat bukan hendak menjadikan pemimpin mereka sebagai hamba abdi tetapi mereka mahukan segala pembayaran dan kos menanggung hidup pemimpin-pemimpin mereka janganlah terlalu tinggi.

Sehingga hari ini belum lagi mana-mana kerajaan negeri berprestasi seperti Kerajaan Negeri Selangor dan parti yang memerintah wajar berterima kasih kepada kepimpinan negeri mereka tadbir sendiri berjaya sebagai sebuah kerajaan yang begitu mantap dan telus pentadbirannya.

Bagi saya seorang, Khalid jangan diapa-apakan kerana beliau telah berjaya dalam urusan dan tanggungjawab yang diberikan kepada beliau. Jika PKR merasakan yang Pakatan Rakyat akan berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dan hendak membawa Khalid ke Pusat seperti yang pernah saya dengar dahulu, ia juga adalah tindakan yang baik untuk memberikan peluang kepada mana-mana pemimpin dalam PKR itu.

Jika Azmin Ali dianggap mampu untuk mengambil alih berikanlah kepada Azmin untuk menggantikan Khalid. Yang pentingnya jangan bergaduh dan berperang kerana isu kenaikan gaji ini. Jika benar mereka dalam PKR merasakan yang gaji mereka terlalu tinggi, sedekahkan gaji itu kepada ramai asnaf-asnaf yang perlukan bantuan dalam negara ini. Kalau tidak ada asnaf-asnaf di Selangor berikan kepada mereka di negeri lain untuk amal jariah dan ubudiyah masing-masing.

Ramai lagi yang memerlukan bantuan di negeri lain. Di Pulau Pinang ramai orang Melayu dan Islam masih ketinggalan kerana mereka hanya dijadikan sebagai penampal poster dalam pilihanraya sahaja dan tidak nampak usaha untuk menaikkan kemajuan bangsa itu di negeri Pulau Mutiara itu. Di Kedah ramai lagi yang miskin. Begitu juga di Melaka, malahan di Sabah dan Sarawak kadar kemiskinan masih tinggi dan elok diberikan bantuan kepada mereka ini jika wang gaji mereka dianggap terlalu tinggi.

Itu sahaja komen saya tentang isu kenaikan gaji penjawat awam dan wakil-wakil rakyat negeri di Selangor ini. Asalkan sahaja wang rakyat tidak dicuri seperti yang berlaku di Persekutuan itu, berbelanjalah. Kerja kuat anda di Selangor sememangnya nampak dipandang dan terasa dipegang. Hanya kenaikan gaji Adun itu perlu dinaikkan sedikit lagi kerana mereka hanya mendapat 87 peratus kenaikan sahaja berbanding dengan yang lain. Ada yang sampai melebihi 300 peratus.

Syabas Tan Sri Khalid semoga saudara terus memimpin dengan cara yang anda tunjukkan selama ini. Di Selangor pergeseran berlaku kerana kejayaan, sedangkan di Persekutuan pergeseran berlaku kerana kegagalan.

Rupa-rupanya kejayaan juga boleh membawa perbalahan. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Nafi kenyataan Timbalannya, Tg Adnan bertegas cukai pintu naik

Posted: 28 Nov 2013 08:20 PM PST

Harakahdaily 


KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuat kuasa pada 1 Jan depan.
   
Beliau berkata mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kenaikan itu boleh mengemukakan bantahan atau rayuan kepada DBKL sebelum 17 Dis ini.
   
Bagaimanapun, Tengku Adnan menjelaskan bahawa pembayar cukai boleh menangguhkan pembayaran sehingga bulan Mac 2014, iaitu selepas DBKL mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.
   
"Kami boleh menangguhkan pelaksanaannya kerana pada 17 Dis, kami akan mendengar semua bantahan dan Datuk Bandar serta panelnya akan mengadakan satu prosiding yang dijangka memakan masa sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebahagian Jalan Segambut yang dinaik taraf di sini, semalam.
   
Kelmarin, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksana mulai Januari depan, yang dianggar mengambil masa tiga bulan.

Tengku Adnan juga berkata kajian semula kadar baharu cukai berkenaan akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat.
   
Beliau berkata tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.
   
"Saya menaikkan kadar sewaan (cukai pintu). Bagi tempoh 21 tahun lepas, mereka mungkin mengutip sewa sebanyak RM6,000 (sebulan), dan kini dengan kadar baharu cukai pintu, mereka boleh menyewakan (hartanah mereka) pada kadar lebih tinggi, mungkin RM7,000 (sebulan). Jadi, mereka tahun nilai sebenarnya," katanya.
   
Tengku Adnan turut memperjelas kaedah atau struktur cukai mengikut kadar sewaan hartanah.
   
"Katakan anda mendapat sewaan sebanyak RM500, anda kali dengan 12 dan anda dapat RM6,000. Kami kenakan caj sebanyak enam peratus bagi jumlah itu. Katakanlah kadar sewaan anda ialah RM1,000 dan bukan RM500 sebulan, jadi RM1,000 akan jadi RM12,000 maka kami akan caj enam peratus bagi jumlah ini," katanya.
   
Beliau juga berkata DBKL mengambil beberapa langkah seperti menghantar petugas melakukan pemantauan, menggunakan ejen hartanah, membuat iklan dan kaji selidik melalui telefon bagi menentukan keberkesanan kajian semula kadar cukai pintu mengikut kadar sewaan semasa. - Bernama

Untung bersih FGVH merudum 89 peratus

Posted: 28 Nov 2013 08:16 PM PST

Harakahdaily 


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) merudum 89 peratus kepada RM22.9 juta bagi suku tahun ketiga berakhir 30 Sept 2013 (Q3FY13) berbanding RM207.71 juta tahun lalu.

The Sun melaporkan, penurunan ini berpunca daripada penghasilan rendah segmen perladangan, pengilangan, logistik dan segmen-segmen lain FGVH.

Hasil FGVH bagi tempoh tersebut jatuh 15 peratus kepada RM3.22 bilion berbanding RM3.77 bilion.

Bagaimanapun  kumpulan perniagaan Felda itu mengumumkan interim dividen berjumlah 6 sen sesaham bagi Q3FY13 berjumlah RM218.89 juta yang dibayar sebelum akhir tahun ini.

Prestasi lemah bagi Q3FY13 mengakibatkan keuntungan bersih terkumpul FGVH bagi sembilan bulan tahun ini turun 18 peratus kepada RM482.33 juta berbanding RM588.25 juta tahun lalu, walaupun hasil hanya menurun kepada RM8.89 bilion daripada RM9.03 bilion.

FGVH menyandarkan penurunan keuntungan bersih kumpulan kepada segmen perladangan yang jatuh sebanyak 66 peratus kepada RM372.17 juta ekoran harga minyak sawit mentah yang rendah.

Harga purata minyak sawit mentah tahun ini adalah RM2,302 per tan berbanding RM3,107 per tan tahun lalu. Bagaimanapun syarikat mencatatkan 8.5 peratus peningkatan pengeluaran buah tandan basah (FFB) kepada 3.76 juta tan untuk tempoh sembilan bulan 2013.

Keuntungan bagi segmen pengilangan, logistik dan segmen lain FGVH juga berkurang 37.8 peratus bagi tempoh sembilan bulan 2013.

FGVH bagaimanapun yakin prestasi syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 adalah selaras dengan pencapaian industri.

Kereta hibrid mahal tahun depan?

Posted: 28 Nov 2013 08:14 PM PST


Kereta hibrid mahal tahun depan? 
 Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) melihat kereta hibrid keluaran Toyota di pelancaran promosi Pameran Motor Antarabangsa,September lalu.
 

HARGA kenderaan hibrid kemungkinan akan meningkat sekiranya kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan pengecualian duti import dan eksais ke atas kereta hibrid yang akan tamat pada akhir tahun ini.

Seorang penganalisis industri automotif berkata, apa yang diketahui mereka setakat ini adalah insentif bagi kenderaan hibrid yang dinikmati pengeluar kenderaan jenama asing sekarang tidak akan dilanjutkan oleh kerajaan.

"Sebaliknya, kerajaan dijangka memberikan insentif cukai kepada kenderaan hibrid yang dipasang dalam negara (CKD) tetapi bukan lagi kepada kenderaan hibrid yang diimport siap dipasang (CBU)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, ini bermakna mana-mana kenderaan hibrid yang diimport selepas 1 Januari 2014 akan dikenakan duti import dan eksais, menjadikan harga kenderaan hibrid import yang dijual di negara ini jauh lebih mahal berbanding sekarang.

Sementara itu, penganalisis MIDF Research pula berkata, status pelaksanaan insentif cukai untuk kenderaan hibrid belum diketahui buat masa ini sehinggalah Dasar Automotif Nasional (NAP) diumumkan, tahun depan.

"Jika insentif cukai itu tidak dilanjutkan, kesannya adalah harga bagi kenderaan import hibrid akan meningkat," katanya.

Harap insentif cukai hibrid kekal

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia Mohamad Madani Sahari berkata, pihaknya berharap insentif cukai itu akan terus dilanjutkan selari hasrat kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai hab serantau untuk kenderaan hibrid dan kenderaan cekap tenaga (EEV).

"Kita tunggu sahaja apabila NAP diumumkan pada pertengahan Januari tahun depan," katanya ketika diminta mengulas kemungkinan insentif cukai itu dilanjutkan atau sebaliknya.

Sebelum ini, penganalisis dan pemain industri automotif mempersoal status insentif cukai bagi kenderaan hibrid selepas tiada sebarang pengumuman dibuat mengenainya pada pembentangan Bajet 2014, bulan lalu.

Pas tidak berkembang dalam PR

Posted: 28 Nov 2013 08:12 PM PST


PASCA PRU


SHAH ALAM – Keputusan PRU13 yang lalu membuktikan prestasi Pas tidak berkembang dalam gabungan PR, kata penganalisis politik.

Pada PRU12, Pas menang 23 kerusi namun hanya mendapat 21 kerusi pada pilihan raya lalu.

Prof Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan Pas lebih baik berjuang sendirian atau bersama Umno berbanding duduk dalam PR bersama DAP dan PKR.

Ia sekali gus menepis kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menyebut Pas tidak mampu berjuang sendirian di mana kenyataan itu disokong Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Pada mulanya mereka kena lihat Pas nampak berkembang daripada segi apa? Kalau daripada segi pengaruh politik, saya rasa mungkin pada PRU12 ya. Pas agak mendapat sambutan daripada orang Melayu.

"Tetapi pada PRU13, sokongan orang Melayu untuk Pas merosot peratus. Ia diakui sendiri Ketua Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda Pas baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan pengurangan kerusi dan kehilangan dua negeri jajahan Pas, Kedah dan Perak.

"Pada PRU12, Pas menang 23 kerusi tapi PRU13, hanya 21 kerusi. Itu tak berkembang. Sepatutnya kekal atau bertambah.

"Kemudian, pada PRU12, Pas dapat menawan Perak dan Kedah. Tapi sebelum PRU13 pun, Perak sudah terlepas pada BN dan baru-baru ini, Kedah pula terlepas kepada BN.

"Jadi, berkembang apa? Saya melihat dari sudut itu. Kalau nak lihat dari sudut sensasi, pidato dan sebagainya, mereka menang lah," katanya.

Beliau menekankan bahawa Pas tidak akan maju selagi bersama PR ekoran tiada toleransi yang ditonjolkan DAP dan PKR.

 "Saya percaya, Pas tak akan berkembang kalau beginilah sikap DAP dan PKR. Pas tak akan maju bersama mereka kecuali PKR dan DAP ini ada sikap toleransi. Saya rasa Pas boleh maju untuk berlawan dengan Umno tapi jika begini sikapnya, payahlah.

"Untuk Pas maju dan berkembang hanya dua perkara. Sama ada berjuang bersendirian tanpa memasuki PR. Silap hari bulan, Umno pun sokong. Ataupun Pas melakukan mukabalah atau muzakarah dengan Umno. Itu sahaja," katanya.

Sementara itu menurut Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Pas tetap boleh berkembang walau bersama siapa tetapi bergantung pada situasi.

"Jika Pas dan Umno bersama, mungkin akan tetap berlaku persaingan antara mereka. Tetapi jika ada kompromi untuk selesaikan isu melibatkan kerusi, kedudukan jawatan di kementerian dan sebagainya, saya rasa tak ada masalah. Pas juga boleh berkembang melalui BN.

"Cuma, apabila melihat konteks BN-PR, PR akan merasakan mereka lebih kuat jika Pas bersama. Tapi BN pula merasakan mereka akan lagi bertambah kuat jika Pas dan BN bekerjasama. Jadi, sebenarnya, mana-mana pun Pas boleh berkembang bergantung pada keadaan semasa," katanya.

Jambatan Kedua P.Pinang dibuka ikut tempoh

Posted: 28 Nov 2013 08:09 PM PST

SINAR HARIAN

Jambatan kedua Pulau Pinang 
 
 Ilustrasi Jambatan Kedua Pulau Pinang.


GEORGETOWN - Jambatan Kedua Pulau Pinang akan tetap dibuka mengikut tarikh ditetapkan kerajaan pusat walaupun siasatan insiden keruntuhan tanjakan di susur keluar jambatan itu pada awal Jun lepas masih berjalan.
      
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik Negeri, Chow Kon Yeow berkata, siasatan yang dilakukan suruhanjaya ditubuhkan kerajaan negeri tidak melarang jambatan itu dibuka mengikut tarikh yang akan ditetapkan.
      
"Selain daripada siasatan suruhanjaya, agensi berkenaan telahpun mengemukakan siasatan dan laporan mereka dan kementerian serta syarikat
  
Jambatan Kedua Sdn Bhd bertanggungjawab dalam memastikan aspek keselamatan apabila 'ramp' (tanjakan)  ini dibuka untuk lalu lintas kelak.
      
"Sebenarnya jalan di bawah 'ramp' itu sudah pun dibuka untuk laluan dan lalu lintas. Mereka akan bertanggungjawab terhadap keselamatan 'ramp' itu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) pada persidangan Dun, di sini, hari ini.
     
Hon Hai ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang melanjutkan tempoh siasatan insiden runtuhan di Jambatan Kedua Pulau Pinang. Jambatan itu dijangka dibuka September lepas tetapi ekoran insiden runtuhan tanjakan itu, tarikh pembukaannya telah ditangguhkan.
      
Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan melanjutkan tempoh siasatan jika ada keperluan dan beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh tertentu untuk suruhanjaya itu menyiapkan siasatan.
    
"Tidak ada tempoh ditentukan, tetapi saya percaya suruhanjaya telah mengadakan sesi pendengaran dan siasatan dengan rapinya, dan siasatan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat," katanya.
     
Dalam kejadian 6 Jun lepas, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, runtuh dan mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.
       
Pada 6 Julai, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Datuk Ir Dr Johari Basri mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wujud unsur kecuaian dari segi prosedur dan teknikal oleh pihak kontraktor.

Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dibina dengan kos RM4.5 bilion merentangi sepanjang 23.5km dengan 16.9km di atas laut, akan menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau.  - Bernama

Henti perbesar isu kenaikan gaji Exco, ADUN – Dr Rani

Posted: 28 Nov 2013 03:46 PM PST

Oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Semua pihak diminta berhenti mempolitikkan isu kenaikan gaji Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Dr Abdul Rani Osman mempertikai pihak yang membesar-besarkan isu itu sedangkan kenaikan sama di Sarawak tidak mendapat liputan media massa.
05
"Kenapa bila kenaikan elaun Adun di Sarawak tiada yang besar-besarkan isu? Semua DUN di seluruh negara akan turut menaikkan elaun Adun secara berperingkat.

"Tiada masalah pun, malah dari segi Islam pun tiada sekatan asalkan dengan cara betul," kata Pesuruhjaya PAS Selangor itu pada sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Sebelum ini, DUN Sarawak meluluskan kenaikan gaji Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, menteri kanan dan Adunnya yang jumlah kenaikannya lebih tinggi berbanding Selangor.

Bagaimanapun, Adun Meru itu berkata, BBC menafikan kenaikan itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar, baru-baru ini sebaliknya menyentuh isu peruntukan kepada rakyat.

"Memorandum itu lebih merujuk kepada gesaan pemberian peruntukan secara terus untuk kebajikan rakyat," katanya, menambah pemimpin Barisan Nasional (BN) juga menyambut baik kenaikan gaji itu.
03
Berjanji terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim pula, berkata kenaikan itu bukan untuk bermewah atau bermegah, sebaliknya menambah komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat.

"Budaya politik Pakatan Rakyat (PR) ialah kita mencegah elemen rasuah. Kita tidak mengambil projek daripada luar berbanding wakil rakyat yang dulu (BN).

"Wakil rakyat PR mesti ada elaun munasabah supaya tidak ambil projek atau tidak 'sapu' tanah. BN dulu tidak pedulikan elaun tetapi pentingkan projek," katanya.- EZY FZL

Selangor umum setengah bulan bonus

Posted: 28 Nov 2013 03:38 PM PST

Harakahdaily 


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian setengah bulan bonus  kepada  semua 15,643 kakitangan kerajaan negeri sebagai penghargaan di atas kerja keras untuk memajukan negeri Selangor.

 Beliau berkata, pembayaran bonus ini akan dibuat pada Januari 2014 melibatkan peruntukan  keseluruhan sebanyak RM14, 821, 252.

Beliau berkata, kerajaan Selangor berkemampuan membayar bonus kepada kakitangannya kerana peningkatan hasil negeri sebanyak 16 peratus kepada RM1.9 bilion setakat 27 November 2013 berbanding anggaran awal sebanyak RM1.630 bilion.

Berikutan pengumuman terbaru ini, kakitangan kerajaan Selangor telah menerima satu setengah bulan bonus terkumpul bagi tahun 2013.

Kerajaan negeri telah pun memberikan sebulan bonus kepada kakitangan kerajaan negeri yang diterima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Saya  harap pemberian ini akan digunakan secara cermat dan menjadi insentif untuk kita semua bekerja lebih kuat lagi untuk kemakmuran negeri Selangor serta rakyat.

"Saya ulangi apa yang saya katakan ketika membentang Belanjawan 2014 agar kakitangan kerajaan secara beransur-ansur dapat menerima konsep kenaikan gaji dan pemberian bonus berdasarkan kecemerlangan prestasi berasaskan kecekapan dan keberkesanan selari dengan standard dan amalan terbaik antarabangsa," kata Menteri Besar.

Ketua Pembangkang Selangor anggap kenaikan saraan Adun, MB wajar

Posted: 28 Nov 2013 03:37 PM PST


NAZLI IBRAHIM 


SHAH ALAM:  Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) menganggap kenaikan saraan untuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Speaker dan Timbalan Speaker juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu adalah berpatutan serta wajar.

Shamsuddin (gambar, kanan) berkata, hal itu berikutan kenaikan terakhir pada 2011 yang dilakukan perlu dikaji semula selaras dengan meningkatnya bebanan tugas tanpa mengira masa, perbelanjaan untuk masyarakat yang diwakili dan kos sara hidup semakin meningkat.

"Memang wajar sebab ia selaras daripada aspek pelarasan gaji yang dibuat di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga aspek kutipan hasil Selangor yang semakin meningkat.

"Adun Selangor dinaikkan tidak melebihi 70 peratus daripada kenaikan yang diterima Adun di Sarawak," katanya di lobi Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Shamsuddin menganggap kenaikan itu adalah motivasi kepada semua yang terbabit dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Adun (PKR-Seri Muda) Shuhaimi Shafiei (gambar, kiri)  pula menganggap keputusan itu adalah satu inisiatif kepada semua pihak terbabit dalam menjayakan dasar kerajaan negeri.

"Ia satu semakan semula memandangkan ia kali terakhir pada 2010 hanya membabitkan Adun tetapi kali ini secara menyeluruh termasuk gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker.

"Kita harap ia akan menyuntik semangat semua anggota kerajaan dan legislatif dalam mengurus tadbir lebih baik lagi," katanya.- Selangorkini

Kalau ada rizab RM2.7b, apa salahnya naik gaji

Posted: 28 Nov 2013 03:36 PM PST

SHAHBUDIN HUSIN


Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini hangat diperkatakan. Ramai yang menyifatkan kenaikan yang diusulkan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim dan diluluskan oleh Dun Selangor itu terlalu tinggi terutama bagi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker yang hanya bertugas mempengerusikan sidang Dewan Undangan Negeri beberapa kali saja dalam setahun.

Struktur gaji baru itu ialah Menteri Besar daripada RM14,175 kepada RM29,250, anggota Exco daripada RM6,109 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Selain Anwar Ibrahim selaku Penasihat Kerajaan Negeri Selangor yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi manakala Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor turut membantah dan meminta ia ditangguhkan, beberapa pihak lain turut juga membantah.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menyindir bahawa kenaikan dengan mengatakan, gaji sebanyak itu, orang pekak, orang bisu dan golongan orang kelainan upaya (OKU) pun mampu menjadi wakil rakyat di negeri Selangor.

Beberapa pihak lain seperti pemimpin Umno, NGO pro Umno, Cuepacs dan lain-lain turut membantah kenaikan itu dan rata-rata menyatakan kerajaan negeri Selangor sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya diri sendiri.

Bekas MB Selangor, Abu Hassan Omar juga turut mengulas dengan menyatakan kenaikan itu tidak rasional dan tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Bahkan, katanya, ketika beliau menjadi Menteri Besar, kenaikan gaji dan elaun anggota pentadbiran kerajaan Selangor dan Adun tidak pernah dibincangkan kerana kerajaan pimpinannya ketika itu sentiasa memikirkan kebajikan rakyat. Ewah, ewah...begitu menyentuh kalbu kenyataan bekas MB Selangor ini yang kariernya berakhir kerana dinasihatkan berundur berikutan terdedahnya suatu skandal berkaitan dirinya.

Adun-Adun BN di Selangor pula bersikap double-standard di mana mereka hanya mempertikaikan peratusan kenaikan gaji MB, Exco, Speaker dan Timbakan Speaker tetapi mengalu-alukan kenaikan gaji bagi Adun dengan alasan beban tugas wakil wakil tidak kenal cuti dan tiada istirehat di hujung minggu. Walaupun membantah tetapi bersetuju untuk kepentingan sendiri.

MB Selangor, Khalid Ibrahim bagaimanapun mempertahankan kenaikan itu dan bertegas ia tetap akan dilaksanakan sebagaimana yang dijadualkan. Katanya, kenaikan itu bukan saja mengambil kira beban tugas wakil wakil rakyat dan anggota pentadbirann kerajaan yang kian bertambah tetapi juga kerana dipersetujui oleh semua Adun dan BN dan PR sebelum ini.

Sambil mempertahankan kewajaran kenaikan itu, beliau juga berkata, ia dilaksanakan dengan menjadikan kenaikan gaji dan elaun anggota pentadbiran kerajaan negeri Sarawak pada Mei lalu sebagai rujukan dan perbandingan.

Kenaikan gaji yang diluluskan di Sarawak ialah Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000, Timbalan Ketua Menteri daripada RM11,500 kepada RM35,000, menteri kanan dan Speaker daripada RM9,000 kepada RM30,000, menteri daripada RM9,000 kepada RM27,000, pembantu menteri dan Timbalan Speaker daripada RM7,000 kepada RM21,000 dan Adun daripada RM4,500 kepada RM15,000.

Mukhriz Mahathir pula baru-baru turut menaikkan elaun Adun Negeri Kedah sebanyak RM1,300.

Secara logik dan idealnya, kenaikan gaji di Selangor ini tidak ada salah dan cacat-celanya, bahkan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab mereka. MB, Exco dan Adun bukan saja bekerja selama antara 16 hingga 18 jam setiap hari, bahkan meteka juga banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Orang sakit, isteri bersalin, bayar bil letrik, anak mahu sekolah, anak kahwin dan pelbagai lagi, semuanya selalu diadukan kepada wakil rakyat untuk meminta bantuan.

Semua sumbangan dan bantuan itu adalah menggunakan wang poket sendiri. Dengan adanya kenaikan itu, ia pasti meringankan sedikit bebanan mereka.

Kenaikan itu sebenarnya bukanlah untuk kepentingan peribadi, keluarga dan anak isteri untuk membeli-belah dan membeli beg tangan yang mahal-mahal tetapi akan menjadikan mereka lebih selesa menabur khidmat bakti kepada rakyat.

Lagi pula, Kerajaan Negeri Selangor telah membuktikan kecekapan, kebersihan dan kurangnya ketirisan dalam pentadbiran sehingga mempunyai simpanannya kini mencecah sebanyak lebih RM2.7 billion. Ini merupakan suatu sejarah bagi Selangor dan tidak pernah dicapai oleh mana-mana era kepimpinan MB sebelum ini.

Memang betul ketika zaman Abu Hassan, beliau tidak pernah membincangkan soal kenaikan gaji tetapi tanyalah juga beliau, berapakah rizab kerajaan negeri ketika beliau menjadi MB Selangor?

Dengan rizab yang tinggi sekarang ini dan pentadbiran yang cekap yang telah terbukti, apalah salahnya kenaikan gaji itu. Tetapi kenaikan gaji selalunya akan diiiringi dengan peningkatan prestasi dan khidmat bakti. Anggota pentadbiran dan wakil rakyat Selangor juga pasti tidak banyak mengeluh lagi dengan adanya kenaikan ini. Inilah sebenarnya falsafah kenaikan itu.

Bagi Speaker dan Timbalan Speaker, walaupun kenaikannya agak tinggi berbanding gaji sebelum ini tetapi ia sebenarnya sesuai dengan status dan kedudukan mereka dalam sistem pentadbiran kerajaan. Dengan kedudukan gaji yang lebih baik, rakyat juga akan lebih menghormati kedudukan mereka.

Selain itu, kenaikan gaji ini juga mengurangkan berlakunya amalan rasuah dan tidak amanah dalam menjalankan tugas di kalangan anggota pentadbiran kerajaan. Lihatlah kedudukan MB, Exco dan wakil rakyat Selangor ketika era BN, walaupun gaji mereka tidak tinggi tetapi hampir kesemuanya diketahui mempunyai kehidupan yang mewah, rumah besar, kereta besar yang jika diukur secara logik, langsung tidak sepadan dengan gaji dan pendapatan mereka.

Di Singapura memang diketahui, Perdana Menteri dan menteri-menterinya mempunyai gaji yang paling tinggi dalam dunia tetapi lihatlah kecekapan dan kegigihan mereka dalam membangunkan negara itu. Bahkan kejadian rasuah yang melibatkan pemimpin kerajaannya hampir tidak pernah kedengaran.

Dalam kes Selangor ini, sewajarnya Khalid Ibrahim mempertahankan kenaikan itu. Tetapi apa yang perlu beliau lakukan selepas ini ialah mempastikan perbelanjaan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat turut dipertingkatkan. Berilah kemudahan dan keselesaan yang sewajarnya kepada rakyat negeri Selangor.

Buktikanlah kepada rakyat kenaikan gaji ini benar-benar berbaloi dengan perkhidmatan yang bakal diberikan. Di samping memastikan rizab atau tabungan kerajaan negeri terus kukuh, seimbangkanlah dengan kemudahan dan faedah untuk rakyat. Program kebajikan, perumahan, bantuan untuk golongan berpendapatan rendah harus sentiasa dipertingkatkan.

Jika ini dapat dilakukan, kewajaran mengapa kenaikan gaji dilakukan akan dapat difahami akhirnya. Mungkin sekarang banyak yang membantah tetapi masa akan menjawabnya nanti. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Tiada ulasan: